Tuesday, September 04, 2007

Johor Dilanda Banjir Sekali Lagi

JOHOR BAHARU, 3 September 2007: Seramai 627 orang melibatkan 103 keluarga di Taman Pontian Jaya, Batu 34, Jalan Pontian-Batu Pahat dekat Pontian dipindahkan ke pusat pemindahan secara berperingkat petang ini berikutan rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian ketika dihubungi di sini hari ini berkata, kesemua mangsa mula dipindahkan sejak pukul 3 petang ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Menengah Batu 34 selepas rumah mereka yang terletak di kawasan rendah ditenggelami air kira-kira 0.3 meter akibat hujan lebat sejak semalam.

Jurucakap itu berkata, keadaan di Pontian kini masih hujan dan lebih ramai keluarga mungkin dipindahkan sekiranya hujan belum reda.

Katanya, bagaimanapun sehingga pukul 6 petang tadi tiada sebarang kemalangan ataupun kes lemas dilaporkan dan semua laluan di sekitar Pontian juga masih dibuka untuk semua kenderaan.

- Bernama

Dikirimkan oleh Pemerhati pada 3.36 pagi, 4 Septembr 2007.

No comments: