Tuesday, September 25, 2007

Tauke Singapura Ternak Babi Di Melaka
Rejim Abdullah Tak Peduli Mengenainya?

Di era kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kita sering terdengar pelbagai desas-desus pasal Singapura. Hal ini menjadikan segolongan rakyat jelata berasa meluat, muak, jelak dan jengkel terhadap kerajaan kebelakangan ini.

Abdullah sendiri didesas-desuskan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling pro kepada Singapura. Menantu Abdullah - Khairy Jamaluddin - didesas-desuskan sebagai anak emas Singapura. Orang kuat Abdullah - Kalimullah Hassan - didesas-desuskan sebagai talibarut Singapura. Kesemua ini tidak pernah dinafikan dengan sekeras-kerasnya oleh mana-mana pihak!

Begitu juga kisah Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Projek mega yang dikatakan diilhamkan oleh Abdullah ini menimbulkan persepsi bahawa ia adalah wilayah lanjutan kepada utara Singapura. Persepsi ini juga belum pernah dinafikan setegas-tegasnya!

Lepas itu, timbul cerita ahli-ahli kongsi gelap yang kini sedang menggugat Tanah Melayu. Elemen jenayah ini juga dipercayai datang dari Singapura.

Kemudiannya, adalah desas-desus saudagar dadah paling licik di negara ini juga dikatakan mempunyai talian dengan segolongan sindiket atau kapitalis Singapura yang dikatakan aktif “berniaga” di Mynmar. Kebelakangan ini sindiket Singapura ini dikatakan mengedarkan air kencing kuda bunting - satu jenis perangsang seks daripada Amerika Syarikat - yang disasarkan khas kepada remaja perempuan di Pantai Timur.. [blog ini akan dedahkan kes ini selepas kita selesai menjalani ibadah Ramadhan..]

Terbaru sekali adalah kisah ratusan ribu babi yang sedang mencetuskan kontroversi di Melaka sekarang ini. Banyak pihak yakin ladang babi itu pun milik pemodal atau kapitalis Singapura.

Anda bacalah sendiri tulisan Saudara Subky Latif, di muka surat 16, akhbar tabloid Siasah 16-22 September 2007, dengan tajuk Merdeka Dengan Kandang Babi Singapura, seperti berikut:

Diberitakan betapa industri (penternakan babi) itu dibiayai oleh pelabur dari Singapura. Hasil ternakan itu dieksport ke Singapura. Kira-kira, ia adalah ladang ternakan saudagar-saudagar Singapura.

Hakikat inikah yang menyebabkan kerajaan kita teragak-agak untuk menutup ladang babi tersebut? Mengapakah kerajaan tergamak betindak begitu? Mengapakah kerajaan sanggup mengkompromikan kesejahteraan masyarakat setempat? Mengapakah kera di hutan disusukan? Mengapakah anak sendiri dianaktirikan? Di manakah maruah bangsa Melayu di bumi bertuah yang bernama Tanah Melayu?

Apa nak jadi dengan Malaysia? Atau, apa dah jadi dengan Malaysia? Apakah yang menyebabkan Singapura seolah-olah bermaharajalela di Malaysia sekarang? Apakah senjata sulit Singapura yang menyebabkan Abdullah kini seakan-akan tidak terdaya langsung untuk menentang?

Malang sungguh Malaysia. Segala desas-desus mengenai Singapura mutakhir ini dibiarkan terus melatarbelakangi landskap ekonomi, sosial dan politik negara. Ia dibiarkan meracuni pemikiran rakyat, menyemarakkan kemarahan rakyat, dan menjejaskan perpaduan negara dan ketahanan nasional.

Sampai berapa lama lagikah rakyat Malaysia akan sabar menghadapi perkembangan seperti ini? Selama mana lagikah rejim Abdullah akan memberikan layanan teristimewa kepada Singapura? Apakah kita rela kecundang kerana permainan Singapura? Kalau tidak, apa harus kita lakukan untuk menyekat perkembangan seperti ini? - Ruhanie Ahmad

12 comments:

Jalak Lenteng said...

Semua penduduk di kawasan babi tu sepatutnya pakat beli mercun lepas tu hala kat kandang babi.Biar puas hati. Kenapa dah 50 tahun merdeka, babi-babi ini masih dibiarkan. Salahkan diri sendiri kerana menyokong Babi Nasional.

nizam080 said...

barangkali ada benarnya apa yang datuk tuliskan. Memang betul sejak kebelakangan ini campurtangan singapura dalam politik dan ekonomi Malaysia agak ketara. Jika hal ini tak dibendung dikhuatiri negara kita akan tergadai maruahnya kepada Singapura. Saya harap agar Agong mengarahkan tentera mengambil alih pemerintahan negara dan menukar PM seperti yang berlaku di Thailand

Kamalkamal said...

Datuk,
Bagi saya semua ini adalah perancangan KJ. Menurut sumber yg. boleh dipercayai lebih 80% ketua & Naib ketua pemuda di Malaysia dlm. genggaman KJ.
Lihat saja semasa pertandingan FAM baru-baru ni, siapa berani tentang KJ.
Mungkin berlaku kejutan dalam PRU akan datang, siapa tahu !!!

pemerhati said...

Akum Dato.. Maklumkan saja pada Zam RTM, hentikan saja siar perangsaraf bakar bendera. Jangan sampai kawan arahkan toyol toyol lepaskan "Ini budaya lucah pemimpin kita" di You Tube.

Kepada YB TIMBANG semua, Allah swt maha kuasa dan melihat. Semua anda lakukan samada dalam negara atau luar negara tidak terlepas dari kanta rahsia CCTV. Adakah anda terkejut melihat rakaman isu Ketua Hakim Negara.? Bagaimana pula anda wahai YB, YB XX berasmara dana? Adakah anda ingin melihat rakaman driri anda di You Tube?

JOHOR BUMI BERDAULAT.. Jangan di cabar anak Johor.

Sekian.

Kuda Kepang said...

Jalak, Nizam dan Pemerhati. Terima kasih.

Jalak:

Agak keterlaluan untuk kita mengatakan BN sebagai apa yang anda tuliskan di sini. BN dah banyak berjasa kepada kita. Malangnya, kebelakangan ini BN seolah-olah terumbang-ambing, kehilangan keutamaan atau priority, dan dikawal secara remote control oleh sesetengah kalangan yang dikatakan sebagai hampir dengan koridor kuasa negara. Keadaan ini menjadikan ramai rakyat jelata cemas, marah dan hilang keyakinan... Jadi, anda tak salah untuk marah-marah. Tapi, kita jangan hilangan kawalan diri..

Nizam:

Pandangan anda amat relevan untuk diartikulasi atau dirincikan oleh semua pihak yang prihatin terhadap maruah bangsa dan kedaulatan negara. KITA KENA INSAF JANGAN SAMPAI ADA SEJARAH BARU MENGENAI TANAH MELAYU DILANGGAR TODAKKKK... Soal SPBY di-Pertuan Agong, saya tak wajar komen. Apa yang boleh kita suarakan ialah DAULAT TUANKU, SELAMATKANLAH TANAH AIR TERCINTA INI...

Pemerhati:

Terima kasih atas kiriman bingkisan Hari Raya dari perantauan. Kawan minta maaf kerana sehari dua yang lalu kawan balik ke Kuching dan tak dapat buat posting atau moderate komen-komen anda. Kaum keluarga anda di sini ternanti-nanti kepulangan anda. Si D dan Jaguar dah terima ucapan Hari Raya pasal keluarga Link-gi dan juga majlis Hari Raya MB Pahang tu. Mereka terima ucap selamat tu dengan gembira... Pasal wang yang nak kita tekyankan untuk anak-anak buah tu masih umum lagi. Kena tunggu mesyuarat 29.9.7 ni. Tapi, peruntukan tak lari.. pasti ada. Semoga anda selamat sejahtera jadi tetamu Allah di Tanah Suci...

Salam takzim dan selamat berjuang...

Kuda Kepang said...

Kamal, minta maaf kerana tertinggal komen.

Manusia yang anda sebut tu timbul namanya di mana-mana. Apa saja yang anda katakan, signature dia mesti kelihatan, begitulah umpamanya.

Manusia ni keterlaluan. Kebelakangan ini terdengar desas-desus, katanya sapa berani ganggu dia? Kalau dia luka sikit pun, Malaysia akan diserang oleh sebuah kuasa besar tertentu atau sebuah jiran tertentu. Ini bukan main-main. Orang Bukit pun dah dengar kata-kata macam ni.. Hebat sangatkah dia ni sampai orang UMNO, Menteri dan lain-lainnya semua takut dengan dia??????

Ada juga kata-kata bahawa segala apa yang sedang berlaku sekarang adalah hasil perancangannya. Betul atau tidak, saya tak pasti. Kisah Batu Buruk, Kisah Babi di Melaka dan seribu satu macam kisah lagi adalah membabitkan manusia yang sama, kata orang, bukan kata saya.... Walau apa pun kita pantau situasi... Lepas ni pasti akan merebak kisah bakar bendera... kisah Melayu tukar agama dan lain-lainnya... Kita tunggu, kita dengar, dan kita lihat.. Betul tak semua ini akan terjadi......

Salam takzim...

limado said...

Jalak Lenteng janganlah sampai marah-marah macam tu. Yang silap bukan parti. Yang tak betul ketuanya. Jadi kita marahkan ketuanya...

Soal Singapura ni memang dah menjadi-jadi sangat. Saya dengar ada dua tiga kerat manusia keliling PM yang buat hal dengan Singapura. Saya dengar sampai projek pelancongan pun bagi kat company singapura. Tak percaya, tanya Tengku Nan.. Tak percaya lagi, tanya Zaki Tingkat 4. Tanya kedua-duanya kenapa jadi gitu?? Sapa kena ugut oleh siapa???

Inilah keistimewaan pemimpin kita sekarang. Tak boleh kawal anak-anak buah. Anak-anak buah pula dictate kepada pemimpin... Kalau macam ni jahanam kita....

cyber said...

Ya.. Selama mana lagikah mesti kita berhadapan dengan situasi mengenai SINGAPURA ini??? Dan semua orang takut dengan KJ??? Kenapakah PM diam buat dek je?? Ada ke SINGAPURA dah pegang rahsia PM????

nakhoda said...

Saya dah poskan dalam komen hal lain.. Tak payah kita kecoh pasal Singapura... Apa nak jadi pada Johor, jadilah... Kita ni sapa? Rakyat biasa je.. Cakap banyak pun bukan ada PM nak dengar.. Biarkanlah... biarkan.. Biarkan Johor lingkup, Malaysia lingkup dan Melayu lingkup... Biarkan KJ dan PM je bahagia...

pemerhati said...

A'kum Dato.. harap beri laluan kawan menjawap pertanyaan Cyber " ADA KE SINGAPURA DAH PEGANG RAHSIA PM????
Jawapan kawan "YA" bukan saja PM tapi semua YB mempunyai rekod skandal rasuah dan moral.

Soalan kawan, "SIAPAKAH YANG MENYALURKAN MAKLUMAT KEPADA SINGAPURA?

A) Kali & Brenden B) KJ & Zaki

Jalak Lenteng said...

Datuk,
Maafkan saya kerana terlalu emosional pasal perkara ini. Kalau dilihat dari segi pentadbiran era mantan PM terdahulu dengan PM sekarang, terlalu banyak kepincangan yang timbul akibat daripada rasa ketidakpuasan orang Melayu. Isu pasal DEB, Bahasa Melayu, Keistimewaan orang MElayu dan terbaru pasal BABI semuanya dipandang ringan oleh pemimpin kita. Suara dan rintihan penduduk tidak didengar dan kalau didengar mungkin masuk telinga kanan keluar telinga kiri. PM kita asyik pergi luar negara je. Orang Melayu dipermainkan oleh pemimpin Melayu sendiri yang tamak dengan wang dan gila kuasa. Pada siapa kita hendak mengadu kalau orang yang diharapkan sememangnya TIDAK BOLEH DIHARAP LAGI.

Cuba lihat komposisi kaum yang mewakili rakyat Malaysia di Parlimen. MCA, Gerakan dan DAP amat sinonim dengan orang Cina. Bila sesuatu isu melibatkan kaum Cina dan ianya memberi impak secara keseluruhan contohnya berkenaan sekolah jenis kebangsaan dan sekolah bistari/wawasan, ketiga-tiga parti ini bergabung bagi mempertahankan hak mereka. Begitu juga dalam hal BABI ini. Kenapa mereka boleh bergabung padahal fahaman politik berbeza. 50 tahun merdeka , bahawa Melayu masih lintang pukang.

Lihat pula pada UMNO dan PAS. Walaupun memperjuangkan orang MElayu, tapi saling bercakaran antara satu sama lain. Dalam ISLAM kita semuanya adalah bersaudara. Kalau kedua-dua parti ini bergabung menjadi satu, kita masih tidak cukup kuat lagi dari segi logikal untuk memerintah Malaysia. Sepatutnya kita menyeru semua orang kepada ISLAM. Dalam ISLAM tiada pengasingan antara orang Melayu, Orang Cina dan Orang India. Masing-masing berpegang kepada ISLAM dan ALLAH yang satu berpandukan Al-Quran dan Hadis Nabi saw.

Andaikata, bukan melayu memilih untuk membuat undi tidak percaya kepada UMNO, natijahnya PM yang akan datang pasti terdiri dari bukan Melayu. Akan jadilah malaysia seperti Singapura...ataupun paling dekat P.Pinang.Orang Melayu dipinggirkan.

Perlu ada kesedaran pada semua rakyat malaysia untuk memilih para pemimpin yang benar-benar cintakan tanahair ini dan bukannya menjual harta dan tanah negara ini sedikit sedikit seperti KJ (Kera Jantan) dan kroninya.

Datuk kata" .....SELAMATKANLAH TANAH AIR TERCINTA INI..."

Bagaimanakah dapat kita selamatkan tanah air ini datuk? Malaysia ibarat kanser yang ada di badan, terlalu besar dan merbahaya.....

Renungkanlah.......

Sekian.

Kuda Kepang said...

Limado, Cyber, Nakhoda, Pemerhati dan Jalak. Terima kasih.

Limado:

Maklumat anda mengenai projek pelancongan yang jatuh ke tangan company singapura adalah sesuatu yang memeranjatkan. Harap-harap Tengku Adnan, Zaki dan cybertroopers yang memantau blog ini ambil makluman dan tindakan. Kalau boleh, Tengku Adnan dan Zaki juga dapat menafikannya kalau maklumat anda tidak betul... Soalnya, kenapa boleh jadi macam ni?

Cyber:

Soalan anda amat berat untuk saya jawab. Harap-harap KJ sendiri dapat menjawab anda.... Apa pun, hakikatnya memang banyak pihak dah muak dan jelak dengan kisah Singapura...

Nakhoda:

Saya hairan kenapa anda bersuara macam orang patah semangat atau kecewa. Kalau semua orang macam anda masuk angin keluar asaplah kita... Oleh itu, tenangkan semula fikiran anda dan teruskan perjuangan mana yang kita termampu demi agama, bangsa dan tanah air tercinta...

Pemerhati:

Terima kasih kerana bantu menjawab soalan Cyber. Kawan doakan anda mendapat ketenagan yang anda cari dan mudah-mudahan Allah akan memberkati perjuangan anda selama ini. Mesej anda akan kawan jadikan backgrounder dalam posting kawan di kemudian hari. Bagaimanapun, apa harus kita buat dengan situasi bangsa, agama dan tanah air kita sekarang?? Dan berapa kerat lagi orang macam kita untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai. Hari ini pun dah mula ada sestengah kawan-kawan yang dah agak mula ragu dengan soal kuasa SPBY diPertuan Agong. Harap rujuk ke MYKMU.untuk info selanjutnya...

Jalak Lenteng:

Saya tak marah anda emosi. Saya juga kadang-kadang emosi mengenai apa yang sedang kita lihat dan dengar.. Inilah dilema kita sekarang. Nampaknya orang Melayu/Islam seolah-olah diperkecil dan dipersenda-sendakan. Kaum lain pula seolah-olah menerima layanan teristimewa... teruskan perjuangan dan jangan berputih mata.. Demi kebenaran dan demi Melayu, Islam dan tanah air, teruskanlah bersuara walau seemosi mana sekalipun.. Sesuatu cetusan minda dan rasa diterima dalam blog ini..

Salam takzim dan selamat berjuang.