Thursday, September 27, 2007

Kes Nurin: Dibongkarkan Habis-Habisan
Kes Batu Buruk: Sorok Seboleh-bolehnya

Saya amat terharu dengan peristiwa kejam yang menimpa Nurin Jazlin, 8. Saya ucapkan takziah kepada ibubapanya – Saudari Norazian dan Saudara Jazimin. Terimalah qada’ dan qadar Illahi dengan ketulusan iman yang abadi.

Saya juga ucapkan syabas kepada RTM dan seluruh media besar kerana berjaya mengolah kisah tragedi yang menimpa Nurin secara besar-besaran. Secara tak langsung, ini berjaya memesongkan fokus masyarakat umum daripada peristiwa yang telah terjadi di Batu Buruk, Terengganu, sebelum ini.

Kita telah saksikan sendiri betapa rapi, mendalam dan terperincinya liputan berita dan kewartawanan RTM dan media besar lainnya mengenai kes Nurin. Kita juga telah perhatikan sendiri betapa seluruh pembesar PDRM seolah-olah melompat-lompat mahu buat kenyataan mengenai kes yang sama.

Kesemua ini mencerminkan betapa pihak PDRM dan wartawan media elektronik dan cetak yang besar memang amat bersungguh-sungguh untuk membongkar dan merungkai kes Nurin sehingga ke akar umbinya. Syabas... Inilah yang kita harapkan... Tetapi, adakah keikhlasan dan kesungguhan yang sama wujud dalam usaha membongkarkan kebenaran di sebalik apa yang terjadi di Batu Buruk, Terengganu?

Pokok persoalan utama di Batu Buruk bukan soal yang dipropagandakan sebagai rusuhan dan perusuhnya. Soal yang amat pokok dan paling utama adalah: mengapakan polis melepaskan tembakan dengan peluru hidup tanpa mematuhi Geneva Convention?

Kenapakah pihak media dan PDRM seolah-olah mahu memesongkan hakikat pokok dan utama ini? Kenapa pula dengan tiba-tiba sahaja diwujudkan kisah membakar Jalur Gemilang? Kenapakah bila penternak babi di Melaka memijak-mijak Jalur Gemilang, berita itu tidak dihebahkan seluas-luasnya?

Anda tak percaya? Cuba baca kenyataan di bawah ini yang dikirimkan kepada saya oleh seorang bernama Pemerhati:

Asalamualaikum Datuk. Persoalan kita perlu fikirkan ialah: mengapakah penternak di Melaka tidak diambil tindakan (sewaktu) memijak bendera Malaysia di hadapan pihak berkuasa waktu tunjuk perasaan (baru-baru ini)? Bagaimana kes Batu Buruk boleh berlaku bakar bendera? https://www.blogger.com/comment.g?blogID=29933783&postID=7276264850369339074

Pemerhati bukan calang-calang orang. Saya jamin kenyataan Pemerhati seperti di atas adalah kenyataan kategori A1 kesahihannya.

Oleh itu, ayuh kita semua bertanya kepada pihak berkuasa, kenapakah ada double-standard? Kenapa bila Jalur Gemilang diinjak-injak penternak babi di Melaka, kisah itu kena blackout? Kenapa kisah pembakaran Jalur Gemilang di Kuala Terengganu (yang masih dipertikaikan kredibilitinya), terus disemarakkan hari demi hari? Kenapa seolah-olah ada perbezaan layanan antara kaum Cina dan Melayu/Islam kebelakangan ini?

Kenapakah pihak PDRM kini mempunyai seluruh masa dan tenaga untuk mengesan rakyat jelata yang dikatakan sebagai perusuh hingga ke rumah masing-masing, tetapi seolah-olah sepi sahaja kepada soalan mengapakah dua tembakan peluru hidup dilepaskan di Batu Buruk?

Kenapakah diburu pihak yang dikatakan mangsa? Kenapa disepikan hakikat penembakan peluru hidup yang terang-terang mencanggahi Geneva Convention dan hak asasi manusia?

Kenapa jadi begini? Siapa yang cuba hendak diperbodohkan oleh siapa dalam kes ini? Siapakah yang sedang memperbodohkan siapa dalam kes yang serupa?

Bila saya menghuraikan soal-soal di atas, ini tidak bermakna saya menyokong pihak yang didakwa sebagai perusuh. Saya juga tidak memilih untuk menyuarakan sentimen perkauman atau keagamaan.

Sebaliknya, saya sekadar ingin tahu mengapakah PDRM tidak mahu mengakui bahawa penggunaan peluru hidup tanpa memenuhi Geneva Convention adalah salah? Kalau salah, kenapa tidak disiasat? Kalau salah, kenapa macam nak sorok sahaja kes tersebut?

Macam mana agaknya kalau dua mangsa peluru hidup yang ditembakkan oleh polis di Batu Buruk baru-baru ini meninggal dunia? Dan, adakah kerana peristiwa itu tidak meragut nyawa maka ianya dihalalkan sahaja oleh seluruh pihak?

Pihak berkuasa kena terima hakikat. Cara PDRM mengendalikan kes di Batu Buruk baru-baru ini adalah sangat mengecewakan. Ia melanggar Geneva Convention. Ia perlu disiasat. Ia perlu dirungkai hingga ke akar umbi. Perlu juga dipastikan, mungkinkah ada dalang di sebalik tembakan itu?

Pihak berkuasa perlu juga insaf. Rakyat jelata jangan terus dipoerbodohkan. Tanpa mengambilkira mereka terdiri daripada pihak pembangkang atau sebaliknya, kemarahan rakyat terhadap pemerintah hari ini kelihatan sudah melangkaui batas-batas politik dan ideology kepartian. Khususnya bila kisah babi di Melaka juga kini turut mewarnai suasana kemarahan yang kian merebak dan membara!!! – Ruhanie Ahmad

11 comments:

putera bentan said...

Ini satu lagi hal. Saya dapat info orang dalam yang pihak keselamatan kita dilarang apa-apakan pendemonstrasi di ladang babi di Melaka dan kaum India yang berdemo di Putrajaya baru-baru ini. Betul ke? Pendemonstrasi di Batu Buruk kenapa ditembak dengan peluru hidup? Kenapa???? SAMPAI SEPARUH MATI.......

limado said...

DIVERSION. Itulah perkataan yang paling sesuai kepada kisah di Terengganu. Kalau tak, apa lagi?

Kalau dah pijak bendera di Melaka hanya dibiarkan saja dan bakar bendera di Terengganu dikorek sampai ke lubang cacing, apa lagi namanya? Diversion kan? Nak tutup kes tembak guna peluru hidup kan???

Tapi, adakah ini caranya kerajaan bertindak kepada Melayu? Adakah ini semua dirancang oleh sesetengah pihak? Biar orang Melayu makin marah sampai hilang sabar?

Sapa punya angkara? KJ? Saya rasa IGP pun serba salah. Kata orang, IGP dah kena gunting sayap. Joe sekarang kontrol. Dia kontrol atas arahan seseorang. Sapa? Sama-sama kita cari sapa dia?

Kalau macam ni la ceritanya, teruk kita. Pasukan pengaman pun dipolitikkan. IGP patut diberi kuasa. Kalau tak, buat apa sambung kontrak dia?

Kuda Kepang said...

Putera dan Limado. terima kasih.

Putera: Saya pun dapat maklumat yang hampir serupa. Ada orang dalam tu sampai berhenti kerja atas nama prinsip. Dia pening kepala nak ikut arahan yang disifatkan double standard. Dia kata dia tak mau bersubahat dengan arahan yang berat sebelah. Jadi dia pun berhenti. Cubalah pasang telinga kat kedai kopi 24 jam di presint 9 Putrajaya. Macam-macam cerita kita dengar. Rata-ratanya hanya boleh merungut saja.

Limado: Pandangan anda relevan. Moga-moga diambil perhatian dan tindakan pihak berwajib.

Pasal IGP tu memang kesian. Dalam kes Terengganu, mana ada press nak minta komen beliau.. Kenapa? TST la kita.. Tapi, saya pun seperti anda. Macam mana jadi macam ni? Dan sapa punya kerja sampai macam ni?

Pokoknya, hari ini PDRM seolah-olah seperti layang-layang putus tali. Yang kena tuduh rasuah dihebahkan bagai nak rak. Tak pernah kita tengok perkembangan macam ni. Rasa saya seperti ada dalang di sebalik semua ini. Tapi, kalau kita cakap lebih-lebih, ada pula yang kata kita ni anti pemerintah. Tapi, kalau tak diperkatakan, siapa yang akan tanggung beban kemudian hari kelak?

PM kita juga menteri jaga polis. Ini beri gambaran agak kurang enak kepada PM bila soal polis diperkatakan secara meluas hari ini dan PM buat macam tak tau aje pasal hal ini.

Kemarahan orang Melayu makin meningkat. Hal ni kena dibetulkan segera dan dengan berkesan supaya maruah kita semua terbela. Kalau tidak, Tuhan saja yang akan menentukan segala-galanya.

Mudah-mudahan tanah air kita ni terselamat dari segala bala bencana.

Salam takzim dan selamat berjuang.

Kua Kia said...

It is unfortunate that some people were shot in Terengganu. But those people were rioters and trouble makers. The Ministry of Internal Security under pa la and his secretary wan farid were correct in taking drastic action to contain the troublesome crowd. Johari Baharom and Khairy are right that PAS is a semi-terrorist organization and should be treated accordingly.
Congratulations pa la on taking stern action against those troublesome Terengganu folk.

putera bentan said...

Dah dua tiga kali saya serempak komen Kua Kia dalam blog ni. Sapa dia ni sampai Datuk kasi muka sangat kat dia? Dia kurang ajar. Dia kata Pas teroris. Jangan-jangan dia ni ejen Temasik tak? Nak bagi kita semua hot sampai berhentam sama sendiri? Dah tu, dia ampu pulak PM sama KJ.. Eh... Kita kena sekolahkan sidia ni...

Kuda Kepang said...

Kua dan Putera, terima kasih.

Kua: I do entertained your comment here to provide an alternative view to other fellow surfers. But, please bear in mind that this does not mean that I do subscribe to your views. It is very blatant to brand other fellow Malaysians as terrorists.(OR ARE YOU A MALAYSIAN BY THE WAY?)

Putera: Saya tegaskan pada Kua seperti di atas yang dia keterlaluan untuk kata orang lain sebagai teroris.

Saya tak tau siapa dia Kua. Mungkin juga anda betul yang dia ni upahan untuk lagakan kita. Tapi saya publish komen dia supaya kita insaf bahawa memang ada anasir luar yang sentiasa nak lagakan kita semua.

Salam takzim.

nakhoda said...

Saya dapat berita akan ada demo besar-besaran tak lama lagi. Harap kita semua keluar ramai-ramai. Tak kira sapa, asalkan kita anak Malaysia yang prihatin dengan kepincangan hari ini, kita datanglah ramai-ramai.

Jangan takut kat polis. Kita dah tau rahsianya. Kalau crowd tu multi eknik, dia orang tak berani kacau. Kalau Melayu je, teruk akan dipelupohnya KITA orang. Dounble standard.. Sebab tu demo lawyers di Putrajaya baru-baru ni polis sungguh mesra tak berani kacau. Pasal apa? Sebab dia orang yang demo bukan semua Melayu, tapi semua kaum.. SELAMAT...

Saya harap kalau kita demo kita kena disiplin, aman, ikut aturan dan tak usah peduli polis. Tapi ingat, dalam ramai-ramai tu mesti ada polis yang menyamar. Dia orang akan provoke kita jadi ganas. Jangan dengar provokasi mereka.. INGAT....

Kuda Kepang said...

Nakhoda, terima kasih.

Nampaknya anda dah siap nak kerah LANCANG KUNING mengharung badai perjuangan. Harap-harap apa yang anda dengar tu betul. Tapi, kalau nak mengharung GELOMBANG KUNING kenalah bersiap sedia secara rapi. Kalu tak, abis anda kena sembur air kuning yang digunakan oleh FRU. Lagi satu, ada ke anda siap-siap grup yang berani baling tear gas balik kepada polis yang menembaknya kepada anda?

Saya harap kisah anda ni cuma hayalan saja. Mana orang Malaysia berani demo besar-besaran?? Semua cuma jadi tukang sorak je...

Salam takzim

Kuda Kepang said...

Khas Buat PEMERHATI yang masih di perantuan mencari keredhaan Illahi.

Sila baca komen Nakhoda dalam posting ini. Kisah dia sama dengan kisah AhmaDinijad yang disampaikan kepada saya.

LANCANG KUNING nampaknya akan menguak GELOMBANG KUNING di satu hari yang hening.

Kisah AhmaDinijad ni juga sama dengan kisah Rimba ParK Corporation yang sedang sibuk dengan petisyen Mesyuarat Agongnya. Sebenarnya Rimba ParK dah pun mesyuarat Agong Selasa lalu. Dalam mesyuarat tu dia bawa petisyen pasal mesyuarat Agong tu. Dia bawa petisyen tu atas kehendak mesyuarat Agong. Kawan dengar ada tiga lagi memo dibentang dalam mesyuarat Agong tu mengenai tiga hal eksekutif chairman syarikat tu.

Sekian.

Salam takzim dan selamat berjuang.

cyber said...

Saya doakan TS Musa Hassan dapat berkuasa sepenuhnya ke atas PDRM. Mana-mana pihak nak sabotaj dia kita kena kecam. Baru betul. Kalau macam arini, boleh rosak polis kita.

kudakepang said...

Cyber:

Saya pun begitu juga. Saya harap IGP kita steady dan dapat kawal PDRM secara baik dan berkesan. Pada waktu yang sama, kita harap IGP dapat pulihkan imej pasukannya supaya sentiasa dihormati.

Terima kasih dan salam takzim.