Sunday, September 16, 2007

Satu Demonstrasi Besar Kaum India
Di Hadapan Pejabat PM Di Putrajaya?

Di bawah ini saya siarkan kisah bergambar yang berlaku berhampiran Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Saya tidak mahu komen atau tokok tambah kepada kisah tersebut. Anda layari dan bacalah sendiri. Sesudah itu, buatlah analisa perbandingan dengan apa yang terjadi di Batu Buruk, Kuala Terengganu, Terengganu, seminggu yang lalu. – Ruhanie Ahmad

Layarilah links berikut:

http://marhaen.ngepeng.com/mar_a_pelbagai682.html

http://my.opera.com/marhaen/albums/show.dml?id=360846

FRU Mesra Penternak Babi & Kaum India
Berbanding Orang Melayu dan Islam?

Satu perhimpunan besar kaum India telah diadakan di Putrajaya menuntut pelbagai perkara. Perkara ini tidak pun dilapokan dalam media arus perdana. Ironisnya, perhimpunan sebesar itu di halaman Pejabat PM tidak pun diganggu-gugat oleh makhluk bertopi merah.

Tidak ada juga wujudnya agent provocateur untuk 'mencipta dan menjadikan keadaan tidak terkawal' seperti mana yang berlaku di Batu Burok, baru-baru ini.

Lebih banyak gambar dapat dilihat di e-album M@RHAEN (gambar-gambar dipanjangkan oleh Jingoza)

Keadaan yang hampir sama dapat kita lihat ketika mereka berhadapan dengan para penternak babi di Melaka.
HarakahDaily: FRU takut babi Melaka?

Tapi, bila saja berhadapan dengan orang Melayu dan umat Islam, polis dan FRU bukan main lagi hebat menyembur air bercampur asid, memukul dan mencederakan para peserta perhimpunan. Dan peluru hidup adalah ramuan terbaru yang telah digunakan oleh pihak polis untuk menyuraikan perhimunan aman orang Melayu dan Islam.
- Laman Marhaen

20 comments:

Hamizi Hamdan said...

inilah jadinya bila UMNO lemah dan tidak mendapat sokongan bangsa Melayu sendiri... lain-lain mahu mengambil kesempatan, kerana tahu UMNO-BN memerlukan undi mereka untuk menang selesa...

tetapi ini bukanlah alasan untuk bangsa Melayu menyokong UMNO membabi buta (sensitif perkataan babi ini)...

pemerhati said...

Akum Dato.. sekadar renungan kita fikirkan bersama.


Selatan Thai: Perlukan satu generasi untuk kembali aman
Saturday, 15 September 2007

NARATHIWAT: Ketua junta tentera Thailand, Jeneral Sonthi Boonyaratglin, semalam berkata keganasan di selatan negara itu mungkin mengambil masa satu generasi untuk ditumpaskan.

'Kami mungkin memerlukan lebih banyak masa untuk mencapai matlamat kembali pada keadaan asal,' kata beliau kepada pemberita semasa membuat lawatan sehari ke selatan Thailand.
'Mungkin satu generasi lagi,' tambah beliau.

Polis semalam berkata bahawa kumpulan militan telah membunuh tujuh orang, semasa penduduk memulakan puasa di bulan Ramadan.

Sementara itu, seorang wanita Islam berusia 29 tahun ditembak mati dalam satu serang hendap awal semalam di Narathiwat.

Tiga lelaki Islam kemudian dibunuh kumpulan pengganas di wilayah Narathiwat, Pattani dan Yala, kata polis.

Kelmarin, seorang lelaki Buddha, berusia 28 tahun, dan dua lelaki Muslim berusia 60-an tahun, ditembak mati di Narathiwat, menurut polis.

Pihak tentera awal minggu ini berkata mereka akan menarik balik perintah berkurung yang dikenakan sejak Mac lalu di dua daerah dalam wilayah Yala dari 12 September hingga 21 Oktober ini.

Penduduk mengadu perintah berkurung menyukarkan mereka untuk berbuka puasa bersama keluarga mereka.

Jeneral Sonthi, yang akan bersara hujung bulan ini, berkata usaha mengamankan wilayah selatan sedang berjalan tetapi kerajaan setempat dan askar harus membina hubungan baik dengan penduduk setempat. -- AFP.

pemerhati said...

Dato adakah ini pendekatan cara Islam hadari?

Jangan paksa isteri lakukan seks
Saturday, 15 September 2007

KUALA LUMPUR: Para suami yang memukul isteri untuk memaksanya mengadakan hubungan seks kini boleh menghadapi hukuman berat.

Di bawah satu pindaan ke atas Kanun Keseksaan yang berkuat kuasa Jumaat lalu, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan disebat.
Contoh kesalahan ialah apabila seorang suami tidak boleh menerima keengganan si isteri untuk mengadakan hubungan seks dan kemudian menyepak atau memukulnya untuk memaksa si isteri menuruti kemahuan beliau.

Di bawah pindaan itu, kesalahan merogol telah diklasifikasi semula bagi membezakan kesalahan yang lebih berat.

Misalnya, kesalahan merogol yang berat akan melibatkan kes rogol kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun.

Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan disebat.

Kesalahan rampas lari pula telah diklasifikasi semula sebagai kes rompakan dan pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun.

Sebelum ini, kesalahan rampas lari hanya boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun.

Pada Julai tahun lalu, Parlimen telah meluluskan pindaan ke atas Kanun Keseksaan dan Kod Prosedur Jenayah (CPC), selepas Jawatankuasa Pilihan Parlimen mendapatkan maklum balas daripada orang ramai dan meninjau undang-undang negara Komanwel lain.

Di bawah pindaan ke atas CPC, antara lain, tindakan mengarahkan suspek mengadakan ketuk ketampi dalam keadaan bogel telah dilarang. -- NST.

pemerhati said...

Dato' khabar angin ini buat Dr. M tidak gembira. Kawan tidak mahu campurtangan.

Rahman Yakub nafi sokong anak saudaranya ganti Taib
Sep 15, 07 9:38pm

Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak itu menafikan dakwaan beliau menyokong anak saudaranya, yang juga bekas Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Salleh Jafaruddin, bagi menggantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak.
-
Kawan Tidak campurtangan

pemerhati said...

Dato' maklumkan pd D apa sudah jadi negerinya. Itu hari dia kutuk orang Johor lelong tanah. Anak2 buah di Setulang tanya bila lagi zakat raya edar bendera? kalau ada sama2 kita tekyan.


GEREJA MELAYU DI MELAKA.
Sumber dari pihak PAS Melaka.

Kewujudan gereja melayu di Taman Melaka Baru, Batu Berendam menimbulkan tanda tanya penduduk setempat, mungkinkah jumlah Orang Melayu Kristian di negeri ini ramai. Gereja yang terletak disebelah sebuah sekolah agama di situ seringkali di kunjungi oleh Orang-orang Melayu terutama hari Ahad.

Tinjauan kami mendapati lokasinya agak tersorok menyebabkan tidak ramai yang perasan tentang kewujudannya sebelum ini.

Pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan menyeru Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) supaya memantau gerakerja gereja ini kerana ianya dikhuatiri menjadi pusat memurtadkan anak-anak muda Melayu.

Unknown said...

Datuk apa isu nya perkara ni berlaku? Mana Musa Hassan? Bulan puasa ni polis tak buat kerja ke? takut merebak je datuk..mula2 org india, lepas tu cina, last sekali melayu ..

UMNO kini mmg sudah tidak seiring dgn semangat bangsa melayu. Ini disebabkan pemimpinnya lemah, tak bersemangat, membiarkan korapsi, memabntu keluarga sendiri. Kalau diteliti lapuran audit yang baru diterbitkan, ianya amat memalukan menteri UMNO. Kita mahu pendedahan demi pendedahan dibuat. Kita mau tau lapuran audit Kementerian Perdagangan antarabangsa, Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertanian indus. asas tani. Kita harap tidak ada pemimpin atasan yang cuba menutup mulut Tan Sri Ambrin Buang.

Unknown said...

Datuk,

Yang saya maksudkan "polis tak buat kerja" tu adalah, kenapa CID dan SB tak menghidu lebih awal rancangan perhimpunan kaum india di dpn Pejabat PM. Kalau lebih awal, kan boleh dicegah dgn mengadakan roadblok di seluruh jalan menuju ke Putrajaya. Hisss memalukan!

kudakepang said...

Hamizi, Pemerhati dan Haji, terima kasih.

Saya tak akan komen pasal demonstrasi kaum India di Putrajaya tu. Saua cuma kesal macam mana demonstrasi di hadapan ofis PM langsung tak masuk news? Pasal apa yang di Batu Buruk dibesar-besarkan? Pasal apa demostrasi "babi" di Melaka tak ada ketegangan?

Salam takzim.

Berita dari gunung said...

Perhimpunan sebegitu ramai di Putrajaya perlukan permit ke? Kalau perlukan permit, tentu menarik kalau tahu siapa yang memohon dan siapa pula meluluskan/tidak meluluskannya.

Sekali imbas, kelihatan kerajaan selesa untuk menggasak kaum tertentu saja dan menghadapi kesukaran berkasar dengan kaum lain.

Memangpun apabila Kerajaan dibentuk, nasib semua tidak kira Melayu, Cina, India, Kadazan atau Iban harus dibela. Tidak ada siapa harus terkecuali.

Akhirnya kita rasa terkedu, kenapa Batu Buruk perlu diperlaku sebegitu. Mungkin kita sudah lupa peristiwa pilu terdahulu. Atau bunga-bunga di pusara Memali tidak seharum dulu. Atau kertas putih yang Musa baca di parlimen dulu sudah hilang entah kemana.

kudakepang said...

Berita Dari Gunung, sekali lagi, terima kasih.

Saya tak pasti pasal permit untuk demonstrasi di Putrajaya tu. Yang pastinya, demo tetap demo.

Persoalan anda mengenai Batu Buruk juga turut menjentik pemikiran saya? Entah mengapakah agaknya jadi begitu.

Sampai hari ni tak renti-renti kisah tu disiarkan oleh akhbar perdana!!!!

Salam takzim.

politica said...

Saya cukup kesal dengan cara pemerintah tangani kes Baru Buruk. Juga kesal kerana demontrasi Kaum India di Putrajaya diizinkan, tapi di Batu Buruk dihalang..

Adakah kita ada dua standard kebebasan? Untuk Melayu/Islam, larang.. Untuk orang India, izinkan.

Inikah keadilan di bumi tanahair tercinta yang asalnya bernama TANAH MELAYU???

Unknown said...

Saya cadang kita serahkan saja negara ini pada pihak lain. Apa guna Melayu jadi nadi pemerintahan kalau suara Melayu ditekan habis-habisan?

Buktinya nyata sekali. Batu Buruk macam mana? Di Putrajaya lain ceritanya. Di Melaka lagi istimewa layannya...

Daulat Tuanku!!! Apa akan jadi kepada kita semua???

kudakepang said...

Politica dan Nakhoda, terima kasih.

Saya pun kesal juga. Tapi, kita kenalah bagi muka pada pemerintah. Dia orang kan bijak-bijak belaka.. Ada KJ menantu kesayangan PM yang lulusan oxford. Ada geng tingkat 4 yang semuanya belajar di London. Kita ni sapa? Lima tahun sekali baru dia orang ingatkan kita.. Ya tak??

Jadi, biarkanlah, apa nak jadi, jadilah... Dan bila kita mengundi kelak, apa nak jadi, jadilah juga...

Tapi, kita tak boleh izinkan mana-mana pihak serahkan bumi kita pada orang lain.. Dayus kalau kita buat macam tu, Setiap inci bumi ini kita kena pertahankan.

KATA ORANG TUA-TUA, BILA ROBOH KOTA MELAKA, PAPAN DI JAWA JADI GANTINYA. TAPI, BILA TERGADAI KEDAULATAN NEGARA, BADAN DAN NYAWA GALANG GANTINYA...

Selamat berjuang dan salam takzim.

Unknown said...

Datuk kata, kita ni sapa? Ini bermakna kita ni harus mengalah aje? Sampai bila nak jadi macam ni?

Adakah kita masih nak jadi macam dikadok atau lebai malang? Kalau gitu lingkup anak cucu kita. Sila-silap dia oranng kencingkan kubur kita semua...

kudakepang said...

Terima kasih sekali lagi. Nampaknya polemik kita semakin hangat. Memanglah gitu hakikatnya.. Kita ni sapa???

Kalau yang berkuasa pilih macam tu, apa kita boleh buat??? Jadi, kalau ada generasi muka nak kencingkan kubur, kencingkanlah kubur pihak-pihak berkenaan.. Bukan kubur kita.

Atas rekod, kita sudah bersuara. Tapi kalau suara kita tak dilayan, apa nak buat?? Berontak?? Berontak macam mana?? Nahas nanti kita kena ISA....

Salam takzim dan banyaklah bersabar....

Unknown said...

Saya minta Nakhoda jangan emosi. Kita ada kuasa. Lima tahun sekali kita kena buang undi dalam p-raya. Kita gunakan kuasa tu untuk betulkan mana yang pincang.

Lagi satu lagi, kita ada AGONG. Sitem kerajaan kita kan kata, Raja Berperlembagaan... Kita sembahkan pada Agong macam yang RPK nak buat tu. Kita minta Agong betulkan semua yang tak betul.. Faham tak??

Jangan kita cemas dan emosi. Kita kena tindak bijaksana. Kita guna kuasa kita. Agong pun kena guna kuasa Agong dalam perlembagaan..

kudakepang said...

Putera Bentan, terima kasih.

Memang 5 tahun sekali kita membuang undi. Ini hak kita dan ini kuasa kita. Kita juga perlu bijaksana menggunakan kuasa itu.

Baguslah seruan anda supaya Nakhoda jangan emosional. Sabarlah banyak-banyak... Mana tau Agong pun dah faham kehendak rakyat sekarang ni...

Salam takzim.

Unknown said...

This is a created picture.

No event or demonstration ever took place.

This is a blatant attempt to smear pa la who always defends islum and malayu.

If it is not in NST, STAR, Berita Harian or Utusan then this story is not true.

Unknown said...

Hari ni kita sambung lagi citer semalam. Saya bukannya emosi. Saya cuma marah. Saya cukup fed-up. Saya nak tau apa pasal orang lain demonstrasi, polis aman damai, pandang aje? Kenapa bila Melayu/Islam demo, macam kat Batu Buruk, sampai hari ni masih siar gambar la, dan sebagainya???

Apa pasal? Kenapa IGP sampai sekarang macam diam membisu je? Betul ke IGP sekarang dah kena kontrol Jo Baharum dan Wan Farid? Betul ke Jo Baharum dan Wan Farid pulak dikontrol KJ? Sebab tu ke IGP frust memanjang? Sebab tu ke biarkan saja apa nak dibuat di Batu Buruk, buatlah!!!!!!

Hal macam ni yang bikin saya naik darah. Ini yang bikin saya kata kita serah je negara ni kat orang lain, kalau dah kita sendiri tak tau nak uruskannya.

Memang kita ada kuasa lima tahun sekali. Tapi, kalau peti undi pun boleh dimanipulasi, apa guna kuasa itu. Kalau undi pun boleh dijual murah $200 setiap satu, sapa boleh gerenti yang pengundian itu bebas tak ada rasuah atau bagai-bagainya?

Saya harap PM yang juga Menteri Dalam Negeri, segera buat satu kenyataan yang munasabah pasal demo kaum India di Putrajaya, demo "babi" di Melaka dan demo Melayu di Batu Buruk dan jelaskan kenapa demo Melayu yang teruk kena tuduh dan diganasi.

Saya dapat tau darah segolongan orang Melayu hari ini mendidih pasal pendemo Melayu ditembak dengan peluru hidup, pendemo kaum India tidak diapa-apakan, pendemo "babi" pulak langsung tak boleh diusik sikit pun....

Kenapa jadi gini? Orang Melayu dah jadi warganegara kelas 3 di bumi tercinta ini ke????? Inikah maksudnya lagu warisan,,,, bumi dipijak milik orang???? PM tentu hafal lirik lagu ni.. Kalau lupa, Nordin Kardi tolong ingatkan....

kudakepang said...

Kua Kia dan Nakhoda, terima kasih.

Kua Kia: You are very very absurd. The photographs postede by Laman Marhaen are real and the demonstaration too really did take place in Putrajaya. So, please accept and acknowledge the fact that nobody cooked up the story and the photographs. THEY ARE REAL!!!

Nakhoda: Anda nampaknya masih tak puas hati dengan jawapan dan pandangan sama semalam. Apa pun, saya hormati pandangan anda. Soal sama ada IGP membisu seribu bahasa pasal Batu Buruk, biarlah IGP sendiri menjawapnya. Soal yang lain mengenai IGP juga biarlah dijawab oleh beliau. Tapi, soal sama ada Melayu/Islam kini dah jadi warganegara kelas tiga di Malaysia adalah subjektif. Atas asas apa anda kata gitu? Tapi, soal ini memang sedang panas diperkatakan di sekitar KL sekarang. Saya rasa elok juga hal seperti ini dijawab secara bijaksana oleh pihak pemerintah.

Salam takzim.