Saturday, September 29, 2007

Apa Motif Sebenar FBI Bantu PDRM ?

Rakyat amat gembira kerana PDRM sangat bersungguh-sungguh untuk selesaikan sesuatu kes jenayah di negara ini sekarang.

Tetapi, kesungguhan itu perlu dikesali kalau hanya ditumpukan kepada kes-kes berprofil tinggi sahaja. Ia juga wajar dikesali kalau hanya difokuskan kepada kes-kes yang tidak membabitkan pegawai polis atau insan-insan in higher places.

Terbaru sekali, PDRM minta bantuan FBI Amerika Syarikat untuk siasat kes pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin. Berita penuh mengenai hal ini boleh diakses melalui link:

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=287203

Apa yang dilakukan oleh PDRM memang sangat baik. Demi kepentingan rakyat jelata. Tapi, adakah ini perlu? Sangat-sangat perlu?

Saya pernah berkhidmat selama empat tahun dengan KDN di awal tahun 80-an. Saya tau PDRM diiktiraf sebagai antara pasukan polis yang terbaik dan paling cekap di Asia. Saya yakin reputasi ini masih kekal sampai ke hari ini.

Kalau begitu, apakah motif sebenar di sebalik PDRM “menggunakan khidmat” FBI “bagi meningkatkan kualiti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dalam siasatan kes pembunuhan kejam” Nurin Jazlin?

Perlukah seorang pegawai FBI diterbangkan khas ke Malaysia hanya untuk “mengenal pasti fotofit dalam rakaman CCTV” terbabit?

Mungkinkah penglibatan FBI ini untuk mencerminkan betapa rapatnya Malaysia pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mutakhir ini dengan pentadbiran Presiden Bush? Inikah motif sebenar-benarnya? Atau, adakah agenda lain yang masih belum diketahui umum?

Kalau kes pembunuhan Nurin memerlukan bantuan FBI, bagaimana dengan kes berprofil tinggi mengenai pembunuhan Altantuya? Tidakkah kepakaran FBI diperlukan untuk kes tersebut? Macam mana pula dengan kes pegawai polis melepaskan tembakan peluru hidup tanpa mematuhi Gevena Convention di Batu Buruk, Terengganu, baru-baru ini?

Oleh kerana “fotofit yang diperolehi dari CCTV” terbabit telah diserahkan kepada anggota FBI yang telahpun berada di Kuala Lumpur, adakah ini bermakna PDRM menahan reman empat orang yang kononnya boleh memberikan maklumat lanjut mengenai kes pembunuhan Nurin itu berasaskan kepada hasil kajian awal pegawai FBI ke atas rakaman CCTV terbabit?

Saya terpaksa bertanyakan semua soalan di atas kerana banyak pihak kini berasa sesuatu yang aneh sedang berlaku di negara kita. Keanehan ini jadi semakin ketara kerana membabitkan kuasa asing. Dan, kuasa asing itu pula adalah Amerika Syarikat yang memang mempunyai beberapa motif khusus terhadap Asia Teggara di abad ke-21. Lantaran itu, waspadalah.. – Ruhanie Ahmad

9 comments:

Unknown said...

Pelik juga ya.. Dulu-dulu memang tak pernah dengar citer pasal FBI ni. La ni ada pulak FBI. Hairan juga kita dibuatnya. Hebat betul AAB.

Unknown said...

You been reading too much conspiracy theory. What is wrong with the FBI? Why worry if PM Badawi is close to Bush? Nothing wrong isn't it? We have to accept the fact that US is very very powerful. So, it is good to be friendly with such a superpower. At least nobody dare to kacau-kacau. Correct?

kudakepang said...

Cyber: Hari ini memang banyak perkara ganjil berlaku. Saya timbulkan soal ini kerana tak pernah dalam sejarah kita, kalau saya tak silap, kita panggil FBI bantu siasatan kes jenayah kita. Walau pun ini hak PDRM buat demikian, tentu tindakan macam ni timbulkan tanda tanya yang bukan kecil. Lebih-lebih lagi kita semua maklum PDRM adalah satu antara yang terbaik di Asia.

Terima kasih dan salam takzim.

kudakepang said...

Cina:

This is your maiden visit to KK. Welcome. But I have to inform you that we in Malaysia sing th NEGARAKU NOT MAJULAH SINGAPURA.

You said I have been reading too much of conspiracy theory. True. I have to understand the superpower's games in my region and especially in my beloved MALAYSIA. I am being trained to view the US with suspicion.

FYI, Malaysia is very strategic to the US. Malaysia together with Indonesia, control the Straits of Malacca. The US wants to dominate this strategic and vital waterways to ensure the safety and security of its oil tankers from the mid-east to China and the Pacific Rim. Don't you see the point here?

Yes, there is nothing wrong with my PM to buddy buddy with Mr BUSH. After all the US is one of the biggest investors in Malaysia. But, of late, BUSH is not so much loved by the Muslims in general, the world over. His war on terror (W-O-T) is not a war against terrorism. It is a war to terorrise and crush the Muslim world and the Muslims in general. You know how many millions Muslims have been dead and just be regarded as the co-lateral damage to the W-O-T? You know what are the impact of nuclear weapons to human health? Who are they now suffering from this impact? The Muslims, right?

I can go on and on about this. But it is actually a public secret. So, you too know fully well of the impact of W-O-T. It has been six years now. And the W-O-T is still on.. Don't you see? In such a case, do Malaysians really need to be really buddy buddy with BUSH? You think about it.

Salam takzim.

Mohd Asri Yusof said...

Bila IGP umum penglibatan FBI dalam kes Nurin, tak lama kemudian terus dapat reman beberapa orang yang disyaki terlibat. Ini menunjukkan PDRM tak secekap yang Datuk katakan....Tak sampai pun seminggu ramai yang ditahan dan akan disoalsiasat dan mungkin dipaksa mengaku bagi kesalahan yang tidak dilakukuan.
Bukti DNA boleh direka oleh sesiapa sahaja.Harap jangan sampai orang yang tak bersalah disuruh mengaku sudahlah.

Datuk,
Hakikatnya di Malaysia ini, agen-agen FBI, CIA, Mosad, MI5 selain pasukan perisik dari negara jiran telah lama ada dan mencari maklumatyang menguntungkan kepada mereka. Cuma kali ini kedatangan FBI adalah secara undangan dari IGP.Berapa agaknya PDRM bayar bagi kepakaran yang digunakan.

InMine said...

If it is just to enhance the quality of the image from CCTV, we have expertise especially in Digital Image Processing area. Unless the collaboration with FBI has some other agenda besides what was being publicised.

I can name a few professors who have been working in this area since 1990's. I am not an expert but I have postgraduate degree in this area since 1990. The world experts in this area are no more americans (in 1980's yes the americans were the experts) but instead the chinese, the arabs, persians, and indians are the experts now. We have a few malays involved in this area but they are low profile and not many papers were published in international journals. The government should have given the fund for these locals professors to do more research to develop further the technologies and algorithms in this area.

InMine said...

Just to add further Dato', I have an on going project called "Digital Forensic Science" under my research group. The system which is curently in development stage utilizes digital images, digital speech, and multimodal biometrics data to help investigators to find evidence of crimes.

Hamizi Hamdan said...

inmine...

the time where every malaysian proud to be malaysian already become history in the text book since our current PM take charge...

now in our PM & co opinion, malaysian are consider low class citizen and not up to standard...

the worst part is, when the government suppose to encourage local expertise, now they invite professionals all over the world...

i am afraid one day, most of young malaysian or majority malay, will say, "why must we get higher education, when we only can work as clerk or factory production operator, (like those uneducated people)".

kudakepang said...

Jalak, Inmine dan Hamizi. Trima kasih.

Jalak: Pandangan anda saya yakin dikongsi oleh banyak pihak. Semoga pihak berkuasa prihatin dan bertindak sewajarnya. Banyak pihak juga kini sinis dengan perkembangan siasatan berknaan. Mungkin Christopher Wan perlu jelaskan sejak bila wartawan yang melaporkan kes jenayah serius macam kes Nurin ini diizinkan quote atau memetik kenyataan sumber-sumber? Kenapa beliau sebagai Pengarah CID tidak buat kenyataan sepebuhnya?

Adakah semua ini DIVERSION kepada kes polis tembak guna peluru hidup di Kuala Terengganu tempohari?

Inmine: Thanks for the valuable piece of info. I did actually published your remarks as a main posting today. I did it to enable as many Malaysians as possible,including the relevant authorities, to be aware of what we have locally.

Hamizi: You said "malaysians are considered low class citizen and not up to standard...". Well, you may be right. But most people are saying now that the Malays are the third class citizens. Is that right?

Salam takzim.