Monday, September 03, 2007

Tun Dr Mahathir Akan Jalani
Pembedahan Coronary Bypass

Saya paparkan di bawah ini satu kenyataan penuh daripada Institut Jantung Negara (IJN) mengenai mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang akan menjalani pembedahan coronary bypass di IJN Selasa ini.

TDM akan menjalani pembedahan tersebut di bawah seliaan satu panel pakar jantung diketuai oleh Dato’ Seri Dr. Robaayah Zambahari selaku Pengarah Perubatan IJN. Pakar Jantung, Tan Sri Dr Yahya Awang, yang bertanggungjawab melaksanakan pembedahan pertama ke atas TDM pada 1989 akan mengetuai pembadahan yang sama kali ini.

Sementara itu, satu upacara sembahyang hajat mendoakan keselamatan TDM yang menjalani pemdedahan esok, akan diadakan di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur, selepas Isyak malam ini, 3 September 2007. Rakyat jelata yang prihatin disilakan menyertai majlis berkenaan.

Sama-samalah dia berdoa semoga Allah SWT akan memberikan keselamatan kepada TDM yang telah banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Insya Allah. – Ruhanie Ahmad

MEDIA STATEMENT
FOR IMMEDIATE RELEASE

Institut Jantung Negara, 3 September - YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad was admitted to Institut Jantung Negara yesterday (Sunday, September 2, 2007). This is in preparation for an elective coronary bypass surgery.

The surgery will take place tomorrow, Tuesday, September 4, 2007 at IJN.

This is Tun Dr Mahathir's second coronary bypass. The first was done in 1989.

Tun Dr Mahathir will be attended to by a panel of doctors headed by YBhg Dato Seri Dr. Robaayah Zambahari, IJN’s Medical Director. YBhg Tan Sri Dr Yahya Awang who was the cardiac surgeon responsible for performing the first cardiac coronary bypass on Tun Dr Mahathir will be heading the surgery team.

Doctors have advised against Tun Dr Mahathir receiving any visitors with the exception of immediate family members.

For media enquiries please contact Sufi Yusoff @ +60122088601

1 comment:

Unknown said...

Saya doakan TDM selamat. Semoga Allah memberikan beliau perlindungan. Harap Tun Hasmah dan keluarga juga sentiasa tabah.

TDM adalah pujaan saya. Saya anak Malaysia yang sudah banyak terhutang jasa kepada TDM atas perjuangan beliau kepada agama, bangsa dan negara selama ini.