Satu Renungan Di awal Ramadhan
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, telah dipetik oleh Channel News Asia – sebuah agensi berita berpangkalan di Singapura – sebagai berkata pada 12 September 2007, bahawa umat Islam Malaysia yang berhasrat meninggalkan agama tersebut perlu diberikan kaunseling oleh pihak-pihak berkuasa agama, dan, sekiranya mereka terus memilih untuk keluar daripada agama Islam, mereka perlu diizinkan berbuat demikian.
Menurut agensi berita itu, Abdullah kemudiannya menjelaskan bahawa kenyataan beliau dibuat atas kapasiti peribadinya sendiri.
Cuba kita rasionalkan, mengapakah agensi berita terbabit menyatakan yang Abdullah membuat kenyataan itu atas kapasiti peribadinya sendiri? Apakah ini bermaksud bahawa pendirian rasmi Abdullah adalah berbeza daripada pendirian peribadinya? Mengapakah Abdullah membuat kenyataan itu sempena awal Ramadhan? Mengapakah jadi begini? Apa sudah jadi?

Untuk membaca posting sepenuhnya, sila layari blog puteramaya di link:
http://puteramalaysia.blogspot.com
3 comments:
Apa dah jadi dengan PM kita ni? Dia buat statement yang agak kontrovrsial, tapi atas personal capacity. Apa maksudnya?
Kalau nak buat kenyataan atas personal capacity, PM kenalah jadi private citizen. Dia kenalah keluar dari jawatan rasminya... Bukankah ini logik di sebalik membuat kenyataan dalam personal capacity?
Kalau tidak, macam mana rakyat nak bezakan kenyataan PM tu rasmi atau peribadi? Haru juga kita dibuatnya...
PM kena hati-hati dengan kata-katanya. Lebih-lebih lagi bila bercakap pasal Islam dengan agensi berita asing.
Saya kecewa PM buat kenyataan ini di awal Ramadhan. Kalau ya pun, elaklah jawab soalan itu secara baik. Biarkan pihak yang jaga hal ehwal Islam menjawabnya.
Sekarang apa dah jadi? PM buat kenyataan dalam capacity personal, tapi PM masih lagi PM.. Bukankah ini satu ironi???
Kalau PM sudah tidak jadi PM lagi, lainlah halnya.... Buatlah apa juga kenyataan dan kenyataan itu pastinya tidak akan mencerminkan pendirian kerajaan..
Insaflah wahai PM. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan merana!!!!
Politica dan Nakhoda, terima kasih.
Sebagaimana saya katakan dalam blog puteramaya, saya yakin PM mempunyai sebab-sebab tersendiri mengapa beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa atas kapasiti peribadi.
Apa pun, saya memang setuju dengan anda berdua bahawa PM seharusnya berhati-hati bila mengeluarkan kenyataan seperti itu.
Hakikatnya begitu kerana kita mempunyai undang-undang syariah. Hakikatnya juga begitu kerana kebelakangan ini nampaknya wujud satu force tempatan dan asing untuk mempersoalkan pentadbiran hal ehwal Islam Malaysia.
Salam takzim.
Post a Comment