Monday, September 17, 2007

Pernah Tak DAP Komen Pasal WPI?

Hari ini, 16 September 2007, DAP dipetik oleh Bernama sebagai berhasrat untuk bertanding tujuh kerusi Parlimen dan 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang dalam PRU ke-12 kelak.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata perkara itu disuarakan oleh Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow pada Konvensyen Pilihan Raya DAP Kedah dan Pulau Pinang.

Komen:

Di era pemerintahan, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pernah tak kita terdengar DAP bersuara amat kritikal sekali terhadap Abdullah, KJ dan sekutunya? Pasal WPI bagaimana? Kenapa agaknya jadi begini? Kerana DAP mempunyai pertalian sejarah dan sentimen yang akrab dengan PAP di Singapura? Mungkinkah begitu? – Ruhanie Ahmad

17 comments:

Ryzals said...

Asslamualaikum Y.Bhg. Datuk,
Hmm....satu analisa yang cukup strategik. Tahniah. Saya pun tidak tersedar tantang perkara ini, kenapa yea DAP senyap jea....ada syer kot? ada maksud lain kot? atau DAP sekarang ini bukan macam zaman Tun dulu lagi dah. Dah cuba untuk menjadi pembangkang yang sivik, bagus juga tu mana tau boleh join BN, jadi parti komponen.
Wassalam

A Voice said...

Adakah Anwar pernah mengkritik AAB?

Sila baca posting saya sini ?

Berita dari gunung said...

Untuk setiap projek pembangunan, sebesar Iskandar mahupun sekecil jalan Kampung Alma, bukan banyak mana pun wang berlegar di tangan Bumiputera.

Orang boleh sembang kuat, kata itu projek dia, walhal 80 peratus dari aliran wang tersinggah di tangan-tangan lain. Kita boleh ubah ini semua. Sedikit demi sedikit, berfokus dan bina kapasiti, komitmen dan networking. Bukan projek atau nilai projek itu yang membantu Bumiputera.

Dibanyak waktu, harapan diberikan tidak pada pakarnya. One off projek tidak membina apa-apa, political favours juga selamanya menggagalkan penglibatan bumiputra yang terjurus.

Akhirnya alam niaga itu sendiri melahirkan peniaga tulin!! Tentunya mereka perlu bangun, jatuh dan bangun semula. Maaf, bukan semua peniaga adalah Anak dan Menantu Perdana Menteri!

DAP tidak perlu bising pun..

pemerhati said...

Asslamualaikum Y.Bhg. Datuk dan pembaca KK.

Saya sendiri tidak terfikir pekara ini. Tahniah Dato kerana meneliti semua sudut berhubung WPI. Politik kita tolak ketepi seketika. Perjuangan anak Johor perlu di teruskan demi keselamatan dan maruah negara tercinta MALAYSIA.

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA PEMBACA RUANGAN INI.

Salam dari saya.. "Pemerhati"

kudakepang said...

Walaikumsalam dan terima kasih Rizal, Voice, Berita Gunung dan Pemerhati.

Rizal: Saya dok ikuti sekian lama, memang nampaknya DAP membisukan diri pasal WPI dan kurang kritikal terhadap kepimpinan PM mutakhir. Soalan saya, apa adakah udang di sebalik batu?

Voice: Memang betul PKR dan DSAI pun nampaknya kurang kritikal terhadap PM dan rejim mutakhir. Baru sekarang DSAI kritikal terhadap KJ itu pun sesudah dicap oleh KJ sebagai agen CIA.

Suara Dari Gunung: Takkan anda gembira DAP tak bising pasal WPI. Sebagai anak Johor, tak mungkin anda puas hati pasal WPI. Mula-mula dinamakan SJER, south johore economic region. Sebenarnya north singapore economic region. Dah tu dikatakan SJER tu serupa shenzen kepada hong kong. Mana boleh gitu? Shenzen dan hong kong bawah satu bendera. Singapura dan Johor bawah lain bendera. Macam mana PM kita tergamak kata wpi tu shenzen kepada Singapura???

Pemerhati: Kabarkan pada anak buah di Setulang, duit pasang bendera Insya Allah sebelum raya.

Pasal WPI memang kawan habis-habisan. Ni belum lagi nak tulis pasal security WPI dan rancangan Singapore nak bina "super bridge" menghala ke Nusajaya. jahanam kita kalau tak bertindak menentang.

Kawan harap anda akan back up bloggers macam kawan kerana sekarang ni pun dah banyak orang mahu kepala kawan digantung di pintu masuk causeway di Tanjung Puteri.

Apa pun, selamat berjuang dan selamat berpuasa di perantauan.

Salam takzim buat semua.

Hamizi Hamdan said...

DAP... yang menguntungkan puak-puak dia, mana ada bising...

kalau rugi seposen, heboh sekampung padahal cuma kurang untung (target), bukannya rugi...

pemerhati said...

Asslamualaikum Y.Bhg. Datuk dan pembaca KK.. Cuba kita renung dari ayat tersirat dari sindiran dibawah ini.


50 TAHUN MERDEKA: ANTARA MAKAN & BAKAR JALUR GEMILANG?

Jalur gemilang terus disebut orang,
Di Batu Buruk, sebelah sana...
Kamu dibakar entah siapa "jin bertendang" itu,
Berlindung sebalik topi kaledarnya,
Macam waktu Reformasi di Kuala Lumpur dulu,
Yang bakar kamu mesti bertopi kaledar,

Tapi, 50 tahun merdeka,
Menteri-menteri Kabinet memotong kamu,
Memakan kamu, meratah kamu...
Jadikan kamu barangan dagangan,
Mencalarkan namamu Jalur Gemilang,

Tiada siapa tahu, angkara "budak nakal" mana,
Jin mana, yang membakarmu di Batu Buruk itu,
Tapi, yang memotong dan memakan kamu,
Semua orang tahu, itulah orangnya!

Mereka ketawa berdekah-dekah,
Bertepuk tangan, berjaya menenyeh kamu ke mulut,
Sedihnya pejuang kemerdekaan tulen,
Bila panji utama diperlakukan main-main,
Di manakah penghormatan mereka?

Kamu diarak tak tentu kira,
dijadikan selimut,
dijadikan songkok, dijadikan baju...
Ah... betapa kurang ajarnya mereka pada kamu,

Inilah nasib kamu di negara merdeka,
Senasib dengan rakyat yang menderita,
luka dan lara!

Catatan Santai,
Adamson Hotel Kuala Lumpur

kudakepang said...

Saudara hamizi, terima kasih.

Pandangan anda agak serupa dengan saya. Tapi, tidakkah anda hairan kenapa DAP agak menikus dalam hal WPI? Mungkinkah kerana kepentingan si todak di WPI amat besar?

Sapa pula kali ni yang akan jadi Hang Nadim untuk menasihatkan PM supaya WPI dibentengi secara rapi supaya tidak diserang oleh todak moden???

Salam takzim.

kudakepang said...

Pemerhati, terima kasih atas kiriman bahan renungan bersama.

Selamat berjuang dan salam takzim.

A Voice said...

Walaupun berdiam dalm bab WPI, DAP hanya mengkritik projek Mega Megah AAB - PGCC & Jambatan kedua - kerana mereka kini ada cita2 untuk mengambil alih Penang.

Dari laporan terbaru, nampaknya Anwar sudah beriya2 hendak bekerjasama dengan DAP untuk mengambil alih Penang. Beranikah dia untuk menjadi hero dengan menumbangkan DOlah di Kepala Batas, jika PRU dapat disertai?

Dalam menangani kemasukkan DAP, Gerakan pun dah mula bersuara macam DAP. Jangan kita lupa bahawa Gerakan adalah parti pembangkng yg terlibat dalam perarakkan kemenangan beberapa sebelum 13 Mei 1969 yang mengkritik Melayu.

Mungkinkah apabila the going gets tough, Gerakan akan berpaling tadah?

Jika DAP menang, tentu sekali projek Mega Megah AAB akan di gendalakan. Jika Singapura bersuara, jangan hairan projek itu semua akan terus berjalan. Namun, dengan kepentingan kroni Cina Dolah, Patrick Lim dalam projek2 Mega Megah di Penang, mungkin ianya akan terus juga. Pasti state government dah memberi pelepasan yg patut sekarang.

Penang boleh membuka possibility perubahan senario politik yang menarik. Yang tak menarik adalah elemen campurtangan Singapoura akan lebih "entrenched".

Unknown said...

Salam brother brother,

Saya ada rasa bahawa Lim Kit Siang sekarang sudah ada lebih matang.

DAP memang cintakan Malay-sia dan tidak mahu negara proak keranda. Oleh itu Lim Kit Siang tidak pernah mengkritik pa la kerana sayangkan perpaduan negara. Pa la selalu kata dan media media control kerajaan selalu kata "strength in unity". Ini bermakna pa la sedar bahawa melayu perlu cina kerana tanpa cina maka malay-sia akan lemah.

Lim Kit Siang juga hormat ke atas kepandaian pa la yang sudah sedar bahawa adalah lebih bagus untuk berbuat baik dengan kerajaan singapore dan memberi apa yang di kehendaki singapore.

Ini adalah polisi dan committment yang bijak oleh pa la.

pemerhati said...

Akum Dato.. komen terkini dari DAP.

DAP DESAK ALI RUSTAM JANGAN MUSNAHKAN TERNAKAN Tuesday, 18 September 2007
DAP hari ini mahu Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam supaya akur kepada arahan kabinet dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak menjalankan operasi pemusnahan babi secara besar-besaran dan membenarkan ternakannya diteruskan jika kawalan alam sekitar dipatuhi.

Di samping itu, kata Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, Timbalan Perdana Menteri itu turut dilaporkan oleh Sin Chew Daily pada 16 September lalu sebagai berkata, kabinet telah memberikan arahan kepada kerajaan negeri Melaka untuk menggunakan formula penyelesaian yang praktikal dalam menyelesaikan masalah penternakan babi di Melaka secara baik.

Lim sebelum itu mengemukakan beberapa cadangan DAP dalam satu memorandum kepada Ali Rustam.

Malaysiakini.com melaporkan Lim memberitahu bahawa jawapan awal Ketua Menteri adalah diperlukan bagi mengelak pegawai kerajaan yang tidak bertanggungjawab "bermaharajalele menyalahgunakan kuasa hingga menimbulkan ketegangan serius dalam masyarakat".

"Kami ingin menarik perhatian bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri telahpun dikecam oleh seluruh masyarakat Cina sebagai melampau, termasuk parti MCA yang hanya menyatakan ini dalam suratkhabar Cina tetapi tidak di depan YAB ataupun di suratkhabar bukan berbahasa Cina," katanya

kudakepang said...

Voice, Kua Kia dan Pemerhati, terima kasih.

Voice: Pendapat anda provokatif kepada minda saya. Memang seribu satu kemungkinan terbuka dalam politik. Orang kata, politik bukan sahaja soal who, gets what, when, where and how. Politik juga merupakan an art of the possible and the impossible, sama ada untuk mendapatkan kuasa atau mempertahankan kuasa. Jadi, pandangan anda wajar dijadikan renungan dan latarbelakang kepada pemikiran kita sekarang.

Kua Kia: Anda adalah pendatang baru ke blog ini. Saya tak tau siapa anda dan apa niat anda. Tapi pandangan anda sering memberikan alternatif kepada pemikiran status quo dan stereotype di kalangan kita. Pandangan anda mengenai Lim Kit Siang, PM dan Singapore tak akan saya ulas. Biarlah ia menjadi pandangan alternatif yang akan jadi renungan kepada semua. Ini kerana semua orang faham bahawa DAP memang intim dengan LKY dan Singapura.

Pemerhati: Mungkin anda masih di perantauan. Kiriman berita dari anda mengenai DAP akan saya poskan ke dalam blog hari ini. Moga-moga ia menjadi iktibar kepada semua untuk mengukur pendirian pemimpin kita terhadap seluruh masalah yang kini sedang menghangatkan suasana politik tanahair tercinta ini.

Salam takzim.

Berita dari gunung said...

Dato,

Saya tidak berasa apa-apa bila DAP tidak bising tentang SJER. Saya lebih berasa hati bila pemimpin UMNO tidak menjerit tentang SJER sebenarnya.

Saya sedar mereka ada bincang dibelakang tabir. Tentu ada yang merungut dan melahirkan rasa bimbang. Tentu ada saluran untuk mereka. Tentu PM, MT sedar tentang wujudnya suara-suara ini.

Saya juga sedar tentang politician being active businessmen. Saya juga sedar tentang businessmen yang sentiasa peka dengan oppurtunities. This may keep ringing in their mind "whats in store for me?"

SJER ini sememangnya menarik dari awal kewujudannya, kerana seperti kata Dato, PM terlepas cakap, SJER bagai shenzen katanya. Foreplay yang ada, menunjukan seolah kita tersepit, tersilap langkah dan pada setengah pula seolah kita sedang berhutang dengan Singapura.

Saya bukan bercakap sebagai President's Men, oleh itu maafkan saya kalau skeptikal dengan SJER. Apakan daya, saya masih was-was dengan intipati SJER, apatah lagi memori terhadap pembentang kertas putih Memali masih belum padam.

kudakepang said...

Berita Dari Gunung, terima kasih.

Pemimpin UMNO tak akan berani bersuara lantang dan terbuka mengenai WPI, SJER atau NSER.. Masing-masing ada kepentingan, bukan dalam WPI, tapi kepentingan politik peribadi.. Saya juga ahli UMNO. Saya juga seperti anda. Terkilan dengan apa yang sedang berlaku mutakhir ini. Memang ada pemimpin UMNO yang kurang puas hati. Tapi, mereka tidak terdaya untuk bersuara. Hairannya, usul mengenai WPI pun tak ada kedengaran dibawa oleh mana-mana cawangan atau bahagian UMNO. kalau ada pun mungkin tidak diberikan publisiti.

Jadi, apa kita nak buat? Terus mengeluh panjang dan menangisi susu yang sudah tumpah?? Ini persoalannya sekarang. APA YANG KITA SEBAGAI RAKYAT BIASA BOLEH BUAT UNTUK MEROBAH KEADAAN??

Salam takzim.

Kamalkamal said...

Assalamualaikum, Datuk
1. Terima kasih atas maklumat & analisis yg. Datuk berikan.
2. Kerajaan sekarang banyak duit sungguh, selepas WPI, NCER dan lepas ini, ECER. Mampukah pihak swasta nak majukan semuanya tanpa sokongan kerajaan kerana "budgetnya" angka billion.

kudakepang said...

Saudara Kamal, terima kasih.

Saya kurang pasti mengenai seluruh projek mega - koridor-koridor tu. Setau saya, koridor di Johor bukan untuk rakyat Johor. Tapi untuk beri peluang Singapura melebarkan ruang ekonomi dan politiknya ke TANAH MELAYU. Oleh itu, fikirkanlah sendiri impak dan manfaatnya kepada rakyat Malaysia...

Salam takzim.