Thursday, September 20, 2007

Kisah BABI, Peluru Hidup, Jalur Gemilang,
Diversion, Mind Control Dan Perjuangan

Dari 21 September 2007 hingga 24 September 2007 saya akan berada di luar daerah. Kalau terdapat internet, saya akan update anda sekalian. Sekiranya tiada, saya harap para pembaca budiman renung-renungkanlah sedalam-dalamnya kisah BABI, kisah DAP, kisah BATU BURUK, kisah PELURU HIDUP, kisah JALUR GEMILANG dan seluruh kisah yang mencerminkan kepincangan mutakhir yang saya paparkan dalam blog ini kebelakangan ini.

Kepada saya, seluruh kisah di atas adalah komponen “bom jangka” di sekeliling kita seperti yang pernah saya bincangkan dalam salah satu posting saya baru-baru ini.

Ini bermakna, seluruh kisah tersebut tak boleh diremeh-temehkan oleh pihak pemerintah. Ini juga bermaksud, rakyat jelata juga perlu fokus. Jangan izinkan diri kita dipesongkan kepada cerita-cerita trivial seperti mati aksiden, tak makan juadah buka puasa kerana rumah terbakar, kisah artis saman orang yang mengintip rumahnya, dan sebagainya.

Kita mesti fokus. Kalau tidak, minda kita akan mudah dikuasai oleh kisah-kisah kemanusiaan - human interests - yang sengaja diketengah dan dibesar-besarkan untuk memesongkan pandangan umum daripada isu yang sebenar, lebih panas, serius, penting dan menjejas serta melibatkan kepentingan ramai.

Contoh paling klasik adalah kisah TEMBAKAN PELURU HIDUP dan BAKAR JALUR GEMILANG, di Terengganu. Kedua-dua insiden ini ada pertaliannya. Bukan daripada segi pihak yang melakukannya [seperti yang mahu ditonjolkan oleh pihak-pihak tertentu]. Tetapi, daripada segi matlamatnya.

Amalan polis untuk menembakkan PELURU HIDUP di sesuatu perhimpunan seperti yang terjadi di Batu Buruk, Terengganu, baru-baru ini, mempunyai undang-undangnya yang tersendiri.

Menurut GENEVA CONVENTION, pihak keselamatan hanya boleh menembakkan PELURU HIDUP kepada seseorang yang tidak bersenjata, sesudah dibuat satu tembakan amaran ke udara. Sesudah itu, kalau masih perlu ditembak juga peluru hidup, undang-undangnya menuntut supaya peluru itu ditembakkan ke bahagian bawah daripada pusat, dan khususnya di kaki.

Jadi, adakah polis ikut undang-undang Geneva Convention sewaktu melepaskan dua das tembakan PELURU HIDUP di Batu Buruk? Memang tak ada!! Jadi, adakah salah kalau rakyat jelata berasa kesal dan marah dengan tindakan itu? Memang tidak salah, malahan wajar berasa marah!! Jadi apa nak buat? Polis mengaku bersalah? Oppp... Jauh sekali!!!

Lantas, macam mana nak alihkan kemarahan umum terhadap peristiwa tembakan PELURU HIDUP itu? Cari jalan diversion atau pemesongan la... Caranya? Cipta satu kisah yang terkini, penuh sensasi dan kontroversi..

Lantaran itu, wujudlah kisah kononnya ada sekumpulan pemuda liar [dipropagandakan sebagai ahli PAS] yang membakar JALUR GEMILANG.. Isu ini menangkap minat umum kerana ketika itu kita baru saja mengibar dan menjulang JALUR GEMILANG sempena perayaan 50 Merdeka.

Bijak diversion ini. Cukup bijak!!! Dengan terciptanya diversion ini, kisah tembakan PELURU HIDUP ditenggelamkan. Dengan terciptanya kisah ini, kisah POLIS BERSIKAP GANAS bertukar kepada kisah PEMUDA GANAS DAN TIDAK PATRIOTIK. Dengan terciptanya diversion ini, kisah PAS yang hangat menuntut keadilan daripada pemerintah ditenggelamkan dengan TUDUHAN UMNO TERHADAP PAS KONONNYA SEBAGAI DALANG DI BELAKANG PEMBAKARAN JALUR GEMILANG.

Kini, kisah MEMBAKAR JALUR GEMILANG sentiasa dihidupkan oleh media perdana. Kini kisah TEMBAKAN PELURU HIDUP hanya dapat dukungan dan perhatian positif menerusi media internet. Makin lama, rakyat jelata pasti akan lupa bahawa TEMBAKAN PELURU HIDUP oleh polis itu adalah salah. Makin lama, akan tertanamlah di benak rakyat bahawa PEMBAKARAN JALUR GEMILANG DI TERENGGANU ADALAH PENGKHIANATAN, walau pun peristiwa itu mungkin dilakukan oleh pihak-pihak yang mahu melakukan diversion kepada KISAH PENEMBAKAN PELURU HIDUP DI BATU BURUK...

Jadi, apa harus kita lakukan untuk menangkis kesan mind control dan propaganda menerusi diversion seperti ini? Media perdana tersebar luas. Media internet hanya terhad kepada pemilik komputer dan golongan celik ICT. Jadi, bagaimana?

Sebagai usaha awalan, cuba anda downloadkan seluruh kisah-kisah di atas yang anda perolehi daripada internet. Lepas tu, anda fotokopikan tiga salinan setiap jodol. Bila anda cuti HarI Raya ni, anda bawalah balik ke kampung masing-masing. Jadikanlah topik itu sebagai bahan perbualan di Hari Raya.....

Selepas itu, anda carilah jalan lain bagaimana maklumat-maklumat yang dipendam dan dipesongkan oleh pihak tertentu boleh kita tangkis dan atasi secara berkesan dan disebarkan pula secara meluas?

Buatlah sesuatu. Insaflah. Apa gunanya perjuangan kita kalau sekadar marah-marah seperti anjing menyalak bukit? Apa gunanya perjuangan hangat-hangat tahi ayam, dan lepas itu jadi masuk angin keluas asap? – Ruhanie Ahmad

8 comments:

pemerhati said...

Akum Dato dan pembaca KK juga jaguar07.

Seperti kita ketahui pekara ini pasti berlaku tetapi ada pihak menganggap pekara yang disampaikan hanya mimpi. Kini mereka tertanya bagaimana boleh berlaku. Adakah mereka ini masih lagi menerima TIMBANG dan rakyat tidak mendengar lagu BIARLAH BULAN bicara.

Harimau malaya sudah kian pupus, kini Beruang hitam idola mereka lambang keberanian. Kepada Jaguar dan kawan2 lain.. Harimau tetap harimau.. Malaysia bumi berdaulat. " DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU "

pemerhati said...

A'kum Dato, persoalan kita perlu fikirkan. 1. Mengapa penternak diMelaka tidak diambil tindakan memijak bendera M'sia di hadapan pihak berkuasa waktu tunjuk perasaan. Bagaimana kes batu buruk boleh berlaku bakar bendera. Jawapannya mudah saja, kerana tiada seorang rakyat msia yang berani melawan beruang hitam dan sekutunya negara jiran. Kawan berani cabar ahli2 politik Umno ada kedudukan kritik beruang hitam. semuanya pengecut takut di cakar beruang hitam. Kawan malu ahli politik Paris melawak sindir orang msia suka tidur dan takut lawan beruang hitam. Maaf Dato' rasa malu sangat. Teruskan perjuangan Dato' demi maruah anak Johor..

Kamalkamal said...

Datuk,
Bagi saya peristiwa di Batu Buruk memang dirancang sebegitu rupa. Pihak polis mungkin tidak merancang nak menembak Perusuh (pinjam istilah media arus perdana), sebab itu anggota mereka tidak dibekalkan peluru getah. Mungkin kerana panik, maklumlah anggota polis yg. muda-muda cepat gelabah, apalagi bila terdesak terus menembak, bila di tanya, alasannya mempertahankan diri. Tutup kes. Polis juga yg. menang. Sampai pun Polis tak akan minta maaf.

Sebab itulah tak hairan mengapa Suruhanjaya Penambahbaikan PDRM tidak di laksanakan. Mungkin Menteri yg. berkenaan ada agenda yg. tersendiri demi mengekalkan kuasa yang keramat itu.

Sekian.

kudakepang said...

Saudara Pemerhati dan Kamal, terima kasih.

Pemerhati:

Kawan harap anda dah sampai ke Tanah Suci Madinah dan Mekah, dah sembahyang di ruang Raudhah, dah ziarah Makam Rasullah, dan sembahyang di Makam Ibrahim dan dah sembahyang di bawah Talang Emas. Mudah-mudahan ibadah umrah anda diterima oleh Allah SWT dan menerima ganjaran yang semulia-mulianya...

Mesej anda pada kawan diterima dengan gembira dan hati terbuka. Kawan sangat teruja dengan situasi mutakhir ini. Kawan terpaksa mengambil masa untuk poskan kisah-kisah tu ke KK kerana kawan nak kena research dulu.

Pokoknya, apa nak jadi pada tanah air kita ni?? Disebabkan seekor beruang hitam, jahanam satu bangsa DAN UMAT ISLAM? Hai, ini dah melampau.. Tapi, saya pasti cabaran anda kepada orang kuat UMNO tu, kawan rasa tak akan bersambut. PENGECUT....

Kawan juga turut tersinggung bila BERUANG HITAM tu juga berusaha mempersenda-sendakan SPBY di-Pertuan Agong dalam konteks Rufakah dan Arqam. Hairannya, kenapa akhbar-akhbar siarkan kisah yang belum tentu kesahihannya? Adakah mana-mana pihak beri arahan semata-mata untuk mempersendakan Agong?? DAULAT TUANKU....

Kamal:

Pandangan anda sebenarnya hampir serupa dengan posting saya yang akan saya siarkan hari ini. Sebenarnya ia dah saya tulis dua tiga hari lalu. Tapi pasal saya ke Kuching dan di rumah tak ada internet, maka terpaksalah posting itu saya tundakan.

Saya minta maaf kepada seluruh pelayar KK kerana dua tiga hari yang lalu saya menyepi diri...

Salam takzim dan selamat berjuang.

Unknown said...

Apa hal kita nak kecoh sangat pasal Singapura? Biarkan PM buat apa yang dia fikir baik. Kalau nak gadai Johor pun apa kita nak buat? Kalau hal ni tak baik, tentu orang UMNO bangkang. Ini dia orang tak bising pun.. Kita je yang nak tegang-teang urat, buat apa? Biarkanlah.. Biarkan... Nak lengkop ke nak jahanam, biarkanlah... biarkan...

kudakepang said...

Nakhoda, terima kasih.

Tapi maaf. Saya kurang setuju dengan sikap anda yang seolah-olah dah hilang semangat untuk berjuang. Dayus kita kalau kita hanya mau biarkan saja apa yang kita dengar dan lihat...

Kita kena usaha untuk merobah keadaan... Tenangkan fikiran dan fikirkanlah yang terbaik untuk agama dan tanah air tercinta ini...

Salam takzim.

ngab dan mesaran said...

kembalilah pada jalan Tuhan,baik UMNO mahupun PAS.tingalkan demokrasi ciptaan Yahudi yang ingin menghancurkan umat Islam dpelbagai sudut,bersatulah anda semua atas nama ALLAH dan RASULnya agar umat ISLAM kembali gemilang cemerlang dan terbilang

kudakepang said...

Ngab dan maseran, terima kasih dan salam perkenalan daripada saya.

Pandangan anda dihargai dan semoga diambil iktibar oleh semua.

Salam takzim.