Monday, October 01, 2007

Reaksi:
Apa Motif Sebenar FBI Bantu PDRM ?

Berikut adalah reaksi seorang anak Malaysia yang menggunakan identiti Inmine kepada pertanyaan: Apa Motif Sebenar FBI Bantu PDRM? Bacalah dengan teliti maksud reaksi tersebut seperti berikut:

If it is just to enhance the quality of the image from CCTV, we have expertise especially in Digital Image Processing area. Unless the collaboration with FBI has some other agenda besides what was being publicised.

I can name a few professors who have been working in this area since 1990s. I am not an expert, but I have post-graduate degree in this area since 1990. The world experts in this area are no more the Americans. The Chinese, the Arabs, the Persians, and Indians are the experts now. We have a few Malays involved in this area. But they are low profile and not many papers were published in international journals. The government should have given the fund for these local professors to do more research to develop further the technologies and algorithms in this area. – Inmine, 9:43 AM

Just to add further, I have an on going project called "Digital Forensic Science" under my research group. The system which is curently in development stage utilizes digital images, digital speech, and multimodal biometrics data to help investigators to find evidence of crimes. – Inmine, 11:41 AM

Intisari kepada reaksi di atas ialah Malaysia mempunyai kepakaran dalam bidang yang kini diperlukan oleh PDRM dalam siasatannya ke atas kes Nurin Jazlin.

Pada waktu yang sama, kepakaran dunia dalam bidang berkenaan, kini bukannya dikuasai oleh Amerika Syarikat. Tetapi oleh China, Arab, Persia dan India.

Oleh itu, wajar diulang pertanyaan kita semalam: Apa Motif Sebenar FBI Bantu PDRM? Mungkinkah penglibatan FBI dalam kes Nurin ini untuk mencerminkan betapa rapatnya Malaysia pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mutakhir ini dengan pentadbiran Presiden Bush? Inikah motif sebenar-benarnya? Atau, adakah agenda lain yang masih belum diketahui umum? – Ruhanie Ahmad

5 comments:

nizam080 said...

datuk, izinkan saya memberi sedikit pandangan.
Apabila terbaca artikel datuk, teringat saya kepada kisah zaman silam semasa bumi Malaysia ditadbir oleh sultan dan pembesar-pembesar melayu. Ketika wujudnya pertelingkahan sesama pembesar atau kerabat diraja, satu pihak akan menjemput Inggeris untuk campurtangan dan bantu mereka dan dengan bantuan Inggeris pihak tersebut akan menang dan menduduki takhta. Sebagai habuan, pihak Inggeris akan diberi sesuatu. Daripada titik tolak inilah sedikit demi sedikit akhirnya seluruh tanah melayu tergadai kepada Inggeris.
Kisah PDRM menjemput pakar FBI Amerika bagi memperjelaskan kekaburan gambar pada screen CCTV bagi saya tidak lebih dari membuka pintu bagi kuasa asing menguasai politik dan ekonomi bumi Malaysia. Adalah suatu tindakan yang tidak berakal dan bodoh PDRM menjemput FBI sedangkan rakyat Malaysia mampu melakukannya.
Hal ini barangkali ada kaitannya dengan apa yang dipanggil oleh RPK sebagai "underworld boss". Tidak dinafikan juga mungkin ada kaitannya dengan Singapura yang dikatakan boleh menentukan perlantikan beberapa pegawai polis atasan PDRM.

Fikir-fikirkan lah...

abghalim said...

SALAM DATUK

Tindakan PDRM ini sama seperti tolong membalas dendam PM yang gagal menjemput Pasukan Liga Inggeris MU untuk membelasah pasukan Malaysia semperna Kemerdekaan ke-50.

Maka kini terbukti bahawa kita tidak pandai.Orang Malaysia tidak boleh menguruskan Malaysia.Mana mungkin selat Melaka yang luas hendak dijagai.Nanti kita kasi Amerika.Biar mereka yang jaga.

Dihujung Tanah Melayu kita kasi Singapura yang jaga.Di bumi bersejarah Melaka kita kasi BABI yang jaga.

Kita dok TAK PA
Habis tembakau tinggal telepa

nakhoda said...

Rakyat Malaysia yang bangang je yang tak mau cemburu dengan Amerika Syarikat. Kalau dia orang tak bangang, dia orang mesti tau, Bush tu lembu zionis. Kalau Bush lembu zionis, pentadbiran Bush juga lembu zioniu. Lembu zionis inilah yang bunuh juta-juta umat Islam Afghan dan Iraq. Iblis macam ni ke yang PM kita nak buat baik? Rentikanlah……

cyber said...

Saya cuma nak tau, sapa yang berkuasa dalam PDRM sekarang? IGP? Pak Lah? Joe Baharom? KJ? Wan Farid? Christopher Wan?

Line of command penting dalam mana-mana pasukan. Kalau line of command kena short-circuited, rosak dan tonggang terbalik jawabnya. Lebih serius lagi, morale pasukan akan lemah, imej pasukan akan luntur.

IGP, jangan bagi muka sangat pada Christopher Wan. Kalau dia panjat kepala, jahanam PDRM.

kudakepang said...

Nizam, Abang Halim, Nakhoda dan Cyber, terima kasih.

Secara umum memang apa yang dilakukan oleh PDRM demi rakyat. Tapi, secara umum juga tentunya golongan prihatin macam anda akan tertanya-tanya, kenapa minta bantuan FBI?

Salah, memang tak salah. Cuma kita cemburu dengan kelicikan Amerika dan Pentadbiran Bush terhadap Malaysia dan rantau Asia Tenggara. Sebab itu kita kena sentiasa waspada.

Salam takzim.