Abdullah Dan Khairy
Integriti Dan Harakiri
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, hari ini mengeluarkan satu kenyataan yang cukup hebat, iaitu mengenai soal integriti dan harakiri.
Kenyataan ini seharusnya menggembirakan seluruh rakyat jelata Malaysia yang segolongannya mempunyai persepsi bahawa kepimpinan negara kini sedang dilanda krisis integriti dan kredibiliti.
Katanya, di negara Jepun contohnya, orang sangat takut dimalukan dan dengan itu mereka akan mengambil segala langkah agar tidak dimalukan oleh sesiapa.
"Malah di Jepun mereka sanggup melakukan apa sahaja supaya tidak malu atau gagal melakukan sesuatu tugas dengan betul. Jika malu, mereka tidak berfikir dua kali untuk melakukan 'harakiri' (bunuh diri).
Untuk posting sepenuhnya sila layari:
www.puteramalaysia.blogspot.com

2 comments:
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tidak ramai pemimpin tertinggi negara mempunyai kelayakan moral untuk bercakap mengenai integriti. Tidak bersikap jujur kepada rakyat dan tidak menunaikan janji yang dibuat sewaktu pilihanraya umum lalu adalah bukti nyata bahawa mereka amat jahil dengan konsep integriti yang dilaung-laungkan.
Penubuhan Institut Integriti Malaysia (IIM) dilihat tidak mempunyai sebarang kesan besar ke atas tahap integriti tinggi yang ingin diterapkan kepada masyarakat umum. Ini adalah kerana kelompok-kelompok berpengaruh di negara ini menganggap integriti sebagai satu slogan yang hanya layak dibincangkan di IIM sahaja dan bukan sebagai nilai yang mesti diamalkan dalam kehidupan.
Kita sebenarnya lebih memerlukan IIM untuk memupuk integriti di kalangan pemimpin dan bukannya rakyat. Malah IIM mungkin tidak diperlukan sekiranya kita benar-benar menghayati ajaran agama Islam yang telah sedia bersifat hadhari. Selagi kita tidak memahami konsep mudah “Kepimpinan Melalui Teladan”, usahlah membuang masa berbicara sesuatu yang muluk-muluk kerana ianya akan cuma menjadi jenaka sinis dikongsi sesama rakyat.
Tanpa integriti tinggi tersemat di jiwa pemimpin, slogan-slogan popular masa kini seperti “Cemerlang, Gemilang, Terbilang”, “Mentaliti Kelas Pertama” dan “Modal Insan” pada masa hadapan mungkin akan hanya kekal dalam ingatan kita semua sebagai kata-kata bombastic yang pernah diungkapkan secara berulang-kali tetapi tidak pernah difahami, dihayati dan dizahirkan secara konsisten oleh pemimpin itu sendiri.
Datuk,
Terima kasih. Saya dah poskan komen anda sebagai komen di halaman utama blog www.puteramalaysia.blogspot.com.
Salam takzim dan selamat berjuang.
Post a Comment