Saturday, September 29, 2007

Apa Motif Sebenar FBI Bantu PDRM ?

Rakyat amat gembira kerana PDRM sangat bersungguh-sungguh untuk selesaikan sesuatu kes jenayah di negara ini sekarang.

Tetapi, kesungguhan itu perlu dikesali kalau hanya ditumpukan kepada kes-kes berprofil tinggi sahaja. Ia juga wajar dikesali kalau hanya difokuskan kepada kes-kes yang tidak membabitkan pegawai polis atau insan-insan in higher places.

Terbaru sekali, PDRM minta bantuan FBI Amerika Syarikat untuk siasat kes pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin. Berita penuh mengenai hal ini boleh diakses melalui link:

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=287203

Apa yang dilakukan oleh PDRM memang sangat baik. Demi kepentingan rakyat jelata. Tapi, adakah ini perlu? Sangat-sangat perlu?

Saya pernah berkhidmat selama empat tahun dengan KDN di awal tahun 80-an. Saya tau PDRM diiktiraf sebagai antara pasukan polis yang terbaik dan paling cekap di Asia. Saya yakin reputasi ini masih kekal sampai ke hari ini.

Kalau begitu, apakah motif sebenar di sebalik PDRM “menggunakan khidmat” FBI “bagi meningkatkan kualiti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dalam siasatan kes pembunuhan kejam” Nurin Jazlin?

Perlukah seorang pegawai FBI diterbangkan khas ke Malaysia hanya untuk “mengenal pasti fotofit dalam rakaman CCTV” terbabit?

Mungkinkah penglibatan FBI ini untuk mencerminkan betapa rapatnya Malaysia pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mutakhir ini dengan pentadbiran Presiden Bush? Inikah motif sebenar-benarnya? Atau, adakah agenda lain yang masih belum diketahui umum?

Kalau kes pembunuhan Nurin memerlukan bantuan FBI, bagaimana dengan kes berprofil tinggi mengenai pembunuhan Altantuya? Tidakkah kepakaran FBI diperlukan untuk kes tersebut? Macam mana pula dengan kes pegawai polis melepaskan tembakan peluru hidup tanpa mematuhi Gevena Convention di Batu Buruk, Terengganu, baru-baru ini?

Oleh kerana “fotofit yang diperolehi dari CCTV” terbabit telah diserahkan kepada anggota FBI yang telahpun berada di Kuala Lumpur, adakah ini bermakna PDRM menahan reman empat orang yang kononnya boleh memberikan maklumat lanjut mengenai kes pembunuhan Nurin itu berasaskan kepada hasil kajian awal pegawai FBI ke atas rakaman CCTV terbabit?

Saya terpaksa bertanyakan semua soalan di atas kerana banyak pihak kini berasa sesuatu yang aneh sedang berlaku di negara kita. Keanehan ini jadi semakin ketara kerana membabitkan kuasa asing. Dan, kuasa asing itu pula adalah Amerika Syarikat yang memang mempunyai beberapa motif khusus terhadap Asia Teggara di abad ke-21. Lantaran itu, waspadalah.. – Ruhanie Ahmad

Friday, September 28, 2007

Teruskanlah Doa Kita Buat Tun Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad masih berada di wad ICU IJN Kuala Lumpur. Keadaannya semakin pulih.

Sama-samalah kita memohon kepada Allah SWT semoga beliau diberikan kesihatan seperti sediakala untuk menyambung perjuangan yang belum selesai walaupun dalam kapisiti penasihat sahaja.

Ini kerana Tun Dr Mahathir adalah satu-satunya pemimpin besar Malaysia yang telah banyak berjasa kepada agama, bangsa dan tanah air tercinta.

MEDIA STATEMENT

Institut Jantung Negara, 28 September 2007: YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad continues to be warded at the Intensive Care Unit, five days into a second surgery for wound debridement last Saturday.

This is to allow doctors to closely monitor and observe his overall condition following admission for a second coronary bypass surgery on September 4.

While it may seem time consuming, doctors’ focus will be on improving his nutritional status and gradually strengthening his muscles.

IJN doctors are also concerned on ensuring that all his major organ functions remain stable for continued post surgical rehabilitation.
Tabung Haji Jual Saham LKT Bhd
Kepada Syarikat Temasek-Linked?

Ini berita terbaru mengenai aktiviti korporat Malaysia-Singapura yang wajar kita ketahui. Tabung Haji menjual sahamnya dalam LKT Industrial Bhd di Pulau Pinang kepada sebuah syarikat Temasek-linked di Singapura.

Tabung Haji - pelabur kedua terbesar - mempunyai 19.52 peratus saham dalam LKT Industrial Bhd. Pelabur utama syarikat tersebut - dengan 23.54 peratus saham - adalah Datuk Loh Khee Lian.

Temasek Holdings (Pte) Ltd yang memiliki banyak syarikat dalam pelbagai bidang adalah sayap pelaburan milik kerajaan Singapura. Ini bermakna bahawa Tabung Haji, walaupun dengan secara tidak langsung, telah menjual sahamnya dalam LKT Industrial Bhd kepada kerajaan Singapura.

Untuk membaca posting sepenuhnya sila akses
www.puteramalaysia.blogspot.com
Doa Kami Buat Tun Mahathir

Sama-samalah kita teruskan doa kita bersama semoga Tun Dr Mahathir Mohamad segera sembuh sperti sediakala.

Kenyataan terbaru daripada IJN mengenai Tun Dr Mahathir adalah seperti berikut:

Institut Jantung Negara: 27 September 2007: YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad continues to make significant progress four-days after his second surgical procedure on Saturday for wound debridement.

He is now breathing on his own since 2pm yesterday and doctors are now focusing on post surgical rehabilitation.

These include physiotherapy to his chest to optimise his respiratory function as well as exercises to his arms and legs to build muscle strength.

Tun Dr Mahathir continues to be warded at the Intensive Care Unit.

Thursday, September 27, 2007

Kes Nurin: Dibongkarkan Habis-Habisan
Kes Batu Buruk: Sorok Seboleh-bolehnya

Saya amat terharu dengan peristiwa kejam yang menimpa Nurin Jazlin, 8. Saya ucapkan takziah kepada ibubapanya – Saudari Norazian dan Saudara Jazimin. Terimalah qada’ dan qadar Illahi dengan ketulusan iman yang abadi.

Saya juga ucapkan syabas kepada RTM dan seluruh media besar kerana berjaya mengolah kisah tragedi yang menimpa Nurin secara besar-besaran. Secara tak langsung, ini berjaya memesongkan fokus masyarakat umum daripada peristiwa yang telah terjadi di Batu Buruk, Terengganu, sebelum ini.

Kita telah saksikan sendiri betapa rapi, mendalam dan terperincinya liputan berita dan kewartawanan RTM dan media besar lainnya mengenai kes Nurin. Kita juga telah perhatikan sendiri betapa seluruh pembesar PDRM seolah-olah melompat-lompat mahu buat kenyataan mengenai kes yang sama.

Kesemua ini mencerminkan betapa pihak PDRM dan wartawan media elektronik dan cetak yang besar memang amat bersungguh-sungguh untuk membongkar dan merungkai kes Nurin sehingga ke akar umbinya. Syabas... Inilah yang kita harapkan... Tetapi, adakah keikhlasan dan kesungguhan yang sama wujud dalam usaha membongkarkan kebenaran di sebalik apa yang terjadi di Batu Buruk, Terengganu?

Pokok persoalan utama di Batu Buruk bukan soal yang dipropagandakan sebagai rusuhan dan perusuhnya. Soal yang amat pokok dan paling utama adalah: mengapakan polis melepaskan tembakan dengan peluru hidup tanpa mematuhi Geneva Convention?

Kenapakah pihak media dan PDRM seolah-olah mahu memesongkan hakikat pokok dan utama ini? Kenapa pula dengan tiba-tiba sahaja diwujudkan kisah membakar Jalur Gemilang? Kenapakah bila penternak babi di Melaka memijak-mijak Jalur Gemilang, berita itu tidak dihebahkan seluas-luasnya?

Anda tak percaya? Cuba baca kenyataan di bawah ini yang dikirimkan kepada saya oleh seorang bernama Pemerhati:

Asalamualaikum Datuk. Persoalan kita perlu fikirkan ialah: mengapakah penternak di Melaka tidak diambil tindakan (sewaktu) memijak bendera Malaysia di hadapan pihak berkuasa waktu tunjuk perasaan (baru-baru ini)? Bagaimana kes Batu Buruk boleh berlaku bakar bendera? https://www.blogger.com/comment.g?blogID=29933783&postID=7276264850369339074

Pemerhati bukan calang-calang orang. Saya jamin kenyataan Pemerhati seperti di atas adalah kenyataan kategori A1 kesahihannya.

Oleh itu, ayuh kita semua bertanya kepada pihak berkuasa, kenapakah ada double-standard? Kenapa bila Jalur Gemilang diinjak-injak penternak babi di Melaka, kisah itu kena blackout? Kenapa kisah pembakaran Jalur Gemilang di Kuala Terengganu (yang masih dipertikaikan kredibilitinya), terus disemarakkan hari demi hari? Kenapa seolah-olah ada perbezaan layanan antara kaum Cina dan Melayu/Islam kebelakangan ini?

Kenapakah pihak PDRM kini mempunyai seluruh masa dan tenaga untuk mengesan rakyat jelata yang dikatakan sebagai perusuh hingga ke rumah masing-masing, tetapi seolah-olah sepi sahaja kepada soalan mengapakah dua tembakan peluru hidup dilepaskan di Batu Buruk?

Kenapakah diburu pihak yang dikatakan mangsa? Kenapa disepikan hakikat penembakan peluru hidup yang terang-terang mencanggahi Geneva Convention dan hak asasi manusia?

Kenapa jadi begini? Siapa yang cuba hendak diperbodohkan oleh siapa dalam kes ini? Siapakah yang sedang memperbodohkan siapa dalam kes yang serupa?

Bila saya menghuraikan soal-soal di atas, ini tidak bermakna saya menyokong pihak yang didakwa sebagai perusuh. Saya juga tidak memilih untuk menyuarakan sentimen perkauman atau keagamaan.

Sebaliknya, saya sekadar ingin tahu mengapakah PDRM tidak mahu mengakui bahawa penggunaan peluru hidup tanpa memenuhi Geneva Convention adalah salah? Kalau salah, kenapa tidak disiasat? Kalau salah, kenapa macam nak sorok sahaja kes tersebut?

Macam mana agaknya kalau dua mangsa peluru hidup yang ditembakkan oleh polis di Batu Buruk baru-baru ini meninggal dunia? Dan, adakah kerana peristiwa itu tidak meragut nyawa maka ianya dihalalkan sahaja oleh seluruh pihak?

Pihak berkuasa kena terima hakikat. Cara PDRM mengendalikan kes di Batu Buruk baru-baru ini adalah sangat mengecewakan. Ia melanggar Geneva Convention. Ia perlu disiasat. Ia perlu dirungkai hingga ke akar umbi. Perlu juga dipastikan, mungkinkah ada dalang di sebalik tembakan itu?

Pihak berkuasa perlu juga insaf. Rakyat jelata jangan terus dipoerbodohkan. Tanpa mengambilkira mereka terdiri daripada pihak pembangkang atau sebaliknya, kemarahan rakyat terhadap pemerintah hari ini kelihatan sudah melangkaui batas-batas politik dan ideology kepartian. Khususnya bila kisah babi di Melaka juga kini turut mewarnai suasana kemarahan yang kian merebak dan membara!!! – Ruhanie Ahmad

Tuesday, September 25, 2007

Tauke Singapura Ternak Babi Di Melaka
Rejim Abdullah Tak Peduli Mengenainya?

Di era kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kita sering terdengar pelbagai desas-desus pasal Singapura. Hal ini menjadikan segolongan rakyat jelata berasa meluat, muak, jelak dan jengkel terhadap kerajaan kebelakangan ini.

Abdullah sendiri didesas-desuskan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling pro kepada Singapura. Menantu Abdullah - Khairy Jamaluddin - didesas-desuskan sebagai anak emas Singapura. Orang kuat Abdullah - Kalimullah Hassan - didesas-desuskan sebagai talibarut Singapura. Kesemua ini tidak pernah dinafikan dengan sekeras-kerasnya oleh mana-mana pihak!

Begitu juga kisah Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Projek mega yang dikatakan diilhamkan oleh Abdullah ini menimbulkan persepsi bahawa ia adalah wilayah lanjutan kepada utara Singapura. Persepsi ini juga belum pernah dinafikan setegas-tegasnya!

Lepas itu, timbul cerita ahli-ahli kongsi gelap yang kini sedang menggugat Tanah Melayu. Elemen jenayah ini juga dipercayai datang dari Singapura.

Kemudiannya, adalah desas-desus saudagar dadah paling licik di negara ini juga dikatakan mempunyai talian dengan segolongan sindiket atau kapitalis Singapura yang dikatakan aktif “berniaga” di Mynmar. Kebelakangan ini sindiket Singapura ini dikatakan mengedarkan air kencing kuda bunting - satu jenis perangsang seks daripada Amerika Syarikat - yang disasarkan khas kepada remaja perempuan di Pantai Timur.. [blog ini akan dedahkan kes ini selepas kita selesai menjalani ibadah Ramadhan..]

Terbaru sekali adalah kisah ratusan ribu babi yang sedang mencetuskan kontroversi di Melaka sekarang ini. Banyak pihak yakin ladang babi itu pun milik pemodal atau kapitalis Singapura.

Anda bacalah sendiri tulisan Saudara Subky Latif, di muka surat 16, akhbar tabloid Siasah 16-22 September 2007, dengan tajuk Merdeka Dengan Kandang Babi Singapura, seperti berikut:

Diberitakan betapa industri (penternakan babi) itu dibiayai oleh pelabur dari Singapura. Hasil ternakan itu dieksport ke Singapura. Kira-kira, ia adalah ladang ternakan saudagar-saudagar Singapura.

Hakikat inikah yang menyebabkan kerajaan kita teragak-agak untuk menutup ladang babi tersebut? Mengapakah kerajaan tergamak betindak begitu? Mengapakah kerajaan sanggup mengkompromikan kesejahteraan masyarakat setempat? Mengapakah kera di hutan disusukan? Mengapakah anak sendiri dianaktirikan? Di manakah maruah bangsa Melayu di bumi bertuah yang bernama Tanah Melayu?

Apa nak jadi dengan Malaysia? Atau, apa dah jadi dengan Malaysia? Apakah yang menyebabkan Singapura seolah-olah bermaharajalela di Malaysia sekarang? Apakah senjata sulit Singapura yang menyebabkan Abdullah kini seakan-akan tidak terdaya langsung untuk menentang?

Malang sungguh Malaysia. Segala desas-desus mengenai Singapura mutakhir ini dibiarkan terus melatarbelakangi landskap ekonomi, sosial dan politik negara. Ia dibiarkan meracuni pemikiran rakyat, menyemarakkan kemarahan rakyat, dan menjejaskan perpaduan negara dan ketahanan nasional.

Sampai berapa lama lagikah rakyat Malaysia akan sabar menghadapi perkembangan seperti ini? Selama mana lagikah rejim Abdullah akan memberikan layanan teristimewa kepada Singapura? Apakah kita rela kecundang kerana permainan Singapura? Kalau tidak, apa harus kita lakukan untuk menyekat perkembangan seperti ini? - Ruhanie Ahmad

Thursday, September 20, 2007

Kisah BABI, Peluru Hidup, Jalur Gemilang,
Diversion, Mind Control Dan Perjuangan

Dari 21 September 2007 hingga 24 September 2007 saya akan berada di luar daerah. Kalau terdapat internet, saya akan update anda sekalian. Sekiranya tiada, saya harap para pembaca budiman renung-renungkanlah sedalam-dalamnya kisah BABI, kisah DAP, kisah BATU BURUK, kisah PELURU HIDUP, kisah JALUR GEMILANG dan seluruh kisah yang mencerminkan kepincangan mutakhir yang saya paparkan dalam blog ini kebelakangan ini.

Kepada saya, seluruh kisah di atas adalah komponen “bom jangka” di sekeliling kita seperti yang pernah saya bincangkan dalam salah satu posting saya baru-baru ini.

Ini bermakna, seluruh kisah tersebut tak boleh diremeh-temehkan oleh pihak pemerintah. Ini juga bermaksud, rakyat jelata juga perlu fokus. Jangan izinkan diri kita dipesongkan kepada cerita-cerita trivial seperti mati aksiden, tak makan juadah buka puasa kerana rumah terbakar, kisah artis saman orang yang mengintip rumahnya, dan sebagainya.

Kita mesti fokus. Kalau tidak, minda kita akan mudah dikuasai oleh kisah-kisah kemanusiaan - human interests - yang sengaja diketengah dan dibesar-besarkan untuk memesongkan pandangan umum daripada isu yang sebenar, lebih panas, serius, penting dan menjejas serta melibatkan kepentingan ramai.

Contoh paling klasik adalah kisah TEMBAKAN PELURU HIDUP dan BAKAR JALUR GEMILANG, di Terengganu. Kedua-dua insiden ini ada pertaliannya. Bukan daripada segi pihak yang melakukannya [seperti yang mahu ditonjolkan oleh pihak-pihak tertentu]. Tetapi, daripada segi matlamatnya.

Amalan polis untuk menembakkan PELURU HIDUP di sesuatu perhimpunan seperti yang terjadi di Batu Buruk, Terengganu, baru-baru ini, mempunyai undang-undangnya yang tersendiri.

Menurut GENEVA CONVENTION, pihak keselamatan hanya boleh menembakkan PELURU HIDUP kepada seseorang yang tidak bersenjata, sesudah dibuat satu tembakan amaran ke udara. Sesudah itu, kalau masih perlu ditembak juga peluru hidup, undang-undangnya menuntut supaya peluru itu ditembakkan ke bahagian bawah daripada pusat, dan khususnya di kaki.

Jadi, adakah polis ikut undang-undang Geneva Convention sewaktu melepaskan dua das tembakan PELURU HIDUP di Batu Buruk? Memang tak ada!! Jadi, adakah salah kalau rakyat jelata berasa kesal dan marah dengan tindakan itu? Memang tidak salah, malahan wajar berasa marah!! Jadi apa nak buat? Polis mengaku bersalah? Oppp... Jauh sekali!!!

Lantas, macam mana nak alihkan kemarahan umum terhadap peristiwa tembakan PELURU HIDUP itu? Cari jalan diversion atau pemesongan la... Caranya? Cipta satu kisah yang terkini, penuh sensasi dan kontroversi..

Lantaran itu, wujudlah kisah kononnya ada sekumpulan pemuda liar [dipropagandakan sebagai ahli PAS] yang membakar JALUR GEMILANG.. Isu ini menangkap minat umum kerana ketika itu kita baru saja mengibar dan menjulang JALUR GEMILANG sempena perayaan 50 Merdeka.

Bijak diversion ini. Cukup bijak!!! Dengan terciptanya diversion ini, kisah tembakan PELURU HIDUP ditenggelamkan. Dengan terciptanya kisah ini, kisah POLIS BERSIKAP GANAS bertukar kepada kisah PEMUDA GANAS DAN TIDAK PATRIOTIK. Dengan terciptanya diversion ini, kisah PAS yang hangat menuntut keadilan daripada pemerintah ditenggelamkan dengan TUDUHAN UMNO TERHADAP PAS KONONNYA SEBAGAI DALANG DI BELAKANG PEMBAKARAN JALUR GEMILANG.

Kini, kisah MEMBAKAR JALUR GEMILANG sentiasa dihidupkan oleh media perdana. Kini kisah TEMBAKAN PELURU HIDUP hanya dapat dukungan dan perhatian positif menerusi media internet. Makin lama, rakyat jelata pasti akan lupa bahawa TEMBAKAN PELURU HIDUP oleh polis itu adalah salah. Makin lama, akan tertanamlah di benak rakyat bahawa PEMBAKARAN JALUR GEMILANG DI TERENGGANU ADALAH PENGKHIANATAN, walau pun peristiwa itu mungkin dilakukan oleh pihak-pihak yang mahu melakukan diversion kepada KISAH PENEMBAKAN PELURU HIDUP DI BATU BURUK...

Jadi, apa harus kita lakukan untuk menangkis kesan mind control dan propaganda menerusi diversion seperti ini? Media perdana tersebar luas. Media internet hanya terhad kepada pemilik komputer dan golongan celik ICT. Jadi, bagaimana?

Sebagai usaha awalan, cuba anda downloadkan seluruh kisah-kisah di atas yang anda perolehi daripada internet. Lepas tu, anda fotokopikan tiga salinan setiap jodol. Bila anda cuti HarI Raya ni, anda bawalah balik ke kampung masing-masing. Jadikanlah topik itu sebagai bahan perbualan di Hari Raya.....

Selepas itu, anda carilah jalan lain bagaimana maklumat-maklumat yang dipendam dan dipesongkan oleh pihak tertentu boleh kita tangkis dan atasi secara berkesan dan disebarkan pula secara meluas?

Buatlah sesuatu. Insaflah. Apa gunanya perjuangan kita kalau sekadar marah-marah seperti anjing menyalak bukit? Apa gunanya perjuangan hangat-hangat tahi ayam, dan lepas itu jadi masuk angin keluas asap? – Ruhanie Ahmad

Tuesday, September 18, 2007

DAP, Babi Dan Ali Rustam?

Berita di bawah ini dikirimkan ke blog ini oleh Pemerhati yang kini sedang menjalankan tugas di luar negara. Saya tidak pasti dari mana sumbernya. Tetapi, oleh kerana saya tahu siapa Pemerhati sebenarnya, maka saya poskan berita tersebut untuk bacaan kita semua. – Ruhanie Ahmad

DAP DESAK ALI RUSTAM JANGAN MUSNAHKAN TERNAKAN

Selasa 18 September 2007: DAP hari ini mahu Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, supaya akur kepada arahan kabinet dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, supaya tidak menjalankan operasi pemusnahan babi secara besar-besaran dan membenarkan ternakannya diteruskan jika kawalan alam sekitar dipatuhi.

Di samping itu, kata Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, Timbalan Perdana Menteri itu turut dilaporkan oleh Sin Chew Daily pada 16 September lalu sebagai berkata, kabinet telah memberikan arahan kepada kerajaan negeri Melaka untuk menggunakan formula penyelesaian yang praktikal dalam menyelesaikan masalah penternakan babi di Melaka secara baik.

Lim sebelum itu mengemukakan beberapa cadangan DAP dalam satu memorandum kepada Ali Rustam.

Malaysiakini.com melaporkan Lim memberitahu bahawa jawapan awal Ketua Menteri adalah diperlukan bagi mengelak pegawai kerajaan yang tidak bertanggungjawab "bermaharajalela menyalahgunakan kuasa hingga menimbulkan ketegangan serius dalam masyarakat".

"Kami ingin menarik perhatian bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri telahpun dikecam oleh seluruh masyarakat Cina sebagai melampau, termasuk parti MCA yang hanya menyatakan ini dalam suratkhabar Cina tetapi tidak di depan YAB ataupun di suratkhabar bukan berbahasa Cina," katanya. – Pemerhati, 10:34 PM, 18 September 2007
Tambahan:

Pemerhati menghantarkan dua dokumen untuk menyokong berita yang dikirimkan seperti di atas. Dokumen itu boleh dibaca menerusi komen di sebalik posting ini. – Ruhanie Ahmad

Monday, September 17, 2007

DAULAT TUANKU
Selamatkanlah Malaysia

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Melawat Wisma Putra

PUTRAJAYA, 17 Sept (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah hari ini berangkat melawat Wisma Putra di sini kira-kira sejam.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua pada kira-kira pukul 9.45 pagi di Wisma Putra diiringi oleh Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar dan isteri Datin Seri Sharifah Aziah Syed Zainal Abidin.

Ini merupakan lawatan pertama Seri Paduka ke Wisma Putra sejak memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-13. Seri Paduka berdua kemudian mendengar taklimat daripada Syed Hamid Albar.

-- BERNAMA

Komen:

Saya harap Syed Hamid memberikan taklimat yang sebenar-benarnya mengenai dasar luar negara mutakhir ini, dalam konteks senario global dan regional.

Adakah taklimat itu sekadar ceremonial atau merangkumi masalah-masalah kritikal di peringkat bilateral dengan sesetenah jiran tetangga kita seperti Singapura? Adakah soal Pulau Batu Putih yang mungkin akan jatuh ke tangan Singapura dihuraikan? Adakah soal ura-ura Amerika Syarikat mahu menguasi Seat Melaka ditaklimatkan? Adakah soal geopolitik di Asia Barat, Asia Tengah dan Asia Tenggara disuarakan? Adakah soal wujudnya sesetengah elemen regional yang mahu mengadu-dombakan Malaysia dengan Indonesia dibangkitkan? DAULAT TUANKU,,,,– Ruhanie Ahmad
Pernah Tak DAP Komen Pasal WPI?

Hari ini, 16 September 2007, DAP dipetik oleh Bernama sebagai berhasrat untuk bertanding tujuh kerusi Parlimen dan 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang dalam PRU ke-12 kelak.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata perkara itu disuarakan oleh Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow pada Konvensyen Pilihan Raya DAP Kedah dan Pulau Pinang.

Komen:

Di era pemerintahan, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pernah tak kita terdengar DAP bersuara amat kritikal sekali terhadap Abdullah, KJ dan sekutunya? Pasal WPI bagaimana? Kenapa agaknya jadi begini? Kerana DAP mempunyai pertalian sejarah dan sentimen yang akrab dengan PAP di Singapura? Mungkinkah begitu? – Ruhanie Ahmad

Sunday, September 16, 2007

Satu Demonstrasi Besar Kaum India
Di Hadapan Pejabat PM Di Putrajaya?

Di bawah ini saya siarkan kisah bergambar yang berlaku berhampiran Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Saya tidak mahu komen atau tokok tambah kepada kisah tersebut. Anda layari dan bacalah sendiri. Sesudah itu, buatlah analisa perbandingan dengan apa yang terjadi di Batu Buruk, Kuala Terengganu, Terengganu, seminggu yang lalu. – Ruhanie Ahmad

Layarilah links berikut:

http://marhaen.ngepeng.com/mar_a_pelbagai682.html

http://my.opera.com/marhaen/albums/show.dml?id=360846

FRU Mesra Penternak Babi & Kaum India
Berbanding Orang Melayu dan Islam?

Satu perhimpunan besar kaum India telah diadakan di Putrajaya menuntut pelbagai perkara. Perkara ini tidak pun dilapokan dalam media arus perdana. Ironisnya, perhimpunan sebesar itu di halaman Pejabat PM tidak pun diganggu-gugat oleh makhluk bertopi merah.

Tidak ada juga wujudnya agent provocateur untuk 'mencipta dan menjadikan keadaan tidak terkawal' seperti mana yang berlaku di Batu Burok, baru-baru ini.

Lebih banyak gambar dapat dilihat di e-album M@RHAEN (gambar-gambar dipanjangkan oleh Jingoza)

Keadaan yang hampir sama dapat kita lihat ketika mereka berhadapan dengan para penternak babi di Melaka.
HarakahDaily: FRU takut babi Melaka?

Tapi, bila saja berhadapan dengan orang Melayu dan umat Islam, polis dan FRU bukan main lagi hebat menyembur air bercampur asid, memukul dan mencederakan para peserta perhimpunan. Dan peluru hidup adalah ramuan terbaru yang telah digunakan oleh pihak polis untuk menyuraikan perhimunan aman orang Melayu dan Islam.
- Laman Marhaen

Saturday, September 15, 2007

DAULAT TUANKU
Selamatkanlah Malaysia

Deraf Petisyen:

YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA,
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mirzan ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah

Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun.

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

PERKARA: KERAJAAN YANG SEMAKIN LESU BERGELUMANG DALAM RASUAH DI BAWAH KEPIMPINAN DATO' SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI, PERDANA MENTERI MALAYSIA

Patik merafak sembah memohon Tuanku mencemar Duli membaca warkah perutusan rintihan rakyat.

Ampun Tuanku. Negara kita sekarang berada dalam keadaan gawat dan tidak menentu masa depannya.

Pimpinan Kerajaan makin lesu, tidak teratur, bergelumang dalam rasuah dan komplot politik. Negara tidak lagi bergerak maju dan rakyat sudah merasa jauh ketinggalan berbanding keadaan sebelum ini. Ekonomi negara digembar-gemburkan oleh Kerajaan sebagai sihat dan melonjak tetapi dari mana dan ke mana terlonjaknya rakyat tidak dapat merasainya.

Politik negara makin tegang dengan tercetusnya berbagai jenis masalah dan komplot yang hampir semuanya tidak menemui penyelesaian yang baik. Rusuhan sudah bermula di sana-sini dan ketegangan perkauman dan keagamaan semakin meningkat. Ampun Tuanku, izinkan patik menyenaraikan antara keadaan yang ada seperti berikut:

1) Dua rakyat Terengganu telah ditembak oleh Polis baru-baru ini. Kerajaan menutup kes ini dengan menghantar 'hamper' kepada mangsa tembakan. Ke mana lagi rakyat boleh mengadu? 2) Rusuhan dan pembunuhan yang telah berlaku di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor dalam minggu sambutan Ulangtahun Merdeka ke-50. Patik khuatir, jika rusuhan ini sebenarnya tidak mempunyai sebab, melainkan diwar-warkan oleh orang tertentu yang tidak bertanggungjawab.

3) Laporan Ketua Audit Negara yang mendedahkan rasuah dan penyelewengan wang rakyat oleh Kerajaan yang mengakibatkan kerugian berbilion Ringgit. Namun, Laporan Ketua Audit Negara tidak memberi kesan kepada sesiapa pun, terutama sekali kepada Kerajaan. Penyelewengan wang rakyat masih berterusan dari tahun ke tahun, walaupun pendedahan dilakukan saban tahun dalam Laporan Ketua Audit Negara.

4) RM4.6 bilion wang rakyat telah dibazirkan untuk menutup penyelewengan pembelian tanah di Pelabuhan Klang. Begitu juga lebih RM5.35 bilion telah disalahgunakan dalam pembelian kapal perang bagi tentera laut. Kerajaan langsung tidak pedulikan Laporan Ketua Audit Negara.

4) Polis Di Raja Malaysia sekarang sudah tercemar dengan rasuah dan pengaruh anasir jahat sehingga bekas Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar telah berkata lebih 40% pegawai atasan Polis terlibat dalam rasuah.

5) Keluhuran undang-undang dan perjalanan sistem keadilan makin hancur, sepertimana didakwa oleh beberapa Pegawai Polis yang berpangkat, menerusi Pengakuan Berkanun. Mereka mendakwa bahawa kumpulan jenayah besar sekarang sudah mempengaruhi Polis Di Raja Malaysia. Sekali lagi Pengakuan Berkanun oleh Pegawai Polis ini tidak disiasat atau diambil tindakan oleh Kerajaan.

6) Keadaan institusi kehakiman negara juga amat membimbangkan di mana hakim yang lebih berpengalaman dan lebih berkelayakan dipinggirkan manakala hakim yang tidak berpengalaman termasuk hakim yang mempunyai kecacatan dalam rekod perkhidmatan dinaikkan pangkat. Walaupun perkara ini disebut dan dibuktikan di Parlimen, iaitu Dewan tertinggi untuk menyuarakan kebimbangan rakyat, Kerajaan tidak mengendahkannya dan tiada tindakan diambil bagi memperbaiki keadaan.

Sebaliknya, Perdana Menteri yang tidak faham 'separation of powers' telah 'mengarah' Ketua Hakim Negara menyiapkan laporan untuk menjelaskan keadaan. Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Perdana Menteri tidak mempunyai kuasa memberi sebarang arahan kepada Ketua Hakim Negara. Tetapi itulah keadaan dalam negara kita sekarang, sehingga Perdana Menteri sendiri tidak faham tatacara Kerajaan.

7) Ketegangan kaum dan agama semakin meruncing dalam negara kita. Laporan rusuhan kaum di Masai, Johor dan di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur mewakili rasa ketidakpuasan rakyat yang boleh mencetuskan rusuhan perkauman.

8) Nama Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi tersabit dalam skandal 'Oil-for Food' di Iraq. Nama anak beliau Kamaluddin Abdullah dan syarikat Scomi kepunyaannya tersabit dalam skandal 'nuclear parts for Libya'. Nama anak menantu beliau Khairy Jamaluddin tersabit dalam berbagai percaturan wang (ECM Libra, Equine Capital, Air Asia dan sebagainya). Namun demikian tidak ada tindakan yang diambil terhadap Perdana Menteri atau ahli keluarganya. Ke mana lagi rakyat dapat mengadu?

9) Pilihan raya dipermainkan oleh alat Kerajaan. Pilihan raya kecil mendedahkan penyalahgunaan harta Kerajaan untuk membantu parti politik yang berkuasa. Isu pengundi hantu masih berleluasa sewaktu pilihan raya. Kita perlu memperbaiki sistem pilihan raya yang masih diperalatkan dengan begitu mudah oleh parti memerintah. Rakyat tidak lagi mempunyai tempat untuk mengadu.

10) Kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu jelas mendedahkan persubahatan jahat antara pemimpin Kerajaan, pentadbiran Kerajaan, Polis Di Raja Malaysia dan Pendakwaraya. Sehingga kini, saksi Polis telah membawa 'watak lucu' yang langsung tidak serius. Diari siasatan yang hilang, Laporan Polis berlainan mengenai kes yang sama dan persaksian bercanggah yang disengajakan akan memastikan bahawa yang tertuduh akan terlepas daripada dakwaan membunuh. Lebih penting lagi, pembunuh yang sebenarnya langsung tidak akan dihadapkan ke mahkamah. Rekod keluar masuk mangsa bunuh Altantuya yang sepatutnya disimpan dalam komputer Jabatan Imigresen telah lenyap tanpa sebab yang munsabah. Memandangkan Altantuya tersabit penglibatannya dengan beberapa orang kenamaan dan pemimpin tinggi Kerajaan dalam kontrak pembelian kapal selam bernilai berbilion Ringgit, jelas bahawa tangan yang tercemar berkuasa melenyapkan rekod Jabatan Imigresen dan juga mempengaruhi perjalanan penyiasatan Polis dan Pendakwaraya.

Ampun Tuanku. Kebimbangan rakyat tidak terhad kepada sepuluh perkara ini sahaja tetapi senarai ini cukup untuk menyatakan keresahan rakyat Tuanku. Ke mana rakyat Tuanku akan merayu lagi?

Ampun Tuanku. Patik sembah mohon Tuanku mencemar Duli mendengar rayuan rakyat Tuanku. Patik sembah mohon Tuanku mencemar Duli menangani keadaan gawat dalam negara kita. Ampun Tuanku. Patik tidak datang keseorangan memohon Tuanku mencemar Duli. Patik bersama ini menyembahkan kepada Tuanku, senarai tandatangan 10,000 rakyat Tuanku. Portal web Malaysia Today juga mengumpul tandatangan secara online di:

http://malaysia-today.net/blog2006/Announcements.php?itemid=8121

dan dalam 24 jam pertama, telah mendapat 3,000 tandatangan dan jumlahnya terus bertambah.

Patik menyembah Duli memohon ampun sekiranya surat ini kasar dan terlalu kuat tetapi memandangkan kesemua pintu telah tertutup dan segala jalan untuk menyelesaikan masalah yang ada telah terputus, maka patik merafak sembah kepada Tuanku untuk menolong rakyat Tuanku. Patik akhiri rayuan ini dengan sembah Ampun dan Daulat Tuanku.

Wabillahi Taufik Walhidayah Assalammualaikum Warahmarullahi Wabarakatuh
Daulat Tuanku!
- Malayuia Today
DAULAT TUANKU
Selamatkanlah Malaysia

Hari ini, 14 September 2007, Bernama menyiarkan kenyataan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah mengucapkan tahniah kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sempena sambutan ulang tahun ke-74 ATM pada 16 Sept ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara hari ini, Seri Paduka berdua sangat berbangga dengan prestasi ATM dalam usaha mengawal keselamatan negara. Baginda berdua juga berharap kecemerlangan yang dicapai oleh ATM akan berterusan.

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=285128

Pada Jumaat, 7 September 2007 blog ini membuat posting berikut:

ATM Disaran Kemaskinikan
Strategi Tangkis Ancaman Luar

Saya poskan di bawah ini sedutan titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, mengenai pentingnya ATM mewujudkan strategi menangkis ancaman luar.

Titah Baginda ini amat tepat dan sangat sesuai pada masanya. Terutama sekali bila Baginda menegaskan bahawa "ancaman kepada negara bukan sahaja datang dalam bentuk pencerobohan ketenteraan, malah ia boleh (tiba) dalam bentuk komunikasi, sosial dan kebudayaan."

Menurut Bernama, dengan mengambil beberapa contoh kehancuran beberapa buah negara yang terlalu bergantung dengan kuasa luar, Baginda juga menegaskan bahawa perkara itu perlu dijadikan pengajaran, agar rakyat tidak cuai dan lalai dalam memperjuangkan kadaulatan negara.

Titah Baginda sepenuhnya boleh diakses menerusi link di bawah ini:

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=283324

Titah di atas membuktikan bahawa Baginda amat prihatin terhadap kesejahteraan rakyat jelata dan kedaulatan negara. Ini juga membuktikan Baginda memahami sepenuhnyua situasi sebenar di sekeliling kita pada hari ini.

Moga-moga titah sedemikian membolehkan Malaysia diselamatkan daripada pelbagai bentuk ancaman luar yang juga datang menerusi strategi ekonomi, perdagangan dan juga “underworld” atau kumpulan penjenayah. Daulat Tuanku! – Ruhanie Ahmad
Peristiwa Batu Buruk Jadi Lebih Buruk?

Siapa boleh menafikan bahawa peristiwa di Batu Buruk, Kuala Terengganu, Terengganu, Sabtu lalu, tidak akan jadi lebih buruk impaknya?

Saya jangka escalation peristiwa itu akan dilakukan oleh Pas. Tetapi, rupa-rupanya, UMNO sendiri yang memulakannya.

Pada waktu yang sama, agensi berita asing juga nampaknya masih belum puas dengan ulasannya terhadap peristiwa itu. Ini menyebabkan imej Malaysia sedang disorot scara negatif.

Buktinya, bacalah sendiri seluruh item berita tempatan, luar negeri dan pandangan blogger di bawah ini.

Imam dipecat -- Kita ada bukti dia terlibat dalam rusuhan itu – Rosol
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0914&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

Lima Perusuh Dibebas Sementara
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0914&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

Ganjaran RM5,000 kenal pasti perusuh bakar bendera
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0914&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm

Sembilan Individu Terbabit Bakar Jalur Gemilang Diminta Hubungi Polis
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=285069

Malaysian Riot Stirs Fears Of Opposition Clashes
http://malaysia-today.net/blog2006/newsncom.php?itemid=8207

Peluru Hidup?
http://malaysia-today.net/blog2006/index.php?itemid=8193

Inikah akibatnya permainan politik setengah masak? Inikah kesannya politik “baling batu sembunyi tangan”? Inikah implikasinya bila ada pembesar yang kelihatan seakan-akan sudah hilang kawalan terhadap destini negara?

Berapa lama lagikah rakyat jelata perlu dihidangkan dengan keadaan seperti ini. Dan, bagaimanakah jika kebenaran akan suatu hari nanti menafikan segala-galanya yang sedang diheboh-hebohkan oleh pihak-pihak yang kelihatan sedang cemas oleh kekhuatiran kehilangan kuasa?

Lantaran itu, tidak murnikah kalau impak peristiwa di Batu Buruk itu ditangani secara lebih ikhlas, teliti dan bijaksana oleh pihak berkuasa? – Ruhanie Ahmad

Friday, September 14, 2007

Satu Renungan Di awal Ramadhan

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, telah dipetik oleh Channel News Asia – sebuah agensi berita berpangkalan di Singapura – sebagai berkata pada 12 September 2007, bahawa umat Islam Malaysia yang berhasrat meninggalkan agama tersebut perlu diberikan kaunseling oleh pihak-pihak berkuasa agama, dan, sekiranya mereka terus memilih untuk keluar daripada agama Islam, mereka perlu diizinkan berbuat demikian.

Menurut agensi berita itu, Abdullah kemudiannya menjelaskan bahawa kenyataan beliau dibuat atas kapasiti peribadinya sendiri.

Cuba kita rasionalkan, mengapakah agensi berita terbabit menyatakan yang Abdullah membuat kenyataan itu atas kapasiti peribadinya sendiri? Apakah ini bermaksud bahawa pendirian rasmi Abdullah adalah berbeza daripada pendirian peribadinya? Mengapakah Abdullah membuat kenyataan itu sempena awal Ramadhan? Mengapakah jadi begini? Apa sudah jadi?

Untuk membaca posting sepenuhnya, sila layari blog puteramaya di link:

http://puteramalaysia.blogspot.com

Thursday, September 13, 2007

Dr M Pindah Ke Wad Biasa
Berjalan Tanpa Dibantu

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad, yang sedang menjalani rawatan pemulihan selepas menjalani pembedahan pintasan jantung, hari ini dipindahkan ke Wad Bunga Raya dari Unit Jagaan Rapi (ICU) Institut Jantung Negara (IJN).

Bekas perdana menteri itu juga kini boleh berjalan sendiri tanpa dibantu, mengambil diet normal dan kerap melakukan senaman di bahagian dada dan pergerakan, menurut IJN dalam kenyataan.

Menurutnya Tun Dr Mahathir dipindahkan ke wad biasa pada 11 pagi tetapi lawatan masih dihadkan kepada anggota keluarga terdekat sahaja.

Menurut IJN, selepas sembilan hari menjalani pembedahan pintasan jantung, para doktor berpuas hati dengan perkembangan baik bekas perdana menteri berumur 81 tahun itu semasa dirawat di ICU.

-- BERNAMA
Alhamdulillah….
Amaran Tsunami Ditarik Balik

Gempa Bumi Kuat Melanda Selatan Sumatera

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Negeri-negeri di pantai barat Semenanjung mengalami gegaran berikutan gempa bumi kuat berukuran 7.9 pada skala Richter di 155km barat daya Bengkulu, selatan Sumatera dan 718km barat daya Johor Baharu pada 7.10 malam ini.
Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini menyatakan gempa bumi itu berlaku di 4.5 darjah Selatan dan 101.0 darjah Timur.

Penghuni-penghuni di bangunan tinggi di negeri-negeri itu termasuk di Lembah Kelang yang paling merasai gegaran itu telah lari turun meninggalkan pejabat dan penginapan mereka ke kawasan lapang.

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=284746

Lebih 2,000 Penduduk Di Kuala Muda Siap Untuk Berpindah

SUNGAI PETANI, 12 Sept (Bernama) -- Pengalaman mengajar kita lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=284766

Gempa Bengkulu: Waspada Tsunami Ditarik Balik

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia malam ini menarik balik waspada tsunami bagi negeri-negeri utara pantai barat Semenanjung tiga jam selepas gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter di selatan Sumatera.

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=284777
DAULAT TUANKU!!!
Selamatkanlah Malaysia

Saya merayu semoga sahabat-sahabat seperjuangan sekalian memelihara tatatrtib sewaktu merafak sembah memohon perkenan SPB Yang DiPertuan Agong menyelamatkan Malaysia daripada bencana politik dan perbalahan yang mungkin panjang dan parah.

Oleh itu, rakamkanlah sokongan anda kepada petisyen yang didayausahakan oleh RPK dan Malaysia Today secara sopan dan santun sesuai dengan semangat kita untuk memperkasakan semula Institusi Raja Berperlembagaan yang jadi tunggak kepada amalan Demokrasi Berparlimen di Malaysia.

DAULAT TUANKU…

- Ruhanie Ahmad
DAULAT TUANKU!!!
SELAMATKANLAH MALAYSIA

Di bawah ini saya poskan rayuan Raja Petra Kamaruddin (RPK) daripada Malaysia Today supaya kita semua menghantarkan satu petisyen khas kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk menyelamatkan negara kita dari kekucar-kaciran yang sedang berlaku sekarang.

Saya menyokong penuh petisyen ini. Kalau apa yang sedang bergolak hari ini tidak segera direntikan, saya bimbang rakyat Malaysia akan dilanda bencana dan perbalahan yang panjang dan parah.

Saya harap semoga dalam petisyen itu kelak akan dimasukkan juga kehendak rakyat jelata supaya seluruh pasukan keselamatan Malaysia – PDRM dan ATM – diletakkan di bawah kuasa Agong.

Nota: Jika anda mendukung perjuangan ini, sila daftarkan sokongan anda menerusi
www.malaysia-today.net . Kalau susah sangat, poskan sahaja tandatangan sokongan anda seperti yang dihekendaki oleh Malaysoia Today, menerusi blog ini. Kemudiannya, saya akan fowardkan pula tandatangan sokongan anda kepada MT. Terima kasih. – Ruhanie Ahmad

Petition to The Agong

Malaysia Today is going to send a Peoples’ Petition (Petisyen Rakyat) to His Highness The Yang di-Pertuan Agong. I really do not need to go into the host of reasons for the dire need of this Peoples’ Petition. Amongst some of the issues which are of concern to the Malaysian people are:

1) The recent shooting of two people in Kuala Terengganu.

2) The reported gang clashes in Kuala Lumpur, Penang and Johore over the 50th Merdeka celebration holiday that resulted in a few deaths.

3) The Auditor-General’s report that revealed gross and blatant abuses and transgressions in the management of the peoples’ money involving billions of Ringgit.

4) The state of affairs in the Royal Malaysian Police where even the former IGP Tun Hanif Omar admitted that corruption is a serious problem.

5) The state of affairs in the judiciary where senior judges have been bypassed in many promotion exercises in favour of candidates with blemished records.

6) The breakdown of law and order and allegations by serving police officers, who have signed Statutory Declarations or Affidavits, that the organised crime syndicate is running the police force.

7) The dangerous and alarming racial and religious divide.

8) Abdullah Ahmad Badawi’s implication in the Oil-for Food scandal.
9) The need for electoral reforms as proven by the incidences of gerrymandering and phantom voters in the many general elections before this and which will continue and prevail in the next general election.

Our concern is not confined to just these nine issues above but suffice that these nine demonstrate the urgent need for this petition. The actual text of the petition will be properly worded to meet the protocol requirements of a letter that is addressed to The Agong but the spirit of the petition will encompass the above.

If you support this Peoples’ Petition, please sign it in the blog below. You need not add any comments. In fact, we do not need your comments. Just add your name to it. If you do not support it then no need to do anything.

(Those not registered in Malaysia Today but would like to sign the petition just send me an e-mailed at raja.petra.kamarudin@gmail.com with the message "Signed" and your name.)

Wednesday, September 12, 2007

Peristiwa Di Batu Buruk:
Siapa Nak Burukkan Siapa?

Saya sifatkan peristiwa di Batu Buruk, Terengganu, Sabtu lalu, sebagai ledakan “bom jangka” siri pertama yang akan menyebabkan Melayu/Islam berbalah panjang sesama sendiri sehingga menjejaskan keselamatan negara secara parah.

Ini bermakna, peristiwa itu tidak mungkin berakhir hanya di Terengganu sahaja. Ini juga bermakna, peristiwa itu mungkin melarat ke lain-lain tempat, walaupun atas sebab dan alasan yang berbeza.

Saya membuat jangkaan pesimis ini kerana banyak pihak kini mula membuat perbandingan secara rambang tentang apa yang telah berlaku di Batu Buruk, Terengganu, dengan apa yang telah terjadi dalam satu peristiwa membabitkan penternak haiwan “hidung penyek” di Melaka baru-batu ini.

Masyarakat umum juga sudah mula bertanya secara emosional, mengapakah wujud dua pendekatan yang berbeza dalam menangani dua peristiwa tersebut?

Adakah kerana satu daripada peristiwa itu ditangani dengan perkiraan untuk mengekalkan sokongan pihak-pihak tertentu terhadap kerajaan, sementara di satu pihak yang lain pula, pendekatan itu dilakukan atas perkiraan kemungkinan terhakisnya sokongan terhadap kerajaan?

Soalan yang emotif ini pula disusuli dengan pelbagai lagi pertanyaan yang provokatif dan mungkin boleh mencetuskan implikasi negatif terhadap status quo perkauman di negara ini.

Memang salah untuk mana-mana pihak meniupkan api perkauman. Tetapi, siapakah yang akan salahkah bila rakyat jelata yang naïve bertanya: kalaulah betul dalang di Batu Buruk adalah pihak pembangkang, siapakah pula dalang di sebalik apa yang berlaku di Melaka?

Kalau kedua-dua insiden tersebut mempunyai dalangnya, kenapakah tidak dihebahkan kepada umum, siapakah dalang di sebalik peristiwa di Melaka? Atau, mungkinkah dalang kepada kedua-dua peristiwa itu adalah pihak ketiga daripada luar yang memang berniat serong terhadap Malaysia dan rakyat jelatanya?

Saya timbulkan persoalan ini kerana saya bimbang bahawa perbandingan secara rambang, emosional, emotif dan berbau perkauman inilah yang mungkin akan menyemarakkan lagi kemarahan masyarakat Melayu/Islam terhadap kerajaan.

Lantaran itu, tidak wajarkah peristiwa di Batu Buruk ditangani secara bijaksana dan berhemah? Dan, tidak wajarkah peristiwa di Melaka itu juga diselesaikan dengan ketegasan yang setegas-tegasnya?

Malangnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dipetik oleh Bernama 11 September 2007, hanya sebagai berkata bahawa rusuhan di Batu Buruk itu “merupakan satu taktik yang sengaja dirancang oleh parti pembangkang yang gagal membangunkan” Terengganu.

Katanya lagi, insiden itu mungkin berpunca daripada pembangkang yang merasa tertekan kerana tidak mampu membangunkan Terengganu di zaman pemerintahan pembangkang.

Untuk berita sepenuhnya, sila akses link di bawah ini:

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=284453

Kenyataan Abdullah ini tidak mempersoalkan mengapakah peristiwa itu terjadi, tidak mempersoalkan wajarkah tembakan dengan peluru hidup dibuat sehingga mencederakan dua nyawa yang hampir-hampir fatal, dan tidak juga menjawab tuduhan pembangkang kononnya dalang peristiwa itu bukannya dari kalangan mereka.

Untuk membaca lain-lain berita mengenai kisah di Batu Buruk, sila layari seluruh link berikut:

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=284418
http://malaysia-today.net/blog2006/beritankom.php?itemid=8062
http://malaysia-today.net/blog2006/sayuti.php?itemid=8069
http://www.malaysia-today.net/blog2006/index.php?itemid=8048
http://www.malaysiakini.com/news/72231
http://www.iht.com/articles/ap/2007/09/10/asia/AS-GEN-Malaysia-Rioting.php

Sesudah itu, kita tanyalah diri sendiri: siapakah sebenarnya yang berniat untuk memburukkan siapa menerusi peristiwa di Batu Buruk? Dan, siapakah pula yang sebenarnya mungkin akan ditimpa keburukan daripada implikasi peristiwa di Batu Buruk? – Ruhanie Ahmad

Tuesday, September 11, 2007

Suwandi Selamat Menjalani Pembedahan

Suwandi Abdul Ghani - mangsa tembakan peluru hidup di Batu Buruk, Kuala Trengganu, Sabtu lalu – diberitakan telah selamat menjalani pembedahan di HUSM, Kubang Kerian, Kelantan.

Sumber-sumber yang boleh dipercayai memberitahu blog ini jam 3.00 pagi, Selasa, 11 September 2007, bahawa khabar angin yang mengatakan Suwandi yang terkena tembakan di bahagian dada telah meninggal dunia adalah tidak benar.

Seorang lagi mangsa, Muhamad Azman, yang terkena tembakan di leher masih dirawat di Hsopital Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa pihak polis tidak perlu lagi menyiasat kes tersebut secara adil, teliti dan terperinci. Lebih-lebih lagi bila penembak terbabit disyakki oleh banyak pihak sebagai bertindak kononnya atas arahan sesuatu pihak yang mungkin berniat menangguk di air keruh.

Sementara itu, pihak yang mendesak supaya diwujudkan satu suruhanjaya bebas untuk menyiasat kes berkenaan, wajar juga memikirkan sama ada perlu ditubuhkan satu NGO untuk menganjurkan kutipan tanda tangan dari kalangan rakyat jelata Malaysia bagi mendesak supaya pasukan keselamatan negara - PDRM dan ATM – diletakkan di bawah tanggungjawab SPB Yang DiPertuan Agong.

Berhubung kait dengan hal ini, pihak yang sama wajarlah terlebih dulu mengkaji beberapa peruntukan dalam perlembagaan negara untuk memperkuatkan lagi hujjah-hujjah mereka.

Pihak-pihak yang mengutarakan supaya PDRM dan ATM diletakkan di bawah kuasa Agong yakin cara ini akan mengelakkan pasukan keselamatan negara daripada pengaruh politik partisan.

Dengan cara ini juga, hujjah mereka, keselamatan dan kedaulatan negara dapat dipertahankan sepenuhnya, sementara kesejahteraan rakyat jelata pula diberikan pembelaan secara saksama. – Ruhanie Ahmad

Monday, September 10, 2007

Musa Hassan Dilanda Gerhana?

Berita Bernama 10 September 2007, dengan jodol Khidmat Musa Hassan Dilanjut Berdasarkan Kredibilitinya, memetik Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, sebagai berkata bahawa keputusan melanjutkan kontrak Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan sehingga 13 September 2009 adalah disebabkan kredibiliti dan komitmennya memerangi jenayah tanpa jemu.

Kata Abdullah, faktor utama ke atas keputusan itu juga disebabkan oleh Musa yang sedang berusaha gigih membanteras segala bentuk jenayah yang berlaku sekarang.

"Berdasarkan ciri-ciri kerja yang ada pada beliau, saya dapati Musa mempunyai kriteria yang perlu ada bagi seseorang untuk mengetuai pasukan polis," katanya. dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Hock Seng (DAP-Bagan) pada Persidangan Dewan Rakyat.

Berita sepenuhnya boleh diakses menerusi link berikut:

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=284219

Komen: Saya yakin Abdullah memang meyatakan hakikat yang sebenar-benarnya. Tapi, benarkah Musa kini sedang menghadapi “gerhana” kerana ada elemen-elemen tertentu yang mahukan beliau segera dinyahkan daripada PDRM?

Benarkah elemen-elemn tersebut dipercayai sedang berusaha mengadu-dombakan kepimpinan PDRM?

Betulkah elemen-elemen itu juga dikatakan berusaha menggagalkan apa jua dayausaha Musa untuk melaksanakan seluruh program bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan PDRM disamping melonjakkan imej dan integriti PDRM?

Adakah satu realiti bahawa elemen-elemen berkenaan dipercayai dipayungi oleh seorang individu tertentu yang sangat berpengaruh? Adakah Abdullah tahu dan insaf akan hal ini?

Apakah insiden di Batu Buruk, Terengganu, dua hari yang lalu, juga sebahagian daripada usaha terancang untuk menjejaskan nama baik Musa dan PDRM secara amnya? – Ruhanie Ahmad
Tun Mahathir Sarapan Roti Canai

Alhamdulillah, kita panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan kehendaknya jua Tun Dr Mahathir Mohamad kini semakin cergas dan bertambah pulih.

Hari ini, Tun Mahathir bersarapan seperti seorang yang sudah sihat sepenuhnya. Beliau menikmati roti canai .

Bagaimanapun beliau akan terus menjalani terepi secara intensif di ICU IJN Kuala Lumpur. – Ruhanie Ahmad

MEDIA STATEMENT

Institut Jantung Negara, 10 September 2007: YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad continues to make steady progress into his sixth-day of post-bypass surgery at Institut Jantung Negara.

Today, Tun Dr Mahathir started consuming a full, normal breakfast of roti canai and high-energy milk.

After breakfast he had a full shower and was taken on a gentle ambulation around the bed. He will continue with intensive physiotherapy.

Tun Dr Mahathir continues to be warded at the Intensive Care Unit.
Bom Jangka Dah Mula Meledak?

Pada Khamis, 6 Septembar 2007, saya membuat satu posting dengan satu persoalan: Benarkah Kita Sedang Duduk Di Atas Sebutir “Bom Jangka”?

Posting itu telah menerima pelbagai reaksi. Ada yang berasa insaf. Dan, tidak kurang juga yang bersikap sinis sehingga berkata kononnya saya cuba menggunakan posting itu untuk memprovokasi situasi keselamatan negara.

Kini apa yang dah terjadi? Apa yang dah terjadi di Batu Buruk, Kuala Terengganu? Kenapakah sehingga polis perlu gunakan peluru hidup untuk meleraikan suatu perhimpunan yang didakwa tidak mempunyai permit? Di manakah letaknya kebijaksanaan dan di manakah nilainya kewarasan dalam konteks ini?

Apa yang berlaku di Kuala Terengganu adalah di luar kemampuan sesiapa untuk menganlisisnya secara menyeluruh. Lebih-lbih lagi bila maklumat mengenai keadaan sebenarnya sudah mula dimanipulasikan. Lebih-lebih lagi bila media alternatif sahaja yang kelihatannya jadi lidah kebenaran untuk rakyat jelata.

Dan, mulai hari ini, kejadian di Kuala Terengganu itu sudah mula diberikan satu perspektif baru hanya menerusi satu persoalan yang penuh emosi dan mempunyai racial undertone yang amat berbahaya.

Persoalannya adalah: kenapakah pihak keselamatan boleh berlembut dan bersabar dengan apa yang berlaku di sebuah ladang babi di Melaka baru-baru ini, tetapi seolah-olah tidak menghargai nyawa rakyat jelata bila berhadapan dengan apa yang tercetus di Batu Buruk?

Bacalah sendiri seluruh link di bawah ini dan buatlah kesimpulan peribadi terhadap apakah kemungkinan yang akan menyusul selepas ini. Dan, mungkinkah tidak lama lagi kita akan dilanda “bom jangka” yang lebih parah dan berbahaya ledakannya?

http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=9660&Itemid=85

http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=9655&Itemid=28

http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=9652&Itemid=28

http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=9647&Itemid=28

http://malaysia-today.net/blog2006/beritankom.php?itemid=8016

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=284137
Link tambahan:

http://klpos.com/klpos/index.php?option=com_content&task=view&id=1071&Itemid=49

http://klpos.com/klpos/index.php?option=com_content&task=view&id=1077&Itemid=49

http://klpos.com/klpos/index.php?option=com_content&task=view&id=1073&Itemid=49

http://klpos.com/klpos/index.php?option=com_content&task=view&id=1072&Itemid=49

http://klpos.com/klpos/index.php?option=com_content&task=view&id=1070&Itemid=49


Akhir kata, salahkah kalau saya meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, supaya insaf bahawa keselamatan negara bukan hanya membabitkan soal harta benda serta penderitaan dan kelaparan rakyat jelata, bila keselamatan juga amat penting untuk mempastikan kelangsungan, kedaulatan dan kemerdekaan negara?

Dan, salahkah bila saya berkata bahawa pihak berkuasa mesti prihatin terhadap keselamatan negara dalam konteks yang seluas-luasnya, meliputi kesan, impak dan implikasinya kepada soal perpaduan dan ketahanan nasional serta kelangsungan, kedaulatan dan kemerdekaan tanahair? – Ruhanie Ahmad

Sunday, September 09, 2007

Dua Cedera Parah
Ditembak Polis Di Batu Buruk
[Akhbar Siasah]

KUALA TERENGGANU, 9 Sept: Dua cedera parah ditembak peluru hidup oleh polis manakala berpuluh-puluh cedera dalam pertempuran antara orang ramai dan polis di Batu Buruk petang dan malam semalam.

Dua yang terkena peluru hidup polis itu masih dalam wad pembedahan Hospital Kuala Terengganu.

Kecederaan berlaku di pihak orang awam dan juga polis manakala berbelas-belas telah ditahan sehingga kini termasuklah wartawan TVPAS.

Wartawan TVPAS, Suhaimi Taib sehingga kini masih ditahan polis.

Antara pemimpin PAS yang turun ditahan adalah bekas anggota Parlimen Kuala Nerus, Mohd Shukrimun.

Pertempuran berlaku ekoran tindakan merobohkan pentas yang dibuat untuk majlis ceramah anjuran Bersih oleh polis dan pihak berkuasa tempatan.

Ketegangan berlaku sejak petang lagi apabila sekatan dibuat ke arah tempat majlis ceramah yang hendak dianjurkan itu.

Di Kuala Lumpur, PAS akan mengadakan mesyuarat khas mengenainya jam 3 petang ini.

http://malaysia-today.net/blog2006/beritankom.php?itemid=8016

Friday, September 07, 2007

Raja Berkedudukan Amat Istimewa
Di hati Rakyat Dahagakan Pembelaan

Blogger DASA

Di bawah ini saya siarkan komen Blogger Dasa terhadap posting saya di www.puteramalaysia.blogspot.com bertajuk Raja-Raja Adalah Bahagian Penting Negara, Tegas Raja Nazrin. – Ruhanie Ahmad

Kelangsungan institusi raja sesebuah negara amat berkait-rapat dengan kemampuannya untuk “membaca” suasana semasa dan seterusnya menyesuaikan diri menerusi tindakan-tindakan yang perlu. Peneraju institusi raja yang prihatin kepada apa jua perkembangan yang berlaku kepada negara dan rakyat tidak akan teragak-agak menzahirkan pandangannya kepada pihak yang terlibat secara langsung tetapi terhormat.

Di bumi bernama Malaysia, institusi raja mempunyai ruang untuk memastikan negara benar-benar ditadbir secara sewajarnya dari masa ke semasa kerana rakyat hanya berpeluang “menghakimi” kerajaan selepas beberapa tahun iaitu menerusi pilihanraya umum. Kenyataan sesetengah pihak bahawa institusi raja di negara ini adalah simbol semata-mata merupakan satu penghinaan kepada raja-raja. Ianya umpama menyamakan institusi raja dengan objek yang tidak bernyawa seperti bendera dan tugu.

Raja-raja sesungguhnya berada di kedudukan yang amat istimewa bukan sahaja dari segi Perlembagaan malah di hati sanubari rakyat yang dahagakan keadilan dan pembelaan. Apatah lagi sekiranya raja-raja terdiri daripada insan-insan berkeperibadian mulia, berpendidikan tinggi, berpandangan jauh dan yang sentiasa memahami jiwa serta hasrat rakyat kebanyakan.

Dalam keadaan di mana negara ditadbir secara lemah dan diserapi unsur-unsur tidak sihat, hanya satu tempat yang ada untuk rakyat mengadu dan menyandarkan harapan mereka iaitu institusi raja sebagai pemulih keadaan. Tanpa institusi raja yang berfungsi dengan berkesan, masa depan negara dan rakyat umum akan mempunyai laluan yang kelam dan berduri.

Daulat Tuanku!

– Dasa, 7.47 PM, 6 September 2007 7:47 PM
Abdullah Dan Khairy
Integriti Dan Harakiri (2)

Betulkan Integriti Diri:
Rakyat Perlu Tanam Tekad
Agar Setiap Rancangan Bawa Kebaikan

PUTRAJAYA 6 Sept. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengajak rakyat agar menanam tekad untuk membetulkan integriti diri masing-masing supaya setiap yang dirancang akan membawa kebaikan.

Menurut Perdana Menteri, ini termasuk melakukan muhasabah diri dengan bertanyakan soalan mengenai apa yang betul dan apa yang salah dalam setiap perkara yang dilakukan.

‘‘Yang bantah dan yang menyeleweng semuanya berpunca dari diri kita sendiri, sedangkan peraturan yang banyak itu adalah untuk memperkuat dan memperbetulkan manusia, semua itu termasuk pindaan undang-undang dan peraturan adalah untuk menjadikan kita orang baik,” katanya semasa menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Integriti 2007 di sini hari ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0907&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Komen daripada Dasa:

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tidak ramai pemimpin tertinggi negara mempunyai kelayakan moral untuk bercakap mengenai integriti. Tidak bersikap jujur kepada rakyat dan tidak menunaikan janji yang dibuat sewaktu pilihanraya umum lalu adalah bukti nyata bahawa mereka amat jahil dengan konsep integriti yang dilaung-laungkan. – Dasa

Untuk posting sepenuhnya sila layari blog puteramaya di:

www.puteramalaysia.blogspot.com
Abdullah Dan Khairy
Integriti Dan Harakiri

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, hari ini mengeluarkan satu kenyataan yang cukup hebat, iaitu mengenai soal integriti dan harakiri.

Kenyataan ini seharusnya menggembirakan seluruh rakyat jelata Malaysia yang segolongannya mempunyai persepsi bahawa kepimpinan negara kini sedang dilanda krisis integriti dan kredibiliti.

Katanya, di negara Jepun contohnya, orang sangat takut dimalukan dan dengan itu mereka akan mengambil segala langkah agar tidak dimalukan oleh sesiapa.

"Malah di Jepun mereka sanggup melakukan apa sahaja supaya tidak malu atau gagal melakukan sesuatu tugas dengan betul. Jika malu, mereka tidak berfikir dua kali untuk melakukan 'harakiri' (bunuh diri).

Untuk posting sepenuhnya sila layari:

www.puteramalaysia.blogspot.com
ATM Disaran Kemaskinikan
Strategi Tangkis Ancaman Luar

Saya poskan di bawah ini sedutan titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, mengenai pentingnya ATM mewujudkan strategi menangkis ancaman luar.

Titah Baginda ini amat tepat dan sangat sesuai pada masanya. Terutama sekali bila Baginda menegaskan bahawa "ancaman kepada negara bukan sahaja datang dalam bentuk pencerobohan ketenteraan, malah ia boleh (tiba) dalam bentuk komunikasi, sosial dan kebudayaan."

Menurut Bernama, dengan mengambil beberapa contoh kehancuran beberapa buah negara yang terlalu bergantung dengan kuasa luar, Baginda juga menegaskan bahawa perkara itu perlu dijadikan pengajaran, agar rakyat tidak cuai dan lalai dalam memperjuangkan kadaulatan negara.

Titah Baginda sepenuhnya boleh diakses menerusi link di bawah ini:
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=283324

Titah di atas membuktikan bahawa Baginda amat prihatin terhadap kesejahteraan rakyat jelata dan kedaulatan negara. Ini juga membuktikan Baginda memahami sepenuhnyua situasi sebenar di sekeliling kita pada hari ini.

Moga-moga titah sedemikian membolehkan Malaysia diselamatkan daripada pelbagai bentuk ancaman luar yang juga datang menerusi strategi ekonomi, perdagangan dan juga “underworld” atau kumpulan penjenayah. Daulat Tuanku! – Ruhanie Ahmad

Thursday, September 06, 2007

Tun Mahathir Makin Pulih
Dan Sudah Boleh Berbual

KUALA LUMPUR, 6 September 2007: Keadaan kesihatan Tun Dr Mahathir Mohamad selepas menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) Selasa lalu, menunjukkan perkembangan yang cukup memberangsangkan, dan beliau kini boleh bernafas dengan sediri tanpa bantuan alat sokongan pernafasan.

IJN dalam satu kenyataan hari ini berkata sejak pukul 2.10 petang semalam, bekas Perdana Menteri itu sudah bernafas dengan sendiri tanpa alat sokongan pernafasan, dan beliau sedar sepenuhnya, peka, dan boleh berbual dengan anggota keluarganya.

"Beliau kini menjalani fisioterapi intensif bagi mengoptimakan fungsi pernafasannya.

"Mahathir juga ada melakukan senaman ringan bahagian tangan dan kakinya. Petunjuk penting berhubung kesihatannya kekal stabil.

"Bagaimanapun bekas Perdana Menteri itu akan tetap ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pengawasan berterusan," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata Dr Mahathir sudah memulakan diet cecair sejak pagi ini, dan menambah bahawa selepas pemantauan rapi oleh para doktor dan juru rawat selama 48 jam, IJN berpuas hati dengan perkembangannya.

Bagaimanapun pelawatnya masih dihadkan kepada anggota keluarga yang terdekat sahaja.

Dipetik daripada Bernama
Desas-Desus Wang RM840 Juta
Dari Singapura Kepada UMNO?

Di bawah ini adalah satu desas-desus politik yang menggemparkan. Ia membabitkan kisah kononnya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah memperolehi “wang pendahuluan” sebanyak RM840 juta daripada Singapura untuk “membeli sokongan” anggota Kabinet Malaysia dan ahli Majlis Tertinggi UMNO supaya tidak memujuk Tun Dr. Mahathir Mohamad menukar keputusannya bersara daripada politik dan kerajaan pada akhir 2002.

Desas-desus ini saya cedok daripada tulisan Raja Petra Kamarudin (RPK), dalam ruangan The Corridors Of Power, Malaysia Today, 3 September 2007. Dengan tajuk Fact Or Fancy?, RPK menghuraikan desas-desus yang mendakwa kononnya pada suku akhir 2002, Singapura telah memberikan wang sejumlah RM840 juta kepada Khairy Jamaluddin.

Kata desas-desus itu, Khairy kemudiannya dikatakan menyerahkan wang RM840 juta itu kepada Tun Khalil Yaacob selaku Setiausaha Agung UMNO pada ketika itu. Kononnya, wang itu adalah untuk “membeli” seluruh anggota kabinet Malaysia dan ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.

Untuk kisah selanjutnya sila layari www.puteramalaysia.blogspot.com
Benarkah Kita Sedang Duduk
Di Atas Sebutir “Bom Jangka”?

Ini bukan kenyataan momokan. Ini hakikat mutakhir di Malaysia. Samseng sudah mula berani mengancam para pegawai penguatkuasa undang-undang. Kongsi gelap Singapura sudah menguasai Johor Bahru. Segolongan penternak babi di Melaka bertindak kurang ajar kepada kakitangan kerajaan. Tiga pemuda Melayu mati akibat serangan di malam sambutan ambang merdeka ke-50 tahun.

Lantaran itu, memang tepat pada masanya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, membuat kenyataan bahawa keselamatan negara merupakan syarat yang amat penting jika Malaysia ingin mengekalkan tahap kemajuan dan pembangunannya pada masa depan.

Abdullah telah dipetik oleh Bernama 4 September 2007 sebagai berkata bahawa "negara yang tidak aman dan selamat tidak akan dapat dimajukan. Kita tidak menghadapi semua itu kerana kita telah fahami betapa pentingnya keamanan negara bukan sahaja dari segi keselamatan dan ancaman pada diri dan harta tetapi juga dari segi penderitaan dan kelaparan."

Kata Abdullah lagi, kerajaan Malaysia sejak kemerdekaan negara 50 tahun lalu, telah berjaya menghindari penderitaan dan kelaparan kerana usaha gigih, dan "perjuangan ini akan tetap diteruskan".

Kenyataan penuh Abdullah boleh diakses menerusi link: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=282872

Saya gembira membaca kenyataan Abdullah seperti di atas. Saya juga setuju bahawa keselamatan negara memang pra-syarat yang amat penting kepada kemajuan negara.

Tapi, Abdullah perlu insaf bahawa keselamatan bukan hanya membabitkan soal harta benda serta penderitaan dan kelaparan rakyat jelata. Keselamatan juga amat penting untuk mempastikan kelangsungan, kedaulatan dan kemerdekaan negara.

Oleh itu, pihak berkuasa mesti prihatin terhadap keselamatan negara dalam konteks yang seluas-luasnya, meliputi kesan, impak dan implikasinya kepada soal perpaduan dan ketahanan nasional serta kelangsungan, kedaulatan dan kemerdekaan tanahair.

Keprihatinan ini penting kerana hari ini sudah mula terdengar banyak desas-desus yang mengatakan bahawa beberapa anasir asing sudah menyusup dan beroperasi di negara kita.

Anasir asing yang dimaksudkan adalah anggota kongsi gelap daripada Singapura dan juga segolongan perisik asing yang juga didakwa sebagai berpangkalan di selatan.

Sebab itulah ada diantara kita yang mula tertanya-tanya, benarkah bahawa sekumpulan anggota Mossad, badan perisikan Israel, kini sudah mula masuk ke Malaysia?

Benarkah anggota Mossad ini dikatakan masuk ke negara kita dengan bilangan yang agak besar, dengan menggunakan dokumen perjalanan yang dikeluarkan oleh sebuah negara jiran tertentu kita? Tidakkah perkembangan seperti ini, jika benar, amat membimbangkan kita semua?

Pada waktu yang sama, kebelakangan ini elemen kongsi gelap Singapura dikatakan bukan sahaja menguasai dunia jenayah di Johor Bahru, malahan didakwa sebagai sudah bertapak di beberapa negeri di Semenanjung serta beberapa lokasi di Sarawak.

Apakah motif elemen kongsi gelap ini? Adakah semata-mata kerana mereka mahu mengembangkan “perniagaan jenayah” mereka di Malaysia?

Tidak mungkinkah mereka juga merupakan satu daripada pelbagai komponen strategi halus ala sun-tze yang sedang diperjuangkan oleh sebuah jiran tertentu untuk menghuru-harakan Malaysia, bila tiba waktunya dan bila didapati sesuai ketikanya?

Contohnya, pada malam sambutan ambang 50 tahun kemerdekaan baru-baru ini, tiga pemuda Melayu) – satu di Kuala Lumpur dan dua di Pulau Pinang – telah mati dibunuh. Angkara siapakah pembunuhan itu? Angkara pergaduhan sesama sendiri? Angkara provokasi samseng dan penjenayah? Samseng dan penjenayah daripada manakah mereka? Samseng dan penjenayah lokal atau regional?

Benarkah ketiga-tiga peristiwa itu cuma satu kejadian yang terasing atau “isolated”? Tidak mungkinkah ini juga permainan oleh samseng dan kongsi gelap yang datang daripada sebuah jiran tertentu untuk mencetuskan kekacauan di Malaysia yang selama ini aman dan damai?

Begitu juga dengan pasukan polis kita. Benarkah dakwaan bahawa pasukan polis kita kini memang sedang diadu-dombakan oleh segelintir kuasa kongsi gelap yang bertapak daripada sebuah negara jiran tertentu?

Benarkah Ketua Polis Negara kini dikatakan sedang dalam dilema? Betulkah beliau dikatakan sedang berusaha keras untuk merombak pasukannya yang kini dipercayai sudah mula dikompromikan oleh kepentingan sesetengah kuasa kongsi gelap?

Benarkah juga desas-desus yang mengatakan bahawa kini ada pula sesetengah individu berkuasa yang cuba menggagalkan usaha KPN seperti di atas? Benarkah individu terbabit adalah salah seorang berkuasa yang sudah dikuasai oleh sekumpulan pembesar kongsi gelap?

Persoalan-persoalan di atas memerlukan perincian serius oleh pihak berkuasa yang prihatin terhadap keselamatan negara. Jangan sorok sampah sarap, daki dan keladak ke bawah permaidani. Tindakan seperti ini, kalau dilakukakan, adalah berbahaya.

Persoalan seperti di atas wajar dikaji secara segera, ikhlas dan bijaksana. Lebih-lebih lagi bila kebelakangan ini sudah ada beberapa pihak umum yang mula bertanya secara sinis: adakah kita sedang duduk di atas sehelai permaidani yang beralaskan “bom jangka” di bawahnya? – Ruhanie Ahmad

Wednesday, September 05, 2007

Para Doktor Pakar Gembira
Dengan Perkembangan TDM

Para doktor pakar yang mengawasi Tun Dr Mahathir Mohamad sesudah pembedahan di IJN gembira dengan perkembangan kesihatan beliau seperti yang dijangkakan.

Kini TDM dalam keadaan stabil. Bagaimanapun beliau masih lagi berada di dalam tempoh pengawasan di wad ICU di IJN.

Lantaran itu teruskanlah doa kita kepada Allah SWT semoga TDM segera sembuh dan pulih seperti sediakala.

Media Statement:

Institut Jantung Negara, 5 September, 2007: YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad remains stable following close overnight observation by doctors and nurses at the Intensive Care Unit of Institut Jantung Negara.

Doctors are happy with his rate of progress which is as expected in post-bypass surgery. All his vital parameters, thus far, are also stable as anticipated.

Tun Dr Mahathir is still however, within the crucial intensive observation period and will continue to be warded at the ICU.
Sumpah Merdeka

didetik saat dan ketika ini
jiwa parah semerah api
meledak jutaan bara derita
warga kota dan anak desa
yang sekian lama ikrar setia
junjung panji sumpah merdeka

warga pilu merintih sedih
menanti kasih bersalut buih
menuntut janji di hujung sepi
lautan mimpi tiada bertepi
malam suram mentari jingga
siang sengsara bulan gerhana
dipukau sihir iblis perdana
di ruang legar persada kuasa

bara derita meledak angkasa
jiwa parah memancur darah
warga kota dan anak desa
bangkit menggema suara massa
mengibar panji menuntut bela
iblis perdana dilenyap kuasanya
mentari jingga dan bulan gerhana
dihancur lulurkan di ruang maya

malam hilang rona suramnya
siang hilang pancar ngerinya
warga kota dan anak desa
menghias tugu di pinggir istana
merah biru putih dan kuning
mewarna sumpah anak pertiwi
hidup merdeka sepanjang usia
daulat negara sepanjang hayat

Ruhanie Ahmad
1 September 2007
Fasa Pertama Berjaya
Kini Tumpuan Terhadap Fasa Kedua
Kata Mukhriz

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- "Fasa pertama (pembedahan) berjaya dilepasi, kini perhatian kami pada fasa kedua iaitu tempoh pemulihan Tun (Mahathir) selepas pembedahan. Kami harap semuanya lancar dan selamat".

Ini merupakan harapan Datuk Mukhriz Mahathir, anak kelima bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, 81, yang selamat menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) hari Selasa.

Mukhriz, yang juga Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Pemuda Umno berkata doktor memberi tempoh 48 jam untuk Dr Mahathir sedar dan melepasi keadaan kritikal.

"Tempoh pemulihan ini merupakan 'lifeline' bagi ayah, kerana apa-apa boleh berlaku dalam tempoh ini. Jadi kami perlu banyak berdoa dan memberikan jagaan serta perhatian khas kepada beliau untuk lulus ujian kedua ini.

"Doktor beritahu keadaan ayah kini stabil dan denyutan jantung dan nadi adalah normal. Tun boleh sedar bila-bila masa dan kita akan beritahu media perkembangan dari masa ke masa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Institut Jantung Negara (IJN) Selasa malam.

Mukhriz, 43, berkata ibunya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali amat berterima kasih kepada setiap rakyat Malaysia yang mendoakan agar pembedahan itu berjaya.

Beliau berkata Dr Siti Hasmah juga tersentuh dengan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan e-mel yang diterima daripada pelbagai lapisan masyarakat.

"Beliau amat gembira ketika saya menunjukkan kepadanya SMS dan e-mel itu. Keluarga kami berterima kasih kepada setiap pihak kerana memberikan perhatian," katanya.

Beliau berkata doktor tidak membenarkan sesiapapun melawat Dr Mahathir dalam tempoh terdekat kerana Dr Mahathir perlu banyak berehat.

Ini merupakan pembedahan pintasan jantung kali kedua bagi Dr Mahathir selepas yang pertama pada 24 Jan 1989 di Hospital Kuala Lumpur.

-- BERNAMA

Gagasan Satria

nusa bangsa dilanda bencana
diterjah angkara insan durjana
anai-anai merayap-merayap
dalam senyap menggerak sayap
nakhoda sasau dipukau silau
pancaran kilau fatamorgana
pertiwi sedih gundah gulana
meratapi nasib bumi merdeka
yang digolok-gadai jiwa raganya
dan diinjak-injak darjat daulatnya

di satu belantara rimba rahsia
satria merangka gagasan massa
mentakrif mimpi di kaki senja
mentafsir wasiat pejuang purba
serapah mentera wira perkasa
jadi lalintar penyula angkasa
pencak silat Laksamana Tuah
jadi azimat semangat gagah

menderap tapak dengan Bismillah
satria meredah gunung dan lurah
pantang undur menyerah kalah
titah disanjung kalimah dijunjung
badan dan nyawa galang gantinya
jiwa dan raga mahar sumpahnya
bertongkat paruh mendaki bukit
menongkah arus berakit-rakit
umat durjana ditumpas ganasnya
rayap-rayap dicabut sayapnya
bulan gerhana dirobek suramnya
kesucian agama dipulih syiarnya
makhota bangsa digilap auranya
maruah bangsa ditebus daulatnya

sesudah azan meratib detik
fajar terbit gilang gemilang
embun syahdu menyegar rindu
para satria mengibar panji
membenteng kota memagar desa
kalimah jaya mewarna suasana

para satria melaksana dasar
berpaksi sejarah ketuanan bangsa
yang suci abadi hemah budinya
para pujangga melarik madah
wawasan musalman bersendi Quran
memansuh kilauan fatamorgana
meruntuh luruh citra kayangan

dengan ikatan sumpah pertiwi
dengan tekad semangat jati
kalimah disanjung tanpa derhaka
titah dijunjung penuh setia
satria mengabdi raga dan nyawa
mengikis sikap dan jiwa hamba
memperkasa daya citra merdeka
di setiap dada tua dan muda

warga massa bersimfoni riang
anak-anak berdendang sayang
muda remaja menggapai bintang
petani girang tandang ke bendang
nelayan gembira dialun gelombang
menjulang gagasan nusa merdeka
karya satria belentara rahsia
barisan panglima tidak bernama


Ruhanie Ahmad
31 Ogos 2007

Tuesday, September 04, 2007

04 September, 2007 18:29 PM

Tun Dr Mahathir Stabil
Selepas Pembedahan Lima Jam


KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kini dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan pintasan jantung selama lima jam di Institut Jantung Negara di sini hari ini, kata anaknya, Datin Paduka Marina Mahathir.

Beliau dalam keadaan baik dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi, kata Marina.

"Kami berasa amat lega semuanya berjalan lancar," katanya kepada pemberita di lobi IJN.

-- Bernama
MEDIA STATEMENT

Institut Jantung Negara, 4 September... YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad has successfully undergone coronary bypass surgery at the Institut Jantung Negara (IJN) today.

Currently Tun Dr Mahathir is warded at the Intensive Care Unit of the IJN where his condition will be observed for the next few days as is routine in post-bypass surgery. The next 48-hours is the crucial period in his post operative care and hence he will be under close observation in Intensive Care Unit by a team of doctors and nurses. Overnight, he will be fully sedated.

Earlier, Tun Dr Mahathir was taken into the Operation Theatre Complex at 8.45am where immediate family members were allowed to see him before he was brought into the Operating Theatre. The operation commenced at 9.40am and was completed at 3.05pm. He was transferred to the Intensive Care Unit at 3.30pm.

Doctors are happy that the procedure progressed as anticipated and his vital parameters thus far are stable.

Tun Dr Mahathir was operated on by a panel of surgeons led by Tan Sri Dr Yahya Awang. The other members of the surgical team are Chief of Cardiothoracic Surgery of the Mayo Clinic, Prof Dr Hartzell Schaff, Dato Dr Rozali Wathooth, Dato Dr Azhari Yakub, Dato Dr Venugopal Balchand and Dr Mohamed Ezani Mohd Taib.

The anaesthetic team led by Dato Dr Mohd Hassan Mohd Ariff included Dr Sharifah Suraya Syed Tahir, Dato Dr Syed Abdul Aziz Syed Zain and Dr Nor Azlina Abdul Jalil.

The panel of doctors is headed by IJN’s Medical Director, YBhg Dato Seri Dr. Robaayah Zambahari and includes consultant nephrologists Dato Dr Zaki Morad Mohd Zaher, Dr Ghazali Ahmad and consultant gastroenterologist, Dr S Ganeshanathan.

Tun Dr Mahathir had been admitted to Institut Jantung Negara on Sunday for the elective coronary bypass surgery.

IJN will continue to issue updates as and when there is significant change in Tun Dr Mahathir’s condition. Doctors have also advised against Tun Dr Mahathir receiving visitors apart from immediate family members.
Pembedahan Dr Mahathir Bermula 9.30 Pagi

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara di sini pada 9.30 pagi ini.

Pembedahan yang dilakukan oleh satu pasukan diketuai Tan Sri Dr Yahya Awang dijangka mengambil masa antara empat dan enam jam, kata pegawai khas beliau, Sufi Yusoff, kepada Bernama.

"Dr Mahathir dibawa masuk ke bilik pembedahan pada 9 pagi," katanya.

Ini merupakan kali kedua, Dr Mahathir, 81, menjalani pembedahan serupa. Kali pertama ialah pada 24 Jan 1989 di Hospital Kuala Lumpur ekoran satu serangan jantung.

Anak Dr Mahathir, Datin Paduka Marina, dalam blognya, "RantingsbyMM", berkata pasukan pembedahan itu dibantu oleh Dr Hartzell Schaff, ketua pakar bedah jantung di Mayo Clinic di Amerika Syarikat.

"Dr Schaff telah menjalankan beberapa pembedahan dengan Tan Sri Yahya di IJN sebelum ini," kata Marina.

-- LAGI
Johor Dilanda Banjir Sekali Lagi

JOHOR BAHARU, 3 September 2007: Seramai 627 orang melibatkan 103 keluarga di Taman Pontian Jaya, Batu 34, Jalan Pontian-Batu Pahat dekat Pontian dipindahkan ke pusat pemindahan secara berperingkat petang ini berikutan rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian ketika dihubungi di sini hari ini berkata, kesemua mangsa mula dipindahkan sejak pukul 3 petang ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Menengah Batu 34 selepas rumah mereka yang terletak di kawasan rendah ditenggelami air kira-kira 0.3 meter akibat hujan lebat sejak semalam.

Jurucakap itu berkata, keadaan di Pontian kini masih hujan dan lebih ramai keluarga mungkin dipindahkan sekiranya hujan belum reda.

Katanya, bagaimanapun sehingga pukul 6 petang tadi tiada sebarang kemalangan ataupun kes lemas dilaporkan dan semua laluan di sekitar Pontian juga masih dibuka untuk semua kenderaan.

- Bernama

Dikirimkan oleh Pemerhati pada 3.36 pagi, 4 Septembr 2007.
Doa Buat Tun Mahathir

Mulai jam 8.00 pagi, 4 Septmber 2007, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjalani pembedahan coronary bypass di IJN Kuala Lumpur.

Pembedahan itu akan dilakukan oleh anak-anak Malaysia yang memang pakar dan mempunyai rekod cemerlang di bidang tersebut. Ini bermakna kita tidak harus meragui kepakaran mereka.

Bagaimanapun, segala-galanya tetap berada dalam kekuasaan Allah SWT jua. Lagi pun TDM sudah berusia 82 tahun. Jadi kebimbangan tetap sentiasa menggamit jiwa kita semua.

Oleh itu, marilah sama-sama kita memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT semoga TDM akan sentiasa menerima perlindunganNya dan kembali pulih seperti sediakala selepas pembedahan tersebut. – Ruhanie Ahmad

Monday, September 03, 2007

Anak Merdeka Berjiwa Hamba (3)

Restoran Kelantan Delights, satu-satunya restoran masakan Melayu yang telah beroperasi selama 10 tahun di Suria KLCC, Kuala Lumpur, terpaksa menamatkan riwayat perniagaannya mulai 23hb Ogos 2007. Keputusan penutupan itu dipercayai dibuat oleh Pengurusi Eksekutif Suria KLCC dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, seorang warga Australia bernama Brian Andrew.

Kabarnya keadaan di Alamanda Putrajaya yang juga diuruskan Suria KLCC, tidak banyak berbeza dengan apa yang sedang berlaku di Menara Kembar Petronas. Ini kerana Ketua Pegawai Eksekutif Alamanda adalah isteri kepada Brian Andrew, iaitu Lisa Words. Apakah tidak aneh isteri boleh dilantik sebagai boss anak syarikat di mana suaminya menjadi ketua?

Difahamkan bahawa Suria KLCC diuruskan oleh sebuah syarikat pengurusan daripada Singapura. Adakah ini benar? Mengapa jadi begini? Inikah satu daripada bukti bahawa di era merdeka ini pun masih ada orang Melayu yang berjiwa hamba di mana dagang lalu ditanakkan, kera di hutan disusukan, ayam di kepok mati kelaparan, itik di air mati kehausan sedangkan anak di rumah sendiri mati kebuluran?

Apa akan kerajaan lakukan untuk membetulkan keadaan ini dan untuk mengikis jiwa abdi seperti yang berlaku di Suria KLCC ini? Mengapakah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tidak tunjuk keprihatinan terhadap kes-kes seperti ini? Atau, mungkinkah rakyat jelata sendiri yang terpaksa memilih cara terbaik untuk melaksanakan sesuatu corrective measures terhadap kepincangan seperti ini?

Untuk membaca artikel sepenuhnya sila layari

www.puteramalaysia.blogspot.com
Tun Dr Mahathir Akan Jalani
Pembedahan Coronary Bypass

Saya paparkan di bawah ini satu kenyataan penuh daripada Institut Jantung Negara (IJN) mengenai mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang akan menjalani pembedahan coronary bypass di IJN Selasa ini.

TDM akan menjalani pembedahan tersebut di bawah seliaan satu panel pakar jantung diketuai oleh Dato’ Seri Dr. Robaayah Zambahari selaku Pengarah Perubatan IJN. Pakar Jantung, Tan Sri Dr Yahya Awang, yang bertanggungjawab melaksanakan pembedahan pertama ke atas TDM pada 1989 akan mengetuai pembadahan yang sama kali ini.

Sementara itu, satu upacara sembahyang hajat mendoakan keselamatan TDM yang menjalani pemdedahan esok, akan diadakan di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur, selepas Isyak malam ini, 3 September 2007. Rakyat jelata yang prihatin disilakan menyertai majlis berkenaan.

Sama-samalah dia berdoa semoga Allah SWT akan memberikan keselamatan kepada TDM yang telah banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Insya Allah. – Ruhanie Ahmad

MEDIA STATEMENT
FOR IMMEDIATE RELEASE

Institut Jantung Negara, 3 September - YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad was admitted to Institut Jantung Negara yesterday (Sunday, September 2, 2007). This is in preparation for an elective coronary bypass surgery.

The surgery will take place tomorrow, Tuesday, September 4, 2007 at IJN.

This is Tun Dr Mahathir's second coronary bypass. The first was done in 1989.

Tun Dr Mahathir will be attended to by a panel of doctors headed by YBhg Dato Seri Dr. Robaayah Zambahari, IJN’s Medical Director. YBhg Tan Sri Dr Yahya Awang who was the cardiac surgeon responsible for performing the first cardiac coronary bypass on Tun Dr Mahathir will be heading the surgery team.

Doctors have advised against Tun Dr Mahathir receiving any visitors with the exception of immediate family members.

For media enquiries please contact Sufi Yusoff @ +60122088601