KHAIRY MENGHANTUI
KEMBARA MAKHOTA?
KEMBARA MAKHOTA?
15 SEPTEMBR 2006: Sebilangan peserta ekspidisi bermotor Kembara Makhota, pimpinan YAM Tengku Makhota Johor, dikatakan kesal dengan penyertaan menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin.
Menteri Besar Johor, Datuk Haji Abdul Ghani Othman, yang melepaskan rombongan itu di Kota Tinggi semalam, juga dikatakan terperanjat dengan penyertaan itu.
Kembara Makhota dianjurkan sejak akhir 90-an. Ekspidisi motorsikal berkuasa besar ini adalah acara tahunan yang diketuai oleh Tengku Makhota Johor. Lain-lain anggota rombongan terdiri daripada Ecxo Kerajaan Negeri, ADUN dan Pegawai Kerajaan.
Menerusi ekspidisi tersebut, rombongan bermotor itu menjelajah ke seluruh daerah dalam Negeri Johor. Di setiap daerah, anggota rombongan itu akan menghadiri pelbagai acara bersama rakyat jelata.
Pendek kata, Kembara Makhota adalah satu acara tahunan yang jadi manifestasi kepada sikap raja berjiwa rakyat yang diperjuangkan oleh Tengku Makhota Johor.
Bagaimanapun, sebilangan peserta tahun ini tertanya-tanya mengapakah Khairy diizinkan menyertai ekspidisi tersebut dalam keadaan ramai rakyat Johor masih kesal dengan keputusan Kerajaan Malaysia membatalkan projek Jambatan Bengkok di Johor Bahru.
Segolongan komuniti politik Johor yang melihat kehadiran Khairy pula menyatakan, mereka kurang senang dengan sikap anak muda itu. Khairy mungkin cuba mengeksploitasikan populariti Tengku Makhota Johor demi kepentingan politiknya sendiri.
Golongan ini berkata demikian kerana sebilangan ketua-ketua pemuda UMNO di Johor kini dipercayai sedang bermasalah dengan Khairy sejak lebih tiga bulan yang lalu.
Bagaimanapun, pihak-pihak yang kesal tidak menyalahkan sesiapa. Mereka cuma tidak rela Tengku Makhota Johor cuba dipergunakan oleh Khairy demi masa depan politiknya.

1 comment:
Khairy tak mahu salam dan TMJ kata Khairy kurang ajar.
Dikatakan Tunku Mahkota tak benarkan gerombolan motorsikal mendekatinya dalam 100 ela kepadanya kerana adanya Khairy. Di Hotel, Tunku tak layan sesiapa melainkan Pegawai2 Daerah.
Ini semua pasti kerja Razali, Ketua pemuda UMNO Johor, orang Muar tak ada maruah yang menjadi penjilat Khairy dan penyokong Pembelot Negara!!!
Post a Comment