PARTI BARU
UNTUK DR M
KUALA LUMPUR, 1 SEPTEMBER 2006: Sebuah parti politik baru sedang dirancang penubuhannya untuk dijadikan platform bagi membolehkan Tun Dr. Mahathir Mohamad terus berperanan dalam politik negara termasuk membuat kritikan terbuka ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan kepimpinan kerajaan hari ini sekiranya usaha untuk mengembalikan bekas Perdana Menteri itu ke arus perdana kekuasaan UMNO gagal.
Parti politik itu yang mempunyai tujuan dan matlamat sama dengan UMNO dan bersifat multi-racial (majmuk) dikatakan berinspirasikan nasionalisme di mana ianya tidak diharap akan muncul sebagai parti alternalif kepada Barisan Nasional (BN) sebaliknya ia lebih merupakan satu organisasi bersifat kelab sosial-politik ala NGO sahaja.
Dari satu maklumat yang diterima Siasah, usaha penubuhan itu dilakukan oleh beberapa tokoh veteran di dalam UMNO yang merasa kecewa di atas tindakan UMNO yang enggan memberi ruang kepada bekas Perdana Menteri itu bagi menyampaikan maklumat dan penjelasan kepada rakyat berhubung beberapa isu yang menimbulkan kemelut di antara beliau dengan Abdullah ketika ini.
Menurut sumber itu, kewujudan parti itu nanti bukan sebagai bersifat serpihan kepada UMNO seperti mana Parti Melayu Semangat 46 ataupun Keadilan, sebaliknya semata-mata untuk dijadikan tapak bagi Tun Dr. Mahathir bergerak untuk membolehkan beliau memberi penjelasan kepada rakyat.
"Ia bukan parti untuk menyertai pilihan raya, tetapi peringkat awal lebih kepada kelab sosial-politik yang berdaftar," tambah sumber itu sambil menegaskan ura-ura penubuhan masih di peringkat perbincangan.
Katanya, mereka yang berusaha menubuhkan parti itu kebanyakan terdiri dari kalangan veteran UMNO yang setia dan mempunyai hubungan rapat dengan Mahathir di mana mereka ini bergabung tenaga dengan beberapa tokoh UMNO yang dipencilkan atau pun disingkir dari UMNO disebabkan rnelanggar disiplin parti.
Pun begitu tambah sumbcr itu lagi, usaha penubuhan platform itu mungkin tidak menjadi kenyataan sekiranya usaha Mahathir untuk bertapak balik di dalam UMNO dengan menjadi perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu ke perhimpunan agung UMNO November kelak menjadi kenyataan.
"Sekiranya Tun Dr. Mahathir berjaya menjadi perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu dan diberikan peluang berucap pada perhimpunan agung UMNO November akan datang, mungkin ura-ura penubuhan parti ini termansuh," tegas sumber itu.
Tun Dr. Mahathir ketika ini sedang melobi untuk bertanding sebagai perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu pada 9 September hadapan. Menurut laporan terakhir setakat ini Mahathir mendapat 79 pencalonan atau kira-kira 60 peratus daripada 136 cawangan dan merupakan calon favourite. – Dipetik daripada tabloid Siasah.
3 comments:
Maaf Dato', its an overshot forecast.
Clearly the writer is not properly reading the event.
This is not a normal situation to be predicted with the common expectated outcome.
Having checked out the tabloid, I found that Siasah is the writings of pro-Anwar Sayuti Omar's tabloid. He has a column on Malaysia Today.
Wonder what is his ulterior motive?
apa ni Datuk? Kalau tak ada bahan tak payah masukkanlah cerita karut dari siasah tu.
Post a Comment