ANTARA MAHATHIRISME
& KEDAULATAN NEGARA
Oleh Ruhanie Ahmad
Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah digantikan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beliau menyerahkan jawatan itu secara sukarela. Sebab itulah Tun Dr. Mahathir kini bergelar mantan Perdana Menteri. Lantaran itulah Datuk Seri Abdullah jadi Perdana Menteri yang sedang bertakhta di persada kuasa negara.
Tun Dr. Mahathir berperanan besar menjadikan Datuk Seri Abdullah Perdana Menteri. Jadi, salahkah kalau kini ada pihak yang marah bila Tun Dr. Mahathir disifatkan sebagai “iblis”, “beruk” dan “singa sarkas” yang kononnya menggangu-gugat kepimpinan Datuk Seri Abdullah pada hari ini?
Pada waktu yang sama, adilkah kalau hari ini ada pihak mahukan Tun Dr. Mahathir tutup mulut, jangan berinteraksi dengan rakyat jelata, tak payah kacau-kacau UMNO, tak usah bising pasal apa yang dilakukan oleh pucuk kepimpinan negara, jangan peduli dengan karenah sesetengah anak muda yang bergerak ligat bagaikan lipas kudung?
Dan, berdosakah jika kini ramai juga rakyat Malaysia yang mahukan Tun Dr. Mahathir terus bersuara? Salahkah kalau ada rakyat yang mahukan Tun Dr. Mahathir diberikan peluang dan forum untuk menyuarakan padangan, teguran dan nasihat? Salahkah juga kalau ada kumpulan rakyat yang meminta pucuk pimpinan negara mendengar kritikan dan pandangan Tun Dr. Mahathir secara hormat dan takzim.
Penentang
Malangnya, kelompok rakyat jelata yang memihak kepada Tun Dr. Mahathir kini diberikan pelbagai jenama negatif. Ada yang disifatkan sebagai kumpulan penentang. Ada yang digelar sebagai puak pemecahbelah. Ada yang dicap sebagai kelompok anti-perpaduan.
Pihak-pihak yang memberikan label-label negatif ini seakan-akan lupa bahawa Tun Dr. Mahathir telah mewariskan satu idealisme perjuangan yang dikenali sebagai mahathirisme kepada rakyat Malaysia sejak 1982.
Mahathirisme adalah idealisme perjuangan yang berlandaskan senario geopolitik dan ekonomi dunia abad ke-21, adalah idealisme perjuangan yang berasaskan Wawasan 2020, adalah idealisme perjuangan yang berasaskan beberapa dasar yang melangkauai batas-batas etnik, adalah idealisme perjuangan yang sentiasa berpaksikan kepada nasionalisme Malaysia, adalah idealisme perjuangan yang berasaskan Rukun Negara.
Mahathirisme membimbing dan mendorong rakyat Malaysia menjadi global players. Tetapi, mahathirisme juga menuntut kita semua jadi global players yang berwibawa dan terus hidup sebagai rakyat Malaysia yang tidak akan lemas dilanda sindrom universalisme.
Jatidiri
Pendek kata, mahathirisme mendorong kita jadi bangsa Malaysia yang maju mengikut acuan kita sendiri, kaya dengan budi bahasa, kuat jatidirinya, menghormati jiran tetapi tidak berkompromi dengan musuh dan opportunis, dan bangga dengan keunggulan Malaysia pada setiap masa.
Mahathirisme juga menyemarakkan semangat kebanggaan Malaysia, tidak tunduk kepada kuasa asing, tidak mahu menjual maruah kepada pihak asing dan tidak gentar dengan manipulasi asing.
Idealisme perjuangan ini sentiasa diingati, dihayati dan dihormati oleh sebilangan rakyat Malaysia. Idealisme ini telah melonjakkan Malaysia kepada tahap hari ini.
Mahathirisme inilah yang memperkukuhkan perpaduan, meningkatkan kemakmuran dan mempesatkan pembangunan negara. Mahathirisme ini menyebabkan Malaysia disegani komuniti dunia. Mahathirisme ini juga menjadikan bangsa Malaysia lebih bemaruah dan negara Malaysia lebih berdaulat.
Jadi, janganlah kepimpinan hari ini cepat melatah kalau ada pihak yang memilih untuk bersama Tun Dr. Mahathir dalam perjuangan beliau mencari kebenaran, menegakkan kebenaran dan mempertahankan maruah bangsa serta kedaulatan negara.
Mereka memilih untuk bersama Tun Dr. Mahathir bukan kerana mereka mahu menentang Datuk Seri Abdullah. Tetapi, kerana impak mahathirisme ke atas mereka adalah sangat besar dan mendalam.
Anti-Tunku
Contohnya, adalah diri saya sendiri. Impak Mahathirisme ke atas diri saya amat kuat. Sewaktu jadi pemimpin pelajar pada awal 70-an, saya dicap sebagai golongan pro-Mahathir dan anti-Tunku.
Hakikatnya begitu kerana sejak Mei 1969, sikap majoriti anak muda Melayu dibentuk oleh prinsip dan idealisme perjuangan yang tersirat di sebalik buku Dilemma Melayu karya Tun Dr. Mahathir.
Pada pertengahan 80-an, saya dicap sebagai “budak Musa”. Waktu itu saya setiausaha politik Tun Musa Hitam di Kementerian Dalam Negeri. Bila Tun Musa meletakkan jawatan pada 1986, cap “budak Musa” melekat di dahi saya sehingga saya dipilih oleh Tun Dr. Mahathir, jadi Ahli Parlimen Parit Sulong, mulai 1990.
Bila Datuk Seri Anwar Ibrahim terkeluar daripada jemaah kepimpinan negara mulai 1998, saya menerima label baru. Saya dijenamakan sebagai “orang Anwar”. Hakikatnya begitu kerana sebagai Presiden BBC, Parlimen Malaysia, saya memang diharapkan rapat dengan Datuk Seri Anwar selaku Ketua Whip di Dewan Rakyat.
Hari ini, bila tercetus masalah Mahathir-Abdullah, saya dikategorikan sebagai “orang Mahathir”. Ini berlaku kerana saya memilih untuk memihak kepada perjuangan menegakkan kebenaran dan mempertahankan kedaulatan negara.
Mahathirisme
Jadi, putaran kehidupan politik saya seolah-olah sudah lengkap – daripada seorang pemimpin pelajar yang pro-Mahathir pada 1969, kepada seorang pesara Ahli Parlimen yang dijenamakan sebagai “orang Mahathir” pada 2006.
Begitulah kuatnya pengaruh mahathirisme kepada diri saya. Idealisme ini amat kuat sehingga saya pernah menulis sepucuk surat meminta Tun Dr. Mahathir supaya tidak mengosongkan kerusi Perdana Menteri dan persada kepiminan negara pada 2003.
Malangnya, setelah saya kongsikan kandungan surat itu dengan Datuk Othman Abdul, bekas Ahli Parlimen Pendang, dan Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin, kini Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, saya telah membatalkan niat mengirimkan warkah tersebut kepada Tun Dr. Mahathir.
Saya menyediakan surat itu bukan kerana saya tidak sukakan Datuk Seri Abdullah. Tetapi, kerana saya bimbang senario geopolitik dunia mutakhir tidak mampu ditangani oleh Malaysia selaku Pengerusi OIC dan NAM, tanpa Tun Dr. Mahathir.
Radikal
Antara lain, kata-kata yang tidak kontroversial dalam warkah berkenaan, yang bertarikh 18hb Ogos 2003, adalah seperti berikut:
Yang Dikasihi YAB Datuk Seri. Saya adalah generasi pelajar Melayu tahun 1969, iaitu generasi pelajar yang dadanya membara dengan semangat revolusi, generasi pelajar yang jiwanya bersemarak dengan nasionalisme radikal, generasi pelajar yang sekali-kali tidak rela melihat bangsanya diperlucah, diperbodoh atau diperkecil-kecilkan oleh sesiapa.
Mindset generasi pelajar seperti saya telah dibentuk oleh doktrin Malay Dilemma dan telah dikentalkan semangat perjuangannya oleh Tragedi 13 Mei. Oleh itu, apabila perlu bertindak, kadang-kadang tindakan tersebut mungkin agak kurang ajar rentak dan iramanya, tetapi demi bangsa, agama dan negara.
Dengan mukadimah dan pengenalan diri seperti di atas, terlebih dulu saya memohon jutaan maaf dan ampun kerana menyediakan warkah ini buat Datuk Seri selaku Perdana Menteri Malaysia, Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional Pusat, Pengerusi NAM dan tidak lama lagi selaku Pengerusi OIC.
Saya juga menuntut jutaan maaf dan ampun kerana apa yang akan saya perkatakan di dalam warkah ini mungkin memeranjatkan atau tidak menyenangkan hati Datuk Seri yang kini sedang menghitung hari untuk mengundurkan diri dari persada kepimpinan negara, gelanggang perjuangan bangsa Melayu, dan medan perjuangan umat Islam sejagat.
Jangan Undur
Secara ikhlas, jujur dan direct, izinkan saya katakan kepada Datuk Seri, bahawa majoriti rakyat jelata, khususnya orang Melayu, termasuk saya sendiri, tidak rela dan tidak mengizinkan Datuk Seri mengosongkan kerusi Perdana Menteri Malaysia, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional Pusat, pada Oktober 2003.
Saya yakin orang UMNO yang tidak berkepentingan, seperti saya, juga tidak rela dan tidak mengizinkan Datuk Seri mengundurkan diri dari persada kepimpinan dan kekuasaan negara mutakhir.
Majoriti mereka tidak berani menyuarakan hakikat ini kerana takut kehilangan seribu satu macam kepentingan, peluang dan kesempatan. Mereka takut mengambil risiko walaupun demi kepentingan bangsa, agama dan negara.
Datuk Seri memang berhak untuk memarahi saya kerana mengemukakan kenyataan yang direct and blunt seperti di atas, bahawa Datuk Seri tidak direlakan dan tidak diizinkan untuk mengundurkan diri dari memimpin negara dan bangsa Malaysia mutakhir.
Tetapi, demi bangsa, agama dan negara, tergamakkah Datuk Seri meninggalkan orang Melayu dan bangsa Malaysia dalam saat dunia semakin diasak kekejaman dan kezaliman kuasa-kuasa besar?
Zionis
Tergamakkah Datuk Seri meninggalkan jemaah perjuangan umat Islam sejagat sewaktu umat Islam sedang diperkotak-katikkan oleh kuasa zionis dan neoimperialis yang sentiasa berusaha untuk mewujudkan hegemoni politik, ekonomi dan ketenteraan di beberapa wilayah strategik di dunia ini?
Demi negara Malaysia dan bangsa Malaysia, relakah Datuk Seri berhenti dari menjadi Perdana Menteri pada Oktober 2003, kononnya kerana masanya sudah tiba, walau pun Datuk Seri sendiri berkali-kali mengatakan yang perjuangan masih belum selesai?
Saya berani mencurahkan isi hati, roh dan jiwa ini kepada Datuk Seri kerana bangsa saya, agama saya dan tanahair saya. Saya juga nekad untuk mengambil pendekatan ini kerana Datuk Seri juga telah ditakdirkan oleh Allah SWT menjadi seorang pemimpin besar dan negarawan jagat yang mempunyai tekad perjuangan yang datangnya dari hati, roh dan jiwa Datuk Seri yang ikhlas, suci dan abadi, untuk bangsa, agama dan tanahair yang sama.
Lain-lain perenggan dalam surat itu adalah rahsia. Insya Allah, suatu hari nanti keseluruhan warkah ini akan saya siarkan dalam suatu buku khusus di kemudian hari kelak.
Menempelak
Saya menghuraikan soal mahathirisme dan suara hati saya sendiri dalam tulisan ini bukan untuk apa-apa motif peribadi. Saya huraikan hal ini kerana saya yakin pada ketika ini pun ramai lagi rakyat Malaysia yang seolah-olah menempelak diri sendiri bila mereka merelakan Tun Dr. Mahathir mengosongkan jawatan Perdana Menteri Malaysia pada 2003.
Saya yakin golongan seperti ini semakin menempelak diri masing-masing dengan lebih serius bila keadaan di Malaysia hari ini adalah seperti apa yang sedang kita lalui sekarang.
Soalnya, adakah golongan seperti ini akan tampil dan turut mendukung perjuangan Tun Dr. Mahathir pada hari ini? Apakah mahathirisme yang mempengaruhi mereka selama ini akan diketepikan begitu sahaja demi sebuah kehidupan yang menuntut seseorang itu jadi bermuka-muka?
Saya lemparkan soalan di atas sebagai pengakhir kepada tulisan ini. Bagaimanapun, insaflah bahawa apa yang berlaku antara Tun Dr. Mahathir dan Datuk Seri Abdullah bukannya ribut di dalam cawan, bukannya soal lidah yang tergigit, bukannya soal peribadi.
Apa yang berlaku sekarang lahir daripada kesedaran bahawa maruah bangsa Malaysia dan kedaulatan negara Malaysia kini seolah-olah sedang terhakis dan terancam.
Masalah seperti ini tidak boleh diselesaikan menerusi proses minum-minum kopi, tidak boleh diselesaikan dengan satu pihak beralah dan memohon maaf.
Masalah seperti ini menuntut kesediaan semua pihak untuk berjuang secara jujur dan ikhlas. Masalah seperti ini menuntut semua pihak berdiri di atas kebenaran. Masalah seperti ini memerlukan kebijaksanaan.
Jadi, bagaimana? Adakah pendukung mahathirisme sudi mengartikulasikan masalah Mahathir-Abdullah ini secara sukarela, berhemah, konsisten dan serius. Apakah kita mahu Datuk Seri Abdullah bertindak seolah-olah masalah itu adalah kecil dan remeh? Atau, perlukah Datuk Seri Abdullah digesa bertindak segera dengan sewajarnya, demi agama, bangsa dan negara?

No comments:
Post a Comment