Monday, September 18, 2006

SUSILO KECAM
KENYATAAN POPE

JAKARTA 17 September 2006: Para pemimpin Indonesia menyuarakan rasa kesal dengan kenyataan Pope Benedict mengenai Islam dan jihad serta menggesa umat Islam negara ini supaya bertenang dan menjauhi keganasan.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang berada di Cuba untuk menghadiri sidang kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) menyifatkan kenyataan itu sebagai ‘tidak wajar dan tidak bijak’ hingga boleh mencetuskan kemarahan dalam kalangan umat Islam.

“Selaku ketua kerajaan Indonesia, saya berasa kesal dengan kenyataan Pope kerana ia tidak bijak dan tidak sepatutnya dikeluarkan,” kata Susilo menurut laporan agensi berita Antara hari ini.

Presiden Indonesia itu juga menggesa Vatican supaya segera membetulkan kenyataan tersebut dalam usaha untuk meredakan ketegangan antara umat Islam dengan penganut agama lain. -Agensi

http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0918&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_03.htm

No comments: