SAYA HORMAT ABDULLAH
DR. MAHATHIR – AZIZ
DUNGUN 14 Sept. 2006: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Aziz Shamsuddin menjelaskan, beliau menyayangi serta menghormati Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan pada masa yang sama tidak mahu melukai hati Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Walaupun beberapa kenyataannya berhubung isu Dr. Mahathir itu memperlihatkan beliau seolah-olah cuba mempertahankan bekas Perdana Menteri itu, tetapi Abdul Aziz menegaskan bahawa sikapnya itu ada sebab tertentu.
Menurutnya, beliau tidak mahu satu hari nanti ada pemimpin lain selepas ini yang banyak berjasa kepada negara mengalami nasib yang sama seperti Dr. Mahathir apabila tidak lagi berada di tampuk pemerintahan.
‘‘Kedua-dua pemimpin itu saya hormati kerana Datuk Seri Abdullah yang mulanya memperkenalkan saya kepada Dr. Mahathir dan sebab itu bagi saya, tiada pemisah kasih antara saya, Perdana Menteri dan Tun.
‘‘Hanya saya bimbang, sikap tidak sopan kita terhadap pemimpin banyak berjasa seperti Tun menjadi satu budaya dalam bangsa Melayu sehingga ke generasi akan datang apabila seseorang pemimpin tidak lagi berada di tampuk kekuasaan,’’ katanya.
Abdul Aziz berkata demikian sebagai mengulas sikapnya yang dilihat tidak seiring dengan sikap beberapa menteri Kabinet lain dalam isu berkaitan dengan bekas Perdana Menteri itu.
‘‘Saya tidak perlu takut untuk menyatakan pendirian saya kerana saya tidak mahu budaya tidak sopan dan menghormati pemimpin hanya apabila mereka berkuasa menjadi ikut-ikutan oleh generasi Melayu kita akan datang,” katanya. - Utusan Malaysia 15 September 2006
http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0915&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm

No comments:
Post a Comment