Monday, September 11, 2006

TUN DR. MAHATHIR
TETAP DALAM UMNO
Oleh Ruhanie Ahmad

Pada Isnin 4 September 2006, saya sengaja mencedok satu berita daripada tabloid Siasah yang mengura-urakan kononnya Tun Dr. Mahathir Mohamad akan menubuhkan sebuah parti politik baru.

Saya paparkan juga berita itu dalam blog ini untuk menjolok reaksi. Apa yang saya agak tepat sekali. Rata-rata mahukan Tun Dr. Mahathir bersama UMNO dan terus berjuang di dalam UMNO.

Kalau begitu, apa yang perlu dilakukan sekarang? Usaha Tun Dr. Mahathir nak jadi perwakilan sudah dikhianati oleh segolongan orang UMNO. Usaha Tun Dr Mahathir nak menemui ahli-ahli UMNO akar umbi telah disekat habis-habisan. Tun Dr Mahathir seolah-olah mahu dipariahkan oleh UMNO.

Siapakah yang redha dengan keadaan seperti ini? Adakah kepimpinan UMNO di semua peringkat meredhakan keadaan seperti ini? Kalau tidak, apakah yang perlu dilakukan agar demokrasi tetap segar dan berwibawa di dalam UMNO?

Saya tanyakan soalan di atas kerana Tun Dr. Mahathir tidak boleh terus dibiarkan berjuang keseorangan. Sebaliknya, beliau perlu dapat sokongan dan dukungan semua pihak yang yakin terhadap perjuangan menjunjung kebenaran.

Lihatlah sekeliling kita hari ini. Tidakkah kita rasakan sesuatu yang tidak betul sedang berlaku? Tidakkah kita sedari adanya usaha menudung bangkai gajah dengan sehelai daun lalang? Tidakkah perbuatan seperti ini akan memalukan kita semua?

Saya tidak mahu mencadangkan sesuatu yang konklusif mengenai hal ini. Saya harap anda sekalian - generasi maya dari seluruh kategori umur – akan sama-sama memikirkan apakah sebaik-baiknya dilakukan untuk membantu Tun Dr. Mahathir dan perjuangannya mengakkan kebenaran serta memelihara kedaulatan agama, bangsa dan Negara tercinta.










1 comment:

Anak Deddy said...

Salam Sejahtera..........

Saya berharap cadangan saya ini diperpanjangkan kepada TDM yang amat kita kasihi!

Tahun depan ada pemilihan, suara TDM hanya boleh berkumandang bila diberi jawatan dalam partu, hatta sebagai Ketua bahagian! Jadi, Saya syorkan TDM bertanding sebagai Ketua Bahagian, bukannya nak merampas, tetapi menawarkan diri untuk berkhidmat(ayat politik?). TDM kena jadi ketua bahagian balik kalaupun tak mau duduk di federal. Tolong perpanjangkan pada TDM, insyaALLAH.

ALLAHU A'lam.