Tuesday, October 10, 2006

ZAHARIN DIPECAT
RON BILA LAGI?

Zaharin Dipcat, Ron Bila Lagi? Begitulah jodol sebuah artikel dalam satu lamanweb pada 29 Septmber 2006. Lamanweb itu mengalup (perkataan Jawa, ertinya sangat-sangat mengharapkan) supaya saya, Ruhanie Ahmad @ Ron, di pecat daripada UMNO.

Sebabnya tidak disebutkan. Tetapi, saya agak, pasti kerana saya - seorang daripada bloggers yang tidak berselindung di sebalik nama samaran - sentiasa kritikal dan memperjuangkan prinsip berani kerana benar, takut kerana salah, dalam tulisan saya dalam blog ini.

Bagaimanapun, saya hanya tahu akan cadangan memecat saya itu bila seorang sahabat mengirimkan sms kepada saya seperti berikut:

“Ada artikel dalam (nama lamanweb tidak saya sebutkan di sini kerana ianya tidak terkenal) yang cadang Datuk dipecat dari UMNO.”

Mesej ringkas itu tidak memeranjatkan saya. Ini kerana pada hari ini, apa sahaja serba mungkin. Lantas, saya pun takawal kepada Allah SWT. Kalau ditakdirkan saya perlu dipecat, apa saya boleh buat, pecatlah!

Maka, saya pun tambah sms itu dengan kata-kata berikut : “Kalau benar ada pihak cadang nak pecat saya daripada UMNO, saya rela dan saya reda, asalkan demi agama, bangsa, dan negara. Harap-harap pemecatan itu dilakukan segera pada hari baik bulan baik ini.”

Sesudah itu, saya pun kirimkan sms original daripada sahabat saya dengan tambahan seperti di atas, kepada hampir 30 orang sahabat, kawan, teman dan taulan di seluruh negara. Lebih 90 peratus daripada mereka memberikan reaksi seperti berikut:

· Saya tak percaya dengan ura-ura itu. – Kolumis terkenal.

· Jangan bimbang. Dalam bulan Ramadhan yang mubarak ini, pohonlah pertolongan daripada Allah. Allah sangat suka hambaNya merayu kepadaNya. – Bekas calon parti pembangkang.

· Saya dukacita. Tapi saya percaya Datuk tak mudah lemas dalam politik. Saya doakan semoga tak berlaku hal yang buruk ini. – Aktivis parti pembangkang.

· Kalau dipecat kerana nak menegakkan kebenaran, itu adalah ujian Allah. – Pesara kerajaan.

· Bolehkah (nama dirahsiakan) pecat semua orang yang kini tak sukakan dia? Apa pun kita kena tetap yakin bahawa Allah bersama orang yang benar. Biarlah dipecat semua orang sebagai bukti demokrasi dah mati. – Pengarang tabloid.

· Sejauh mana berita Datuk nak dipecat? – Aktivis pembangkang.

· Berjuanglah demi Allah dan yakinlah pada diri sendiri. Biarkah mereka pecat Datuk. Kita mesti berani menegakkan kebenaran. (setengah kata-katanya saya saring kerana melambangkan kemarahan yang amat sangat terhadap seseorang.) – Pengarang buku politik.

· Jangan bimbang. Yang penting dan pokoknya ialah perjuangan untuk agama, bangsa dan negara. Bukan untuk individu.- Usahawan.

· Cantiklah tu. Kalau semua journalis nak di pecat lagi baik. (banyak kata-katanya saya saring kerana mengandungi elemen hasutan.) - Usahawan kecil.

· Relax. You are a smart fighter. – Kontraktor.

· Saya akan panjangkan hal ini kepada …. – Gurkha politik.

· Biarlah mereka berlagak dengan kuasa yang ada. – Wartawan televisyen.

· Kena pecat? Jadi lebih famouslah Hang – Bekas Timbalan Menteri.

· Apa jenis (nama parti) sekarang ni”? – Pengarang.

· Kalau kena pecat bolehlah kita ceramah sepentas. – Bekas Ahli Parlimen.

· Jadi ahli (nama parti) masa ni pun tak untung apa-apa. – Penyair.

· Sabar. Perjuangan perlu diteruskan. Walau kita terpaksa dipecat daripada UMNO. Kita perlu yakin dengan perjuangan kita asalkan kita ikhlas demi parti dan negara.- Wartawan online.

· Saya pun tak kisah kalau akan dipecat – Pengarang tabloid.

· Saya tak fikir akan dibuat begitu. – Pengarang online.

· Ini menunjukkan Datuk kuat. Jangan menyerah kalah – AJK UMNO Bahagian.

· UMNO bukan agama. Dipecat pun akidah tak terjejas. – Bekas orang kuat Parti Semangat 46.

· Usah bimbang dengan pemecatan dalam parti asalkan nawaitu perjuangan itu betul. (Nama parti) kini dah jadi kelab eksklusif. - Veteran UMNO.

Demikianlah reaksi dan respons yang kembali kepada saya menerusi sms. Beberapa orang kawan-kawan lagi menelefon saya. Mereka membebel panjang mengenai keadaan siasah hari ini.

Begitu pun, kata mereka, sebagai ahli dan pemimpin UMNO peringkat akar umbi, apa yang mereka boleh buat? Katanya lagi, nasib mereka pun bagaikan mentimun!

Kembali kepada cadangan saya dipecat daripada UMNO, izikan saya catatkan di sini bahawa nombor keahlian UMNO saya adala 00003472, Cawangan Danasari, Bahagian Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.

Ini bermakna saya adalah ahli UMNO yang ketiga ribu, empat ratus, tiga puluh dua. Pihak-pihak yang berminat siasatlah dengan UMNO Malaysia. Jadi, tidakkah saya lebih senior dalam UMNO, kalau dibandingkan dengan segolongan yang kini ini sedang berkuasa?

Oleh itu, pihak-pihak yang mengalup supaya saya dipecat daripada UMNO, saya katakan dengan tegas di sini bahawa saya bersedia kalau ianya demi kebaikan agama, bangsa dan negara yang saya cintai.

Ini kerana saya tidak melacurkan karya tulisan saya untuk mendapatkan sesuap nasi atau seteguk madu. Saya tidak pernah menjadi penulis upahan. Saya menulis demi agama, bangsa dan negara saya.

Akhir kata, salam perjuangan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam, termasuklah Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dan menantunya, Khairy Jamaluddin. - Ruhanie Ahmad




2 comments:

A Voice said...

Arwah bapak sama2 berada di Istana Johor semasa UMNO hendak ditubuhkan. Selepas tertubuhnya, dia tawar dengan "cara tertentu" UMNO. Bayangkan dari umor belasan tahun berjuang menghadapi Jepun, Malayan Union, sehingga tercapai harapan untuk Melayu bersatu dibawah stu organisasi, betapa remuk hatinya.

Namun, beliau tetap meneruskan perjuangannya melalui tugasnya, perkhidmatan kemasyarakat, pendidikkan masyarakat dan menjadi contohnya kepada masyarakat setempat akan amalan, kehidupan, dan kekeluargaan berbudaya ugama yang lebih progressif. Beliau berjaya menghantar semua anak2nya ke Universiti, dengan lebih separuh ke luar negara dan separuh berijazah Sarjana.

Selama itu, beliau tidak pernah menentang dan membangkang UMNO. Pencapaiannya dan perjuangannya juga adalah perjuangan UMNO.

UMNO tempat dan wadah untuk perjuangan. Kalau UMNO itu tidak sesuai dengan perjuangan kita sehingga berlaku sikap draconian memecat ahli dan melakukan amalan tidak demokratik, mungkin ada cara lain untuk kesinambungan perjuangan asal UMNO itu.

Que sera sera, Dato'

The Way I See It said...

saya rasa budaya pecat ni, masa Tun M pun ade berlaku jugak. DSAI pun kena pecat dgn MT aje,walhal yg pilih dia angota UMNO.

So apa yg nak dherankan!