Monday, October 30, 2006

MT BINCANG JAWATAN DR. M
SEBAGAI PENASIHAT AGENSI
SYARIKAT MILIK KERAJAAN

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Kedudukan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai penasihat beberapa agensi dan syarikat milik kerajaan dijangka dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO Khamis ini.

Langkah membawa isu itu ke mesyuarat MT UMNO diambil sebagai salah satu jalan penyelesaian kepada perbalahan dan kritikan berterusan Dr. Mahathir terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Setiausaha Kerja UMNO, Brigedier Jeneral (B) Datuk Husainay Hashim berkata, sebarang perkara yang membabitkan parti sudah tentu akan dibincangkan dalam mesyuarat MT UMNO.

Bagaimanapun, beliau tidak memberikan butiran lanjut mengenai perkara-perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat itu yang diadakan dua minggu sebelum Perhimpunan Agung UMNO dari 13 hingga 17 November ini.

Dr. Mahathir merupakan penasihat kepada beberapa agensi dan syarikat milik kerajaan seperti Petronas, Proton dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

- Dipetik daripada Utusan Malaysia 30 Oktober 206.
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik

1 comment:

A Voice said...

Ini cakap2 penari rockette yang menendang serentak. Lee Kuan yew menjatuhkan Melayu diam menikus.

Pemuda UMNO ni semua telor kosong tak ada telor. Hanya berani beramai macam hyena mengelilingi mangsa. Ketua Pemuda pun pondan, apa yang boleh diharap?