LEE KUAN YEW DAH MINTA MAAF
ATAU MASUK ANGIN KELUAR ASAP?
Oleh Ruhanie Ahmad
Cara Kerajaan Malaysia menangani isu hasutan Lee Kuan Yew (LKY) baru-baru ini sungguh aneh, seolah-olah penuh misteri, dan amat dikesali.
Hakikatnya begitu kerana seluruh kenyataan dan tindakan pucuk kepimpinan tertinggi Malaysia terhadap hasutan LKY baru-baru ini seolah-olah ditekan oleh pihak ketiga.
Tindakan dan kenyataan tersebut memberikan gambaran seolah-olah Perdana Menteri Malaysia mahu isu LKY itu dimatikan dengan seberapa segera.
Mengapakah jadi begini? Apa sudah jadi kepada Malaysia? Di manakah kedaulatan kita? Di manakah integriti kita? Di manakah kredibaliti kita?
Di manakah segala-galanya sehingga LKY yang cuba melaga-lagakan kaum Cina dengan Kerajaan Malaysia, dibiarkan bebas tanpa meminta maaf kepada rakyat dan Kerajaan Malaysia?
LKY memang telah menghantar sepucuk surat memohon maaf kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad, yang kononnya tidak selesa dengan hasutan LKY pada 15 September 2006.
Tetapi, Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar, menyatakan pada 3 Oktober 2006, surat LKY itu tidak menggambarkan permohonan maaf yang sebenar-benarnya.
Kabinet
Kata Datuk Seri Syed Hamid, surat tersebut lebih merupakan penerangan LKY kepada Perdana Menteri berhubung apa yang didakwa mengenai peminggiran secara sistematik masyarakat Cina di Malaysia.
Biarpun begitu, Perdana Menteri solah-olah sudah berpuas hati dengan penjelasan LKY. Beliau menyatakan pada 5 Oktober 2006, pihaknya tidak akan membuat apa-apa lagi kenyataan mengenai LKY.
Datuk Seri Abdullah berkata demikian kerana kenyataan LKY bahawa orang Cina di Malaysia dipinggirkan secara sistematik, tidak memberi kesan lain ke atas hubungan Malaysia-Singapura.
Sehubungan dengan itu, katanya, Jemaah Menteri Malaysia yang bermesyuarat pada 4 Oktober 2006, pun bersetuju dengan pendirian beliau. Sebab itulah isu LKY tidak dihalusi di mesyuarat berkenaan.
Kesal
Pendirian Perdana Menteri seperti di atas amat dikesali. Pendirian ini juga merupakan satu ironi. Ianya agak aneh. Ia juga meraih pertanyaan demi pertanyaan dari segolongan warga Malaysia.
Apa sebenarnya sudah jadi kepada Malaysia? Kenapakah kita seolah-olah kalah badi dengan LKY? Kenapa kita seakan-akan hilang taring bila berhadapan dengan LKY? Kenapa kita kelihatan macam ketakutan bila berhadapan dengan LKY?
Pada waktu yang sama, apa sudah jadi kepada UMNO? Mengapakah mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO Malaysia pada 28 September 2006, tidak membincangkan isu LKY? Ini dinyatakan sendiri oleh Datuk Seri Abdullah bahawa isu LKY tidak dibincangkan oleh Majlis Tertinggi UMNO “kerana menunggu penjelasan daripada LKY.”
Silap
Jadi, di manakah silapnya? Adakah kerana Datuk Seri Abdullah tidak menggunakan Wisma Putera sebagai saluran diplomasi yang betul dalam menangani isu ini?
Adakah kerana Perdana Menteri sendiri tidak sepatutnya menulis surat kepada LKY bagi meminta penjelasan daripadanya?
Kalau silap, mengapakah Perdana Menteri menulis surat kepada LKY? Mengapakah Wisma Putera tidak menasihati Perdana Menteri bahawa LKY hanya seorang menteri, bukannya Perdana Menteri?

Mengapakah Perdana Menteri tidak pula menulis surat kepada Lee Hsien Loong selaku rakan sejawatnya di Singapura? Kenapakah Lee Hsien Loong pula hanya membisu seribu kata dalam hal ini?
Mengapakah sesudah menerima surat penjelasan LKY, Datuk Seri Abdullah sekadar meminta LKY “jangan mengulangi kenyataannya yang boleh menghasut rakyat Malaysia” di hari muka?
Mengapakah Wisma Putra langsung tidak memprotes bila LKY menghantarkan salinan suratnya kepada Datuk Seri Abdullah, kepada pihak media?
Mengapakah kemudiannya Perdana Menteri enggan menjawab pertanyaan lanjut mengenai surat LKY itu dengan alasan beliau “tidak mahu ada perbahasan mengenainya.”
Waspada
Seluruh soalan di atas wajar dihalusi oleh pihak yang mengendalikan hal ehwal diplomsi dan hubungan bilateral Malaysia dengan pihak asing. Perdana Menteri yang pernah sekian lama jadi Menteri Luar, pun sewajarnya amat arif akan hakikat ini.
Oleh itu, berhati-hati dan waspadalah bila berhubungan dengan Singapura. Janganlah peristiwa “masuk angin keluar asap” dalam menangangi hasutan LKY baru-baru ini berulang kembali di masa hadapan.
Atau, benarkah pengendalian isu hasutan LKY itu jadi kelam-kabut sedemikian rupa kerana memang benar ada pihak ketiga yang menekan Malaysia untuk mematikan isu itu dengan serta merta.
Kalau benar ada tekanan, apakah sebabnya pihak ketiga mahu menekan Malaysia dalam mengendalikan hal-ehwal bilateralnya dengan Singapura?
Sebilangan rakyat Malaysia kini sedang membicarakan soal kedaulatan negara yang seolah-olah terhakis dalam konteks hubungan Malaysia-Singapura mutakhir ini.
Oleh itu, janganlah semakin ramai rakyat jelata Malaysia yang rasa amat tersinggung dan rasa amat marah terhadap Kerajaan dalam mengendalikan seluruh aspek bilateralnya dengan Singapura di masa akan datang.
No comments:
Post a Comment