Sunday, October 29, 2006

MB KEDAH
MINTA DR. M LETAK JAWATAN
PENASIHAT AGENSI KERAJAAN

KUALA NERANG 28 Okt. – Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini menyarankan Tun Dr. Mahathir Mohamad melepaskan jawatan penasihat di beberapa agensi kerajaan jika beliau berhasrat untuk terus mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Jika Tun hendak lanyak kerajaan juga, eloklah lepaskan semua jawatan itu dan jadilah individu bebas yang tidak ada kena-mengena dengan kerajaan, barulah betul. Jika tidak, apa gunanya jadi penasihat,” katanya.

“Pada masa Tun membuat kritikan terhadap kerajaan, beliau masih menjadi penasihat kepada banyak agensi kerajaan seperti Petronas, Proton dan LADA (Lembaga Pembangunan Langkawi),” tambah Mahdzir.

Sambil menyatakan beliau tidak lagi yakin dengan bekas Perdana Menteri itu, Mahdzir menganggap kritikan berterusan Dr. Mahathir terhadap pentadbiran Abdullah sebagai perbuatan seorang ahli UMNO yang melampaui batas.

Mahdzir berkata: “Masa Tun memerintah tiada orang berani mengkritik beliau. Dia guna kuasa dia, guna Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tangkap orang dan sekarang dia kata negara ini telah menjadi negara polis.”

Menteri Besar Kedah itu menganggap Dr. Mahathir bercakap bagi pihak orang lain apabila beliau menulis surat kepada media mengenai orang yang menentang Abdullah ditangkap dan projek mereka dibatalkan.

Katanya, kesediaan Abdullah untuk ditegur dan mengutamakan musyawarah dalam membuat keputusan adalah sikap terpuji dan ikhlas Perdana Menteri.

Bagaimanapun, tindakan Dr. Mahathir menghebahkan kepada umum beliau “bercakap seorang diri” selama satu setengah jam pada perjumpaan dengan Abdullah baru-baru ini seolah-olah mengugut Perdana Menteri yang tidak banyak bercakap.

“Tun perlu sedar perbuatannya (mengkritik) tidak pernah dibuat oleh bekas-bekas Perdana Menteri sebelum ini,” kata Mahdzir.

Menteri Besar berkata, beliau yakin tindakan keras Dr. Mahathir untuk terus mengkritik kerajaan akan menyebabkan orang ramai khususnya ahli-ahli UMNO hilang rasa hormat kepadanya sebagai negarawan.

“Saya rasa orang Kedah sendiri pun malu dengan tindakan Tun dan akan hilang rasa hormat kepada dia,” tambah Mahdzir.

Menurut Mahdzir, sebagai bekas Perdana Menteri adalah wajar bagi Dr. Mahathir memberi peluang kepada kepimpinan sekarang untuk mentadbir negara.

Katanya, Perhubungan UMNO Kedah tidak perlu memberikan penjelasan kepada anggotanya mengenai isu itu dan beliau yakin mereka sudah melihat situasi dalam perspektif yang berlainan berbanding pada awal Dr. Mahathir melemparkan kritikan terhadap kerajaan.

- Bernama
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1029&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm

PEMUDA TERENGGANU
MINTA MAHATHIR
KELUAR DARIPADA UMNO

KUALA TERENGGANU, 28 Okt (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diminta keluar daripada Umno jika terus menerus tidak bersetuju dan lantang mengkritik kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ketua Pemuda Umno Terengganu Mohd Sabri Alwi berkata sikap Dr Mahathir yang masih berterusan mengkritik walaupun baru mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri menggambarkan seolah-olah beliau masih ingin berkuasa walaupun hakikat sebenarnya beliau telah menjadi seorang pesara.

"Sepatutnya Majlis Tertinggi Umno mengenakan tindakan disiplin terhadap Tun Dr Mahathir kerana tindakannya itu menyebabkan rakyat keliru dan boleh memecahbelahkan perpaduan Umno serta orang Melayu.

"Sekarang beliau hanya bekas pemimpin parti dan telah menjadi seorang ahli biasa, beliau tidak sepatutnya bertindak keterlaluan dengan berterusan mengkritik seolah-olah merasakan dia masih mempunyai kuasa sebagai seorang presiden," katanya.

Beliau berkata, sudah sampai masanya bekas Perdana Menteri itu berhenti bercakap sebelum keadaan menjadi bertambah kusut.

"Cukuplah... dah bersara buatlah cara bersara. Sudah 22 tahun dia berkuasa dan sudah 22 tahun orang mendengar cakapnya. Dah sampai masa dia berhenti bercakap dan berilah peluang kepada Pak Lah untuk memimpin pula kali ini," katanya.

- BERNAMA
http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=226719

PEMUDA UMNO
MELUAT BOSAN
SIKAP DR. MAHATHIR

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Pergerakan Pemuda UMNO hari ini melahirkan rasa meluat dan bosan dengan sikap Tun Dr. Mahathir Mohamad yang terus menerus mengkritik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau sama sekali tidak akan membiarkan tumpuan seluruh ahli pergerakan itu terjejas disebabkan polemik yang timbul dan berasa berbelah-bahagi.

‘‘Sokongan Pemuda kepada Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO serta kepimpinannya tidak boleh dipersoal.

‘‘Kita akan terus mempertahankan institusi parti dan pastikan perjuangannya terus relevan,’’ katanya kepada Utusan Malaysia.

‘‘Kita akan buktikan bahawa kerajaan di bawah kepimpinan Pak Lah tetap relevan, bertanggungjawab, komited, bekerja kuat dan bersemangat tinggi untuk memberi kesejahteraan serta kemajuan kepada seluruh rakyat negara ini,’’ katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1028&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm


[Dengan takzimnya, saya harap anda bacalah ketiga-tiga item berita di atas dengan teliti. Sesudah itu, anda tepuklah dada dan tanyalah selera anda sendiri.

Bagaimana rasanya? Oppp… Tak payahlah anda beritahu saya apa perasaan anda sesudah membaca berita berkenaan. Saya sendiri pun tak akan nyatakan kepada anda apa reaksi saya terhadap berita di atas.

Pokoknya, kini memang jelas wujud satu fenomena di mana orang yang dah bersara nampaknya tak boleh cakap banyak. Orang yang dah bersara tak boleh kritik sapa-sapa. Orang yang dah bersara buatlah cara bersara.

Apakah nama fenomena ini? Adakah ini yang dikatakan sebagai fenomena SLS atau Sindrom Lupa Sejarah?

Apa pun, izinkanlah saya bertanya. Apakah UMNO mutakhir ni cuma milik eksklusif orang yang belum pencen? Bila pilihanraya kelak, orang yang belum pencen saja ke yang mesti keluar mengundi? – Ruhanie Ahmad.]

3 comments:

cakapsiang said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Amat menarik sekali pandangan Datuk tentang orang yang dah pencen, apakah mereka tak payah pergi mengundi?

Memang tepat sekali soalan tersebut!

Perdana Menteri dan Menteri menteri kabinet, ketua ketua menteri , menteri besau dan sebagainya, kalau dah sampai usia pencen, kena lah letak jawatan!

Baru adil, kan gitu?

Usia 55 cukup tempoh, maka bersara lah sekelian. Tutup mulut rapat, rapat, plaster mana mana yang patut, gi duduk berehat kat kampong.

Jangan ambil peduli tentang hal ehwal politik atau negara!

Orang orang muda cukup untuk menjaga negara. Biar mereka saja yang beraja dimata, bersultan dihati.

Bab Sultan sultan ni, sensitif juga.

Ada gak yang dah lebih dari usia pencen dok bercakap ikut nafsu ; lupa bahwa diri sendiri dah tamat tempoh lebih lama dari orang tua pencen yang paling glamor saat ini.

Hai.nampak gaya semakin berserabut!

A Voice said...

Apa boleh diharap kah apabila PM adalah seorang pemalas membaca dan cetek ilmu pengetahuan.

Dia akan hanya mendengar apa yang orang lain kata. Dia dikelilingi pengampu yang bodoh.

Bak tahu berapa perasan PM ini adalh ada yang sanggup mengelar ia Bapa k_ekonomi. Macam si "buta hirup" dan fail statistik menjadi bapa ekonomi pengetahuan.... kah kah kah kah hahahahhaha