KISAH SENSASI
KISAH PANAS
KISAH BERSIRI
THE TOYOL CODE
MESEJ MISTERI
THE TOYOL CODE
- MESEJ MISTERI
Pengenalan
Oleh Ruhanie Ahmad
Hari ini saya tak akan menulis pasal politik, dasar luar, atau apa-apa topik panas yang lain. Saya cuma nak tulis pasal The Toyol Code. Kod toyol ini terkandung dalam satu siri SMS yang saya terima sejak malam 12 Oktober 2006. Saya nak merungkai seluruh misteri yang terkandung di dalamnya. Ini kerana kod toyol inilah yang sedang menghantui pemikiran saya mutakhir ini.
Oleh itu, saya mesti warning anda semua awal-awal lagi. Kalau nak tau apa sebenarnya misteri ini, anda kenalah jenguk blog ni tiap-tiap hari. Ini kerana www.kuda-kepang.blogspot.com pasti akan upload rungkaian saya mengenai The Toyol Code, ikut bahagian, demi bahagian, secara hari, demi hari.
Saya buat begini bukan kerana nak challenge cerita The Da Vinci Code, karya Dan Brown. Saya juga tak berhasrat menggerhanakan kisah Dah Benci Kot yang kini hanya dipamerkan rupa kulitnya sahaja dalam satu blog tempatan.
Sensasi
Saya bercadang untuk mensirikan kisah The Toyol Code ini bukan kerana apa-apa. Saya cadang membahagikan kisah kod toyol ini kerana ia panas. Ia sensasi. Ia membabitkan personaliti besar. Ada elemen konspirasi. Ada nada dendam kesumat. Ada rima hiba yang menggamit dada.
Lebih penting lagi, saya akan tulis tentang The Toyol Code ini secara bersiri kerana kisah ini membabitkan kita semua. Kisah ini membabitkan Malaysia. Kisah ini membabitkan masa depan. Kisah ini membabitkan kedaulatan. Kisah ini membabitkan kemerdekaan. Kisah ini membabitkan kesejahteraan. Kisah ini juga mungkin membabitkan keselamatan dan keamanan.
Setakat ini, saya agak anda semua sudah mula teruja dengan kandungan The Toyol Code ini. Anda tentu mahu tahu dengan lebih lanjut, mengapa saya katakan seperti di atas? Mengapa saya katakan, kod toyol ini ada kena mengena dengan kita, negara kita, kedaulatan kita, kemerdekaan kita, masa depan kita, dan mungkin juga kesejahteraan, keselamatan dan juga keamanan kita?
Untuk membuatkan anda jadi lebih teruja menerusi Pengenalan ini, renungkanlah sendiri beberapa perkataan teras, atau kata kunci, yang terkandung dalam seluruh siri SMS yang membentuk The Toyol Code ini, seperti berikut:
Patrick
Antara perkataan teras mengenai manusia yang terkandung dalam seluruh siri SMS yang saya terima adalah seperti berikut:
“Papa, calon, peserta, budak hantu, Patrick, youngman, wayne, benggali, Rais, Shidan, Toknan, Agogo, Pidah, Aziz, Azmi, Ku Lan, Abah, Mr Sammy, Sukon, dan juga Minah Belia.”
Antara perkataan teras yang lain adalah “cd juara lagu, carta lagu. lagu raya, lirik lagu, nota lagu, dan joget lambak.”
Mesej asal SMS siri satu dalam The Toyol Code ini adalah seperti berikut:
“Dapat sumber juara lagu, 10 mti penuh, 2 tim mti, melayang.”
Jadi, cubalah anda renungkan betul-betul dan lama-lama sikit akan barisan perkataan teras yang mungkin membabitkan manusia, dan perkataan teras yang lainnya seperti di atas. Selepas itu, anda bacalah mesej asal dalam SMS siri satu, dengan tulisan singkat seperti di atas.
Hantu
Saya pasti, tentu anda akan bertanya kepada diri sendiri: “siapa papa, siapa calon, siapa peserta, siapa budak hantu, siapa patrik, siapa wayne, dan siapa benggali?”
Lebih lanjut lagi, pastinya anda akan terkerut-kerut dahi, berteka-teki sendirian, dan bertanya: “siapakah Rais, siapakah Shidan, siapakah Toknan, siapakah Agogo, siapakah Pidah, siapakah Aziz, siapakah Azmi, siapakah Ku Lan, siapakah Abah, siapakah Mr. Sammy, siapakah Sukon, dan siapakah Minah Belia?”
Pada peringkat ini, kalau anda seorang yang familiar dengan ahli-ahli politik Malaysia, mungkin anda akan bertanya kepada diri anda sendiri seperti berikut:
“Adakah Rais yang dimaksudkan adalah Datuk Rais Yatim? Adakah Shidan itu singkatan untuk Datuk Seri Shahidan Kassim? Adakah Toknan merujuk kepada Datuk Seri Adnan, MB Pahang? Adakah Agogo merujuk kepada Datuk Abdul Ghani Othman, MB Johor?”
Anda juga akan terus bertanya sendirian: “Adakah Pidah itu Datuk Seri Rafidah Aziz? Adakah Aziz pula Datuk Seri Aziz Samsuddin? Adakah Azmi yang dimaksudkan adalah Datuk Azmi Khalid? Adakah Ku Lan itu Tengku Azlan, Timbalan Menteri Pengangkutan? Adakah Abah maksudnya Datuk Zainal Abidin Zin, Timbalan Menteri Pertahanan? Adakah Mr. Sammy merujuk kepada Datuk Seri S. Sammy Vellu? Adakah Sukon itu Tan Sri Koh Tsu Koon? Adakah Minah Belia merujuk kepada Datuk Azalina Othman?”
Rombakan
Katakanlah andaian dan teka-teki anda mengenai nama-nama di atas memang betul, apa pula kaitannya nama-nama itu dengan perkataan kunci seperti “juara lagu, carta lagu. lagu raya, lirik lagu, nota lagu, dan joget lambak?”
Apakah kaitan nama-nama di atas dengan mesej asal, SMS siri satu, The Toyol Code ini yang mengatakan “dapat sumber juara lagu, 10 mti penuh, 2 tim mti, melayang.”
Tetapi, sebelum saya tamatkan Pengenalan The Toyol Code ini di sini, saya harap anda halusi pula tulisan singkat dalam mesej asal di atas, dan carilah apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan singkatan “10 mti penuh, 2 tim mti, melayang?”
Adakah “10 mti” ini bermaksud “10 orang Menteri?” Adakah “2 tim mti” pula bermakna “dua orang Timbalan Menteri?” Adakah “melayang” bermaksud akan kena buang atau disingkirkan? Mungkinkah akan ada rombakan kabinet secara besar-besaran? Mungkinkah begitu?
Kalau itulah yang dimaksudkan oleh SMS siri satu ini, apa pula kena mengenanya mesej “10 Menteri, 2 Timbalan Menteri, melayang,” dengan barisan nama-nama yang telah kita hurai dan andaikan seperti di atas?
Adakah ini bermakna bahawa 10 orang Menteri (mungkin juga termasuk Menteri Besar) dan dua orang Timbalan Menteri yang merangkumi nama-nama yang disenaraikan seperti di atas, akan melayang (disingkirkan) menerusi satu rombakan kabinet atau pilihan raya, tidak lama lagi?
Untuk kepastiannya, anda kenalah mengikuti The Toyol Code Bahagian Satu. Buat sementara waktu ini, anda bantulah saya untuk memecah serta merungkaikan kod toyol di atas.
Tekalah, agaklah, dan pastikanlah. Benarkah “10 mti” dalam SMS siri satu seperti di atas bermaksud “10 orang Menteri (atau/dan Menteri Besar).” Adakah “2 tim mti” pula maksudnya “dua orang Timbalan Menteri.”
Saya harap, penganalisaan kritikal anda terhadap Pengenalan kepada The Toyol Code ini boleh memudahkan anda memahami mesej-mesej SMS dalam siri selanjutnya dalam kod toyol ini.
- Ikutilah sambungan misteri The Toyol Code ini dalam Bahagian Satu.

2 comments:
Dato' Ron,
Beranikah Pak Lah berbuat demikian? Inilah yang saya khuatiri kerana setahu saya, Pak Lah tak berani ambil apa-apa tindakan seperti yang diharapkan oleh Tun Dr Mahathir sebelum dia melepaskan jawatan kpd Pak Lah. Nak lakukan rombakan besar-besaran bukan satu perkara yang mudah lebih-lebih lagi jika dilihat dari sudut ketegasan dan keberanian seseorang pemimpin. Pak Lah bukan pemimpin jenis ini.
saya rasa pak Lah tak berani membuat romabakan kabinet besar-besaran seperti yang dilaporkan. kemunkinan Pak Lah sendiri nanti yang kena disingkir jika menuruskan rombakan bersar-bersaran.
Post a Comment