Thursday, March 01, 2007

Tidak Perlu Bimbang Kejatuhan Bursa
Kerana Pelabur Masih Yakin - PM

Daripada Ahmad Kamil Tahir
bernama.com

SANA'A, 1 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata tiada apa yang perlu dibimbangkan mengenai kejatuhan Bursa Malaysia semalam kerana pelabur masih yakin terhadap bursa tempatan.

Selagi ada keyakinan dalam pasaran Malaysia, para pelabur akan terus melabur, katanya pada sidang akhbar bagi media Malaysia dan Yaman di sini pada Rabu.

Pasaran saham Malaysia dan serantau menjunam buat hari kedua semalam berikutan penjualan besar saham di China pada Rabu yang merebak ke pasaran seluruh dunia.

Berikutan kejatuhan pasaran, Bursa Malaysia dan Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bertindak meyakinkan pelabur bahawa penjualan itu adalah disebabkan faktor luaran sementara asas ekonomi di Malaysia tidak berubah.

Petunjuk utama indeks komposit Kuala Lumpur (KLCI) jatuh 40.63 mata, atau 3.3 peratus, pada 1,196.45, menurun lagi berbanding 2.8 peratus hari sebelumnya. Ia merupakan kejatuhan terbesar dalam satu hari sejak 21 Sept 2001.

Sentimen negatif itu turut memberi kesan pada ringgit yang susut 0.2 peratus kepada 3.5017 berbanding dolar Amerika, paling rendah sejak 19 Dis tahun lepas.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=249212

4 comments:

A Voice said...

Ya lah tu dol.

Takut saham scomi jatuh ke? Habis rumah di perth, habis kapal privte jet, dan lain2 ye. Semua anak kasi.

Untung ada anak. SOleh tu tak tahu lah

Mika Angel-0 said...

the klci should hover around 1050-1100.

such movement of funds it is almost obscene. Unlike 1997 this is to own priceless strategic assets which are forced to take a hefty discounts.

Unknown said...

Laporan muka hadapan akhbar-akhbar perdana mengenai statistik pencapaian ekonomi negara secara tidak putus-putus dan ruangan khas yang diperuntukkan kepada pembesar UMNO dalam media tersebut mempromosikan perkara yang sama hanya mendedahkan kefahaman ilmu ekonomi yang tidakpun mencapai tahap asas sama ada secara sengaja atau sebaliknya. Saya hanya mahu mengulas dari segi kaedah laporan mereka kerana kebanyakan bloggers telahpun menimbulkan isu percanggahan ketara di antara realiti kehidupan yang sukar sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan statistik ekonomi yang digembar-gemburkan itu. Dan berdasarkan kepada pengalaman diri, saya amat bersetuju dengan pendapat mereka.

Kesihatan ekonomi sesebuah negara adalah diukur oleh beberapa petunjuk (indicator). Petunjuk-petunjuk utama yang “wajib” dipakai saban tahun oleh mana-mana negara ialah pertumbuhan KDNK, kadar inflasi, kadar pengangguran, kedudukan imbangan pembayaran dan perdagangan, nisbah rizab antarabangsa negara berbanding import yang ditangguh atau hutang negara, pertumbuhan nilai pelaburan asing (FDI) yang telah dibawa masuk dan pertumbuhan penawaran wang.

Petunjuk-petunjuk ini dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya atau pencapaian negara-negara lain terutamanya yang terletak dalam rantau yang sama. Petunjuk atau barometer yang lain seperti nilai perdagangan luaran, indeks pasaran saham dan FDI yang diluluskan (ini berbeza dengan FDI yang telah dibawa masuk) cuma bersifat sampingan dan remeh dari segi menerangkan prestasi ekonomi sesebuah negara.

Nilai perdagangan luaran secara mutlak (absolute term) tidak pernah digunakan oleh mereka yang mengaku terlatih dalam bidang ekonomi untuk menunjukkan prestasi ekonomi sesebuah negara. Sama ada RM1 trilion atau RM100 trilion, ianya tidak begitu bermakna kerana nilai perdagangan luaran dikira dengan cara menjumlahkan nilai eksport dan import. Apa yang perlu diteliti ialah imbangan perdagangan iaitu nilai eksport ditolak nilai import dan trend imbangan perdagangan berkenaan. Selain itu, komponen-komponen dalam eksport dan import juga wajar dilihat terutamanya dari sudut pertumbuhan dan trendnya.

Indeks pasaran saham sememangnya bukan satu petunjuk yang boleh dipercayai dalam mengukur status ekonomi negara. Pasaran saham hanyalah sebahagian daripada pasaran modal sesebuah negara dan pengalaman menunjukkan ianya sentiasa terdedah kepada unsur-unsur subjektif yang sarat dengan spekulasi. Pergerakan indeks pasaran saham dipengaruhi oleh kegiatan pembelian dan penjualan saham oleh para pelabur yang sentiasa mengharapkan keuntungan tinggi iaitu menerusi laba modal (capital gain) dan penerimaan dividen. Para pelabur di negara ini sebenarnya lebih tertarik kepada syarikat-syarikat yang beroperasi dalam sektor yang dianggap “hangat” pada satu-satu masa berbanding dengan keadaan keseluruhan ekonomi.

Ternyata akhbar-akhbar tersebut cuba mengelirukan para pembacanya kerana menjadikan statistik picisan dalam menggambarkan keadaan ekonomi negara yang dikatakan cergas. Tindakan kurang bertanggungjawab oleh pengamal media ini hanya menyusahkan pucuk pimpinan sehingga memaksa PM, TPM, Menteri Kewangan II dan Naib Ketua Pemuda UMNO berusaha mengawal kerosakan (damage control) menerusi pelbagai kenyataan justifikasi.

Namun begitu, kerosakan telahpun berlaku dan usaha mengawal kerosakan itu sebenarnya lebih merosakkan kerana ianya bukan datang daripada mereka yang mahir dalam ilmu ekonomi. Secara jujur, adalah lebih molek kalau ekonomi yang dikatakan makmur itu dapat diterjemahkan dalam bentuk kos sara hidup yang lebih terurus untuk semua rakyat. Itulah permintaan rakyat yang paling utama. We just do not feel good and we have not feeling good for years. Menayangkan statistik picisan sebagai tajuk mukasurat hadapan akhbar-akhbar sesungguhnya satu kesilapan. Statistik adalah umpama lampu jalan yang digunakan untuk menerangi suasana demi keselamatan bukan sebagai alat untuk membantu mereka yang mabuk berdiri dan bersandar.

Dalam pada itu, amatlah menghairankan kerana suara daripada Ketua Pemuda UMNO dan ketua-ketua komponen parti BN yang lain tidak kedengaran langsung. Adakah mereka juga bersetuju dengan bloggers walaupun secara diam-diam?

Unknown said...

Pembetulan:

"..we have not feeling.." digantikan dengan "...we have not been feeling.."