Tuesday, March 06, 2007

Kemelut Dato’ Jo
Angkara Dalaman?

Saya telah meneliti website berhubung dengan dakwaan terhadap Dato’ Mohd. Johari Baharum.

Dari pengamatan saya, saya dapati website ni baru dibuka dan mengandungi hanya tomahan ini sahaja sebagai contentnya.

Saya amat khuatir jangan-jangan orang dalaman, sama ada di KDN atau PDRM, yang poskan tomahan tersebut.

Kalau dilihat kandungan dan cara penulisannya mirip laporan dalam kes fail yang di hantar oleh polis kepada KDN .

Kalaulah andaian saya betul, maka sudah tentu ada orang yang cuba meporak-perandakan keukwahan yang telah terjalin antara KDN dan PDRM.

Saya rasa tak mungkin orang luar yang mempunyai akses kepada butir-butir seperti tertera dalam website tersebut, melainkan peguam/penama yang disebut dalam tomahan itu.

We must be fair to Dato’ Joe. Semenjak beliau mengambil alih jawatan di KDN, beliau telah menunjukkan keperihatinan yang terbaik untuk PDRM. Beliau medampingi pegawai-pegawai polis sehingga ke peringkat akar umbi dan mengetahui masalah yang dihadapi PDRM.

Saya berharap PDRM menyiasat penulis blog tersebut dan kalau didapati tomahan tersebut negatif , maka IGP seharusnya membuat sesuatu yang 'honourable' untuk menepati 'decorum' of a senior most police officer. - Spycatcher

8 comments:

marakarma said...

kang ini semua gara gara blog
at least kang dah mula faham betapa
ytak sihatnya peranan blog yang sour grape
dan melaga lagakan orang

dosa besor

ali allah ditta said...

My dear Dato,

Ini bukan kali pertama kes begini berlaku. Apa yang marahkan rakyat ialah bila laporan2 dibuat sama ada kpd ACA atau PDRM berkaitan kes2 yang melibatkan tokoh2 high profile begini bersama-sama bukti2 sahih,semua buat diam ibarat macam Pak Lah Badawi berdiam diri. Jadi apa pilihan yang rakyat ada?

Nak lapor polis,polis tak ambil tau,nak report kpd ACA,depa pun 2x5.Buat aduan dengan cara menulis dalam akhbar2 tempatan semuanya dibuang dalam tong taik.So apa choice orang spt.saya atau kaum marhaen lain yang ada? Internetlah jawabnya,macam juga Dato,beranikah Dato tulis sesuatu yang menentang gomen dalam akhbar2 tempatan? sorrylah Dato,nanti kertas tulisan itu akan dijadikan kertas lap punggung editornya saja.

Itulah ironinya Datuk.

wargalama said...

Y.Bhg Dato Ron,
Kita buat analisa kecil dlm hal ni.
Terima wang bukan mudah dibuktikan kalau bukan secara pasang jerat – macam kes ACA buat (marked notes etc). Kalau kena tangkap, ada bukti duit inilah yang digunakan. Dlm hal ini perkara dihebohkan selepas wang bertukar tangan. Tanpa whistle-blower ni, umum tak akan tahu. Cuma Allah dan orang-orang terlibat saja yang tahu. Orang yang tahu perkara sebegini selalunya orang dalam yang mengetahui proses. Kalau orang dlm tahu pun, apa yang boleh mereka buat? Nak dedahkan macam mana, kalau terlibat tu menteri? Boss orang tu pun kena lapur kepada timbalan menteri yang sama!! Ingat ada OSA!! Silap2 jadi macam Ramli ACA tu hampir2 pencen baru berani dedah kalau tidak periok nasi masuk pasir pulak. Bagi saya KALAU BETUL terima wang ini berlaku, perbuatan blogger tu saya sokong. Biar semua orang tahu dan sekurang-kurangnya akan ada ‘siasatan’ menyusul.

Tentang siasatan pulak, janganlah harapkan sangat hasilnya akan memuaskan hati kita semua. Bukti terima wang memang tak ada. Yang memberi dan lagi lah yang menerima tak akan mengaku. Bersumpahlah dengan Kur’an tebal mane sekali pun. Orang yang tahu tak akan tampil memberi keterangan kerana mereka takut sesuatu akan terjadi kepada mereka. Tengok saje kes rasuah RM200 di Padang Terap, kebetulan kawasan Dato Jo juga. Senyap sampai sekarang.

Betul atau tidak asas menteri tu melepaskan orang tahanan lagi amat rumit nak dibuktikan. Ini soal fakta dalam kes-kes tersebut sendiri. How strong are the cases? Kalau kes kuat pun, Dato Jo boleh kata tidak kuat. Siape nak kate dia tak betul? Tengok saje kes mahkamah. Mahkamah ini dapati bersalah, kes yang sama didapati tidak bersalah oleh mahkamah yang lebih tinggi. Sebab-sebab hendak membuang atau menghukum cari aje lah. .

We can now guess what the outcome of the so called probe will be. I guess that is the reason why Dato Jo was very confident in welcoming the so called probe by the police / ACA on TV News, knowing very well that it will not be able to incriminate him.

Dari ulasan di atas, soal ‘fair ‘ yang Dato nyatakan harus juga dilihat juga dari sudut lain. Adakah fair kepada rakyat yang mengharapkan pihak polis menyisihkan penjenayah2 licik ini dari masyarakat tapi apabila polis telah berbuat ape yang diharapkan, tiba-tiba penjenayah dibebaskan?

Walau apa pun, kepada blogger berkenaan dan kepada Dato Jo, Allah mengetahui apa sebenarnya yang berlaku dan balasan dari Allah mungkin akan diterima dalam hayat kita ini tak perlu menanti Akhirat insyaAllah.

Dr Butiq said...

Dato Semua org dah tahu yang Dato Jo adalah kawan baik Dato.Saya bersetuju dengan komen wargalama.Janganlah kerana kawan baik maka kebenaran dinafikan.Dato masih lagi tidak dapat meninggalkan budaya Umno yang telah sebati dengan Dato.Dato mesti ingat sekarang ini Umno generasi yg keempat.Dato dan PM kita generasi Umno yg keberapa ? generasi yg dah dekat nak pupus ?.Maaf Dato kerana berkasar bahasa.Dato kawan saya juga tapi kalau saya rasa Dato bersalah saya tetap tidak menyebelahi Dato.Saya hanya mengikut bidalan KJ kalau tak ada beruk yang mengoyang pokok tak akan bergoyang cuma saya harap bukan beruk hitam yang mengoyangnya.

Amiruddin Azlan said...

Dato Ron, memandangkan hits blog Dato' tinggi, saya cadangkan datuk turut menulis mengenai perobohon perkampungan setinggan secara paksa dan tanpa perikenusiaan terutama di sekitar lembah klang. Yang terbaru di Kg Berembang, info lanjut rujuk "http://www.harakahdaily.net/v061/"

gilerpolitik said...

Apa yang penting, pengajaran dari peristiwa ini buat balik dapat baik dan buat jahat maka jahat jugalah balasannya. Sememangnya, bangkai gajah tak kan dapat disembunyikan. Tutuplah macam mana pun, semuanya akan tetap terungkai...kebenaran akan mematahkan kemungkaran. Sememangnya dasar keterbukaaan Pak Lah telah membawa kepada pembongkaran pelbagai isu. Dan di sini juga terbukti bahawa ketelusan dan integriti yang ditekankan oleh kerajaan dilaksanakan tanpa melihat kepada pangkat, kedudukan dan status seseorang dalam masayarakat. Maknanya kerajaan tidak pernah amalkan double standard, kroni atau pilih bulu. Tak kira sapa org tu, kalau bersalah akan tetap dihukum...inilah kerajaan yg kita mahukan...tak kira jerung, naga atau dinasour sekalipun

-Angelic Not- said...

Hi, I'm a final year student currently working on my final year project. I would like to request to conduct an interview for my project. (sharyn2205@yahoo.com)

Berita dari gunung said...

Sedikit saja.

Jadi muncul lagi Dato Johari. Saya suka cara akbar memaparkan berita. Foto yang dipilih menarik. Hari pertama wajah sugul. Hari kedua wajah ceria.

Tidak lama dulu, ada cerita RM200 dalam brown envelopes. Di Kubang Pasu. Sudahnya bagaimana, saya tak tahu. Kes dah dibincang ke, dibuang ke, dalam perhatian ke.

Tapi kita dah terbiasa. Isu boleh timbul, berlegar dan dilupakan. Baru-baru ini ada tenguk matador dan lembu dalam TV. DISITU ada insan, pedang dan ada binatang.

Tapi DISINI ada ada insan, insan dan insan. Dengan seni perang, ditangan siapa ada kain merah dan pedang, Dikepala siapa ada tanduk dua. Bilakah mangsa mahu tumbang dengan darah meleleh ke kaki. Sempatkah penonton melonjak dan menjerit, sebelum langsir dilabuh.

Perlukah matador dan lembu..... Mungkin Hemingway lebih faham.