Para Pejuang Hujung Benua
duhai Tok Bongkok Tanjung Puteri
duhai Hang Nadim Satria Riau
Laksamana Bentan Kota Tauhid
pulihkanlah segera
pulihkanlah segera
semangat juang dan daya tempur
para pejuang di hujung benua
yang kini lara diselubung gerhana.
didihkanlah darah mereka
kerana titi gantian tambak nan usang
tersirat manfaat strategik impaknya
dengan hanya seklip mata
hilang bayang dari pandangan.
bakarkanlah jiwa mereka
bila gelanggang yang indah perkasa
kilat kilaunya memanah jiwa
kilat kilaunya menggetar dada
indah kabar dari rupanya
belanda bertandang atas undangan
naga menggila atas undangan
pribumi pula kehilangan nama.
semarakkanlah tekad mereka
demi saudagar di hujung tanjung
kera di hutan disusu-susukan
ayam di kepok mati kelaparan
itik di air mati kehausan
sorak Pak kadok derai berderai
Pandir sasau dan mondar-mandir
makhota warisan jatuh berderai
bumi pusaka lenyap daulatnya.
duhai Tok Bongkok Tanjung Puteri
duhai Hang Nadim Perwira Riau
Laksamana Bentan Kota Tauhid
inikah awal inikah mulanya
kepupusan Bangsa bernama Melayu?
inilah awal inikah mulanya
daulat bangsa tekulai layu?
inikah awal inikah mulanya
airmata darah melimpah ruah
bumi dipijak
jadi kota si dagang luar?
duhai Tok Bongkok Tanjung Puteri
duhai Hang Nadim Perwira Riau
Laksamana Bentan Kota Tauhid
bila dagang datang bertandang
bila naga mula menendang
pribumi kecundang di luar gelanggang
lembing si Awang pulang ke Dayang.
pulikahlah segera perjuangan bangsa
pulihkanlah segera perjuangan bangsa
para pejuang di hujung benua
mahu pulang ke medan tempur
merampas gelanggang kota si dagang
menebus bumi dan tanah ini
walaupun kami
tenggelam
karam
tersungkur
mati
di laut api!
Ruhanie Ahmad
22 Mac 2007
Nota: Puisi di atas juga saya cipta khas berikutan kenyataan kontroversi Tun Musa Hitam [bekas bos saya] di Johor Bahru baru-baru ini. - Ruhanie Ahmad.
10 comments:
Keadaan sudah melampau.
Dato Najib tidak boleh berdiam dan berharap bila jadi PM untuk reverse tindakan2 yang telah dibuat di Johor.
Dato Gani Othman tidak boleh jadi "kerbau di cucuk hidung". Kalau berdiam atau bersuara, dia tetap akan mahu di buang Dolah.
Rakyat Johor kena bangun memberontak dan mengadap Tuanku Sultan Johor menyatakan kemarahan rakyat kepada penjualan negeri Johor.
Johor tidak ditaklok. Kuala Lumpur memanggil musuh untuk datang menakluk.
Hidup kembali Si Bongkok!
Hidup kembali semangat Si Bongkok!
Hidup kembali perjuangan Si Bongkok!
Saudara
terima kasih kerana beri semangat juang kepada anak-anak johor. marilah sama-sama kita ikhtiarkan solusi kepada musibah ini - JOHORE THE GREAT. JOHOR DARUL TAKZIM. NKEPADA ALLAH BERSERAH.
Syabas Tok
Semangat juang dan cintakan bangsa masih tidak luntur. Pendirian dan perjuangan Dato tidak mengira mara atau handai.
Muga Allah tiupkan semangat si Bongkok dalam jiwa anak2 Melayu Johor!
Datuk , saya amat terhina dan kesal dengan kenyatan bekas boss Datuk, . Tega beliau mengeluarkan saranan sebegitu rupa yang boleh dianggap sebagai ‘openning of the flood-gate’ bagi orang lain membicarakan dasar yang telah lama diperkenalkan bersama2 dgn DEB.
Kalau hanya untuk merangsang pelabur asing , saya rasa tidak tepat alas an nya . Pelabur asing telah sebati dengan dasar ini dan ‘they can live with it’. Kerajaan harus menawarkan insentif 2 lain yang lebih menarik. Mengapa dasar /kedudukan bumiputera harus diperjudikan? Saya melihatnya sebagai suatu petunjuk dari Allah terhadap tahap kemelayuan musa, yang dulunya saya menganggapnya sebagai nasionalis tulin!
Kalau lah saranan musa hanya sebagai pencetus polemic dikalangan orang melayu untuk mengukur tahap toleransi dan ketahan mereka, saya rasa musa meniti diatas buih yang amat merbahaya. Impaknya bukan terhadap beliau sahaja, tetapi kerajaan BN yang di ungguli oleh UMNO! Anjakan paradigma ini tidak bijak dilakukan ketika kedudukan ekonomi bumiputera belum lagi mencapai tahap yang di unjurkan!!
Kalau pun nak sangat implemen ‘this orchestrated and premeditated idea’, jangan diwar-warkan. Perkara ini harus dibuat tanpa sedar! Mungkin partisipasi bumiputera dibuat melalui GLCs atau ditumpangkan dengan giant pplayers tempatan!
Sekarang orang melayu bukan lagi kecewa tetapi telah disakiti! Isu ini akan menjadi isu cepu mas kepada malay-based parti pembangkan yang akan mengeksploitasikan secara optima!! Hasilnya mungkin akan meranakan Umno apabila menjelangnya PRU ke12.
Melihat perkembangan sekarang ,jelas, sayap PPUMNO telah di’clip’kan sehingga tidak bermaya untuk menghunus keris!! Tiada suara langsung ! Adakah takut? Malu? Dibelanggu? Atau disogok dgn projek2 mewah dan hanya asyik memikirkan gadis mana yang nak di jadi kan isteri nombor entah ke berapa ? Dimana sifat kumpulan halia PPUMNO ? Tiada peranan langsung yang dapat dimainkan oleh nya kerana mungkin di kawalselia oleh proksi AAB tertentu.
Mari kita berdoa kehadrat Allah SWT, agar pemimpin2 kita tidak sesat dari perjuangan, biarlah musa anak hitam berhati hitam legam selama2 nya!!! Ingat, next generation will not only spit on your graves, but pee on it too!!!
sahabat-sahabat sekalian.
sila kirimkan pandangan, cetusan dan buah fikiran anda mengenai isu yang membabitkan bos lama saya ini. saya cadang nak publish semuanya ahad ini. tk- ron.
Musa sudah terlalu banyak lupa.
- Lupa bahawa tanahair ini adalah dinamakan Taanh Melayu.
- Lupa sejarah Malayan Union yang dapat berasaskan "perlembagaan Johor"
- Lupa tujuan dan perjuangan UMNO seperti dalam Fasal 3
- Lupa bahawa beliau hanya binatang yg hanya tahu melihat dari sudut worldview politik saja.
Lupa bahawa beliau tidak ada jasa angsung dan ini bukan namanya jasa. Apa sumbangan musa yang mana idea, perancangan, implementasi, dan pemantauan dan kawalan dari beliau? PAda saya tak ada?
Lupa bahawa sebarang pengurangan dan denial kepada Bumiputera adalah menyalahi undang2 artikel 153.
Lupa bahawa tanah adalah hak tempatan dan bukan ditentukan federal. Jangan ngaku diri anak Johor lagi!
Lupa bahawa tidak ada erti satu2 kemajuan dan pembangunan sekiranya Melayu tidak mendapat menafaat.
Lupa dan leka bahawa apa yang beliau lakukan adalah pemaksaan utk jual ruang kepada Singapura. Buat apa landspace yang kita yakin kendali sendiri di biarkan utk spura guna?
Lupa bahawa beliau punca utama pergaduhan dalam UMNO. 3 kali lawan Tengku Razaleigh dan lawan Ghaffar.
Lupa diri dah tua dan meninggalkan dosa.
Sudahlah Musa, baik ambil tali gantung dan sangkutkan leher kau. Kau baik mati dari hidup jadi pengkianat bangsa!
sahabat-sahabat:
tk di atas sgala komen dan buah fikiran anda. oleh kerana yang kita bahaskan adalah masalah besar dan strategik elok juga kita memahami masalah ini sedalam-dalamnya. kita kaji, kita kupas dan lepas tu baru kita ambil kesimpulan mengenainya. setuju? tk.
Datuk,
Saya anak jati johor dan adik-adik saya pun anak jati johor tetapi kami bekerja di Kuala Lumpur namun keluarga kami ada di Johor dan mereka mencari makan di johor kebanyakannya berniaga di pasar malam.
Saya dan adik-adik saya selama ini menjadi pengundi dijohor melihat kepada keadaan sekarang, saya rasa sudah masanya saya menggunakan alamat di kad pengenalan untuk memindahkan undi saya ke johor ke Kluang pada PRU ini.
Saya menyedari kalau ini tidak dilakukan johor pastinya akan lebih parah pada masa akan datang -gerakan perlu dilakukan untuk memanggil anak-anak johor mengundi di kampung halaman masing-masing untuk menghalau pemimpin-pemimpin UMNO yang derhaka.
Ybhg Dato,
Saya sangat kagum diatas semangat yang ditunjukkan oleh sdra nujum. Saya harap ramai lagi rakyat kelahiran johor akan balik mengundi pada PRI yang akan datang. Kalau Pak Lah ingat dia boleh buat sesuka hatinya, tunjukkan yang kuasa anda lebih besar.
Saya rakyat kelahiran NS akan sentiasa berada dibelakang anda selagi WPI tidak dibubarkan.
Mengancam, datuk! It is full of messages and should be read over and over to understand it. Kalau zaman pasca 135 dulu mungkin Datuk akan jadi subjek kajian pej risikan negara! Memang boleh membakar semangat. Itu pun kepada yang puisi litrarte!!Saya cadanpg bloggers unite , should pick this puisi and post in their respective blogs.
Musa boleh cakap apa yang dia suka Datuk, to me he is dead and gone! If what he suggest becomes reality, pusara nya akan di penuhi dengan oang2 melayu denga common objective of p..... on his grave!
Post a Comment