Monday, March 12, 2007

Warga Maya Malaysia 11 juta
70 Peratus Adalah Pengundi

Hari ini terdapat 11 juta rakyat Malaysia yang telah mendaftar sebagai pengundi. Juga terdapat 11 juta juga rakyat Malaysia yang celik internet.

Daripada 11 juta rakyat Malaysia yang celik internet, 70 peratus adalah pengundi. Majoriti kumpulan ini pula adalah pengunjung blogs dan news portal tempatan.

Lantaran itu, adalah satu ironi bila ada pembesar-pembesar negara yang terus menerus melemparkan tuduhan liar terhadap bloggers.

Contohnya, minggu lalu ada seorang pembesar negara menyifatkan bloggers, majoritinya wanita [di Malaysia?], sebagai pembohong, penipu dan anti-perpaduan nasional.

Tuduhan seperti ini amat serius. Ia amat melulu. Ia mencerminkan bahawa sebilangan pembesar Malaysia masih belum arif mengenai blogging dan bloggers.

Ironinya, tuduhan di atas, sama ada sengaja atau sebaliknya, dikeluarkan sewaktu wanita di seluruh dunia merayakan Hari Wanita - hari di mana kita dituntut menghargai peranan dan sumbangan wanita kepada kesejahteraan sejagat.

Pada malam Sabtu lalu, seorang blogger telah menganjurkan satu majlis makan malam untuk bloggers. Mereka yang hadir adalah peguam [termasuk top lawyers di Malaysia], ahli perniagaan, pemimpin korporat, merchant bankers, researchers, doktor pakar, akauntan dan jurutera.

Ini bermakna bloggers adalah dari pelbagai latarbelakang. Bloggers juga banyak kategorinya. Bloggers di bidang sosio-ekomoni dan politik. Bloggers yang memperjuangkan hak-hak wanita. Bloggers keagamaan. Bloggers seni. Bloggers hiburan dan lain-lainnya, termasuklah segelintir bloggers upahan.

Oleh itu, pembesar negara yang mengeluarkan tuduhan serius dan umum seperti di atas wajar menuntut maaf. Kenyataan beliau telah mencalarkan banyak jiwa.

Bukan sahaja jiwa wanita Malaysia. Malahan jiwa majoriti warga intrnet dan insan lelaki Malaysia yang sentiasa menghargai peranan dan sumbangan wanita dalam pembangunan negara tercinta ini. – Ruhanie Ahmad.

4 comments:

A Voice said...

Laporan Dato ini seharusnya disedari oleh pihak tertinggi parti supaya bersikap lebih positif terhadap blogger.

Dari mengeluarkan suara-suara yang kureng seperti yang dilakukan Menteri tersebut, pihak parti sepatutny turun ke bawah dunia blog dan engage minda bloggers dengan rasional.

Buat masa ini, cara mereka menaikkan kemarahan, menyaman, menubuh laman2 ciplak, menghantar spammers, dan cara2 kasar hanya menimbulkan kemarahan mereka.

Sebagaimana yang telah Dato dapat lihat, bloggers sosio-politik adalah terdiri dari para profesional dan mereka2 berpendidikan.

Walaupun demografi mereka ini urban dan middle class, pihak tertinggi parti harus memahami bahawa mereka ini opinion leader yang boleh membentuk dan mempengaruhi pemikiran orang luar bandar.

de_kerinchi said...

KU Nan hanya buat gempar sahaja, sebab tiada isu dah...dah lama tak beri komen, malangnya komen beliau memakan diri...

hidup blogger..!!

Amiruddin Azlan said...

biaq pi kat dia lah...the time is about to come....masa tuh baru depa tau langit tinggi ka rendah..

syed syahrul zarizi said...

Sudah baca tulisan Rehman Rashid berkenaan blogger didalam NST?