"Perjuangan Dahulu Kerana Maruah"
Kata Tan Sri Khalid Abdullah
Oleh Sophia Ahmad
[bernama.com]
ALOR STAR, 14 Mac (Bernama) -- "Kami dahulu berjuang dengan penuh integriti semata-mata kerana maruah negara. Tidak ada perkara sampingan yang melekakan kami daripada tujuan itu.
"Tapi sekarang, perjuangan untuk popularkan diri, dan untuk mengisi kocek sendiri," demikian kata Tan Sri Khalid Abdullah, salah seorang pejuang kemerdekaan negara, kepada Bernama dalam pertemuan eksklusif di kediamannya di sini.
Khalid, 84, berkata Malaysia bertuah kerana gerakan untuk merealisasi kemerdekaan dipelopori oleh para pejuang tulen yang rela berkorban keringat, harta-benda malah nyawa.
Tidak ada agenda yang lebih penting waktu itu selain membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan.
"Kami waktu itu tidak kira apa bangsa, agama atau warna kulit, semua bersatu kerana tujuan yang sama iaitu memerdekakan Tanah Melayu.
"Pada waktu itu memang banyak pertubuhan yang wujud, tetapi semuanya didokong oleh satu prinsip iaitu memperjuangkan kemerdekaan negara," katanya.
Harga Diri
Beliau sedih melihat jerih-perih perjuangan generasi terdahulu seolah-olah tidak lagi dihargai.
"Dari segi dasar-dasar negara, prinsip asas yang diterapkan sebaik sahaja negara kita merdeka tidak pernah berubah. Tapi jika Malaysia mahu meneruskan seperti ini untuk tempoh 50 tahun akan datang, ia tidak akan ke mana-mana," katanya.
Khalid yang merupakan bekas Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan berkata sesuatu perlu dilakukan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang ampuh, bertunjangkan masyarakat yang kebal dalam menghadapi sebarang konflik.
"Kemerdekaan itu sesuatu yang tidak boleh dinilaikan dengan wang ringgit. Ia sangat berharga, tidak ternilai oleh kita. Tetapi kini ia telah mula rosak, dan sebelum ia bernanah, menjadi pekung, kita kena cari penawar yang sesuai agar ia tidak melarat.
"Inilah sebab maruah dan harga diri sangat perlu. Perlu ada pengorbanan dalam semua aspek seperti kami orang-orang dahulu. Tidak ada kejayaan tanpa pengorbanan dan susah-payah, seperti pepatah Inggeris, `no pain, no gain'.
"Jika dahulu kami berjuang semata-mata untuk maruah dan harga diri, tapi sekarang perjuangan hanya untuk mengejar kemewahan dan sanjungan. Tidak ada semangat pengorbanan lagi dalam diri rakyat sekarang," katanya dengan nada kesal.
Kredibaliti
Menyentuh mengenai penglibatannya dalam arena politik, Khalid yang mengakui dirinya seorang sosialis berkata segalanya bermula pada 1945 apabila beliau menyertai Syarikat Bekerjasama Am Saiburi atau lebih dikenali sebagai SABERKAS.
Beliau menyertai pertubuhan itu bersama allahyarham Tan Sri Khir Johari dan memegang jawatan Bendahari pertubuhan berkenaan sehingga ia dibubarkan.
"Allahyarham (Tan Sri) Khir merupakan antara rakan yang paling rapat. Apabila beliau menyertai SABERKAS, saya diajak bersama-sama berganding bahu dan apabila SABERKAS dibubarkan, beliau menyertai Umno sebagai Setiausaha Agung, dan saya turut `diangkut' bersama ke dalam parti itu," katanya.
Dilahirkan pada 5 November 1922 di Seberang Perak, Alor Star, Khalid merupakan Pengerusi Tetap Umno Bahagian Kedah Utara.
Atas kredibiliti dan kewibawaannya, beliau pernah dilantik sebagai Pemegang Amanah Umno Negeri Kedah pada 1956, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri pada 1969, Senator dan Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Merah (1975-1980) dan Ahli Majlis Tertinggi Umno (1985-1990).
Menyimpang
Wajah beliau yang menunjukkan pelbagai reaksi sepanjang temuramah hampir dua jam itu jelas menyatakan betapa pengisian kemerdekaan telah jauh menyimpang daripada prinsip asal dan ia satu perkembangan yang sangat mendukacitakan beliau.
"Yang paling penting sekarang ialah prinsip perjuangan, iaitu maruah dan harga diri. Kita perlu balik kepada akar-umbi perjuangan. Jangan minta pangkat, nama, kedudukan atau kemewahan. Jika difikirkan, siapa yang tak mahu kemewahan. Tapi apakah kemewahan itu segala-galanya?" kata Khalid yang mengakhiri pertemuan petang itu dengan persoalan untuk dijawab oleh semua rakyat Malaysia yang akan meraikan ulang tahun kemerdekaan ke 50 tahun ini.
BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=251169

No comments:
Post a Comment