Wednesday, March 21, 2007

Akhbar Digesa
Tidak Memetik
Sumber Laman Blog
[
bernama.com]

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Akhbar-akhbar digesa tidak memetik sumber dari laman blog ketika melaporkan sesuatu berita kerana sumber itu tidak boleh dianggap sebagai sah, kata Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin hari ini.

Beliau berharap pihak akhbar perlu lebih bertanggungjawab dengan memetik sumber yang sah kerana banyak laman blog bergantung kepada akhbar untuk mendapat kredibiliti.

Beliau kecewa kerana terdapat laman blog yang tidak dikemaskini dan memaparkan maklumat yang tidak tepat sehingga menimbulkan rasa tidak selesa dan kekeliruan kepada orang yang melayarinya.

"Ia dijalankan oleh individu yang tidak mempunyai autoriti," katanya.

"Mengapa anda sebagai wartawan perlu memetik sumber itu dan kemudian menyiarkannya di dalam akhbar yang mempunyai autoriti?" beliau bertanya.

Provokatif

"Maklumat laman tersebut mungkin sesuatu yang provokatif, bermotif politik, tidak tepat dan kebanyakannya adalah khabar angin yang dibuat untuk kepentingan pihak tertentu.

"Kamu (wartawan) membiarkan pembaca mempercayai laman itu sebagai sumber yang sah," katanya mengulas kecenderungan akhbar-akhbar tempatan yang memetik sumber dari laman blog dengan menyiarkan nama laman itu kerana ia secara tidak langsung mempromosikannya.

Beliau menasihatkan pembaca yang mencurigai sesuatu maklumat dalam laman tersebut perlu merujuk kepada media arus perdana untuk mendapatkan fakta sebenar.

Katanya, wartawan yang memetik laman-laman tersebut sebenarnya tidak adil kepada diri, pembaca dan akhbar mereka kerana memetik sumber yang diragui dan memberikan kebebasan ruang kepada orang yang tidak dikenal pasti.

Menurutnya, ia akan memberikan masalah kepada wartawan dan akhbar kerana jika apa yang dilaporkan itu tidak benar ia boleh mengundang risiko disaman.

Zainuddin berharap pihak akhbar tidak memberi kredit kepada laman itu kerana mereka akan menjadi seolah-olah berkuasa dan semakin `besar'.

Dididik

Beliau berpendapat tidak perlu diharamkan laman blog tetapi menyeru supaya pengendali laman itu lebih bertanggungjawab dan perlu dididik.

Menurutnya, kerajaan boleh mengawal pengendali blog melalui undang-undang walaupun kementeriannya tidak mempunyai bidang kuasa dalam perkara tersebut.

-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=252333

Komen:

Kenyataan di atas mengesahkan wujudnya sepucuk surat daripada Bahagian Kawalan Penerbitan Dan Teks Al-Quran, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN), bertarikh 13 Mac 2007.

Beberapa bloggers difahamkan, surat berkenaan telah dikirimkan kepada pengarang-pengarang media perdana di negara ini baru-baru ini.

Surat tersebut berjodol: TINDAKAN AKHBAR-AKHBAR TEMPATAN MENYIARKAN ARTIKEL-ARTIKEL DARIPADA MEDIA SIBER DAN BLOG YANG MEMBURUK-BURUKKAN KERAJAAN.

Anti-Kerajaan

Perenggan pertama surat itu menyatakan “KKDN mendapati wujudnya kecenderungan pihak akhbar memetik dan menyiarkan artikel-artikel dari media siber termasuk ‘blog’ di dalam akhbar-akhbar. Kecenderungan ini menunjukkan pihak akhbar mempercayai artikl-artikel tersebut dengan memberi publisiti terhadap perkara yang ditulis dalam media siber dan blog. Memandangkan akhbar-akhbar arus perdana merupakan bacaan majoriti rakyat Malaysia, amalan menyiarkan artikel-artikel media siber ini yang kebanyakannya bersikap anti-kerajaan mendapat perhatian dan reaksi majoriti rakyat yang akan menyebabkan media siber mendapat lebih kredibaliti daripada akhbar itu sendiri.

Perenggan kedua surat itu pula menyatakan “KKDN mendapati bahawa akibat publisiti yang diberikan oleh pihak akhbar terhadap berita dari media siber dan blog ini telah menjadikan sesuatu isu terlalu sensasi dan mendapat perhatian umum.”

Pada perenggan akhirnya, surat tersebut memberikan “peringatan” supaya media cetak “tidak menyiarkan atau memberi tumpuan terhadap artikel-artikel yang tidak sahih, bersifat spekulatif serta tidak benar yang disiarkan media siber dan blog.”

Satu salinan surat ini telah difakskan oleh seorang orang dalam dari media perdana kepada Malaysiakini. Surat ini kemudiannya turut disiarkan oleh blog susan loone dan blog rocky’s bru.

Antara generalization utama daripada kandungan surat ini ialah: kebanyakan media siber adalah anti-kerajaan serta mengandungi berita yang tidak sahih dan tidak benar.

Generalization seperti ini pasti akan mengundang reaksi daripada bloggers dan pengoperasi portal berita Malaysia. Lebih serius lagi, generalization seperti ini mencerminkan bahawa ssetengah pihak memang mahu menafikan pertumbuhan demokrasi siber.

Demokrasi

Oleh itu, saya cadangkan supaya pihak-pihak berwajib membaca perkembangan demokrasi siber ini menerusi buku-buku mengenainya.

Dua buah buku yang pernah saya cadangkan untuk dibaca oleh Datuk Seri Dr. Lim Kheng Yeik adalah The Electronic Republic oleh Lawrence K. Grossman, Vote.Com oleh Dick Morris dan Cyberethics Oleh James Lynch.

Ketiga-tiga buku ini akan memberikan perspektif jelas mengenai alam siber dan generasi internet. Ketiga-kita buku ini juga akan membantu kita memahami bagaimana masyarakat celek internet di serata dunia sedang dan akan mencorakkan demokrasi di hari muka.

Untuk membaca sepenuhnya posting saya pada 7 Ogos 2006, berjodol Bloggers, Beruk Dan Lim Kheng Yaik, sila klik link di bawah ini:

http://kuda-kepang.blogspot.com/2006_08_01_archive.html

- Ruhanie Ahmad

2 comments:

lamandau said...

Luahan2 oleh bloggers bukan bermakna suatu tindakan anti kerajaan. Ia lebih merupakan ruang untuk bloggers berbuat demikain , kerana ruang2 yang sepatutnya di sediakan oleh media arus perdana , dinafikan. Kita berhadapan dengan krisis persepsi, Datuk. Kepada orang yang takut kepada bayang2, sudah tentu menganggap bloggers sebagai hantu. Sebaliknya kalau pihak kerajaan tiada yang nak disembunyaikan dari pengetahuan rakyat apa nak di takutkan.
Kalau saya nak tahu tentang perkembangan Scomi misalnya, \saya dapatkan dalam internet kerana tidak teradapat dalam media massa lain. Apatah lagi untuk mendapat maklumat selok belok Scomi dapat tender dan sebagainya!!!
Kedudukan ini harus di faham oleh pemerintah. Lagi kuat 'you put a gag' keatas aktivis maya, lagi 'curious' pelayar2 internet untuk mendapat berita2 sensasi yang sudah tentu tidak keluar dalam media arus perdana!
Kalau dicampur semua jumalah 'hits' keatas website blogger, saya rasa telah melebihi populasi Malaysia! Bayangkan lah pemimpin2 kerajaan semua, betapa berpengaruhnya berita dialam maya! Saya berani berkata bahawa media arus perdana akan menjadi TIDAK releven lagi kepad rakyat. TV hanya dilihat sebagai satu faktor hiburan semata2 !!
Saya sendiri Datuk telah hilang nafsu saya untuk mebaca akhbar2 , apatah lagi orang bukan ahli UMNO!!
Salam Datuk.

KUDA KEPANG said...

datuk, u n i know that a blog is just like a lukah. the pople leaving their comments and viewpoints are just like the fish. my experience in kdn tells me that blogs and bloggers are actually making the jobs of our friends in BA much, much more easier than before!! dont u agree?? salam.