Monday, March 05, 2007


Sogokan $5 Juta:
Kerajaan Hadapi
Krisis Keyakinan?

Setelah baca Star, Utusan Malaysia dan the Sun hari ini, saya amat kecewa. Kecewa kerana saya rasakan seolah-olah saya berada di sebuah negara di Afrika. Lepas satu, satu pendedahan/tomahan yang dikeluarkan terhadap intergriti pegawai-pegawai kanan kerajaan. Apa nak jadi kepada negara yang tercinta ini?

Saya tidak mahu komen tentang ‘kesalahan’ yang telah di lakukan oleh pegawai-pegawai tersebut. Tetapi, komen saya lebih terarah terhadap perkara ini dipolimekkan di dada-dada media massa.

Pegawai tinggi kerajaan berapi-api cuba nak yakinkan siasatan akan dijalankan. Ada yang terasa pedasnya cili, tak semena-mena tampil menjawab. Bukan sahaja dengan penafian. Tetapi berserta dengan tomahan ke atas pihak lain pula. One thing leads to another!!

Saya merasakan keadaan tidak terkawal wujud apabila ketua jabatan berinteraksi melalui media! Adakah dakwaan sesetengah orang itu bahawa AAB hilang kawalan mentadbir negara, ada kebenarannya?

Pada mulanya saya agak skeptikal terhadap dakwaan sesetengah orang terhadap AAB. Tetapi, kian hari kian menunjul pula bukti-bukti ke arah dakwaan tersebut.

Apa yang menjadi tanda tanya ramai pemerhati politik ialah, mengapa PM membenarkan situasi berlarutan, sedangkan beliau bisa menamatkannya dengan senang?

Perdebatan antara ketua jabatan dengan menteri tidak begitu kerap berlaku pada masa-masa yang lampau. Kalau berlaku pun cepat-cepat PM atau TPM intervened.

PM seharusnya memanggil pihak yang terlibat di bawah kementeriannya (Keselamatan Dalam Negeri) untuk berbincang, dan selepas itu keluar kenyataan akhbar yang muktamad.

Semua yang terlibat tu kawan baik saya. Tetapi, kalau nak keluarkan counter-allegation untuk menutup allegations orang terhadapnya, saya rasa bukan tindakan yang matang dan berhemah.

So far PM, TPM dan senior ministers yang lain cuma berdiam diri sahaja. Seolah-olah tergamam dengan peristiwa yang begitu pantas berlalu.

Akhirnya, saya berpendapat ketelusan absolute akan membawa padah kepada pentadbiran negara. Kalau semua yang ditomahkan diberi perhatian sebegitu tinggi prioritasnya, saya rasa kerajaan akan berhadapan dengan krisis keyakinan jika tomahan-tomahan itu tidak dapat di tuntasi!! – Lamandau.

https://www2.blogger.com/comment.g?blogID=29933783&postID=1595889189596110865

1 comment:

spycatcher03 said...

Dato ,saya telah meneliti website yang Datuk berikan berhubung dagn dakwaan terhadap Dtk Johari Baharum. Dari pengamatan saya , saya dapati website ni baru di buka dan mengandungi hanya tomahan ini sahaja sebagai content nya. Saya amat khuatir jangan2 orang dalaman sama ada di KDN atau PDRM yaang postkan tomahan tersebut. Kalau dilihat kandungan dan cara penulisan nya mirip laporan dalam kes fail yang di hantar oleh polis kepada KDN . Kalau lah andaian saya betul, maka sudah tentu ada orang yang cuba meporak-perandakan keukuahan yang telah terjalin antara KDN dan PDRM.
Saya rasa tak mungkin orang luar yang mempunyai akses kepada butir2 seperti tertera dalam website tersebut , melainkan peguam/penama yang disebut dalam tomahan itu.
We must be fair to Dtk Joe,semenjak beliau mengambil alih jawatan di KDN, beliau telah menunjukkan keperihatinan yang terbaik untuk PDRM. Beliau medampingi pegawai2 polis sehingga keperingkat akar umbi dan mengetahui masalah yang dihadapi PDRM.
Saya berharap PDRM menyiasat penulis blog tersebut dan kalau didapati tomahan tersebut negatif , maka IGP seharusnya membuat sesuatu yang'honourable' untuk menepati 'docarum' of a senior most police officer.