Sunday, March 25, 2007

Sindrom Apa Nak Jadi
Dan Tak Boleh Jadi
Memang Dah Menjadi!

Johoreans sahabat-sahabatku
apa yang harus dibuat sekarang ini?

Sila kirimkan pendapat anda hari ini.

Ruhanie Ahmad

9 comments:

kluangman said...

Perlukah Johor dibangunkan sebegitu rupa, mega dan gagah perkasa pada nama, yang rakyat perlukan ialah kemudahan infrastruktur seperti air, letrik, jalanraya, telefon..dan pembangunan akan berlaku seiring dengan kemudahan dan kesediaan rakyat. Pembangunan yang dipaksa akan terus meminggirkan melayu, dan kelak falsafah yang sama akan digunapakai di seluruh negara. Yang layak menerima ucapan tahniah dan syabas ialah UMNO Johor, Musa Hitam, Muhyiddin, Shahrir, Khaled Nordin, Ghani Othman, Hisyamuddin..inilah kepimpinan yang menjual maruah johorean.

Apa sudah jadi, itulah yang terjadi..pembalasan akan sampai jua pada yang gelojoh dan kaki ampu.

A Voice said...

Dato

Ingin saya ajak kembali mengingatkan seajarah penubuhan UMNO

"Satu himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.

Dato’ Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.

Tiga usul telah dululuskan oleh Kongres seperti berikut:

1. Menubuhkan Pertubuhan ?Kebangsaan Melayu Bersatu
2. Membantah pertubuhan Malayan Union
3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu

Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Dato’ Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.

Walaupun ada bangkangan yang hebat dari kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 mengwujudkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru.

Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) telah berlangsung dan Piagam atau Perlembagaan (UMNO) telah diterima dan diluluskan oleh para peserta dan UMNO pun lahirlah secara rasmi."

Seterusnya Malayan Union di hapuskan. Kita menuntut kemerdekaan. Sejarah sentiasa berkitar kembali. Watak dan pemainnya saja berubah.

Siapa "Malayan Union" kali ini? IDR ke?

Siapa penjajah british itu? Singapura ke?

Siapa yang akan jadi Dato Onnnya?

Siapa pula 31 perubuhan Melayu?

Adakah UMNO itu masih sama dengan UMNO 1946? Fikirkan?

Melayu nya mesti dan harus Melayu yang sama!!!!!!!!

nujum said...

Saya kini sedang meratapi johor, tanah tumpah darah saya, apa nak jadi dengan negeri tercinta.

Selepas kita terpaksa melihat air mengalir keluar ke seberang tambak dengan hanya 3 sen bagi 1,000 liter kini tanah yang menjadi darah daging menjadi tanah asing bagi orang johor.

Apa yang terjadi memang tidak boleh jadi dan tidak boleh dibiarkan jadi.

Gerakan untuk menghalau orang-orang UMNO keluar dari pemerintahan johor perlu dilaksanakan. Kalau tidak nasi akan jadi bubur dan saya akan merempat di negeri tercinta.

Fauzi said...

Sedih..walaupun saya bukan dari Johor tetapi saya ANAK MELAYU JATI merasa telah di durhakai oleh nama nama besar orang Johor..mereka tidak akan merasa kehilangan kerana mereka mempunyai harta di luar Johor malah bermustatim kebanyakan di Kuala Lumpur agar mudah mereka mengampu ketua mereka, mereka hanya akan menjengok rakyat sekali sekala terutamanya bila hampir PRU....inilah barisan pemimpin Johor yang sanggup menggadai maruah,negeri dan diri mereka demi kesenangan dan harta..saya seru bangsaku dari Johor jangan biarkan ini terjadi.

kampongtergadai said...

Singapura sudahpun menjadikan Johor Selatan sebagai sebahagian dari wilayah mereka dalam ertikata setiap hasil dari sana yang diekspot melalui pelabuhan atau lapanganterbang mereka tidak perlu terlebih dahulu dikira sebagai barangan import.
Dengan kemudahan tersebut telah menarik minat pengekspot kita menggunakan laluan mereka.
WPI bakal membantu memesatkan lagi pelabuhan dan lapanganterbang mereka. Dengan itu tidak mustahil mereka akan menyokong penuh WPI ini.

anakjati sg way said...

Dato...dengan izin

WARISAN

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik org.

Nenek moyang kaya raya..
Tergadai semua harta benda
Akibat sengketa sesama lah kita
Cita lenyap di arus zaman.

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri.

Masa depan sungguh kelam
'Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi sudah hilang.

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatu lah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri.

Kita sudah tiada masa
Bangunlah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
MELAYUkan gagah di nusantara ....

Dato...saya tidak pasti siapa penulis lirik lagu warisan ini dan sama ada beliau masih lagi hidup atau tidak !...yang pasti kekhuatiran beliau bakal menjadi kenyataan dan yang sedihnya...dilakukan oleh pemimpin bangsanya sendiri!!...SEMOGA ALLAH MELAKNAT MEREKA YANG MENJUAL MARUAH BANGSA BAGI KEPENTINGAN SENDIRI!

Radzy said...

Saya bukan orang Johor, Datuk, tetapi pernah mencari rezeki di JB dan terpesona dengan keterbukaan rakyat Johor terhadap 'pendatang' dengan sikap peramah mereka.
Saya pun sering bertanya, berbaloikah Selatan Johor dibangunkan secar mega? At the expense of malay assets? Malay privillages? Untuk apa? Untuk mengembirakan pemimpin2 laknat dan orang seberang? Sehingga nak jadikan WPI 'new territory of Singapore'?
Saya tak pandai bermadah Datuk, tetapi sekadar mengeluarkan cetusan hati nurani saya yang tersa bak cubit peha kanan , peha kiri terasa juga! Malalui pengalaman singkat saya di sana, cukup memberi keinsafan tentang kebiadapan pemimpin/sistem singapore apabila berhadapan dgn orang2 malaysia. Saya perakukan posting Datuk Rejal Arbee "Problem of NEP: is it it's policy or implementations?'di papar dan diambil kira untuk Datuk membuat rumusan kelak!
Dari tulisan Dtk Rejal, saya muyla mempersoalkan keturunan bos dDatuk dulu, musa! Bukan itu cara beliau nak 'gauge' tahap pemikiran orang melayu sehingga tega memperkecil2kan kebolehan orang melayu.Sharir, you forget about this twisted tongue fella! He is against everybody except AAB and SIL! He dared to bluff us orang2 Umno bahawa dia amat setia dengan Umno and never one minute tinggal Umno! What happened bila dia bertanding sebagai calon bebas lambang anak kunci dulu? tak tinggal Umno ke? Nasib baiak TDM baik orangnya terima dia balik!!

Apa yang perlu orang Johor buat? Make every Johorean understand the issues inclusive of the very reason WPI have deviated from the original Pembangunan Gerbang Selatan Bersepadu yang di ilham kan oleh TDM dulu.After making them understand pros and cons of WPI, then ask them to choose Abdullah Bedawi atau DEB? Let this decision be translated during Perhimpunan Agong Umno later this year. I'm sure ever level headed Umno reps will concur with your stand!!

KZSO said...

anak jati sgway,

pencipta lagu tersebut ialah dr nordin kardi.

lamandau said...

Saya dengar musa hitam nak buat road show bertujuan memberi penerangan berhubungan saranan beliau. Sila Datuk bagitahu beliau, tak payah , hati kami semua telah terguris , kalau buat juga takut2 kena pelekong dgn telor busuk ,mungkin!
His majesty Sultan Johor , surely must have been briefed and expected to hear HM's comments. It very much concerned HM's Kingdom . I'm sure it will never be in any mass media!!
If musa's suggestion as an adviser to WPI, is being accepted and considered sound by majority of the people, then why it has never been spinned like other major issues? Spin doctors are scared to do it because it may be against their own consiences? why only handful of Umno stalwarts agreed to the suggestions. Apakah reaksi pemimpin Umno lain atau parti pembangkan(malay-based)? Nampaknya kita hanya mencurah perasaan kita melalui alam maya (cyber) yang mungkin tidak di baca oleh pemimpin Umno dan melayu lain? Or is gag order have been given out by tgkt 4 ?
Saya amat sedih Datuk, kerana tindakan musa (ng?) mungkin telah membuka ruang seluas2nya bagi non-bumi mempersoalkan kedudukan istimewa orang2 melayu, kerana yang membuka laluannya orang melayu sendiri! Spt kata Sang Kelembai, akhir2nya orang Johor terpaksa pindah dan bermastautin di Kelantan yang mempunyai keseluruhan tanahnya sebagai malay reserve dan tak mungkin tergadai atau di wilayahkan oleh negara asing!
Kalau nak tunggu Perhimpunan Agong Umno, agaknya isu ini akan menjadi basi dan keputusan telah menjadi reality dan mungkin tidak boleh dibangkit kan lagi!
Kalau berani ,bahagian2 Umno yang akan bersidang Jul/Aug ini, jadikan usul keatas isu ini. Saya pasti tiada yang berani!!Satelah di umpan dengan peruntukan Rm3 juta, agak segan silu juga ketua2 bahagian nak jadikan isu ini sebagai usul!
Saya cabar IPTA2 menjalankan kajian secara menyeluruh melalui soalselidik yang terancang untuk mengetahui sikap rakyat Johor atau negeri2 lain dalam malaysia,terhadap isu ini.Mungkin JASA/Kemas/ SB boleh buat study yang sama.
Moga2 cetusan saya ini membantu Datuk. Salam