Thursday, March 29, 2007

Kisah Dr Butiq, Tom Yam
Dan Tindakan Imigresen

Di bawah ini saya siarkan kisah Dr. Butiq, seorang pengunjung setia http://www.kuda-kepang.blogspot.com/. Bacalah dan telitilah mesej yang tersirat di sebalik kisah ini. Moga-moga pihak Imigresen juga mengambil iktibar daripadanya. – Ruhanie.

Seperti biasa, malam ini saya telah membawa keluarga saya makan malam di sebuah kedai masakan Tom Yam yang boleh dikatakan popular juga di kawasan saya tinggal. Kedai ini telah beroperasi lebih dari 10 tahun. Operasi niaganya sehingga pukul 4.00 pagi. Saya memang kenal benar dengan pekerja-pekerja di kedai tersebut.

Setelah makanan yang saya pesan sampai, tiba-tiba datanglah penguatkuasa Imigresen dengan menaiki dua buah van. Saya lihat kesemua pekerja kedai tersbut ditahan, digari tangannya serta dibawa masuk ke dalam van berkenaan. Seorang pun tiada yang tertinggal.

Saya dan keluarga serta semua pelanggan yang berada di kedai itu sangat terkejut dan berasa sedih sekali melihat kejadian ini. Selepas sahaja salah seorang dari pekerja menghantarkan nasi ke meja saya, dia terus digari tangannya.

Saya hanya membuat kesimpulan sendiri bahawa kesemua pekerja itu (rakyat selatan Thailand) berkemungkinan mengunakan pasport lawatan, tetapi bekerja di kedai tersebut.

Yang menjadi kemusykilan saya adalah:

1. Setelah lebih dari 10 tahun mereka berniaga di situ, kenapakah baru malam ini mereka ditangkap?

2 Adakah mereka ini perlu dilayan macam penjenayah sehingga perlu digari tangan mereka di hadapan semua pelanggan yang ada?

3. Adakah mereka lebih buruk dari warga asing yang bekerja di pusat karaoke, rumah urut, sarang pelacuran dan lain-lainnya?

4. Saya menilai mereka ini hanya mencari rezeki yang halal untuk sesuap nasi di bumi yang luas kepunyaan Allah ini. Mereka sanggup merantau dan berusaha untuk mencari rezeki, tetapi orang kita hanya tahu berdengki apabila melihat perniagaan mereka maju.

5. Undang-undang tetap undang-undang, yang salah juga tetap dihukum. Cuma pelaksanaannya saja yang memilukan hati saya.

6. Malam ini makan freelah saya sekeluarga kerana saya tidak sempat untuk membuat pembayaran. Saya masih lagi berfikir bagaimana saya hendak membuat pembayaran tersebut. Anak-anak saya bertanyakan bermacam-macam soalan kepada saya berkenaan peristiwa ini

Maaf Datuk, hanya di internet saja tempat saya dapat meluahkan segala ketidakpuasan hati saya terhadap segala yang berlaku di atas dunia ini. – Dr. Butiq, Rabu, 28 Mac 2007, jam 11:12 malam.

1 comment:

Unknown said...

Seperti kata Dr.Butiq pelaksanaan jadi tanda soal. Mengapa mereka berkelakuan begitu, apakah sememangnya prosedur jabatan begitu? Atau pelaksana mempunyai agenda tertentu? Hinakah peniaga itu atau hinakah pelaksana undang-undang? Inilah modal insan yang idamkan olih pemimpin negara. Nak salahkan siapa dalam perkara begini..sudah tentu mereka berani berkelakuan sedemikian rupa kerana yang diatas juga sama. Maaf Dato, kita ni orang Melayu kalau pasal perkataan DENGKI ni dah lama melekat, saya juga pernah berniaga warong..pernah dihantar tanah kubor agar warong saya lingkup..ini Melayu..tidak semua hanya segelintir sahaja yang tidak yakin dan berserah kepada Allah. Semoga yang DENGKI dan Pelaksana undang-undang sedarlah..perjalan hidup masih jauh dan akan diakhiri dengan soal jawab kepada yang Maha Berkuasa dan Mengetahui...