Sunday, March 04, 2007

Yang Bantu Penjenayah
Adalah Timbalan Menteri?

Seorang Hamba Allah mengirimkan sms kepada saya pada 3 Mac 2007. Dia bertanya: Adakah ahli politik kanan yang dikatakan menerima sogokan $5 juta untuk membebaskan penjenayah dari penjara, adalah seorang Timbalan Menteri?

Saya tidak tau jawapannya. Saya pun bertanya kepada sahabat saya, Raja Petra Kamaruddin (RPK), di Malaysia Today (MT). Beliau juga tidak tau identiti sebenar individu yang dimaksudkan.

Fikir punya fakir, punya fakir, saya pun menghantar sms kepada ‘toyol’ yang sering mengirimkan maklumat sulit kepada saya.

Lazimnya ‘toyol’ berkenaan tidak pernah mahu menjawab sms saya atau pun menjawab panggilan telefon daripada saya.

Tapi, kali ini saya bernasib baik. Selang kira-kira 15 minit saya menerima sms daripada ‘toyol’ tersebut.

Sms saya kepada ‘toyol’ itu berbunyi: “Anda tau ahli politik kanan yang diura-urakan menerima $5 juta untuk bebaskan penjenayah dari penjara? Tolong jawab.”

Jawapan ‘toyol’ tersebut kepada soalan di atas hanya dalam bentuk dua perkataan seperti berikut: “Timbalan Menteri.”

Jawapan di atas membuatkan hati saya tertanya-tanya. Seorang Timbalan Menteri? Kementrian mana? Mewakili parti apa? UMNO atau bukan UMNO?

Kementerian yang bertanggungjawab mengenai penjara di Malaysia adalah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Menterinya adalah Datuk Seri Abdullah Ahmad yang juga Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri pada ketika ini adalah sahabat saya, Dato' Mohd. Johari bin Baharum, dan classmate saya, Dato' Fu Ah Kiow.

Jadi, adakah Timbalan Menteri yang dimaksudkan oleh ‘toyol’ berkenaan adalah Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri? Kalau ya, siapa dia? Dato’ Johari (UMNO)? Tak mungkin! Dato’ Fu (MCA)? Pun tak mungkin!

Jadi, sapa? Sapa? Sapa? Kedua-dua Dato’ Johari dan Dato’ Fu adalah orang yang berkredibaliti tinggi. Kedua-duanya berkhidmat untuk negara.

Lantas, saya pun sms ‘toyol’ berkenaan sekali lagi. “Sapa? Datuk Jo ke Dato’ Fu?” kata saya dalam sms tersebut.

Tidak lama selpas itu, saya terima jawapannya: “Bukan. Yang dulu!”

Waduh!! Ini sudah berat. Saya tak berani meneruskan spekulasi siapa dan siapa yang sebenarnya terbabit. Saya tidak mau dituduh sebagai memfitnah.

Jadi, cukuplah setakat ini sahaja. Kita sama-sama tunggu dan lihat, apakah outcome siasatan yang dijalankan oleh pihak polis dan BPR kelak.

Apa yang penting, rakyat jelata Malaytsia sekali-kali tidak tidak akan berkompromi dengan amalan dan tindakan songsang seperti yang sedang diheboh-hebohkan pada hari ini. – Ruhanie Ahmad.

8 comments:

lamandau said...

Pandai lah Datuk , a real journalist!! Setakat yang Datuk dedah tu dah mencukupi, tapi kita terpaksa tunggu hasil siasatan Polis dan BPR. I'M confident both agencies will come out with the truth!!

Genius said...
This comment has been removed by the author.
Genius said...

2 possibilities ...

Y.B. Dato’ Noh bin Omar

Y.B. Encik Chia Kwang Chye

Which one aaaa ?? Banyak tu RM5 juta ... Best pulak baca blog nih ...

tunku said...

waa datuk, datuk kata datuk jo berkredibiliti tinggi, memang tinggi sampai berjaya memastikan tun (ex boss dia) kalah kat kubang pasu.

AFRAR YUNUS said...

Orang yang Tun angkat naik, kini patahkan Tun. Kredibiliti apa ? Tanya orang Kubang Pasu, cara dia dan orang-orangnya bekerja. Lebih dari Ketua Negara. Jangan jadi macam Ad Spet bekas PA Tun sudahlah. Kini dikatakan terbuang seorang diri. Akibat Sumpahan Orang Kubang Pasu. Jo satu nama - indah khabar dari rupa.

lamandau said...

Setalah baca Star UM dan the Sun hari ini, saya amat keciwa Datuk. Keciwa kerana saya rasakan saolah2 saya berada disebuah negara di Afrika pulak.Lepas satu, satu pendedahan/tomahan yang di keluarkan terhadap intergriti ppegai kanan kerajaan. Apa nak jadi kepada negara yang tercinta ini? Saya tidak mahu komen tentang 'kesalahan yang telah di lakukan oleh pegawai2 tersebut, tetapi komen saya lebih terarah terhadap perkara ini dipolimik kan di mdada2 media massa . Pegawai tinggi kerajaan berapi2 cuba nak yakinkan siasatan akan dijalankan. Ada yang terasa pedas nya cili, tak semena2 tampil menjawab bukan sahaja dengan penafian tetapi berserta dengan tomahan keatas pihak lain pula. one thing leads to another!!
Saya merasakan keadaan tidak terkawal ujud apabila ketua jabatan berintraksi melalui media! Adakah dakwaan sesetengah orang itu bahawa AAB hilang kawalan mentadbir negara, ada kebenarannya! Pada mulanya saya agak skeptikal terhadak dakwaan sesetengah orang itu terhadap AAB, tetapi kian sehari kian menunjul pula bukti2 kearah dakwaan tersebut. Apa yang menjadi Tanda tanya ramai pemerhati politik ialah mengapa PM membenarkan situasi berlarutan , sedangkan beliau bisa menamatkannya dengansenang! Perdebatan antara ketua jabatan dengan menteri tidak begitu kerap berlaku pada masa 2 yang lampau. Kalau berlaku pun cepat2 PM atau TPM intervened. PM seharusnya memanggil pihak yang terlibat di bawah kementerian nya (Dalam Negari) untuk berbincang dan selepas itu keluar kenyataan akhbar yang muktamad dan yang diam sediam2nya !!
Semua yang terlibat tu kawan baik saya kawan baik saya. Tetapi kalau nak keluarkan counter-allegation untuk menutup allegations orang terhadapnya, saya rasa bukan tindakan yang matang dan berhemah.
So far PM, TPM dan senior minister yang lain cuma berdiam diri sahaja. Saolah2 tergamang dengan peristewa yang begitu pantas berlalu.
Akhir nya Datuk,saya berpendapat ketelusan obsolute akn membawa padah kepada pentadbiran negara. Kalau semua yang ditomahkan diberi perhatian sebegitu tinggi prioritasnya,saya rasa kerajaan akan berhadapadan dengankrisis keyakinan jika tomahan2 itu tidak dapa di tuntas!!

lamandau said...

solah2 tergamam dengan..... bukan teregamang!! maaf. Kadang2 terbawa dengan sebutan negeri asal ! kadang2 fikiran lebih pantas dari mengetip ...ha...ha.maaf

A Voice said...

Website yang menjadi buah cerita police adalah http://www.freewebs.com/southeast-wind/

Ada satu lagi toyol beritahu saya berkata dia pernah ditawarkan untuk settle apa2 masaalah dengan polis/bpr dgn membayar satu timbalan menteri tahun lepas.

Tempat untuk berjumpa timbalan menteri itu di satu kelab di the curve. Trace sajalah mana timblan2 menteri ini dudok. Mesti tak jauh dari rumah masing2.