Wednesday, March 21, 2007

Penamaan Calon
P/Raya Kecil Machap
3 April, Undi 12 April
[
bernama.com]

PUTRAJAYA, 21 Mac (Bernama) -- Penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka kawasan Machap ialah pada 3 April ini dan pengundian pada 12 April.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman membuat pengumuman itu di sini hari ini ekoran kematian penyandang kerusi itu, Datuk Poh Ah Tiam, dari Barisan Nasional pada 15 Mac lepas akibat sakit buah pinggang.

Poh, 55, yang juga pengerusi MCA Melaka dan pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Pengangkutan Negeri, memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2004 selepas menewaskan Liou Chen Kuang dari DAP dengan majoriti 4,562 undi.

- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=252391

Komen:

Untuk mengulas berita di atas, saya ulang kembali posting saya dalam blog mayaputera seperti di bawah ini:

Apakah Ini Hakikat
Dalam PRU Ke-12?

Di bawah ini saya ceduk posting Saudara Anuar Mohd Nor menerusi blog http://arahkita.blogspot.com/.

Ia ditulis berasaskan satu kenyataan dalam NST 20 Februari 2007 bahawa “Two out of three, or a little more than 60 per cent, of Malaysian Chinese may vote Opposition at the next general election.”

Kenyataan ini dipaparkan dalam blog Saudara Anuar. Ia dihiasi dengan potret Datuk Sri Ong Ka Teng selaku presiden MCA.

Bacalah posting ini sepenuhnya sperti berikut:

Tuesday, February 20, 2007

60% bangsa Cina tolak Barisan Nasional

Mendebarkan, membimbangkan. Benarkah 60% bangsa Cina kini menolak Barisan Nasional. Ini bukan berdasarkan konklusi anggaran tetapi dikatakan adalah melalui culaan statistik. Sekiranya ini benar dan peratus sokongan kepada UMNO juga merosot maka mungkinkah pembangkang akan menunjukkan pretasi yang lebih baik atau dapat menafikan majoriti undi. Sekiranya 60% bangsa Cina menolak BN adakah mungkin bandar- bandar besar negara ini akan terlepas kepada Cina? Apakah nasib Barisan Nasional dan UMNO yang gagah memperjuangkan nasib Melayu? Adakah dengan penolakkan itu akan memberi lebih demokrasi kepada Malaysia atau terlaksana Malaysian Malaysia yang dimimpikan oleh DAP atau Democratic Action Party? Apa pula agenda Melayu waktu itu? Adakah agenda ini terlupus dan meminggirkan Melayu khususnya setelah kalah dalam persaingan ekonomi. Apakah implikasi terhadap pemalingan keturunan Cina terhadap Barisan Nasional?

posted by Anuar Mohd Nor at 11:46 PM

Mungkinkah kebimbangan Saudara Anuar Mohd Nor seperti di atas memunculkan realiti dalam PRK DUN Machap pada 12 April 2007 ini? - Ruhanie Ahmad.


1 comment:

lamandau said...

Saya tidak berapa setuju dengan posting sdr Anuar tu Datuk.Kita jabgan ingat kaum cina tu tidak mempunyai pendirian. Mungkin ada segelintir yang menyatakan akan boikot BN, yang lain terutama mereka yang merasakan mempunyai 'stake' dalam negara tidak akan bagi undi kepada pembangkang. Setakat nak ajar BN mungkin, tetapi tidak sehingga meranapkan penguasaan BN !
Saya merasakan Negeri2 tertentu akan mengalami kemerosotan undi dan mungkin kerusi, tetapi tetap sukar untuk menidak kan BN mendapat 2/3 majoriti dalam Parlimen.
Majoriti kaum cina pun mahu mewujudkan'peaceful co-existence' dengan kaum yang mengungguli pemerintahan di negara ini. Jadi kepada mereka yang mempunyai kecenderungan kepada partai pembangkang , jangan berharap sangat kaajaiban berlaku. Kalau ya pun, paling terbaik pembangkang berjaya ialah tahap PRU 1990.
Mungkin Kelantan agak sukar untuk ditawan balik oleh BN, kerana ia melibatkan isu dalaman UMNO sendiri. Faktor perpaduan dikalangan Umno akan menentukan hasil PRU ke 12 nanti!
Jangan kita memperkecilkan kebolehan orang Umno , mereka telah teruji. Walaupun isu2 yang dihadapi sekarang ini nampak pada mata kasar sukar untuk myakinkan rakyat(pengundi), tapi tengoklah nanti, Umno 'will prevail"