Saturday, March 24, 2007

Sindrom Apa Nak Jadi
Dan Tak Boleh Jadi
Memang Dah Menjadi!

Majoriti warga Johor kebelakangan ini diserang sindrom jadi, tak jadi, apa nak jadi, tak boleh jadi dan betul-betul menjadi, secara menjadi-jadi.

Sindrom ini terjadi akibat kedolak-dalikan dasar dan pendirian kerajaan pusat yang kian menjadi-jadi.

Ia juga terjadi akibat anjakan paradigma dasar kebumiputraan kerajaan dalam konteks pembangunan mega di Johor yang agak menjadi-jadi.

Mula-mula kerajaan pusat cadang nak bina jambatan ganti causeway di Johor Bahru. Kata kerajaan, jambatan lurus, herot atau bengkok, pun taka pa. Asalkan jadi. Lepas tu, projek jambatan itu dibatalkan.

Maka, sebilangan besar warga Johor pun tertanya-tanya: apa dah jadi dan apa nak jadi? Golongan yang marah pula berkata: ini tak boleh jadi!!!

Lepas tu, kerajaan pusat buat projek mega. Mula-mula, gunakan nama South Johore Economic Region (SJER) atau Wilayah Ekonomi Johor Selatan (WEJS). Lepas tu, tukar kepada nama Wialayah Pembangunan Iskandar (WPI) atau Iskandar Developmnt Region (IDR).

Maka rakyat Johor pun kehairanan dan bertanya: apa dah jadi? Golongan yang marah-marah kerana penggunaan nama DYMM Sultan Johor pula mengeluh: hai, ini tak boleh jadi!!

Baru-baru ini, sebuah akhbar tempatan berbahasa Cina pula menggagaskan supaya WPI tidak memasukkan elemen-elemen kebumiputeraan dalam proses pelaksanaan projek itu. Tulisan itu diceduk pula oleh Berita Harian Singapura.

Saya kata, ini mana boleh jadi? Lantas, saya pun muatkan gagasan akhbar Cina itu ke dalam blog mayaputera. Intisari kepada reaksi blog itu ialah: ini tak boleh jadi!!

Dua tiga hari yang lalu, Tan Sri Musa Hitam, Pengerusi Panel Penasihat WPI pula buat kenyataan yang seolah-olah senada dengan gagasan akhbar Cina berkenaan.

Maka, majoriti rakyat Johor pun terkejut. Kebanyakannya berpendapat bahawa anjakan paradigma ini belum sampai masa dan ketikanya.

Merka pun hairan, macam mana anjakan macam ni boleh terjadi. Golongan yang kecewa dan marah pula mengeluh: dasar macam ni mana boleh jadi???

Semalam, sewaktu ramai rakyat Johor diserang sindrom jadi, tak boleh jadi, dan mana boleh jadi yang kian tenat, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak pula berkata seperti di bawah ini:

Kerajaan tetap mengambil kira kepentingan bumiputera dalam pembangunan WPI di Johor walaupun kelonggaran diberikan kepada pelabur asing di kawasan berkenaan. Ini kerana keupayaan masyarakat bumiputera dalam bidang perniagaan dan perindustrian telah meningkat dan JIKA TERDAPAT PELUANG TERTENTU di WPI, mereka boleh mengambil bahagian. – Dipetik daripada Utusan Malaysia 23 Mac2007.

Jadi mana kita semua? Kenyataan di atas boleh jadi ke tak boleh jadi? Kenyataan di atas bukankah sah bahawa anjakan paradigma mengenai polisi kebumiputeraan dalam WPI memang betul-betul dah menjadi?

Entahlah. Apa dah jadi ni? Mana boleh jadi ni? Macam mana hal-hal seperti di atas kini makin menjadi-jadi? Adakah ini buktinya bahawa impian jiran kita di selatan sana memang benar-benar dah menjadi?

Kalau macam ni, mana boleh jadi? Kalau tak boleh jadi, kita rakyat Johor ni apa nak jadi? Diam, membisu dan biarkan saja perkembangan ni jadi semakin menjadi-jadi? Fikirkan sendiri, apa yang harus terjadi!! – Ruhanie Ahmad.

18 comments:

A Voice said...

Good Observation, Tok.

Nampak gaya ini saja respons yang kedengaran dalam suratkhabar. Itu pun diputarbelit untuk seolah2 menyokong kenyataan Musa. Jarum Kalimullah menjahit untuk tuannya ...

Berita Harian March 23-3-07

Kenyataan Musa tidak telus

BATU PAHAT: Kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam yang mencadangkan dasar mengutamakan Bumiputera dalam pembangunan dihentikan bagi menarik pelabur asing ke Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), mengelirukan.

Ketua Penerangan Umno Johor, Senator Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata kenyataan Musa yang dibuat dalam satu temu bual dengan media asing, Rabu lalu amat dikesali kerana ia dibuat tanpa merujuk fakta sebenar.

Beliau berkata, sebagai bekas pemimpin nombor dua negara, Musa sepatutnya lebih telus dengan mengemukakan hujah berasaskan fakta bukannya bersandarkan andaian semata-mata.

“Kejayaan banyak syarikat multinasional milik Bumiputera mendapat kontrak di luar negara tanpa bantuan kerajaan membuktikan kewibawaannya untuk menyiapkan projek mengikut jadual ditetapkan.

“Kejayaan syarikat Bumiputera melaksanakan pelbagai projek mega di negara ini juga membuktikan bahawa mereka memang berdaya saing, mempunyai merit serta kompetitif,” katanya

Beliau diminta mengulas kenyataan Musa berhubung dasar kerajaan memberi keistimewaan kepada Bumiputera dalam pembahagian ekonomi yang didakwanya boleh menghalang pelabur asing menanam dana di WPI.

“Saya kesal dengan kenyataan beliau yang seolah-olah memperlekehkan keupayaan orang Melayu dan menganggapnya sebagai amat tidak wajar serta boleh mengelirukan orang ramai,” katanya.

Azri said...

Pembangunan ekonomi yang rancak di zon bebas yang sekali lagi meminggirkan Melayu.
Adakah buta mata melihat yang selama ini kita nampak bahawa pembangunan dalam segala bentuk hampir seluruhnya di kawasan masyarakat bukan Melayu.
Dan di Wilayah Pembangunan Iskandar akan ada rata-rata bukan rakyat negara ini pun.
Perkembangan pembangunan seumpama ini bererti menafikan hak rakyat Bumiputera di tanah air sendiri.

Menjawab sedikit kenyataan Tun Musa Hitam;
Dalam ertikata yang sebenar sesuatu pertolongan kepada Bumiputera tidak boleh disifatkan sebagai satu keistimewaan ataupun bantuan. Tetapi itu semata-mata adalah pemulangan hak, satu pemulangan HAK.

Unknown said...

en. ruhanie ahmad,

saya tidak paham apa yang en ruhanie bimbangkan sangat. tun musa hitam kata, "contract awards will have to be on merit", dan "the malays will have to face competition".

bukankah ini merupakan satu perubahan yang positif? kenapa pula kita ni asyik nak lindungi orang melayu daripada competition from other races? jika en ruhanie fikirkan betul-betul, bukankah tindakan melindungi orang melayu daripada bangsa lain seolah membuktikan bahawa orang melayu tidak boleh compete dengan bangsa lain? mengapa kita takut sangat?

sampai bila kita mahu manjakan orang melayu? bukankah sejarah telah menunjukkan, bahawa timbul atau tenggelamnya sesuatu bangsa adalah bergantung kepada pressure dan competition yang mereka hadapi? contohnya, bangsa yahudi. for decades maybe centuries mereka telah ditindas, sekarang lihat mereka di mana. sehingga amerika pun terpaksa tunduk kepada mereka. orang orang islam arab, dikurniakan dengan padang pasir yang luas, tapi apa yang mereka buat dengan tanah sebegitu? tiada apa apa. orang yahudi pula? mereka jadikan padang pasir satu tanah yang subur, into a green oasis.

pada pendapat saya, kenyataan tun musa hitam itu boleh menjadi pemangkin kepada melayu menjadi lebih maju. mengapa? kerana beliau tidak menganjurkan DEB dilupuskan serta merta, beliau hanya mahu melihat polisi tersebut tidak dilaksanakan hanya di satu wilayah sahaja. di johor. hanya satu negeri. is bukannya meliputi seluruh negara.

kita sabar dulu, jangan terburu buru, melulu lulu membuat judgment. saya kenal banyak kontraktor melayu yang berwibawa, yang betul betul dah berjaya, mereka mahu buat projek, tetapi mereka hilang selera akibat terpaksa mengampu orang orang umno. inikah yang en ruhanie envision untuk orang melayu? oleh kerana there is no independent competition, free from external factors, kontraktor kontraktor melayu yang betul betul boleh buat kerja, akhirya terpaksa cari kerja lain kerana orang umno mintak komisyen, sikit sikit mintak komisyen, sikit sikit mintak. inilah jadinya apabila DEB dipermain-mainkan oleh politikus politikus umno.

lamandau said...

Setakat mana melayu nya muhamad ilham? Mungkin anda askar upahan, tetapi argumen anda tidak menunjukkan anda orang melayu. Tidak beradab apabila address orang. Saya ingat anda bukan melayu lah!!
DEB kita belum lagi dapat dicapai sasarannya, nak cakap tentang pemangkin kononnya. Orang melayu nak bersaingan dipentas tempatan pun sukar , apa tah lagi dengan international players!
Kalau pun nak buat tak payah di hebahkan, buat dgn cara diam2 atau tumpangkan pengusaha melayu dengan GLCs. Maka sudah tentu tidak menjadi debatan orang ramai. Impaknya tidak begitu merisaukan kalau dibanding dengan keadaan sekarang.
Parti pembangkang akan capitalise this issue, dan UMNO akan menerima padahnya!!

Pesanan Keramat said...

Saya ungkap kataMuhammad Ilham, kononnya seorang pejuang siber:

beliau tidak menganjurkan DEB dilupuskan serta merta, beliau hanya mahu melihat polisi tersebut tidak dilaksanakan hanya di satu wilayah sahaja. di johor. hanya satu negeri. is bukannya meliputi seluruh negara.

Nampak sah boleh baligh dan berakal anak ni. INikan namanya pengunduran dan mengalah.

Pewlaburan IDR ini hana menunjukkan pemerintahan AAB tidak ada kebolehan pengurusan dan kepakaran unuk melakukan sesuatu. Apa perlu pengetahuan dari luar?

Dari sejak Merdeka hingga ke zaman TUn razxak ke Industralisasi zaman TDM, kita membina kepakaran. KIta merancang dan lihat macam mana buat sesuatu. Kita belajar membuat, mereka, menjual sesuatu.

Kita dulu tak pandai. Tak belajar Oxbridge, Harvard, ... Hanya Kolej Rida, ITM, ... adalah skit UM. Kamu orang muda2 hanya tahu ... tak tahu biar orang luar buat.

Buat apa kita layan Spore yg sudah desperado kawasan? THailand, Indonesia. India, CIna dan bermacam2 negeri membenci mereka. BUat apa kita nak layan?

Muhammad Ilham

Positif thinking anda sebenarnya negative thinking berdasarkan seorang yg tidak ada keyakinan diri dan tidak berkebolehan berfikir.

Unknown said...

saya ungkap pula kata kata pesanan..

"Kita dulu tak pandai. Tak belajar Oxbridge, Harvard, ... Hanya Kolej Rida, ITM, ... adalah skit UM. Kamu orang muda2 hanya tahu ... tak tahu biar orang luar buat."

pesanan, tak tahu biar orang luar buat? saya bukan nak orang luar buat, tapi kalau orang melayu tak terdaya nak buat, macam mana lagi? wilayah pembangunan iskandar ni memerlukan pelaburan dengan secepat yang mungkin, kalau ada orang melayu yang tak boleh laksanakan projek projek, kita nak tunggu berapa lama baru boleh belajar?

kita perlu ingat, polisi yang tun musa gesa sekarang ini bukan bermakna orang melayu langsung tak boleh buat kerja. malahan najib sendiri kata, kalau ada peluang, of course orang melayu boleh menceburkan diri dalam WPI ni. tun musa tak larang orang melayu buat walau satu pun projek sepenuhnya, yang tun musa hitam hendakkan ialah memberi lebih banyak kebebasan kepada pelabur pelabur asing untuk menolong mempercepatkan lagi kemasukan pelaburan.

satu lagi point yang saya hendak ketengahkan di sini ialah, tahukah pesanan apa yang akan terjadi jika kontrak diberi kepada orang melayu yang tak berkebolehan dan tak kompetitif? mereka akan jual kontrak tu kepada orang cina. apakah kita semua sudah lupa kepada isu ali baba beberapa bulan yang lalu?

saya amat mengalu alukan orang melayu belajar bersungguh sungguh, mereka dan mejual sesuatu. saya juga amat gembira sekiranya orang melayu banyak mendapat peluang perniagaan. tapi, kalau peluang peluang tersbut berakhir dalam tangan baba hanya kerana kerajaan melaksanakan DEB, kita kena persoalkan, adakah matlamat DEB akan tercapai dengan jatuhnya kontrak kontrak, peluang peluang pembangunan ke dalam tangan baba selepas memberikannya dengan senang lenang kepada ali? nak tambah lagi, kalau kita nak ekstrapolasikan lagi, siapa sebenarnya yang akhirnya mengkhianati bangsa? ali sendiri, orang yang riuh rendah minta kontrak dari kerajaan. janji punya lah janji boleh buat kerja, tapi akhirnya jual kepada business partner mereka, orang cina. baik tak payah macam tu.

kesimpulannya, saya hanya mahu melihat melayu yang paling berkemahiran sahaja menceburkan diri dalam WPI. kalau melayu yang tak berkemahiran diberi kontrak membangunkan WPI akhirnya menjual kontrak tersebut kepada orang cina, itu saya tak redha.

Mika Angel-0 said...

Datuk Ruhanie,
Salaam.

Cuba ceritakan apa yang kamu tahu atau akal mu nampak sekiranya begini yang berlaku mahu pun sebaliknya. Macam nujum komputer megira kebarangkalian.

Kita mahu untung!
Ya, saya setuju. Siapa yang mahu rugi.

Dari jalan mana untung yang diidam-idamkan itu akan menjelma?

Apa susah, kalau lah kita tak setuju dengan kezaliman yang berlaku di WPI kita pergi
JOM HEBUH atau Perkampungan Hadhari. Tentu sekali orang rumah mungkin tersenyum lebar.

Tun Musa mahu perbincangan, maka silakan Tun musa katakan sepenuh-penuhnya apa yang tersirat.

Apa kata Tun-Tun yang lain?

Unknown said...

assalamualaikum dr butiq,

saya hanyalah seorang pelajar universiti. saya tidak akan mendapat apa apa habuan pun dari WPI.

semua orang di sini mesti paham, ya allah, saya bukan mahu pembangunan yang jika berlaku akhirnya akan merampas tanah tanah rakyat jelata johor.. saya mahukan pembangunan yang bertanggungjawab dan tidak akan menzalimi orang lain. now, itu bukan lah specialty saya, itu tugas kerajaan. kalau tanah orang johor kena rampas diberi kepada orang asing, kalau pembangunan menzalimi rakyat, maka kita semua hendaklah membantah kerajaan. saya setuju, saya sangat setuju dengan dr butiq.

saya juga ingin menegaskan di sini, bahawa saya ni bukannya penyokong pentadbiran abdullah badawi. jauh sekali. saya sudah hilang selera dengan pentadbiran kerajaan kita yang semakin penuh dengan politik wang, skandal bunuh altantunya, salah guna kuasa lepaskan penjenayah dan sebagainya. saya dulu sangat lah menyokong umno, tapi tidak lagi sekarang. dahulu, perjuangan mereka sangat relevan, namun sekarang umno terlalu sarat dengan politikus politikus yang kotor dan tidak takut Allah.

saya juga ingin menegaskan bahawa saya menyokong DEB, namun saya sangat tidak bersetuju dengan pelaksanaannya dan implementasinya. tidak ada ketelusan dan transparensi. DEB ni hanya menguntungkan mereka mereka yang segelintir, yang kroni umno, yang kuat mengampu, yang middle class. orang yang benar benar hidup susah tidak begitu mendapat kesan daripada DEB, kerana umno telah menyalahgunakan kuasa mereka dan insider knowledge mereka. sumpah, saya tidak mahu DEB dihentikan, namun kalau DEB akan disalahgunakan oleh ahli ahli politik dalam implementasi WPI, seperti yang telah berlaku 10-20 tahun yang lalu, saya tidak setuju. langsung tidak setuju. kalau DEB di WPI akan menguntungkan segelintir sahaja orang umno dan kroni kroni mereka, dan akan drive investers away, maka saya sangat mengalu-alukan tindakan keras yang dicadangkan tun musa hitam. kalau transparensi dan kejujuran takda dalam melaksanakan DEB, maka lebih baik langsung dihentikan sahaja DEB di WPI.

. said...

Dato, inilah yang terjadi apabila yang dirancang tak menjadi hinggakan apa yang nak jadi masih tak jadi-jadi. Iyalah, ini tak boleh jadi!

Saya kira elok kita semua bermuhasabah dan melihat apa punca kepada semua ini. Usah apabila negara menjadi milik orang, kita menjadi bangsa yang menangis di bumi sendiri.

Unknown said...

Datuk

Sebab saya berkenan sangat tulisan dia, izinkan saya bubuh di sini apa yang ditulis oleh Clark Gable of Pulau Duyong..

PANGKOR TREATY REVISITED IN JOHOR

March 23rd, 2007 at 6:56 pm

Am just an average Malaysian with a tinge of interest in History.To my question why the history alway repeat itself once so often ,my Grandad said ,because, as humans we have desire ,worries, greed for money or power and self interst in everyone of us.It never change throughout history ,thats why it always repeat itself like a record stuck on a groove..As long as these human dynamic come into play ,ideas cooked up always ultimately made to suit the mentioned human needs,be it a group or individual fulfilment of desires.

The later observer of history has the benefit of hindsight to analyse the outcome of anything that being signed and its only fair we learn from people of past to what mistakes they had done and pray to God never to repeat it again.

Somehow I look at opening of SJEC as another Pangkor’s Treaty in the making.

The Rulers in 1874,whose advisers of the court ,none the wiser of the way of international dealings had a problem with managing the state economy and calling for outside help ,of course ever willing British were too glad to offer assistance.

They help came with stipulated condition basically surrendering the sovereign right and the the economy of the state except for Religion and Adat.All signed,sealed and delivered on Jan 20th 1874.

The decisions made in Pangkor treaty were made without the interest of average rakyat taken into account.The fighting royals were for their own survivals,the mining lords for wealth and power,the mining Tauke were for their own wealth (importing cheap labours to slave in their mines),the British for control of wealth and they conveniently forgotten about rakyat.

The present attest to the failures of the treaty . I didnt see the Malay multimillionaires or Malay millionaires' house rows in Ipoh as we walk the history of Perak D.R.Count me 20 Malay millionaires not from royal houses and warlords from that era...UMNO members from Perak would find it hard to do that as even now ,if these presumative number is true,30% of Malay economy by now would be own by Malays from Perak!!!

Sadly it is not true. I justify the rulers and court jesters' misjudgement to their shortcomings in understanding of how the world conducted trades then....as for rakyat?we weeped for generations.

The average Malay in Perak then never had their wealth ,thats a fact,all wealths were siphoned out to The Great Empire.

All left for them is unuseable disused mining ponds ,old railway tracks,a few antique bars to remind them of billion of ringgit that used to pass this beautiful state of Perak D R!!!

Am sure there were characters like Tun Musa during Pangkor Treaty,the sort of characters that always come with enlightened views , pompous ideas and sugar coated promises…looking like all selfless leader that they want to potray..selfless?? certainly he is not!!

There will be wave of migration of people from all over the world to Johor no doubt about it.Free flow of people fr S’pore to Malaysia..that goes without saying.Billions poured into Economy..Tun Musa applauded...probably you can use S'pore currency used in SJEC not in too distant future.

What would the Johorean get in return?
Free travels To S’pore..I doubt it.
Taking off the tambak to ease their pollution ?..far from it
Free asses to work in S’pore with first world salary?…i very much wonder about it.

S’pore find it difficult to exert her influence in China,Taiwan ,Indonesia ,Thailand and their company even try to cheat in India!!

Indonesia were asking for extredition treaty so that they can get asses to ill gotten wealth smuggled to S'pore ,She just being ignored ,like a schoolgirl asking money,with much humilation short of begging,mind you this is one mighty Indonesia .S'pore didnt even turn to look much less to lend Indonesia the left ear.

In Thailand ,the Thaksin Goverment were overthrown because of the dealing with S'pore who ,though claimed always transparent,paid Thaksin without the need for him to pay tax even a single baht.

There had an army on ready state to invade Johor for Godsake!!
One kind neighbour we got here.

In summary wherever they do business ,they got a slap in the knuckles.Whenever neighbour in trouble ,please dont come to me or your misery would double.

The point is,It cannot be us and us alone finding it difficult to deal with S’pore but basically half of the world population!!!

S'pore and United Kingdom of old will do it for the same reason...for their own self interest.So would Tan Sri Robert Kuok,who transferred all his plantation interest to S'pore with just a stroke of pen.I doubt it very much he would sincerely do it for the betterment of the country or specifically Johor.His heart is somewhere else.



Does Tun Musa care to remember what S’pore did to us in 1997? With water treaty? With sand? With Airspace? With our currency? With Batu Uban? With build if you dare the crooked bridge? To the last question we ran with tails between our hindlegs if somepeople care to be reminded.

With a friend like this ,you cant invite them to sleep in your house.

Tun Musa is telling this house owner to extend the grandest welcome ,with the best meal and best room to spare.He did politely ask whether we have a daughter of marriageable age to make our visitor comfortable? He came from genteel class parishes you see.

Singapore came without any threat but invited,a known cheat and a selfish nation, and Pak Lah brought them with a glee proud of achievement.Did anyone care to look into extrdition clause?I guess everyone around him been telling too many nice things about S’pore.Paint beautiful potrait with Midas strokes and scented odour making it palatable to our affable Pak lah.

We have seen this before,British came by our invitation (force to invite them with gun pointed to our leaders' heads…so i forgive the Malay Rulers and Court jesters of old),but they took all the wealth in the politest of ways....and the pain lingers.

I wonder why UMNO member in Johor ,her birthplace ,were so ‘macam lembu kena tarik hidung’,there were not even a single whisper of refusal heard or a devil advocate surfaced...let me hear you roar.I remember the roar of yesteryear when Merdeka shout vibrates the Istana and 'Tanah Tumpah Darah Ku'means much more.

Do they surrendered so timidly like Perak Royals of Old?

How would our greatgreatgrand children remember Pak Lah in history? Would they be sitting on a hologram computer typing letter as another history is going to be repeted,and referring to Pak Lah like I am referring to the treaty of Pulau Pangkor now?.I wonder...

Lest We Forget.

Azri said...

Sama ada kontrak diberi kepada kroni atau yang berkepentingan itu adalah masalah lain, ia tiada kena mengena dengan tujuan DEB.
Apa yang mengecewakan sangat, masih ada yang berkata 'orang melayu tak boleh buat, atau tak kompetitif'.
Adakah orang ini dah cukup merasai atau memahami apa yang mereka cakapkan ini?
Di belakang saya beribu pegawai, jurutera melayu yang sedang mengumpul pengalaman dan meraih ilmu, dari pelbagai lapangan dan mereka ini bekerja, bergaul dengan pelbagai bangsa yang terdapat di dalam dunia ini (malah saya sendiri pernah di'pow' oleh seorang yahudi). Mereka ini hanya menunggu masa untuk keluar dari 'ikatan' dan berdikari sendiri.
Malah kalau mereka tak mahu berdikari, kerja lain akan mencari mereka.
Sudah tentu mereka orang yang berkemampuan, kalis peluru, kompetitif dan kompeten. Mereka tidak dilindungi apatah lagi dimanja.
Tak salah kalau ia diberi sedikit/banyak kepada bumiputera, walaupun seribu tahun lagi.

wong soga said...

salaam tok

kami harap saranan tun musa itu tidak dibaca dengan emosi semata-mata.

kami fikir tun musa sudah membaca lebih jauh ke hadapan, lebih jauh daripada yang kebanyakan orang akan sangkakan.

kami tak ada jawapan, tetapi barangkali soalan-soalan kami boleh meneroka arah tuju kenyataan beliau;

soalan kami begini, kenapa usulnya meritokrasi, dan bukan deb?

ini makna meritokrasi

ini pula makna deb.

tetapi bukan suatu rahsia lagi bahawa deb telah dimanipulasi oleh umno.

tun mahathir telah meninggalkan legasi yang berbagai-bagai, baik yang elok ataupun yang tidak elok (ini mengikut ukuran masing-masing). tetapi di antara yang tak eloknya tentulah beliau kelihatan tidak serius menangani manipulasi umno terhadap sektor ekonomi, pendidikan, kesihatan, dan sebagainya.

kita melihat bagaimana orang umno berkelahi merebut kuasa sampai sanggup berbunuhan.

kita melihat bagaimana orang umno memanipulasi pilihanraya (dari senarai pengundi hingga kepada proses pengiraan). sampai suruhanjaya pilihanraya pun jadi lesu tak bermaya, macam kena pulas telinga.

kita melihat bagaimana orang umno memanipulasi biasiswa dan dermasiswa; bagaimana tokoh-tokoh sebenar nasionalisme di tanah melayu ini dipadam dari teks sejarah; bagaimana kontrak buku kurikulum baru dimanipulasi; dan entah berapa banyak lagi penyelewengan dalam hal pendidikan, atas nama deb.

kita melihat bagaimana orang umno berebut kontrak kerajaan, dari bina jambatan (pp, jambatan baru ganti tambak johor), bina sekolah, bina jalan, bina putrajaya, bina klcc, sampailah kepada kontrak kecil baiki longkang dan buang sampah! cuba buka mata tok. siapa yang berebut? orang melayukah, atau sesama orang umnokah?

ibarat kata sahabat kami, "memang selekeh orang umno ni, asyik berebut kontrak kelas f buat longkang, buang sampah, tetapi emas di bawah tapak kaki dia tak pandang pun."

itu belum lagi mengenai manipulasi orang umno ke atas perlembagaan (label negara islam), media massa (radio, tv, akhbar), penswastaan (air, lebuhraya, mas, hicom, fomema, dsb.)

memang tok ron. memang terlalu banyak. terlalu kerap. sampai orang melayu dah naik bosan ("bosen" kata kami, jawa di senggarang).

jikalau tok ron nak berdebat mengenai hal ini, kami tak keberatan, walaupun sebetulnya tak berapa minat, walaupun kami orang melayu. ibarat kata pepatah, bangkai gajah bukan mudah nak disorok, apalagi dengan tudung saji.

kami melihat, jikalau wpi bebas daripada deb, tentulah ia akan bebas daripada orang umno.

dan terlebih elok lagi, ia akan bebas bagi syarikat-syarikat melayu yang benar-benar berwibawa atau yang diistilahkan boleh bersaing atas dasar meritokrasi.

kita orang melayu, apalagi orang johor, tak mahu dengar, apalagi nak tengok ada orang umno menjaja syarikat milik orang bukan melayu atau orang asing dan menagih kontrak atau bahagian dalam pembangunan wpi atas nama deb.

ibarat kata tun mahathir, "orang melayu mudah lupa." memanglah. yang sudah tu sudahlah. tetapi yang akan datang, jangan sampai terjadi lagi.

barangkali senggarang itu kes teknik bagi umno. tetapi mestilah juga ingat, kenapa Tuhan jadikan peristiwa itu sedemikian rupa?

pun barangkali bah besar dua kali (bukan sahaja segamat, sampai keluang pun dah tenggelam) itu bukan semata-mata kebetulan sahaja. orang umno kena ingat semula apa sumpah dan janjinya di istana besar.

dan, mereka berjanji kepada siapa?

maaf tok ron. dah lama tak menulis hal-hal begini.

cuma, harap-harapnya, orang johor tidak melatah tak tentu hala.

biarlah melatah itu jadi tabiat orang eskimo sahaja.

Mika Angel-0 said...

nampak cerita macam mahu pilihan hantu raya! fulamak.

Tun Musa masih anggun. Pandai buat kerja.

Dana siapa mahu pakai, Tun?

Jauh lagi nampak. Killing two birds with one stone. Kuman depan mata pergi mana haa?

Siapa dia PM yang sayangkan Johor?
(boleh dapat pembesar-pembesar Johor yang top 3 and in the running for Menteri Kewangan?)

A Voice said...

Muhammad Ilham

Kalau anda "hanyalah seorang pelajar universiti", baik belajarlah mendengar dan berfikir dulu. Setakat nak kata "bukan lah specialty saya, itu tugas kerajaan", bermakna anda belum kesampaian.

Anda belum seinci pun melihat dan menjiwai realiti. Mungkin ada sahabat-sahabat yang telah meresapi pemikiran anda. Saya tak marah kepada mereka. Ada banyak sudut perlu dilihat dan bukan membaca dan memuntahkan kembali apa yang anda baca.

Lebih baik, anda fikirkan balik andaian-andaian dan komen-komen anda kerana anda tidak jelas dan serabut pemikiran dan line of logic anda.

Kalau anda "tidak paham apa yang en ruhanie bimbangkan sangat", anda tidak melihat dan faham sudut yang lebih luas lagi - sejarah, perundangan, perjuangan, permasaalahan, rintangan dan kekangan, konspirasi, dll.

Anda masih budak hingus sekiranya boleh ambil mudah menchoruskan kata2 "beliau hanya mahu melihat polisi tersebut tidak dilaksanakan hanya di satu wilayah sahaja. di johor." Apa senang saja anda kata berhentikan DEB atas andaian "DEB dipermain-mainkan oleh politikus politikus umno."?

Dalam anda konon bersemangat, berkeyakinan dan berpositive thinking, apa punya positive thinkign berkata "kalau orang melayu tak terdaya nak buat, macam mana lagi?"

Adakah anda lihat ini saja caranya "tun musa hitam hendakkan ialah memberi lebih banyak kebebasan kepada pelabur pelabur asing untuk menolong mempercepatkan lagi kemasukan pelaburan."

Anak Muhammad ILham

Bercakap pandang2. Berfikir banyak2.

Mika Angel-0 said...

Penyamun Betawi, Jawa Hindustan

there is the hard-liner, the right, the left, the up, and the down and the merry go around not to forget the go ahead gostan.

Most like me are baghals on tetters and tenterhooks
unlike uwais and his clowns

Datuk Ron tu hero Jawa Hindustan
gang dia ramai
macam penyamun Betawi
tapi baik hatinya atau tidak
kamu kena cai dia teh tarik halia

gua - yaaam seng!!!!

anakjati sg way said...

sdr Muhammad Ilham,

anda adalah pelajar universiti yg pasti akan melangkah ke alam perkerjaan...dan jika anda hanya menguasai 2 bahasa (BM @ BI),pastikan anda juga menguasai mandarin!....jangan terkejut kerana ia mungkin perlu jika anda bercita2 bekerja di WPI kelak!!...bahasa rasmi singapura selain BI!

p/s :tinjau2lah keadaan Bangsa Melayu di seberang tambak!adakah mereka bangsa yg berjaya di dalam negara yg dahulunya nenek moyang mereka mempertaruhkan seluruh jiwa raga memugar tanah??

Pak Nujum said...

Datuk,

apabila membicarakan mengenai bumiputera, saya teringat percaturan TDM dalam membina kepakaran bumiputera Sarawak.

Mengapa kerajaan semasa TDM memberi kepercayaan kepada bumiputera sarawak mengendalikan banyak projek-projek kerana kalau tidak diberi peluang bagaimana mereka hendak membuktikan diri bahawa mereka mampu.

Sekarang ini di WPI- kita tidak mahu langsung beri bumiputera untuk melibatkan diri. Kita biarkan orang asing untuk menentukan dasar kita, sedangkan kalau kita melihat betul-betul ramai bumiputera yang telah berjaya namun mereka tidak diberi peluang untuk melaksanakan.

Apa yang berlaku selama ini kerajaan memberi projek kepada bumiputera yang mempunyai hubungan dengan orang atasan - kita lihat projek-projek di bawah Pak Lah - semuanya projek yang berkaitan dengan orang atasan. Maka sebab itulah projek-projek itu gagal dan di alibabakan kerana mereka memang tidak mempunyai kepakaran.

Kepada Muhammad Ilham,

Bumiputera memang berupaya melakukan apa sahaja tetapi malangnya mereka yang berkualiti, bersemangat tinggi, bersemangat waja dan berkemampuan terus dipinggirkan dari projek-projek tersebut. Saya pasti mereka ini akan terus diketepikan dalam WPI kerana tidak mempunyai talian orang atasan.

Anonymous said...

nice blog
alba beach jessica pic video