Friday, March 09, 2007

Rasuah Simbol
Kemusnahan Negara
Oleh Saodah Abd. Rahman

KUASA dan kekayaan merupakan idaman manusia di dunia ini. Naluri yang inginkan kehidupan mewah dan menguasai masyarakat dan negara jika tidak dikawal dan dibendung boleh menyebabkan seseorang itu terjerumus ke dalam kancah kehinaan.

Naluri begini jika tersemat di hati nurani para pentadbir dan pemimpin negara maka kegiatan rasuah serta penyalahgunaan kuasa menjadi lumrah dalam kehidupan mereka.

Terlalu sukar untuk membanteras kegiatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa jika para pemimpin dan pentadbir gemar melibatkan diri dalam kegiatan begini. Jika perkara begini menjadi lumrah kepada para pentadbir dan pemimpin maka keyakinan masyarakat terhadap kewibawaan golongan ini semakin hari kian terhakis.

Rasuah dan penyalahgunaan kuasa merupakan amalan yang dikutuk oleh Allah s.w.t. Orang yang menerima rasuah sering merujuk kepada orang yang mempunyai kuasa dan kedudukan.

Masyarakat tidak dapat mengelakkan diri daripada memberi rasuah kerana tanpa rasuah mereka tidak mampu untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati. Ini merupakan dilema kepada masyarakat jika mereka berurusan dengan pemimpin dan pentadbir yang gemarkan rasuah.

Kepimpinan

Keistimewaan sebagai pemimpin dan pentadbir sudah cukup untuk membolehkan mereka hidup selesa tanpa perlu terlibat dalam penyalahgunaan kuasa atau menerima rasuah. Kurangnya kefahaman terhadap konsep kepimpinan dan pentadbiran menyebabkan pemimpin dan pentadbir semakin berminat dengan amalan rasuah.

Keadaan begini wujud disebabkan kuasa yang dimiliki dijuruskan kepada kepentingan peribadi melebihi kepentingan masyarakat dan negara. Apabila keadaan ini wujud dalam negara, masyarakat bertanya, sejauh manakah pemimpin dan pentadbir menunjukkan sikap prihatin dan tanggungjawab mereka terhadap negara dan masyarakat?

Persoalan ini amat sukar dikikis daripada minda masyarakat.

Kepercayaan dan keyakinan terhadap kepimpinan negara sering berasaskan kepada sikap dan corak pemikiran para pemimpin dan pentadbir. Jika rasuah dan penyalahgunaan kuasa menjadi amalan pemimpin atasan di kalangan umat Islam maka tidak mungkin masyarakat Islam dapat menguasai keistimewaan negara dalam era pembangunan dan kemajuan negara.

Masyarakat Islam di negara ini masih di tahap ingin membangunkan diri sebagai satu masyarakat yang berwawasan dalam pelbagai aspek kehidupan mengikut arus pembangunan negara. Malangnya semangat jitu masyarakat terhalang akibat daripada sikap dan mentaliti pemimpin-pemimpin tertentu yang terlalu tamak dalam kehidupan mewah sehingga terlupa tugas utama mereka ialah memastikan rakyat terutamanya umat Islam memiliki peluang daripada hasil kemewahan negara.

Ilmu dan kepakaran masyarakat dalam hal ehwal berkaitan dengan kehidupan tidak dapat diterjemahkan dalam kehidupan seharian jika pemimpin dan pentadbir yang mengendalikan urusan tersebut menjadikan amalan rasuah sebagai matlamat hidup mereka.

Keadilan dan keselamatan negara tidak dapat diwujudkan jika pemimpin dan pentadbir yang mengendalikan urusan berkenaan tidak sensitif terhadap keselamatan negara.

Agama

Pemimpin dan pentadbir yang berjiwa agama dan mempunyai sikap prihatin terhadap rakyat dan negara tidak akan menggunakan kuasa dan kedudukan untuk mengaut sebanyak mungkin kekayaan ketika memegang jawatan pentadbiran dan kepimpinan kerana mereka telah diberi keistimewaan oleh negara bagi memudahkan mereka mengurus hal ehwal kemasyarakatan dan negara.

Hakikatnya, keistimewaan itu dijadikan alat untuk mempertingkatkan diri sebagai orang dalam golongan atasan yang mempunyai hak menguasai keseluruhan keistimewaan yang wujud dalam negara walaupun ia merupakan hak rakyat.

Sikap tamak dan rakus begini merupakan faktor utama yang boleh mendorong pentadbir dan pemimpin menjadikan amalan rasuah sebagai lumrah kehidupan mereka. Oleh itu perebutan kuasa dan pangkat semakin hari kian ketara di kalangan masyarakat Islam sama ada di kalangan bawahan dan atasan kerana jiwa yang kosong tidak pernah merasai puas dengan keistimewaan yang dimiliki.

Hasilnya, setiap program dan perancangan yang digariskan oleh negara untuk faedah rakyat terbengkalai akibat daripada sikap rakus dan tamak pemimpin dan pentadbir yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal kemasyarakatan. Ini adalah satu jenayah dalam kepimpinan dan pentadbiran mengikut perspektif Islam yang amat sukar diampun oleh Allah s.w.t.

Pemimpin dan pentadbir yang menjadikan amalan rasuah sebagai lumrah hidup tidak akan mendapat kepuasan dan kenikmatan secara hakiki dalam kehidupan. Ini disebabkan kepuasan hidup yang berteraskan kepada material tidak akan merasai nikmat walaupun memiliki keseluruhan kekayaan negara.

Ini kerana roh mereka tidak diarahkan kepada fitrah ciptaannya iaitu menghampirkan diri kepada Allah dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai hamba-Nya yang amanah.

[Dr. Saodah Abd. Rahman ialah pensyarah di Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)]

Utusan Malaysia 9 Mac 2007

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0309&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm

15 comments:

marakarma said...

nyong sokong

tapi ini tak bermakna kadir jasin atau ron bersih dari rasuah
dulu kini dan selamanya

ingat ron dan kadir dan lain lain penulis upahan pembangkang dulu dan kini kaya raya

duit halal ke tu?

kalau kita makan pengat
sendiri mau ingat

marakarma said...

Di zaman ini tidak ada ruang untuk berkata benar tentang keadaan yang hakiki kerana GOBLOKGERS amat gemar di puja dan di puji serta berperasaan bahawa diri mereka adalah bebas dari salah dan silap, suci dan maksum dari dosa, teramat hebat dari segi segala sudut dan sesempurna Rabbul Jalil.

Inilah punca penyakit mudah melenting GOBLOKGERS bila mana ditegur oleh rakyat!DAN DIA AKAN DELETE SEMUA KOMEN YANG DIA TAK SUKA SEBAB DIA NAK NAMPAK BLOG DIA DAPAT SOKONGAN 100%

HAMPEH

marakarma said...

SEKADAR RENUNGAN

Oleh Pena Suasa

DATUK Seri Anwar Ibrahim sudah dipenjarakan lebih dua tahun. Pengaruhnya dalam Umno masih kuat dan “beberapa orang-orangnya” yang selama ini menyangka mereka boleh hidup walaupun tanpa Datuk Seri Anwar ternyata tersilap.

Mereka, yang berpura-pura, hati kepada Anwar tetapi badan bersama Umno dan Datuk Seri Dr. Mahathir ternyata tidak mendapat tempat. Mereka bukan sahaja tidak lagi bergelar YB tetapi mereka yang pernah menang kerusi MT juga kini kecundang.

Lebih malang lagi, yang berusaha untuk kekal sebagai Ketua Umno Bahagian juga tenggelam bersama-sama falsafah perjuangan masing-masing. Bukan ahli-ahli Umno menolak mereka tetapi mereka tidak diterima kerana “berada di dua alam”.

Contoh pertama, Datuk Abu Zahar Datuk Nika Ujang. Dia digugurkan dari menjadi calon Parlimen Kuala Pilah. Dia bukan sahaja hilang gelaran YB tetapi kini dikalahkan sebagai Ketua Umno Bahagian Kuala Pilah oleh seorang wakil rakyat yang baru setahun dua menjadi Adun.

Mengapa tidak Datuk Abu Zahar meninggalkan Umno bersama-sama kes pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulu? Dia bukan sahaja masih bergelar YB mungkin nama dan imejnya tidak terjejas kerana “prinsip menentang kezaliman”.

Contoh kedua, silembik Datuk Dr. Ibrahim Saad yang tewas di tangan Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail di Parlimen Permatang Pauh. Dia bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar dan tidak sepatutnya “tidak menunjukkan simpati” kepada bekas boss yang banyak berjasa dalam hidupnya.

Dr. Ibrahim menyangka Dr. Mahathir akan melantiknya menjadi Menteri selepas dia menyanggupi untuk menentang Datin Seri Dr. Wan Azizah tetapi dia dilupakan begitu sahaja. Malahan, dia tidak mendapat pencalonan untuk mempertahankan jawatan Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam.

Dr. Ibrahim memberikan alasan kononnya dia keletihan selepas pilihan raya umum ke 10, 29 November 1999 tetapi hakikatnya, dia tidak boleh membawa dirinya di dalam Umno selepas ketiadaan Datuk Seri Anwar.

Dia menang kerusi MT kerana dia dikenali sebagai orang Datuk Seri Anwar. Dia juga dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang kerana dia “orang Anwar” dan jawatan-jawatan lain termasuk Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang. Tanpa Datuk Seri Anwar, siapalah Dr. Ibrahim.

Contoh ketiga, Datuk Fauzi Abd Rahman. Kata-katanya jelas menunjukkan dia cukup simpati ke atas nasib yang menimpa Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sesekali Datuk Fauzi juga menekankan betapa zalimnya Dr. Mahathir melakukan sesuka hatinya kepada Datuk Seri Anwar.

Malangnya, dia tidak yakin jika dia berada di luar Umno, nama dan imejnya lebih baik lagi. Dia menunggu dalam Umno kerana yakin Umno akan memperbaiki nasib politiknya. Malangnya, dia diajar oleh ahli-ahli Umno dan menyebabkan dia mengumumkan mahu meletakkan jawatan. Walau apapun cara dan strateginya, Fauzi tidak akan dapat memperbaiki kedudukannya dalam Umno. Namanya akan kembali popular dan kembali bermaruah jika dia berada di luar Umno, bersama-sama Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan perjuangan menentang Datuk Seri Dr. Mahathir yang tidak bertimbang rasa, zalim dan rasuah.

Contoh keempat, Datuk Ruhanie Haji Ahmad, Ahli Parlimen Parit Sulong. Ruhanie sudah mengumumkan tidak akan bertanding apa-apa jawatan dalam pemilihan Umno bahagian itu kerana “tidak menerima pencalonan yang mencukupi” untuk mencuba kerusi Ketua Umno Bahagian.

Ruhanie tidak boleh hidup dalam Umno tanpa Datuk Seri Anwar. Betul, dia naik ketika Umno baru selesai krisis dalam tahun 1988 tetapi selepas itu, Ruhanie dilihat menjadi “orang Datuk Seri Anwar”. Bila dia meninggalkan Datuk Seri Anwar, dia menyangka dia boleh hidup dalam Umno tetapi Dr. Mahathir tidak meneruskan jawatan Pengerusi MARA yang disandang oleh Ruhanie. Kini, Ruhanie hanya menunggu “habis edah” untuk gugur sebagai Ahli Parlimen Parit Sulong.

Contoh kelima, Datuk Dr. Afiffuddin Haji Omar. Selepas tidak lagi bergelar YB, dia juga tidak dapat mengekalkan kerusi MT yang dimenanginya. Paling menyedihkan diri Dr. Afiffuddin ialah apabila dia kalah sebagai Ketua Umno Bahagian Padang Terap dalam pemilihan yang dijalankan pada 21 April 2001 lalu dengan majoriti 19 undi.

Dr. Afiffuddin menyangka dia boleh hidup dalam Umno kerana dia cendikiawan Melayu tetapi dia lupa, dia naik selama ini kerana “dia orang Anwar”. Dia dihormati kerana dia mempunyai rasa simpati yang agak mendalam terhadap Datuk Seri Anwar. Jika dia berada di luar Umno, mungkin hari ini Dr. Afiffuddin seorang Ahli Parlimen BA yang cukup berkesan di Dewan Rakyat.

Baik Datuk Abu Zahar, Datuk Fauzi, Dr. Ibrahim, Datuk Ruhanie dan Dr. Afiffuddin seharusnya mempunyai masa untuk duduk berbincang, mengambil satu keputusan untuk “mengajar Umno” selepas ahli-ahli Umno mengajar mereka secara tidak bermaruah. Tidak usahlah meminta kepada mereka yang tidak memberi dan tidak usahlah merajuk kepada mereka yang tidak sudi. Masa dua tahun lebih, selepas Datuk Seri Anwar dipenjarakan sepatutnya sudah cukup untuk mereka semua merenung kembali…. relevankah lagi Umno ini.

Semua orang percaya, jika kesemua mereka bersama-sama Datuk Seri Anwar sejak hari pemecatan Datuk Seri Anwar, mereka kini cukup hebat. Benar Datuk Ahmad Zahid Hamidi dapat hidup dalam Umno tetapi sedarkah dia bahawa dua anak Bagan Datuh kini menjadi Menteri tanpa menjadi ahli Umno?

Zahid mungkin masih berangan-angan mahu menjadi Menteri tetapi kalau dia kini berada di dalam “kem” Datuk Seri Anwar, dia juga boleh menjadi Ahli Parlimen Bagan Datuh dan mampu mengajar Umno. Zahid mungkin boleh “lari” dari Datuk Seri Anwar tetapi dia tidak akan dimaafkan dengan mudah. Dialah yang memulakan “pergolakan” ini tetapi dia menyelamatkan diri dan membiarkan kawan-kawan lain “terperangkap”.

Dikesempatan yang lain, saya akan mencoretkan kisah Datuk Salamon Selamat dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang kononnya masih dapat bertapak dalam Umno…. bersambung.

marakarma said...

CONCRETE ENGINEERING: Hires Naaim as Audit Committee Member
-----------------------------------------------------------
Concrete Engineering Products Berhad posted this Change in Audit
Committee Notice:

Date of change : 12/05/2003
Type of change : Appointment
Designation : Member of Audit Committee
Directorate : Non Independent & Non Executive
Name : ABDUL KHUDUS BIN MOHD NAAIM
Age : 49
Nationality : MALAYSIAN
Qualifications : ASSOCIATION OF CHARTERED CERTIFIED ACCOUNTANTS

Working experience and occupation:
1. OCT 1999-TODATE - PARTNER, KS & ASSOCIATES
2. JAN 1997-SEPT 1999 - PARTNER, SAHIR KAMAL & MOHD NOH
3. JUL 1993-DEC 1996 - DIRECTOR OF CORPORATE AFFAIRS, EMILE
WOOLF GROUP OF COLLEGES
4. JAN 1986-JUNE 1993 - SENIOR FINANCE MANAGER, SYARIKAT TAKAFUL
MALAYSIA BERHAD
5. JAN 1985-DEC 1985 - SENIOR ACCOUNTANT, ISLAMIC FINANCE HOUSE
plc
6. JUL 1980-DEC 1984 - AUDIT SENIOR, RAMOSS JASSEN & PARTNERS
7. JAN 1976-DEC 1976 - ARTHUR YOUNG & CO

Directorship of public companies (if any) : INCH KENNETH KAJANG
RUBBER PUBLIC LIMITED COMPANY
Family relationship with any director and/or major shareholder
of the listed issuer : NIL
Details of any interest in the securities of the listed issuer
or its subsidiaries : NIL

Composition of Audit Committee (Name and Directorate of members
after change):
1. YB DATUK RUHANIE BIN HAJI AHMAD, CHAIRMAN, INDEPENDENT NON
EXECUTIVE DIRECTOR
2. Y.BHG. DATO' DAUD BIN DAROS, INDEPENDENT & NON EXECUTIVE
DIRECTOR
3. ABDUL KHUDUS BIN MOHD NAAIM, NON INDEPENDENT & NON EXECUTIVE
DIRECTOR

At the end of 2002, Concrete Engineering Products Berhad had
negative working capital, as current liabilities were RM78.68
million while total current assets were only RM50.04 million,
Wrights Investors Service reports.

marakarma said...

BASIC INFORMATION ON PRIVATIZED PROJECTS, #65-171
KAYANYA KADIR JASIN= JANGAN TERTIPU

IPP Lumut Segari Energy Ventures Sdn Bhd Dato’ Khalid Hj Ahmad
(Malakoff Bhd Dato’ Abdul Kadir Jasin
TNB Mohd Nor Mutalib
KWSP) Dato’ Ahmad Nazri Abdullah
IPP Port Dickson Port Dickson Power Sdn Bhd Tan Sri Dato’ Nik Mohamed Yaacob
(Sime Darby Dato’ Khalid Ahmad
MRCH Mohd Nor Mutalib
Hypergantic (Malakoff) Dato’ Abdul Kadir Jasin
TNB) Dato’ Ahmad Nazri Abdullah

IPP Perak TNB Janamanjung Sdn Bhd Dato’ Khalid Hj. Ahmad
(Malakoff Bhd-anak syarikat Dato’ Ahmad Nazri Abdullah
MRCB) Datuk Abdul Kadir Jasin
Mohd Noor Mutalib
Sistem Televisyen Malaysia Bhd Sistem Televisyen Malaysia Bhd Dato’ Khalid Ahmad, Dato’ Abd Kadir
(MRCB) Jasin, Mohd Nor Mutalib,
Dato’ Ahmad Nazri Abdullah
Satelite Network Services Cabelview Services Sdn Bhd Dato’ Khalid Ahmad
(TV3 Dato’ Abd. Kadir Jasin
Ibex Mohd Nor Mutalib
Eurocrest Dato’ Ahmad Nazri Abdullah
Perkhidmatan Sokongan i. Tongkah Medivest Sdn. Bhd. Azman Ibrahim
Hospital (Tongkah Hldgs Bhd.) Mokhzani Mahathir
Koay Hean Eng, Koay Cheng Lye
Dr Regina Noran Nuruddin
ii. Redicare Sdn. Bhd. Azmi Jaafar
(Asia Lab Sdn. Bhd. & Realmild Datuk Khalid Ahmad
Sdn. Bhd.) Mohd Nor Mutalib, Dato’ Abdul Kadir
Jasin, Dato’ Ahmad Nazri Abdullah

Berita dari gunung said...

Sekadar menulis,

Saya ingat miskin dan kaya terus ada sampai bila-bila. Ada masanya bukan kekayaan saja boleh diwarisi. Kemiskinan juga boleh diturunkan kepada anak cucu! Pendidikan, jati diri, peluang, networking, semangat adalah penentu, sama ada terus begitu atau sebaliknya.

Dimanakah rasuah?....... Dalam kerangka mudah hidup, miskin dan kaya, adil dan salah.

Berita dari gunung said...

Sedikit saja.

Entah dari mana datangnya perkataan "rasuah" ini.

Masa kecil, saya biasa dengar perkataan "tumbuk rusuk". Dari perbualan orang-orang lebih dewasa, saya dapat tangkap maknanya, konteksnya serta kadarnya. Tumbuk rusuk membantu. Yang betul-betul salah dimaaf dan dilupakan. Yang kelihatan mahu jadi perlahan, langsung jadi cepat dan disegerakan malah terus jadi prioriti nombor 1. Borang terselit dibawah sekali dengan tak semena-mena terpelanting keatas. Yang saya nyatakan cuma benda biasa, yang kita dengar dan lihat suatu masa dulu.

Dalam dunia kini, rasuah wujud dengan membawa wajah yang lain. Ruangnya melebar. Peluangnya bersepah. Amaunnya mungkin tak terkaut. Dalam perimeter erti rasuah terselit ungkapan salahguna kuasa. Sempadannya, saya jangka tak bertepi.

Dulu, israk mikraj sediakan masa untuk insan berkumpul. Dimana-mana rumah terpilih. Semua duduk, tunduk, menggeleng dan mengangguk. Makhluk tunggangan diceritakan bergerak laju. Lajunya disebut sebagai, dimana yg dipandang disitulah tibanya. Dalam sekelip.

Rasuah mungkin begitu. Sejauhmana dilihat disitulah hujungnya. Setinggi mana didongak, itulah tebalnya. Ringkasnya rasuah mampu bergerak dalam ruang tak bertepi.

Rasuah, ia duduk dalam kerangka bisnes. Ada beri, ada terima. Ada pinta, ada cara. Cuba sekali, mahu menjadi-jadi. Jadi sekali, mahu sebati.

Rasuah...dimana sudahnya. Namun ia terus tertambat dalam hati yang sudi.

Malaysokmo said...

Alahai, assalamualaikum Bapak Ron sahabat ku, kenapa jadi begini sih? Loh, baru ku tahu kamu begitu kaya sekali? Begitu banyak jadi direktur di gedung-gedung? Kenapa masih mahu marahkan pemerintah? Apakah kerana wang direktur mu sudah habis? Kenapa hati itu masih hitam, macam ada saja yang tersumbat dan kesumat? Saya diberitahu kamu seringkali ke Makkah menunaikan umrah, loh tapi hati kamu masih hitam? Wahai Bapak Ron sahabatku, kamu berbicara topik rasuah tapi kami pun tahu kamu pun dulu makan 'sup jilat' juga kapan kamu di NST dulu, kamu jilat itu Kadir dan NAzri, kemudian kamu hirup supnya. Kamu jilat Shivadas, kamu jilat ramai lagi (kamu kan penjilat berlesen, ampu sana ampu sini), kemudian kamu kencingkan sahabat-sahabat kamu yang lain untuk naik ke atas. Alahai Pak Ron sahabatku, Datuk yang kami pakei title sekarang pun diberi oleh kerajaan, diberi oleh parti yang kamu marahkan sekarang, dicadang oleh kerajaan Negeri yang juga diperintah oleh Barisan Nasional. Kerana itu, kapan kamu bicara tentang rasuah, ketelusan, kebobrokan kerajaan, kamu pun sudah lupa KAMU pun dulu yang sama-sama merencana polisi-polisi itu. Alahai Pak Ron, banyak sekali kamu sediakan soldadu-soldadu untuk justify kenapa kamu menggoblokkan pemerintah, salam saya kepada rakan blok kamu "A Voice" dan banyak lagi soldadu-soldadu Goblo(k)ggers Team kamu. Begini sajalah Pak Ron, kalau Parit Sulong tu boleh bercakap, tentu banyak sekali janji kamu yang belum dilunaskan yang akan diberitahu kepada seluruh dunia. Saya pun banyak al-kisah mengenai kamu di Parit Sulong, cukup banyak. Jadi sangat baik, kalau diambil iktibar dari kata-kata nasihat BApak Abdullah BAdawi, balik ke kawasan, lihat saja apa janji yang belum kamu kotakan. Bukankah itu lebih baik daripada mencari kesalahan Bapak ABdullah, mencari kesalahan Bapak Najib, mencari kesalahan kerajaan, mencari kesalahan Bapak-Bapak yang lain. Alahai Bapak Ron sahabatku, jangan bisa jadi rasmi ayam, berkokok bising-bising mahu dibetulkan kesalahan orang lain, tapi malang sekali ekornya, aduh, terpalit tahi dan najis di Parit Sulong. Bukankah itu goblok namanya, maaf ye Pak Ron, assalamualaikum

Dr Butiq said...

wah nampaknya ade trend baru,Pak Lah dan KJ andaian saya sahaja telah mengerakkan soldadunya untuk melanyak Dato Ron dan Dato A Kadir.Ini tandanya Pilihan raya sudah terlalu dekat,mereka ini marakarma,malaysokmo ini sama lah juga macam yg kita panggil spin doktor tu.Yang penting bagi saya negara ini jangan sampai musnah dengan orang orang yang berkuasa tetapi tidak bertanggongjawab hanya memikirkan bagaimana nak kaya dengan kuasa yang mereka ada.Duit dan segala macam kekayaan bukan semuanya boleh bawa mati dan jangan lupa juga pemimpim yang akan kena hisab dulu kalau nak kena humban dalam neraka jahanam pun adalah golongan pemimpim dulu.
kena lah juga fikirkan bagaimana nasib generasi yang akan datang.masih ramai lagi yang perlu pembelaan .masih ramai lagi rakyat yang susuah dan miskin.kita tak mahulah jurang perbezaan diantara kaya dan miskin semakain membesar, yang kaya bertambah kaya yang miskin bertambah miskin dan merempat.Pemimpin kenalah tengok tengok jagan asik tengok poket sendiri saja.Jangan asik keluar negeri sahaja melawat kesana sini tapi hasil lawatan kosong duit rakyat dan pembayar cukai habis gitu sahaja.kalau lambat bayar cukai pendatan penalti 10% kalau tak bayar cari sampai rumah bawak waran tangkap tunggu depan pintu pagar paspot antarabangsa ditahan dan bermacam macam operasi dijalankan.kalau dilihat cukai yang dikejar tu bukan lah banyak sangat.

contoh lain yang ada kes polis terus berkuasa dan dinaikan pangkat.Yang jujur bekerja dengan amanah ditekan dan tidak dinaikan pangkat malah pencen pun ditahan .Tak ke menganiaya namanya tu,dimanakah keadilan

Husin Lempoyang said...

marakarma

Kalau cut and paste ... letaklah sumbernya.

Oiii ... jahatnya Dato Ron. Makan yuran directorship tu rasuah namanya. Persetujuan AGM bagi director fee tu rasuah dan menyalahi undang2 rupanya.

Oiii ... jahatnya Dato ROn bersekongkol dengan Anwar. Padan election tahun 2004, dr mahathir berhentikan.

Oiii ... jahatnya Dato Ron, padanlah kena berhentikan jadi Chairman MARA. Orang dah tak suka. Brig General (Bersara) Dato Zainal jadi Chairman MARA lepas jadi Menteri pasal Pak Lah suka lah tu.

Pening aku spin politik ... pening lalat.... hahahha ...

malaysokmo

kerja MP itu dalam akta parlimen tu kerjanya apo yo? cuba bukak buku undang2?

spin bodoh ni kadang2 seronok.

tulis panjang2 tapi kosong isinya.

alexo said...

apa hebatnya si nuar brahim ni...
shiiiittt...
marakarma dan malaysokmo..tulisan anda mempunyai ciri2 penulis upahan juga..
lagi shiiiitt..

Mika Angel-0 said...

to YB Ron and all the comment posters - ronins(you can do better than that, come on!) and loose cannons

and alexo, when anwar is all done with the kneading, we are most honored to let it hit the fan and be sure to have the guys from Indah water and the Bomba around


Don't Dream It's Over
Crowded House

There is freedom within, there is freedom without
Try to catch the deluge in a paper cup
There's a battle ahead, many battles are lost
But you'll never see the end of the road
While you're travelling with me

Chorus
Hey now, hey now
Don't dream it's over
Hey now, hey now
When the world comes in
They come, they come
To build a wall between us
We know they won't win

Now I'm towing my car, there's a hole in the roof
My possessions are causing me suspicion but there's no proof
In the paper today tales of war and of waste
But you turn right over to the T.V. page

Hey now, hey now
Don't dream it's over
Hey now, hey now
When the world comes in
They come, they come
To build a wall between us
We know they won't win

Now I'm walking again to the beat of a drum
And I'm counting the steps to the door of your heart
Only the shadows ahead barely clearing the roof
Get to know the feeling of liberation and relief

Hey now, hey now
Don't dream it's over
Hey now, hey now
When the world comes in
They come, they come
To build a wall between us
Don't ever let them win

Copyright (c) 2007 EMI Music

Amiruddin Azlan said...

c_asio@yahoo.com (my email). kita jumpa masa MTB last saturday at Shah Village Hotel, PJ

pengintip said...

Helooo MARAKARMA..

Kalau kau nak tahu kepala rasuah msia.. Khairy Jamaludin. Takat kadir jasin dan ron bukan penulis upahan dan kaki rasuah tapi mereka ini pejuang tulen bangsa melayu. Nak tanya sikit berapa banyak Khairy Jamaludin upah kau sebulan? Berapa banyak kau terima rasuah??

Jangan pura puralah... rasanya aku kenali kau dari cara tulisan.

Putrajaya.

Mika Angel-0 said...

salaam
Tun Mahathir!
GREAT MAN!

.....s and
-----s

a fisk, robert line:
"merit do not qualify freedom"?

the war for
the great
civilization

dots and dashes
again,

thank you
as patience is a virtue


ps
leave it be
a true muslims
his freedom

jauh jauh berjalan
sampai ke mana jugak?

tak neraka
syura
atau tergantung

al-'araaf.

my apologies Yang Berbahagia
Datuk Ruhanie