Saturday, March 31, 2007

Singapura Akan
Terus Gugat Kita
[Bahagian Satu]

A Kadir Jasin
[www.kadirjasin.blogspot.com]


ATAS nama globalisasi, perdagangan bebas, persaingan sihat dan survival, Singapura akan terus “mensabotaj” ekonomi Malaysia.

Ranting zaitun yang pemerintah kita hulurkan dengan begitu mesra kepada negara satu parti itu tidak bermakna; ibarat bertepuk sebelah tangan.

Beberapa hari sebelum kita menjadi tuan rumah Perlumbaan F1 di Sepang, Reuters melaporkan bahawa Jumaat ini Singapura akan mengumumkan bidanya untuk menjadi tuan rumah F1.

Apa akan terjadi kepada F1 Sepang?

Kalau kita masih ingat tindak tanduk Singapura ketika krisis matawang 1997, kita tidak boleh terlalu yakin dengan masa depan F1 Sepang.

Kini mereka bersaing dengan membuka kasino mereka sendiri dan mereka mungkin setuju projek kereta api laju YTL kerana mereka maju memajukan tanah Keretapi Tanah Melayu di bumi mereka.

Tatapi meraka tidak mahu berunding mengenai perjanjian air kerana perjanjian sekarang menguntungkan mereka. Mereka mendapat bekalan air murah daripada kita.

Adakah Ini balasan sebuah negara jiran yang kononnya sangat akrab dengan kita setelah pemerintah kita menjajikan kunci emas kepada mereka di bumi Johor dengan mewujudkan SJER?

Di mana maruah dan kebijaksanaan kita?

http://www.kadirjasin.blogspot.com

5 comments:

wong soga said...

salaam tok kadir

pada hemat kami, kita wajib berasa aman, bebas dan merdeka dari apa jua hal yang boleh ditakrif sebagai yang membelenggu, menindas, mencengkam ataupun menghantui alam fikiran.

dalam hal ini, seperti yang pernah kami tulis di blog kami - wong soga , "jadi, amat malang sekali bagi rakyat jelata negara ini jikalau saranan tun musa berkenaan deb di wpi ini dilihat sedekat pelaburan singapura. dan barangkali lebih malang lagi bagi rakyat jelata johor (khususnya yang barangkali terpaksa berpindah-randah akibat pengambil-alihan kampung halaman mereka bagi perlaksanaan wpi), jikalau saranan itu tidak dilihat sejauh kejujuran diri sendiri melihat bangkai gajah di depan mata." sila baca deb dan wpi.

dalam hal ini, perlukah kita meladeni kebimbangan mengenai arena f1 di selatan itu?

kami fikir, kita buat sahaja kerja kita. kita biarkan negara jiran itu mengerjakan apa yang dia fikir wajib dikerjakan.

bukan kerja kita untuk bersyak-wasangka dengan jiran kita. kecuali kita berasa ego tercabar, ataupun ada 'inferiority complex'.

pada hemat kami, bagi orang yang dah tua-tua macam kita, apalagi orang johor yang punya sejarah moden yang lebih lama, rasanya tak berapa molek jikalau memandang semata-mata dengan emosi sahaja.

maaf tok, kalau tak sedap dibaca. ini sekadar pandangan kami.

oh iya, kami suka bertandang mengusik tok ron (jangan berasa hati, ya tok) ni sebab dia orang johor, macam tok kadir juga. bukanlah semata-mata bersikap kenegerian, tetapi isu mutakhir (wpi & deb) itu tersangat dekat dengan orang johor. kita pun nak tahu juga apa yang berlegar-legar dalam fikiran orang johor, baik di kalangan orang politiknya, suratkhabarnya, penoreh getahnya, peladang kelapa sawitnya, nelayannya, pegawai kerajaannya, pekerja kilangnya, usahawannya, guru-gurunya, dan sebagainya, dan sebagainya.

itupun jikalau kita berasa prihatin dengan agama, bangsa dan negaralah.

Anonymous said...

Wong Sogo & Kluangman;

Terima kasih. Saya harap sipolan-sipolan yang berkenaan tu baca blog ini dan komen-komen anda.

Pasal F1 tu, Datuk Kadir cuma nak tunjuk contoh karenah s'pura. Tapi, kalau Wong Songo tau apa s'pura buat kat kita pada 1987, tentu anda akan rasa mendidih. Olh kerana ini rahsia kita, maka biarlah orang yang tau aje yang komen. TDM tau hal tu. Saya pun tau. Tapi tak bolh nak cakap cara terbuka macam ni.

Apa pun, kita kena waspada...

Anonymous said...

Please read as 1997 not 1987 - tq.

wong soga said...

tok-tok yang dihormati,

pada hemat kami, itu dah memang kerja dia jiran di selatan sanun - to undermine or even sabotage her neighbors' stability; politically, socially and economically.

since you said that you guys in the higher places are privy to a few secrets (pertaining to our neighbor's habits), then all the more reason we thought to expect better responses from your guys. but, it looks like you guys in the know (maaf ya datuk-datuk) are dancing to their tunes...

but, we could always be wrong. indeed, what do i know about politics anyway?

Mika Angel-0 said...
This comment has been removed by the author.