Tuesday, March 06, 2007

"Semua Orang Salah
Kecuali Kementerian Kesihatan"
Kata Samy Vellu
[bernama.com]

SEREMBAN, 6 Mac (Bernama) -- "Lebih baik saya jangan cakap apa-apa. Kasi dia orang cakap...kita salahlah.

"Kita (Kementerian Kerja Raya) salah, kontraktor salah, subkontraktor salah, orang yang bagi tanah itu pun salah. Kementerian Kesihatan sahaja yang betul. Terima kasih," kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu, di sini Selasa.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang menafikan kelewatan pembinaan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Star, berpunca daripada kementerian itu yang sering menukar skop kerja.

Samy Vellu berkata demikian selepas pelancaran produk Eubiq dan Grounding Sentry System (GSS), satu Revolusi Saluran Keluar Tenaga, di sini hari ini.

Dr Chua dipetik sebagai berkata tuduhan bahawa projek ini tidak dapat disiapkan mengikut jadual kerana kementerian itu sering menukar skop, sebagai tidak benar.

Ditanya mengenai kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad yang mengaku kementerian berkenaan membuat beberapa pindaan dalam perkara itu, Samy Vellu berkata mereka boleh bercakap apa yang mereka suka.

Dr Abdul Latif dalam satu majlis di Seremban semalam mengakui pindaan itu dibuat untuk membolehkan rakyat mendapat kemudahan mutakhir dalam bidang perubatan memandangkan pembinaan HSB mengikut spesifikasi permohonan tahun 2000 sedangkan sekarang sudah tahun 2007.

"Kita mahu peralatan baru untuk manfaat rakyat. Takkan nak pakai peralatan lama yang sudah boleh masuk muzium," katanya.

- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=249952

Komen:

Hari ini macam-macam hal terjadi. Timbalan Menteri berlaga dengan ketua jabatan, ada. Menteri berlaga dengan Menteri, ada. Ketua Menteri berlaga dengan Menteri, pun ada. Macam-macam ada!!

Anehnya, perkembangan seperti ini hanya berlaku sekarang. Dulu-dulu jarang atau tak pernah sekali terjadi. Kenapa ya? Siapakah yang agaknya hilang kawalan terhadap siapa?
– Ruhanie Ahmad.

3 comments:

AFRAR YUNUS said...

Tok,
Rata-ratanya politik orang Cina dan India Malaysia hebat. Gitu juga politik orang Melayu Kelantan. Tidak kurang juga orang Sabah. Minda orang kita dari segi ketelusan politik masih samar-samar. Boleh dibeli dengan sehelai kain, sepasang baju, 5 kilo gula Tok. Kakitangan awamnya juga lekeh. Diberi imbuhan dekat pilihanraya, habis! Apa nak jadi Tok?

marakarma said...

bebudak gaduh dalam keluarga pekara biasa

dalam kerajaan gaduh kecil pun biasa juga lah, tak kira sapa PM

dalam pembangkang lagi kuat gaduh dan tak mempercayai, jarang jarang mereka bersetuju

Ron pun tido dgn bini tiap tiap malam, pun ada juga gaduh kan?

spycatcher03 said...

Tak hairan Tok, kalau IGP Vs T/Menteri KDN, kini Menkes Vs Menkerya!!!! In full control !!! Kalau tak hilang kawalan, tak jadi begini, Datuk. Tak tahu lah saya kalau tgkt 4 nak spin macammana lagi. Lagi spin , lagi menjadi2 dalil ditunjuk Allah!
Allah selamat kan negara ku yang tercinta ini