Republik Internet Malaysia
Bebas, Sebebas-bebasnya?
Oleh Ruhanie Ahmad
Kemunculan blog, lamanweb dan portal yang memaparkan serta mengulas isu-isu sosio-politik dan ekonomi di Malaysia pada hari ini kian pesat dan meningkat.
Fenomena ini kian merimas dan semakin mencemaskan banyak pihak, khususnya sesetengah pihak yang berada di persada kekuasaan negara.
Maka, hari-hari ada sahaja berita negatif dan dakwaan melulu mengenai fenomena ini. Paling popular sekali adalah tuduhan kononnya blog, lamanweb dan portal berita sosio-politik dan ekonomi di negara ini sebagai penyebar fitnah par excellence!
Bagaimanapun, baru-baru ini, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiaw, menegaskan, kerajaan tidak mempunyai sebarang bidang kuasa untuk menapis atau menghalang penyiaran apa jua maklumat melalui Internet.
Katanya, ini kerana akta berkaitan penapisan berita di negara ini hanya boleh digunakan ke atas media cetak dan penyiaran.
Katanya, berita media cetak dan penyiaran televisyen boleh dikawal. Tetapi, berita dalam Internet pula disiarkan secara bebas.
Tapisan
Tambahnya, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang diguna pakai dalam aktiviti pengawalan bahan berita tidak memperuntukkan sama sekali sebarang bentuk kuasa pengawalan ke atas bahan yang dimuatkan dalam Internet.
“Tiada aspek tapisan dalam Internet, apa yang boleh dikatakan ialah media perlu bertanggungjawab dan melakukan penapisan sendiri terhadap bahan-bahan berita yang disiarkan kepada umum,” katanya lagi. - Dipetik daripada Utusan Malaysia 19 Mac 2007.
Saya yakin kenyataan di atas menggembirakan warga maya Malaysia. Saya juga berharap semoga Datuk Fu tidak akan berdolak-dalik dengan kenyataannya.
Ini kerana kenyataan di atas adalah selaras dengan the Bills of Gurantee yang diberikan oleh kerajaan menerusi penubuhan Koridor Raya Multimedia.
Ini juga kerana kenyataan Datuk Fu membuktikan betapa kebebasan siber di negara ini masih tetap terpelihara dan mesti terus dipelihara.
Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab seluruh warga maya Malaysia untuk mempastikan kebebasan ini terus terpelihara di hari-hari mendatang.
Pra-syarat
Antara pra-syaratnya adalah: Seluruh pihak wajar menerima hakikat bahawa kewartawanan rakyat yang dimanifestasikan menerusi kewujudan portal berita, lamanweb dan blog persendirian di internet di Malaysia kebelakangan ini adalah satu fenomena baru yang berasaskan prinsip demokrasi dan kebebasan siber.
Perkembangan ini didorong oleh wujudnya beberapa elemen kepincangan dan ketempangan yang sangat-sangat dirasakan oleh rakyat jelata dalam kerangka dan suasana kenegaraan mutakhir ini.
Ia juga didasari rasa kecewa segolongan rakyat jelata terhadap pelbagai peristiwa, tindakan dan keputusan yang membabitkan hakikat kebenaran, keadilan, kesejahteraan dan kedaulatan.
Maka, seharusnya menjadi tuntutan seluruh warga maya Malaysia yang memperjuangkan kewartawanan rakyat menerusi internet demi mencari kebenaran, mengakkan keadilan, mempertahankan kedaulatan negara serta memelihara kesejahteraan rakyat jelata, untuk bertindak dengan penuh tanggungjawab, disiplin diri, etika dan obligasi moral.
Golongan pejuang maya ini termasuklah mereka yang mengendalikan blogs, lamanweb dan portal berita. Golongan ini juga termasuklah pengirim komen, pandangan, kritikan, atau buah fikiran kepada blogs, lawanweb dan portal berita berkenaan.
Seluruh warga maya yang cintakan kebenaran, keadilan, kesejahteraan dan kedaulatan juga wajar mewujudkan secara sukarela, batas-batas kebebasan seperti yang diamalkan dan dipatuhi dalam kehidupan harian di alam nyata.
Memusuhi
Pihak yang berkuasa, baik pembesar, mahupun segelintir individu yang mendakwa kononnya sebagai berkuasa, atau segelintir individu yang berlagak sebagai pemilik kuasa de facto di negara ini, wajar berhenti memusuhi pejuang maya seperti yang terhurai di atas.
Jangan sekali-kali dilabelkan pihak yang ikhlas dan jujur berjuang menerusi kewartawanan rakyat di alam maya ini sebagai golongan anti-nasional, penyebar fitnah, pembohong, penembak curi dan lain-lain label negatif.
Jangan sekali-kali digunakan askar upahan untuk melencongkan (divert) isu-isu kebenaran, keadilan, kesejahteraan dan kedaulatan yang diperjuangkan menerusi internet.
Jangan sekali-kali dibuat kesimpulan semberono bahawa berita, artikel, komen, kritikan, pandangan dan buah fikiran menerusi internet di Malaysia adalah palsu dan dangkal.
Pihak-pihak yang jadi sasaran perjuangan ke arah keadilan, kebenaran, kesejahteraan dan kedaulatan ini pula janganlah mempertahankan diri daripada apa yang benar, walaupun pahit bagaikan hempedu.
Dalam keadaan seperti ini, pertahankanlah diri secara honourable. Janganlah bertindak mudah dengan dakwaan melulu bahawa semua bahan berita dalam internet di Malaysia adalah dongengan atau fitnah semata-mata.
Bersemuka
Pra-syarat di atas hanya pendapat peribadi saya yang amat kerdil. Saya tidak mahu memaksa sahabat-sahabat saya mematuhi atau mengamalkannya.
Saya juga tidak berhak menggesa pihak pemerintah atau segelintir individu yang berlagak lebih besar dari pembesar-pembesar negara, untuk menyetujuinya.
Cukuplah kalau pendapat peribadi yang cetek ini dibaca dan difahami scara tulus, ikhlas dan jujur.
Memadailah kalau fikiran cetek ini juga sudi dituntasi dan dirincikan demi kebaikan bangsa dan negara tercinta.
Akhir sekali, dengan rendah hati saya berpendapat, pihak pemerintah seharusnya sudi mencari jalan untuk bersemuka dengan seluruh pemilik blogs, lamanweb dan portal berita internet di negara ini.
Kalau tidak, kemungkinan besar warga maya yang terbabit dan penyokong-pnyokongnya akan terdorong untuk terus mewarnakan republik internet di Malaysia mutakhir ini dengan secara bebas, sebebas-bebasnya!

4 comments:
wak nak bebas macam mana lagi!!!
sekarang pun dah rama
beratus
memaki hamun, menabur fitnah
tak keruan
cakap macam macam
yang betul tak betul sama saja
bebas boleh
tapi kalau diambil tindakan
jangan marah
masa wak dalam kerajaan dulu
ada blog sebebas hari ini?
ada ??
so nak bebas macama mana lagi??
Running For The Money
Ini satu tulisan yang agak hebat.
Raja Lawak Blog dari Khairy Jamaluddin. (Ada otai-otai nak kata apa-apa? Jangan jadi tukang jual barang lusuh skim pyramid dah la?) SYABAS!
Khairy wrote a piece in a local sunday paper that I will not mention the name (reason as in Harry Potter with Voldermort):
Out of the cage: My mother, the techno whiz-kid
18 Mar 2007
Khairy Jamaluddin
OUR family had a birthday dinner a couple of nights back. It was the best kind of family birthday dinner.
Just the immediate clan, three generations eating chocolate cake, banoffee pie and Thai food.
When the presents were finally unwrapped, the birthday girl was beaming from ear to ear. She was not surprised with her gifts, but rather the delight was merely a confirmation of getting what she wanted.
First to have its wrapper torn off was a black Bose SoundDock for her to blast the music on her iPod anywhere in the house — loud enough to play out by the pool and small enough to carry downstairs for her dancing classes on Sundays with her buddies.
The next present, which she was already anticipating, was a 7.2 megapixel Lumix camera with a 28mm wide-angle Leica lens (she insisted on a model with the Leica enhancement) in matte black and loaded with a 2GB memory card — in time for her to take on her 10-day trip to New Zealand next week, again with her buddies.
It wasn’t any of my sisters’ birthday, neither was it my wife’s. And my nieces are both too young to appreciate techno toys.
No, the proud recipient of the stuff that would make most tech-savvy guys jealous was my mother, who just turned 72.
We were all going to get her presents that we thought a septuagenarian would like, but it turns out we were mistaken.
We should have known better.
My mother has been at the cutting edge of technology usage for quite some time.
When I was a small boy growing up in Tokyo, she used to take me to the electronics district in Akihabara every other week looking at all the latest gadgets and gizmos that early 1980s Japanese innovation was throwing up.
Those were the days of the first Walkman and full-sized, remote controlled (but not wireless) R2D2s.
Without having to ask, she got me my first video game console — the Atari — on which I learnt hand-eye co-ordination and timing, especially by playing Jungle King, which I thought at the time was the greatest game invented and certain never to be bettered.
She followed that up by buying me my first PC, with roman alphabets and the basic hiragana Japanese characters on the keyboard for me to attempt to learn word processing.
This was followed by a whole host of Nintendo hardware, including both the game console and the portable games with Donkey Kong throwing down barrels at you to jump over.
When I first went off to boarding school, she would snail mail her letters, but as soon as they became affordable, she got a facsimile machine at home from which she would fax her weekly messages to me.
At university, when most people were still figuring out how to navigate around the world wide web, we began communicating via email (she was an early Jaring subscriber) and quickly learnt how to add attachments and links.
She was the first one I knew who bought a flat panel LCD TV (she knew exactly which one she wanted and she knew she didn’t want plasma).
She surfs the Internet regularly, either directly or getting her secretary to print out her favourite websites, which oddly include blogs that vilify her son.
Although a late adopter, she has become an SMS fiend ever since my wife showed her how predictive text worked, rattling off quick messages throughout the day.
She now carries the Nokia E70, which flips out a full QWERTY thumb-board for her oxymoronic long SMSes.
I have seen people stare at this elderly Malay lady in a selendang, typing away furiously on her specialist phone.
Sometimes when she is at a function which I could not attend, she would snap a photo on her phone and MMS over the (sometimes incriminating) image to me. Nobody ever suspects my mother of being James Bond.
She is relentless in her desire to want to learn and keep up to date.
When we bought her the iPod, we thought that she would reach her breaking point. After a while, surely, the old timers just give up learning about the latest fad.
We couldn’t imagine her loading up songs on her iTunes and sorting out her playlists. Clearly we were wrong.
I checked her iPod recently and was surprised to find her favourites — Hetty Koes Endang, Broery Marantika, Elvis Presley, Nat King Cole — all neatly organised in her "Mama iPod Playlist".
Of course, later I found out that she didn’t really do it herself but asked one of my sisters to load up her music player.
She has reached a stage where she knows she can master all gadgets she fancies, but is content to let other people sweat away at the thankless job of downloading and uploading songs.
Still, I wouldn’t put it past her to start downloading songs on her computer (legally, hopefully) and insisting on an iPod adapter for her car stereo.
She saw me using my BlackBerry the other day and wondered out loud if she should also get one — this is usually a cue for me to go and buy her the device.
Sometimes, the technology has traction with her (iPod) and sometimes it fails her tech test (Nokia Communicator). But she hasn’t been afraid to try.
My generation was already born in the electronics age. My mother was born before World War Two, way before modern communications technology.
Electricity in Alor Star in those days was generated from the river by the Hutten Bucks company.
For our generation, the change has been tremendous, but when compared to the advances that my mother has seen in her lifetime it must seem glacial.
It amazes me that she continues to try and stay ahead of the curve. This is an example of life-long curiosity in how things make our lives easier and more enjoyable.
On her birthday, I prayed for her good health so that she will one day enjoy movie on-demand from the classic Shaw Brothers library streamed directly into her handheld device via mobile broadband while making a conference call with her grandchildren over seamless internet telephony.
When these services become available, you can be certain Mama will be among the first to sign up.
And I thought this Dirty Hairy was
brought up with 'didikan sempurna' from his tech savvy mom!
(I read MOST OLD GEEKS ARE OLD FART WITH YESTERDAY"S TOYS: BUT WOULD THAT INCLUDE TUN MAHATHIR AND TUN HASMAH, TOO?)
It is good to see and hear that Khairy has a keen interest in Putera. And thta is good. The only thing is I wish he would pretend to be humility friendly in getting back at the critics.
After all, what if the Parachute Jump to the North Pole went wrong and we have a bloody tragedy to report back, eh?
I am not a critic of this Putera agenda but I would rather walk with this Malaysian:
Ekspedisi Kutub Utara lebih mencabar
Oleh Zunaidah Zainon
KUALA LUMPUR 19 Mac – Penjelajah kutub, Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang bakal memulakan ekspedisi ke Kutub Utara pada 8 April ini akan menjadikan pistol jenis Magnum .44 sebagai ‘pelindung’ dirinya daripada ancaman serangan beruang kutub sepanjang ekspedisi selama dua minggu itu.
Beliau membawa pistol seberat dua kilogram itu ke sana kerana haiwan liar tersebut merupakan ancaman utama kepada manusia yang berada di benua ais berkenaan.
‘‘Ekspedisi ke Kutub Utara lebih mencabar dan saya perlu berhadapan dengan banyak situasi bahaya.
‘‘Misalnya, dulu di Kutub Selatan, saya boleh tidur lena tetapi di Kutub Utara kali ini saya kena lebih berhati-hati dengan kehadiran beruang kutub yang boleh menghidu sesuatu dari jarak dua kilometer,’’ kata Sharifah Mazlina kepada pemberita semasa kunjungannya ke Ibu Pejabat Kumpulan Utusan...
‘‘Di Kutub Utara, selain beruang kutub, rekahan ais juga boleh membahayakan,’’ katanya.
Sharifah Mazlina memberitahu, sebagai persediaan untuk membawa senjata api Magnum .44 ke Kutub Utara, beliau telah menjalani latihan menembak di bawah seliaan tentera yang merupakan sebahagian daripada latihan ekstrem yang perlu dilaluinya.
Selain membawa pistol yang berat itu serta peralatan lain, beliau juga perlu memakai baju setebal lima lapis bagi mengelak daripada mengalami hipertemia.
‘‘Sebagai langkah berhati-hati, saya juga tidak dibenarkan mengambil pil tidur atau ubat lain yang boleh menyebabkan saya tidur lena,’’ katanya ketika ditanya mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu diambilnya ketika berada di sana.
Dalam ekspedisinya, pensyarah bidang sains sukan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu merancang berjalan sejauh 100 kilometer dari sebuah lokasi di Lautan Artik menuju ke tengah-tengah Kutub Utara.
Sharifah Mazlina, 42, berkata, ekspedisi itu kelak akan menjadi sebahagian daripada penyelidikan tesis ijazah kedoktorannya (Ph.D) yang berjudul Perubahan Fisiologi dan Psikologi Seorang Atlet di Tempat Cabaran Paling Ekstrem: Satu Kajian Kes Penggunaan Formula NEPS.
Katanya, kajian itu dijalankan di bawah penyeliaan pensyarah Fakulti Sains Sukan UiTM, Dr. Kwame Ampofo Boe Ateng.
‘‘Kajian itu amat berguna terutama kepada para atlet yang bertanding di luar negara dalam mengatasi masalah psikologi dan fizikal,’’ jelas beliau.
http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0320&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm
I do not have anything against Khairy Jamaluddin. In fact, I agree he is a viable candidate one of the seats high in the UMNO hierachy; but think he should run for the money, if he is any good.
A blogger, new or seasoned, identified or anonymous, commenting on any public issues in an objective and professional manner will eventually earn respect from others. It is just a matter of time. As critical views especially the dissenting ones are virtually non-existent in the current mainstream printing and electronic media, bloggers should fully capitalise the power of the Internet to voice out their opinions but with great care and responsibility.
This beloved country deserves a better future to be shared with each of its rakyat. And a much better performance from the leaders who have been elected by the rakyat because of the former’s “inspiring” promises. This beautiful country also deserves the leaders who can actually lead instead of being unofficially led by some power-hungry and inexperienced persons.
Bloggers, therefore, should continue reminding the leaders of their paramount duty – to serve and protect the rakyat, rain or shine. Reminding them of the need to be visionary, focus, decisive, independent, effective, trustworthy, hardworking, consistent and humble at all times. Reminding them that they are fully answerable to the rakyat for their actions or inactions, past and present.
After all, we Malaysians do have short or selective memories and need constant reminders – gentle or harsh.
saudara marakarma: saya baru saja khatam memprofilekan sdra. syabas. anda bijak, anda pandai, anda persisten. tapi sorry. cuba-cubalah belajar mentafsir erti sesuatu statement yang bertanda tanya. dan cubalah bebaskan minda anda supaya tak terus terkongkong oleh sindrom kuno. jawa, jawa jugak. tapi jangan jadi jawa jenis totok. jadi elok kita berinteraksi secara bijaksana!!!
Post a Comment