Friday, March 16, 2007

Pengurus Dana Mahu Lebih Banyak
Maklumat Tentang Pelaksanaan WPI
[bernama.com]


JOHOR BAHARU, 16 Mac (Bernama) -- Pengurus dana dan pelabur ingin mendapatkan "petunjuk jelas" tentang bagaimana kerajaan dan Khazanah Nasional bercadang untuk memajukan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

Pakar ekonomi serantau CIMB-GK Research Pte Ltd, Song Seng Wun, berkata sebahagian besarnya mahu mengetahui bagaimana pelbagai aspek pembangunan wilayah ini akan dilaksanakan.

"Cakap-cakap tentang mengubah wajah Johor bukanlah perkara baru, tetapi bezanya kali ini ialah pembangunan WPI ini dikemudikan oleh Kerajaan Persekutuan dan Khazanah menjadi jurumudinya," kata beliau di sini Khamis.

"Justeru itu ada kemungkinan besar ia boleh berjaya. Ia mungkin berhasil kali ini.

"Pengurus dana dan pelabur sedang mencari gambaran yang jelas tentang bagaimana ini akan dilaksanakan dalam beberapa tahun akan datang."

Song berkata demikian kepada pemberita selepas lawatan misi mencari maklumat mengenai WPI anjuran CIMB bagi kira-kira 40 pengurus dana dari Malaysia dan Singapura.

Antara tempat-tempat yang dilawati ialah `Danga Bay Integrated Waterfront City', satu komponen utama WPI yang bakal di dibina.

Song berkata banyak lagi pengurus dana akan melawat WPI untuk melihat sendiri dan memahami bagaimana rancangan-rancangan itu diterjemahkan dalam bentuk tindakan.

"Pelabur-pelabur Singapura khususnya tidak mahu melepaskan peluang dalam WPI ini," katanya.

Song merasakan lawatan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, ke Malaysia Mei ini akan merintis jalan bagi pengaliran masuk pelaburan yang lebih besar dalam WPI.

"Rata-rata wujud keyakinan walaupun ada sikap berhati-hati. Secara peribadi saya berpendapat ini (WPI) akan berjaya. Ia amat menarik kepada pelabur Singapura," tegas Song.

-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_business.php?id=251598

6 comments:

Mika Angel-0 said...

WPI(siapa punya)

ini yang dikatakan
buang kulit buah nangka
diramas ramas puas
buat cucuk

siapa yang mahu keluarkan
dana?
macam cerita koboi
mexican stand-off

getah dan susu
siapa yang tumpah

Berita dari gunung said...

Sikit saja.

Tadi terbaca dalam akhbar. Seorang pemimpin Singapura kata, Kerajaan Malaysia OK dan beri komitmen, tapi macam mana Johor. Saya tak berapa faham komen pemimpin tu.

Ada orang Johor kelihatan tak sokong ke? Keadaan ini ketara ke? Saya rasa org kuat projek ini Tun Musa Hitam adalah orang Johor. Patut-patutnya plain sailing je, tanpa masalah.

Pemimpin Singapura tu ada juga kata, jgn berkira sangat sapa untung sapa rugi.

Apa sebenar yg berlaku di bawah arus????. Dato Ron orang Johor mungkin tahu. Yang saya tahu sekadar yg boleh dibaca dalam akhbar je.

cakapsiang said...

Pembangunan selatan Johor adalah satu usaha yang patut disokong jika ianya dibentuk untuk memajukan Johor dan rakyat kebanyakan.

Projek pembangunan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan Jambatan Indah di zaman Tun Mahathir dulu adalah dua projek yang mampu menjadikan Johor sebuah Negeri yang maju dan mampu menyaingi Singapura namun ianya dipinggir dan dibatalkan di zaman Pak lah.

Jika projek yang mampu memajukan Johor dan menyaingi S'pura dibatal dan WPI pula dimula, bermakna WPI ini lain daripada PTP dan Jambatan Bengkok.

Ini bermaana jika PTP dan jambatan Bengkok memberi manfaat kepada Johor dan mampu menyaingi S'pura, WPI pula mestilah sebaliknya iaitu tidak memberi manfaat kepada Johor dan sebaliknya menfaatkan Singapura!

Bijak kah Kerajaan membatalkan satu projek yang berfaedah, membayar pampasan yang besar, kemudiannya membangunkan satu lagi projek yang samar dan entah apa tujuannya.

Jika Jambatan bengkok dan PTP dapat memendekkan perjalanan kapal dengan menggunakan selat Tebrau dan dlm waktu yang sama menjana ekonomi JOhor, dan menggugat pelabuhan S'pura, apakah pula agaknya faedah WPI ini? Mungkin sebaliknya....!

lamandau said...

Nak petunjuk? minta dekat SIL kerana FIL tidak mampu memberi petunjuk selain daripada 'echoing' kata2 SIL!!!! Song is pretending to be nice! Afterall , the petunjuk lies with Lee!!
Datuk, pelabur2 S'pore sudah tentu tidak akan melepaskan peluang untuk 'menakluki' wilayah berdaulat sesebuah negara jiran tanpa sebarang pertumpahan daranh spt di Golan Height! Silakan, dan sila lah jajah sebahagian negara ku!! Ini Iklan yang sepatutnya diwar-warkan diluar negara!!
So Datuk, kena lah tanya balik bos lama Datuk, wha's happening?

Mika Angel-0 said...

bagus YABPerdana Menteri
apa yang dikatakan
tetapi tomahawk tuju ke mana?

petikan dari utusan:

Katanya, penerimaan masyarakat bukan Islam terhadap Islam Hadhari juga boleh dilihat pada mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang mengambil masa hampir tiga jam membincangkannya.

Menurutnya, para pemimpin parti komponen BN mahu memastikan Islam Hadhari tidak menimbulkan konflik agama serta menghalang kebebasan beragama.

‘‘Kita terangkan satu persatu... saya kata sebagai orang Melayu beragama Islam dan menjadi Perdana Menteri, kalau keadilan itu yang dikehendaki agama saya, Islam Hadhari itu menjadi satu ajaran diikuti, adakah ini jadi satu kesalahan, mengapa tidak?

‘‘Saya cakap kepada pemimpin peringkat bawahan hingga Jawatankuasa Pusat MCA pada seminar khas di Bukit Tinggi, tidak ada niat tersembunyi di sebalik konsep Islam Hadhari,” jelas Perdana Menteri.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0317&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

dua kali dalam satu minggu
PM-5 versus PM-4
ada apa-apakah?

i do cherish the hope that Tun Mahathir would really come out and tell us what is the thing he would do in this present condition. How Tun Mahathir would he deal with them.

no beating around the bush, just straight-statesman- talk on the economy at home and away, foreign policy, how he would handle proton, petronas, his thoughts on how to approach and handle the confilicts in the Middle-East and in the south of thailand.

that would be a thought hadhari.
if you want to understand what being hadari is try think putting all the world leaders in one room and watch. that's really my tip of the qalam.

would rtm do a series of talk show with Tun Mahathir? do we have to fear Tun hitting at the PM? Grumpy old men love to pick petty school fights, even after 50 tahun merdeka. tahap pemikiran kita di mana, YB ZAM?
(don't say it! (jaguh kampung seberang selat sebalik banggol, no?))

A Voice said...

Rakyat bertanya pasal WPI tak di beri maklumat. GK ... GK Goh Broker Singapore tanya dapaat masuk Bernama.