Monday, March 26, 2007

Kontroversi
Tun Musa Hitam
Bahagian Satu:

Dasar Kebumiputeraan
Dilema Abad Ke-21?

Oleh Ruhanie Ahmad

Dasar-dasar kebumiputeraan digubal dan dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia sejak awal 1970-an. Kini ia seolah-olah menjadi satu daripada dilema kepada rakyat serta pembesar-pembesar Malaysia di abad ke-21.

Majoriti rakyat jelata bukan Melayu-Bumiputera dikatakan akan berasa lega kalau dasar-dasar ini diketepikan. Selama ini mereka dibelenggu persepsi bahawa dasar-dasar ini menindas mereka.

Biarpun dasar-dasar ini bersumberkan Perlembagaan Malaysia, bertujuan membasmi kemiskinan dan menstrukturkan semula masyarakat Malaysia yang lebih 400 tahun dibelenggu kolonialis, rakyat bukan Melayu-Bumiputra tetap menyifatkan dasar-dasar tersebut sebagai tidak adil.

Merka terus mempersoalkan, sama ada secara terang-terang atau secara tersirat, mengapakah rakyat Melayu-Bumiputera mesti diperuntukkan kuota 30 peratus dalam pembahagian kekayaan ekonomi negara.

Kouta 30 peratus ini tidak diambil daripada kekayaan yang sudah dimilikki oleh bukan Melayu-Bumiputera sejak sebelum merdeka. Tetapi ditetapkan menerusi expansion atau pengembang kek ekonomi negara di era merdeka.

Polarisasi

Namun begitu, dasar-dasar ini terus dipertikaikan sepanjang masa. Pada suatu ketika dulu, akibat eksploitasi pihak-pihak tertentu, dasar-dasar ini kononnya jadi salah satu punca polarisasi kaum di Malaysia.

Anehnya, pihak-pihak yang mengeksploitasikan dasar-dasar ini tidak pernah mempersoalkan kenapa 70 peratus daripada kek ekonomi Malaysia moden adalah diperuntukkan kepada bukan Melayu-Bumiputera dan pihak asing.

Hakikat dan latarbelakang di atas menyebabkan majoriti orang Melayu-Bumiputera jadi amat cemburu, khuatir, bimbang dan marah kalau ada mana-mana pihak yang mempertikaikan dasar-dasar kebumiputeraan di negara ini.

Hakikat dan latarbelakang di atas menyebabkan majoriti Melayu-Bumiputera jadi lebih berang dan emosi kalau ada pihak-pihak Melayu-Bumiputera sendiri yang mempertikai atau mengancam dasar-dasar kebumiputeraan ini.

Sebab itulah Tun Musa Hitam yang menyarankan idea supaya dasar-dasar kebumiputraan dipinggirkan dalam usaha kerajaan membangunkan Wilayah Pembangunan Iskandar, telah menerima kritikan, kecaman dan bangkangan yang agak serius daripada segolongan Melayu-Bumiputra ketika ini.

Lantaran itulah tercetus tuduhan bahawa Tun Musa derhaka kepada bangsanya sendiri dan mengkhianati aspirasi prjuangan Melayu-Bumiputera di negara yang merdeka dan berdaulat ini.

Ultra

Sebab itulah juga Tun Musa yang pernah digelar sebagai Melayu ultra di era kemunculan dasar-dasar kebumiputeraan di awal tahun 1970-an, kini disifatkan sebagai kacang lupakan kulit atau bertindak ke arah menggadaikan maruah Melayu-Bumiputera dan kedaulatan negara kepada pihak-pihak asing yang diundang untuk membawa pelaburan besar-besaran ke WPI.

Tun Musa tidak boleh kecil hati atau kesal dengan reaksi dan cetusan yang sedang menggelegak di kalangan rakyat jelata ketika ini. Sepatak kata orang tua-tua: sebab pulut santan biasa, sebab mulut badan binasa!!

[Contoh-contoh rasa kecewa dan kemarahan segolongan rakyat Melayu-Bumiputera terhadap Tun Musa dalam blog ini boleh diaksess menerusi link di bawah ini:]
https://www2.blogger.com/comment.g?blogID=29933783&postID=7736352244511754111

https://www2.blogger.com/comment.g?blogID=29933783&postID=2305224614664881160

https://www2.blogger.com/comment.g?blogID=29933783&postID=1648173672555139254

Kecewa

Tetapi, Tun Musa juga kena insaf bahawa kemarahan dan reaksi negatif terhadap kenyataan beliau hari ini, sebenarnya merupakan satu ledakan perasaan yang telah mula menyemarak dan membara sejak sebilangan rakyat jelata resah, kcewa dan dikatakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri mutakhir.

Ini bermakna bahawa idea Tun Musa untuk meminggirkan dasar-dasar kebumiputraan di WPI, yang beliau sifatkan sebagai berniat baik,[tetapi mungkin belum tepat waktunya], adalah pemangkin terakhir yang meledakkan kekecewaan dan kemarahan segolongan Melayu-Bumiputra sekarang ini.

Agaknya, inilah akibatnya satu perancangan projek mega kerajaan mutakhir yang tidak dikendalikan oleh Unit Perancangan Ekonomi (UPEN) negara. Agaknya!! - [bersambung dalam bahagian dua]

8 comments:

Sharifah Rashidah bt. Syed Ahmad said...

Kaum bukan melayu seringkali menegaskan bahawa kaum melayu sendiri bukanlah kaum peribumi Malaysia. Mereka seringkali mengatakan bahawa kaum melayu juga sebenarnya berasal dari negara-negara Arab, India dan sebagainya. Jadi, hujahnya ialah mengapakah kaum melayu perlu diberikan hak keistimewaan ini? Pada pendapat saya, kaum bukan melayu dapat hidup dengan selesa di bumi Malaysia ini kerana dasar DEB. Apabila kaum Melayu mempunyai kedudukan ekonomi yang lebih baik, mereka inilah yang menyokong perniagaan kaum Cina. Saya percaya, banyak kedai runcit Cina dan pasaraya yang terpaksa gulung tikar jika tidak dikunjungi oleh kaum melayu. Ini adalah kerana kaum melayu tidak peduli samada kedai itu kepunyaan Cina, India atau Melayu. Yang penting bagi orang melayu ialah dia dapat beli apa yang diperlukannya.

Azri said...

Menyoal jangkamasa yang tidak terhad atau asal usul tidak ada erti. Akhirnya orang berkata kita berasal dari, Nabi Adam.
Kita berhadapan dengan realiti bahawa wujudnya kepelbagaian bangsa yang berbeza dan tiap satunya punya hak berdaulat di tempat masing-masing. Memelihara dan memperkembangkan bangsa yang wujud di tempatnya adalah sifat yang penuh kemanusiaan.
Kewujudan kaum Melayu adalah satu realiti dan ianya telah diiktiraf sejak ratusan tahun oleh kaum/bangsa lain di dunia.
Sebelum kedatangan bangsa lain, di sini telah wujud peradaban politik, sosial, ekonomi dan kedatangan Islam telah meluaskan dan memperkayakan peradaban ini.
Perbezaan taraf tidak wujud. Semua rakyat bebas mengejar peluang kehidupan.
Dan DEB sebenarnya tidak banyak membantu, bahasa Melayu masih di takat lama, dan sesedar saya bantuan yang saya terima sacara terus adalah bantuan buku teks masa di sekolah dulu.
Cuma ia yang terbaik yang kita ada sekarang.

Unknown said...

Jangan dipertikaikan ketuanan Melayu di Negara ini, jika kita melihat kebelakang akan sejarah kita tahu yang sememangnya Negara ini adalah HAK orang Melayu, namun orang Melayu yang kaya dengan budi bahasa dan kemurahan hati sedia menerima kedatangan orang-orang asing untuk sama-sama hidup dan membangunankan negara, dahulu orang asing ini tahu akan sempadannya, tetapi kini mereka mulai lupa dan melanggar segala yang telah dipersetujui. Mengapa ini terjadi? Mengapa mereka berani? Jawabnya kerana ada orang MELAYU sendiri yang memberi ruang, ada segelintir MELAYU yang durhaka berkerjasama dengan mereka demi kepentingan diri mereka. Wahai bangsa ku orang MELAYU saya ingin bertanya Apakah harus kita lakukan kepada Penderhaka-penderhaka bangsa kita ini? Orang Melayu kini bukan bodoh lagi walaupun orang Melayu terkenal dengan budi bahasa namun jangan diduga dan himpit kedinding kelak segala yang terpendam akan keluar dengan amat besar akibatnya, jangan lah sampai ini belaku.. diharap penderhaka-penderka ini akan sedar

arifen said...

Sejarah membuktikan bahawa kebangkitan umat MELAYU selalunya disalah tafsirkan. Lihatlah perjuangan umat MELAYU terdahulu, semuanya dilabel sebagai penderhaka atau terrorist olih pemerentah pada zaman mereka. Mungkin juga dengan keadaan ini dapat menjadi kayu pengukur tahap daya juang dan ketahan bangsa sebelum mengahadapi kurun ke 22. Senario ini tentunya menjadi medan perjudian bangsa MELAYU pada abad ini. Pelepasan hak MELAYU terhadap pembangunan Wilayah Selatan mungkin juga menjadi dasar untuk ketentuan masa hadapan. Tapi pada keadaan sekarang saya berasa perjudian ini tidak akan memberi ape2 faedah pada umat MELAYU Johor. Janganlah sampai Gunong Ledang terjual, maka susahlah umat MELAKA untuk menumpang mandi di Ulu Sagil.

A Voice said...

Rakan2 seperjuangan

Sila munjung ke blog saya mengenai Musa bertajuk:

Holy Moses, Isn't WPI Abdullah's Idea?

kingyakin said...

Join the globalization ship and learn from Bill Gate's Window Operating System!

How many time Window OS version has changed and evolved since it was first created a decade ago?

We live in 21st century of a global and borderless world, yet you guy still talk about NEP that was mistakenly started in the 70's???!

We are now in the economic front that not only don't allow us to help the Malay, we should not even consider a policy of helping the poor!

The reason is simple, Free Economy and meritocracy system can create tremendous multiplying effect on our economy, which, ultimately will bring greater GDP grow to us than your NEP! The fact is, all of us, the rakyat, not only the Malay, will be better off if the NEP was never introduced in the 70's!

You are in fact wrong to think that you have benefited from the NEP, because without them we can create higher and greater result then what we have now! More so, it's fair for everyone!

Mika Angel-0 said...

Tonto kawan lone ranger
tanya kuda kepang
cukup peluru sampai julai?

tengok indeks!!!!
jangan tengok cnn!!!

JANGAN BACA BLOG!!!!

Alia's epistles said...

Yg berbahagia semua pembaca...

Saya bukanlah sejarawan, tetapi saya amat memandang tinggi kepentingan sejarah dalam membentuk jiwa, harga diri dan maruah bangsa dan negara.

Sejarah bukan semata-mata untuk dihafal tarikh dan susur galur cerita semata-mata, bahkan ianya untuk di analisa dan diseluk pengajarannya untuk pedoman dikemudian hari.

Di negara kita sejarah adalah satu bidang yang dipinggirkan, mungkin secara tidak sengaja dalam perlumbaan mengejar masa depan atau memang disengajakan dengan motif yang tidak kita sedari.

Apa yang saya pelajari melalui sejarah yang saya rasa perlu dikongsi untuk kita mempertahankan HAK orang Melayu(kita bukan menuntut keistimewaan tetapi HAK) seperti berikut:

1) Kita dikatakan Tuan Punya Tanah ini kerana - ketika kita dijajah, kita (Orang Melayu) telah mempunyai sistem pentadbiran yang lengkap dari akar hingga ke pucuk. Oleh yang demikian kitalah Tuan Punya Tanah yang SAH. Rujuk sejarah Amerika dan Australia? Ada sesiapa mempertikaikan mereka sebagai Tuan Tanah?

2)Dasar NEP - Kenapa kita dikatakan menuntut NEP?
Saya Ulang sekali lagi..kita menuntut HAK bukan keistimewaan (jika dikatakan menuntut keistimewaan, seolah-olah kita menuntut yang bukan-bukan). Kenapa kita menuntut?? Kerana HAK kita dinafikan beratus tahun dalam era penjajahan. Mereka yang datang ke Tanah Melayu ini telah menikmati satu bentuk NEP yang amat panjang dan amat Kejam terhadap kita. NEP versi British menyisih kita 100%. Menyisih keterlibatan kita terhadap kekayaan negara kita sendiri. Hasilnya? Kita dituduh malas dan tidak berdaya saing. Hakikatnya kita lupakan SEJARAH.
NEP versi kita masih melibatkan "mereka" tanpa menindas sehinga mereka masih lagi menguasai ekonomi walau selepas sekian lama NEP dilancarkan.

Saya bukan sejarawan..mungkin banyak kurangnya huraian saya. Tetapi hingga hari ini saya masih menunggu seperti pungguk rindukan bulan, menunggu orang yang sepatutnya mewakili kita masih tenggelam dalam hiruk pikuk dan hingar bingar pergelutan kuasa dari mempelajari sejarah dan mula bercerita tentang ketuanan Melayu dengan memberi hujah yang lebih jelas. Kerana itu kita kelihatan tidak berdaya untuk berhujah mempertahankan Ketuanan kita.

Apa yang kita pinta hanyalah HAK kita bukannya meminta hak mereka.

Itu Hakikat