Sunday, March 18, 2007

Hubungan Tidak Baik
TPM-PM
Hanya Dongengan

PEKAN, 17 Mac (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyangkal desas-desus di Internet bahawa hubungan beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak begitu baik.

Sambil menyifatkan desas-desus berkenaan sebagai satu dongengan, beliau berkata hubungan beliau dengan Perdana Menteri begitu erat serta kukuh dalam memacu pembangunan negara.

"Saya sebagai orang nombor dua dalam negara sentiasa berusaha membantu Perdana Menteri dalam urusan pentadbiran dan sebagainya bagi kepentingan negara.

"Jangan dengarlah cerita-cerita dalam Internet...ini semua cerita dongeng," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra dan makan tengah hari Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pekan di sini.

Beliau juga berkata tindakan segelintir pihak yang mengadakan ceramah untuk memburuk-burukkannya termasuk di kawasan Pekan merupakan satu tindakan bagi meracuni fikiran masyarakat.

"Kita jangan cepat melatah, kita berpegang kepada kebenaran dan prinsip...yang penting kita faham, kenal dan tahu siapa yang akan membantu kita," katanya.

Katanya rakyat kini mampu menilai kepimpinan negara dan mempunyai hak untuk memilih pemimpin yang paling baik dan sesuai.

Dipetik daripada BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=251825

2 comments:

lamandau said...

Datuk, bloggers and commentators never report on the enemity between PM an TPM. What they are trying to tell Najib not to be nieve as many people have set to oust him from the office! The grand design have started long ago, soon after TDM pointed his successor!
What Najib is saying is a typical political statement!!But to the simple malay folk , they would use the saying 'hidung tak mancung, pipi tersorong2" to describe Najib at the moment!!Mereka anak beranak dan menantu tak nak hang le Najib. Can't you get this into yr thick head? We are not debating on yr relationship with Pak Lah, we are trying to tell you that somebody powerful are scheeming/plotting to unseat you through embarassing means.I don't have to eleborate , you know yourself! Najib must be advised to read Malaysia Today, where articles after articles were being posted to prewarn you .
You have no time to be nice anymore. It is time for you to act in self defence.
Otherwise , my deae Dato" Seri Mohd Najib, it is ' candles in the wind ' for you , sir!!!!

Berita dari gunung said...

Kalau pun ada grand design sebegitu, sudah tentu beliau tahu. Saya harap pengalaman dari umur 22 tahun, tidak terpendam begitu saja.

Mungkin beliau ada orang-orang kuat untuk bantu. Saya YAKIN. Kecualilah beliau selama ini hanya bergantung pada RB!!

Nak bantu pun kita tak tau macam mana. Dan orang pun tak tanya. Jadi, diam je la dan tenguk.

Tapi eluk juga kita ingatkan orang-orang, sudah ramai anak muda yang nampak tangkas tapi tersembam sudahnya. Sejarah politik negara juga membuktikan, sudah dua tiga kali, orang yang rapat dengan PM akhirnya dikuis tersungkur.