Fikirkan Cara
Kawal Laman Blog
KUALA LUMPUR 29 Mac – Beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini mahu kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap laman-laman blog tidak bertanggungjawab yang menyebar fitnah serta menimbulkan kebencian di antara kaum di negara ini.
Mereka berpendapat, walaupun langkah tersebut memberi implikasi kepada negara khusus dalam soal kebebasan berinternet, ia perlu dilakukan demi kepentingan negara secara keseluruhannya.
Ahli Parlimen Bera, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan perlu memikirkan satu cara terbaik untuk mengawal kegiatan laman blog tidak bertanggungjawab itu.
Beliau menegaskan, walaupun kelihatan mustahil untuk dilakukan, kegiatan laman blog tidak bertanggungjawab itu tidak boleh dibiarkan.
‘‘Kerajaan mesti fikir cara terbaik bagi menyelesaikan masalah ini dan saya yakin kerajaan boleh peroleh cara yang sesuai,” katanya.
Ketika membahaskan titah ucapan diraja, Ismail Sabri berkata, jika kerajaan tidak bertindak ke atas laman blog tidak bertanggungjawab itu, kerajaan akan dilihat sebagai tidak adil.
‘‘Yang penting kita tidak mahu pemilik blog guna kebebasan untuk melakukan perbuatan yang boleh memecahbelahkan kaum, agama dan menimbulkan huru-hara,” katanya
Ismail Sabri bagaimanapun mengakui tidak semua laman blog tidak bertanggungjawab.
‘‘Ada banyak yang bertanggungjawab,” katanya.
Dipetik daripada Utusan Malaysia
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_01.htm

1 comment:
Fikirkan! ya fikirkan, Ismail (Bera) mahu kerajaan memikirkan mengenai kebebasan berinternet. Takut..takut! akan memecahbelahkan perpaduan antara kaum. Suatu laungan yang cetek tanpa usul periksa secara mendalam. Tidak kah dia tahu dengan cara bloggers berintraksi memberi pandangan yang bebas mengenai sesuatu perkara dan lihatlah bagaimana bloggers dapat bersatu padu dari semua kaum berbincang mengenai Negara yang mereka kasihi, adakah bila mereka memperkatakan sesuatu yang benar akan kelemahan dianggap memecahbelahkan? Apa kah bloggers akan berdiam diri melihat kepincangan dalam Negara dibiarkan begitu sahaja? Mereka rakyat Malaysia yang Merdeka, bukannya hamba kepada sesiapa pun, mereka tahu tanggungjawab kepada Negara, merekai tahu apa itu rukun Negara dan perinsipnya. Olih itu janganlah ingat mereka bolih dikotak-katikkan dengan hendak mengunci mulut dan fikiran mereka. Kerajaan dan ahli-ahlinya harus membuat kajiselidik dengan penuh kewarasan akan diri mereka sendiri. Bila ada kelemahan perbetulkan jangan hanya tahu hendak mencari kambing hitam untuk dibelasah. Ismail Bera!! dengan penuh kesedaran dan penuh ikhlas tanyalah diri anda, apakah keadaan pentadbiran Negara kini dalam keadaan yang seharusnya? Jangan kerana menjaga kedudukan, anda sanggup memejam mata dan yang paling hina bersubahat dalam semua kegiatan yang mengaburi mata rakyat. Ingat rakyat tidak BISU, tidak PEKAK dan tidak BODOH. Bloggers adalah sebahagian dari rakyat dan mereka berhak memberi pandangan, kadang kadang kata orang ubat yang baik itu PAHIT untuk ditelan, olih itu kalau tak mahu pahit jangan cari penyakit!
Post a Comment