Tuesday, March 06, 2007

Bloggers ‘goblokkan’
Kerajaan Abdullah?

Adakah saya “menggoblokkan” [memperbodohkan] kerajaan? Sebab itukah ada seorang pengunjung ke blog ini [saya yakin dia diantara lebih 20 penulis upahan pihak tertentu] meminta saya jangan “menggoblokkan” [saya pinjam perkataan yang digunakannya] kerajaan?

Adakah bila bloggers menulis sesuatu yang kritikal bermakna bloggers “menggoblokkan” kerajaan? Adakah bila bloggers menegur sesetengah “kegoblokan” kerajaan maka kerja bloggers itu adalah kerja yang “goblok”?

Adakah bila bloggers menyiarkan pendapat ikhlas rakyat jelata maka pendapat itu pendapat “goblok”? Bukankah orang yang benar-benar “goblok” sahaja yang menyifatkan sesuatu teguran dan kritikan yang ikhlas sebagai usaha “menggoblokkan” pemerintah?

Adakah bila ada rakyat menegur bahawa indikator-indikator kesihatan ekonomi negara yang diheboh-hebohkan kebelakangan ini agak mengelirukan, maka teguran itu disifatkan sebagai usaha “menggoblokkan” kerajaan?

Keceluparan

Adakah usaha bloggers mengkritik keceluparan sesetengah pemimpin negara jiran yang mempersenda-sendakan rakyat dan pemimpin Malaysia sebagai usaha bloggers “menggoblokkan” kerajaan?

Adakah usaha bloggers menyedarkan rakyat jelata tentang kemungkinan ssetengah negara jiran kita jadi naik minyak dan menghakis kedaulatan negara kita yang merdeka ini, satu usaha “menggoblokkan” kerajaan?

Adakah usaha bloggers menyuarakan rasa kesal rakyat jelata mengenai pembatalan skim pinjaman buku teks kepada seluruh kanak-kanak sekolah rendah dan menengah mulai 2008, sebagai usaha “menggoblokkan” kerajaan?

Adakah usaha bloggers menegur keleluasaan sesetengah pihak yang mengendalikan NST, akhbar yang menjadi salah satu simbol perjuangan UMNO zaman Tun Razak Hussein, sebagai usaha “menggoblokkan” sesiapa?

Kebokrokan

Adakah usaha bloggers menentang keleluasaan seseorang individu tertentu yang mungkin boleh merosakkan pemimpin besar negara sebagai usaha “menggoblokkan” kerajaan?

Adakah usaha bloggers menyedarkan bangsa daripada bunga-bunga kebokrokan wadah perjuangan bangsa itu sendiri, disifatkan sebagai usaha “menggoblokkan” bangsa yang tercinta?

Sebenarnya, panjang lagi senarai pertanyaan saya kepada penulis yang beranggapan kononnya saya “menggoblokkan” kerajaan. Tetapi, cukup sekadar di atas sahaja yang saya senaraikan.

Akhir sekali, kalau sesiapa nak cari rezeki dengan menjadi penulis upahan, bertindaklah scara berani, ikhlas dan jujur. Negara dan bangsa kita mutakhir ini nampaknya sudah jelak dengan sejumlah hipokrasi yang yang disuguhkan saban harian! – Ruhanie Ahmad.

4 comments:

Unknown said...

Saya merasa terpanggil untuk mengomen sebab sebahagian dari duit saya sekarang adalah hasil dari menjadi penulis upahan.

Itu pasti.

Yang saya tak pasti adakah saya jujur, ikhlas, menulis dengan rasa takut kepada Tuhan...?

Manalah saya tahu!

Kita memang perasan kita baik, tetapi betulkah kita baik?

Saya berharap saya tidak pula menjadi orang tidak baik yang merasa dirinya baik.

Senang kira, aku memang tak baik!

Hopefully i did not say that just for the sake of saying that!

A Voice said...

Melayusokmo

Kamu ni kelantan atau jawa, pastinya kamu orang melayu yg bukan sebarang orang dari gaya berbahasa dan berkata. TAk silap kalau saya katakan anda ini orang besar2.

Pernahkah kamu yang merasa diri melayu sentiasa (melayu sokmo lah konon) terfikir dan sedar serta memahami implikasi tindakan2 yang dilakukan oleh ABdullah Badawi dan menantunya atau "kami sokong" buta2 apa yang dikatakan tanpa sedikit pun penggunaan bahan dalam kerangka cranium di kepala.

Fikirkan mesej yang dibawa dan pertahankan kritikan itu. Melayu apa kamu ini? Jantan apa lari dari ajak bertarung. Kita bertarung dengan fikiran dan minda, tapi kamu bertarung dengan cara pengecut.

Mintak alihkan pandangan dari isu sebenar. Menembak peribadi Rocky, Jeff Ooi dan Dato Ron tuan rumah kita. Apa kena mengena allegation Rocky kaki tonggang, Jeff Ooi cauvanis Cina, dan Dato Ron bekas orang kerajaan dan cauvanis Melayu dengan isu yang begitu banyak di timbulkan dan kerajaan tidak menjawab dengan yakin. Terfikirkah rakyat biasa yang blog punya pelbagai bangsa, agama, fikiran dan aliran tapi boleh sama bersetuju melihat keadaan yg teramat runcing ini. Dari dilawan dan ditentang, apa salah didengar dan diselesaikan persoalan2 ini. Ini rakyat yg mengundi, bukan tk dibuli.

Saya rakyat yg telah berkempen dan bekerja utk parti BN ini menang piliharaya. Kenapa kerajaan yg saya sokogn dan bekerja dgn free tidak menjawab soalan yang menrunsingkan rakyat? Mengapa kerajaan begitu angkuh terus juga dgn keputusan yg bayak dipersoalkan?

Dimana slogan2 dan kata janji yg begitu banyak tapi dengan mudah sekelip mata mungkir dan menjadi lazim berbohong.

Senarai panjang, jawablah kalau awak panglima yang berani berkorban mempertahankan kerajaan ini yg saya juga dokongkan. Mula dengan soalan2 Tun yg PM masih tidak jawab!!! Selepas itu saya ada senarai saya juga. BUka blog anda dan terangkan. Kami sedia mendengar dan membaca.

Jangan bawak trick murah untuk "shoot the messenger" bagi mengalih pandangan.

Intipati dan expose yang sunggoh membahayakan bangsa dan negara oleh Rocky sudahkah awak fikirkan, fahami dan usaha selesai. Anak watan kelahiran singapura risau dnegan perhubiongan bahaya dgn singapura, Kita yg sentiasa di musuhi singapura boleh berdiam terima.

Kalau mahu dipanggil Jeff Ooi itu pelbagai macam gelaran, kenapa anda bekerja sama dengan parti Barisan Nasional yang dia juga ahlinya?

Pengalaman Dato Ron didalam kerajaan sepatutnya tidak menjadi alasan beliau utk mendiamkan diri. Dia tentu tahu membezakan kerajaan waktu sepenuh atau kerajaan half past six.

Tanggungjawabnya adalah kepada allah untuk menjalankan amal makruf nahi mungkar. Tanggungjawab kita adalah kepada anak cucu kita utk memastikan kesejahteraan dan keselamatan. Bkan tanggungjawab kita utk mempertahankan pemimpin walaupun kerosakkan dankehancuran berleluasa.

Alah! Jangan lah syok sendiri dan khayal terlancap dengan hanya orang Indon, Arab Saudi dan Yemen berbudi bahasa memuji tetamu, kamu dah mudah terambil pujian mereka. Adakah mungkin dia tidak memuji dan berbahas abaik dgn tetamu?

Alah! Janganlah begitu jumud dan melihat persahabatan itu bermakna kita mesti berdiam kepada kesinambungan kerosakan. Apa erti persahabatan sekiranya tidak boleh ditegur sahabat?

Dan tolong jangan membalas dengan konon2 ada saluran2 tertentu. MP, ADUN dan Ketua2 dalam UMNO dalam ketakutan kepada ancaman2 Pak Lah utk bersuara.

Anda berani bersemuka tanya Pak Lah mengenai peranan menantunya dan kalimullah? Kalau anda takut dan risau kontrak tak dapat, diam2 sajalah.

Dahlah janganlah mudah membeluk ke bab ugama untuk memberi justifikasi kepada argumen jumud anda. Fahami apa itu amal makruf nahi mungkar dan tanya diri sendiri. Sudah anda ikuti perintah allah yg ini? Jangan peduli apa orang lain lakukan, tanya diri sendiri dan apa kamu telah lakukan.

wutever said...

second u Dato' Ron....keep up da good work....keadaan sekeliling yang memaksa bloggers mengambil alih tugas media masssa yang semakin jauh menyimpang....

Unknown said...

Seseorang dikatakan “menggoblokkan” pihak yang lain apabila beliau:
~ Memperleceh dengan kata-kata hinaan atau label yang tidak sewajarnya
~ Menyerang peribadi semata-mata dan bukan idea atau hujah yang diutarakan
~ Mengkritik tanpa mengemukakan sebarang cadangan alternatif
~ Mengulas sesuatu perkara secara mengelirukan
~ Mengenepikan terus pandangan yang tidak selari walaupun ada kebenarannya
~ Mengaku memperkenalkan sesuatu yang sebenarnya dicetus oleh orang lain

Seseorang dikatakan “goblok” apabila beliau:
~ Tidak tahu apa yang diperkatakannya dalam kebanyakan keadaan
~ Tidak dapat menjawab secara terus soalan-soalan mudah yang diberikan
~ Tidak arif tentang sesuatu bidang tetapi masih mahu memberikan pendapat
~ Tidak berdaya membetulkan kesilapan yang telah dilakukannya sekalipun kecil
~ Tidak berupaya memahami perkara-perkara asas walaupun berpengalaman
~ Tidak berbuat apa-apa untuk mengurangkan “kegoblokannya”

Apa yang paling pasti, di antara kita terdapat lebih ramai yang cenderung “menggoblokkan” orang lain daripada mengaku dirinya “goblok” biarpun untuk sedetik cuma.