Friday, September 26, 2008

UPDATE: PERHIMPUNAN AGUNG UMNO DITUNDA KE BULAN MAC 2009

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Majlis Tertinggi Umno hari ini membuat keputusan menunda tarikh Perhimpunan Agung parti itu ke bulan Mac tahun depan bagi melicinkan proses peralihan kuasa yang lebih awal.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau akan mengumumkan keputusan sama ada akan mempertahankan jawatan presiden Umno atau sebaliknya sebelum bahagian-bahagian Umno memulakan mesyuarat perwakilannya pada 9 Okt ini.

"Saya belum membuat sebarang pengumuman mengenai perkara ini. Saya berhasrat untuk mengumumkannya sebelum mesyuarat bahagian," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tertinggi Umno di Menara Datuk Onn di sini.

Ketika diminta penjelasan mengenai maksud bagi melicinkan proses peralihan kuasa awal, Abdullah berkata "ia adalah bagi membuat penyerahan apa juga yang diperlukan... peraturan-peraturan apa yang hendak saya laksanakan nanti, apa juga. Ini akan diputuskan antara saya dan Najib."

Abdullah yang terus diasak dengan pertanyaan sama ada beliau akan mempertahankan jawatannya berkata, "bertanding atau tidak, saya yang akan putuskan."

Perdana Menteri berkata selain melewatkan tempoh pemilihan parti pada Perhimpunan Agung Umno yang dijadualkan pada 16 Dis ini ke bulan Mac tahun depan, Majlis Tertinggi memutuskan tiada sebarang perubahan terhadap perjalanan mesyuarat bahagian yang akan bermula pada 9 Okt.

Ditanya sama ada beliau menerima tekanan dalam mesyuarat hari ini untuk melepaskan jawatannya lebih awal, Abdullah berkata perkara itu tidak berlaku.

"Tidak ada apa-apa pada hari ini. Tidak ada langsung mengenai perkara itu. Mungkin ada dua atau tiga orang yang rasa begitu. Tapi kebanyakan (anggota MT) tidak ada satu-satu sebab mengapa nak desak sebab mereka tahu bahawa hubungan saya dengan Datuk Seri Najib adalah satu hubungan yang baik. Apa-apa perkara pun, kedua-dua kami ada satu persefahaman yang baik. Tidak ada masalah yang timbul mengenai perkara ini.

Beliau turut ditanya sama ada bersedia melakukan pengorbanan demi kebaikan dan kepentingan parti dengan melepaskan jawatan yang disandangnya.

Abdullah berkata dalam sejarah perjuangannya, beliau tidak pernah mengambil apa juga tindakan yang bertentangan dengan parti kerana beliau menyayangi Umno.

"Bagi saya, saya sayangkan parti sungguhpun ketika melalui waktu yang sukar. Saya tidak pernah meninggalkan Umno. Saya tidak menyertai Umno 46 (Semangat 46), saya tidak menyertai parti lain. Saya tidak pernah berada pada platform mana-mana parti pembangkang demi kepentingan peribadi menentang Umno. Tidak ada rekod saya menentang parti langsung pada bila-bila masa pun," katanya. – Dipetik daripada BERNAMA

Lagi:http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=361447

ABDULLAH AKAN UMUM KEPUTUSAN PERTAHANKAN JAWATAN PRESIDEN UMNO SEBELUM 9 OKTOBER

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau akan mengumumkan sama ada akan mempertahankan jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti kali ini sebelum persidangan perwakilan bahagian parti bermula.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tertinggi Umno hari ini, Perdana Menteri juga mengumumkan bahawa Perhimpunan Agung Umno, yang dijadual Disember ini, ditunda ke Mac tahun depan.

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=361443

PENANGGUHAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO KEPUTUSAN BIJAKSANA, KATA NAJIB

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan keputusan menunda tarikh Perhimpunan Agung Umno ke Mac tahun depan dan mengekalkan tarikh mesyuarat Umno bahagian sebagai keputusan yang bijaksana.

"Keputusan itu dibuat dengan penuh bijaksana selepas mendengar pandangan pemimpin dan ahli akar umbi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini hari ini.

Lagi:http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=361478

PENANGGUHAN BUKTI ABDULLAH UTAMAKAN PARTI, KATA MUHYIDDIN

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Keputusan yang dicapai pada mesyuarat khas Majlis Tertinggi Umno hari ini dianggap sebagai bukti bahwa Perdana Menteri teri dan Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi lebih mengutamakan kepentingan parti dan menghormati pendapat anggota parti.

Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata biarpun sebelum ini banyak pihak termasuk dirinya pernah mengemukakan pelbagai pandangan termasuk meminta peralihan kuasa dipercepatkan, namun Abdullah masih meletakkan kepentingan parti melebihi yang lain.

"Saya hendak menyatakan di sini sanjungan dan penghormatan kepada presiden kerana Pak Lah telah secara ikhlas mengambil kira semua perkara...nampak beliau lebih mengutamakan parti dan menghormati pandangan-pandangan ahli," katanya yang ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat itu.

Ketika ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan perancangan itu sedangkan belum ada kepastian berhubung tarikh sebenar proses peralihan kuasa itu akan dipercepatkan, Muhyiddin berkata: "Saya rasa kita perlu ada keyakinan."

37 comments:

sang murba said...

Salam,


Nampaknya Najib, Muhyiddin dll puas hati dan gembira selepas menyuarat khas MT UMNO yang baru berlangsung. Dari kenyataan mereka nampaknya semua kelihatan baik dan positif untuk parti.

Agaknya setelah "bergaduh", sekarang mereka mahu "berdamai", dan mahu memberi peluang kepada Abdullah supaya mengundurkan diri secara terhormat!.

Agaknya itulah yang dikatakan tradisi UMNO.

Saya tidak tahu adakah keputusan seperti itu baik atau tidak. Tapi seperti yang pernah saya katakan dalam posting yang lain, memang orang Melayu masih terikat dengan "budaya feudal", iaitu mahu menghormati pemimpin dan mahu menunjukkan taat setia kepada pemimpin dan tidak mahu menderhaka kepada pemimpin.

Akhirnya seorang pemimpin yang pada mulanya dikatakan lemah, lembik dan tidak berwibawa, akan disanjung pula sebagai seorang pemimpin yang baik, yang mengutamakan kepentingan parti dan bukan kepentingan diri sendiri!

Agaknya itulah wajah sebenar politik Melayu!

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie,

Saya mahu berguru bahasa Melayu dengan Muhyiddin Yassin!
(lepas lulus cemerlang kelas kuda kepang hendaknya kerana itu tertib namanya)

Terima Kasih.

cahayamasa said...

Salam Datuk,

Berita tadi menyiarkan "MT bersetuju sebulat suara" - bersetuju tentang apa? tentang Perhimpunan Agong ditunda ke Mac09? kang takut tiba2 keluar lak kata "MT setuju apa jua keputusan - Badawi pertahan jawatan lepas dimaklum 9 oktober nanti"

ke MT terpaksa bersetuju? Siapa yg panggil meeting tergempar ini, siapa yg bawa usul untuk tunda ke Mac 09?

Datuk, boleh datuk tolong bagi tau saya, agak2 kenapa dia nak tunda ke Mac09 (asalnya kata Jun 09)

Sekian.

matdeboq said...

Salam Sejahtera Datuk,
Saya menyokong penuh kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah...Malaysia dah umpama 'republik pisang'-Amerika Latin di satu ketika dulu. Malah ada yg meyamai negara ini dah macam negara2 Afrika yg berkonflik. Dan nampak gayanya memang itu jalan yg sedang kita lalui...di pancu arah oleh Pemimpin2 UMNO yg berMentaliti seperti pemimpin2 'Republik Pisang atau negara2 Afrika' yg pernah kita saksikan dulu.. mau pun sebilangan yg ada sekarang.

Sesuatu harus dilaku kan..demi utk menyelamatkan negara ini...!!
Anasir2 seperti CIA..MOSAD dan seupamanya akan lebih mudah merealisasikan agenda mereka...ataupun mereka sudah pun memainkan peranan mereka yg lazimnya merosakan negara yang mereka susupi..!

Yang Berbahgia Datuk,...lakukan lah sesuatu ..kerana Datuk lebih arif tentang perkara ini..!
Bisikan lah suara kerisauan kepada mereka yang sepatutnya..!!
Tolong Jangan jadi kan kami..rakyat M'sia Kebanyakan ini, menjadi taruhan mainan politik sempit mereka2 yg dok kat atas tu..!
Bagi saya..setakat meluahkan perasaan di laman ini.. dan mengunakan satu undi pada pilihan raya.. sahaja yang mampu dilakukan..!!

Perlu kah satu gerakan Massa dilakukan utk Menyentak sedar mereka diatas itu..??

Sekian Wassalam.

zeme said...

Salam Datuk,

Saya tertarik dengan kenyataan Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkenaan penangguhan Perhimpunan Agung UMNO dan peralihan kuasa nanti. Kenyataan yang dipetik dari harakahdaily.net :-

Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menyifatkan penyerahan kuasa kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijangka pada bulan Mac ini sebagai berita baik kepada pembangkang.

"Jika Tengku Razaleigh yang mengambil alih kepimpinan dari (Datuk Seri) Abdullah (Ahmad Badawi), ia berita yang tidak menggembirakan kepada kita. Kalau Najib ambil alih, itu berita baik," katanya.

Petikan selanjutnya di harakahdaily.net. http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=17163&Itemid=1

Berdasarkan pemerhatian, Pembangkang sebenarnya melihat Tengku Razaleigh sebagai ancaman untuk kemaraan politik mereka. Mereka sedar jika dahulu Tengku Razaleigh pernah mengetuai BN merampas kerajaan Kelantan dari PAS pada PRU 1974, kemudian dengan menumpang tuah pengaruh Tengku Razaleigh sewaktu Semangat 46 bersama PAS dalam Angakatan Perpaduan Ummah (APU) pada PRU 1990 mereka berjaya menakluk Kelantan. Maka mereka agak gusar sekiranya Tengku Razaleigh mengetuai kepimpinan tertinggi UMNO nanti kerana baik PAS atau PKR mereka sebenarnya tiada isu untuk di manipulasi. Jadi ini permulaan ancaman untuk Pembangkang menghadapi PRU ke-13.

Sekiranya DS Najib mengambilalih kepimpinan dari DS Abdullah, mereka amat menyukainya kerana mereka sudah mempunyai isu yang diutarakan ke atas kepimpinan DS Najib sewaktu PRK Permatang Pauh yang lepas. Maka gandingan DS Abdullah-DS Najib adalah kredit kepada Pembangkang dalam masa sama liabiti kepada UMNO.

UMNO perlukan pemimpin yang benar-benar bersih dari segala anasir yang boleh menganggu gugat pentadbiran parti yang terurus dan secara ikhlas saya masih menaruh kepada gadingan Tengku Razaleigh-TS Muhyiddin.

Wasalam.

MOHD ABD RAUF TUMIRAN said...

Perutusan Hari Raya

1.Menjelang Syawal yang akan menjelang tiba beberapa hari lagi, kami GPMS UiTM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam. Kami ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf kepada semua sekiranya kami ada melakukan kesalahan dan kesilapan dan kami juga sedia untuk memaafkan sekiranya sahabat2 yang mungkin melakukan kesalahan ataupun kesilapan sama ada sengaja ataupun tidak.. Bersama kita menghayati kemuliaan syawal..

2. Selari dengan kemuliaan syawal yang bakal menjelang,kami menyeru seluruh umat melayu islam agar kembali bersatu selari dengan budaya menziarahi dan bermaafan di bulan syawal. Maaf yang dipohon dan diberi janganlah hanya dimulut dan mestilah datang dari hati yang ikhlas.

3. Hilangkan persengketaan kita akibat politik, hilangkan persengketaan kita akibat jawatan, hilangkan persengketaan kita kerana nama dan hilangkanlah semua persengketaan kita. Bersamalah kita membentuk kesatuan.

4. Asas kesatuan yang kukuh inilah yang dapat menjamin kekuatan umat melayu islam bukan hanya di Malaysia tetapi juga di persada dunia.Maka dengan kekuatan inilah umat melayu dan islam di Malaysia tidak lagi dipandang rendah dan dipermain - mainkan.

5. Kepada mahasiswa, lihat dan fikirlah apa yang terjadi kini. Hari ini kita disajikan dengan pertelingkahan pemimpin - pemimpin melayu (rakyat biasa hanya mengikut) sehingga membawa kepada kerendahan martabat umat melayu islam. Fikirlah dan hanya jangan sekadar melihat. Ambillah pengajaran. Kelak apabila tiba giliran kita janganlah dilakukan perkara yang sama. Sejarah adalah pengulangan yang sentiasa benar. Jika kita gagal belajar daripada sejarah, mungkin apabila kita bergerak ke hadapan tanpa kita sedari sebenarnya kita mengundur ke belakang dan mengulangi kesilapan yang sama ..

6. Aktivis mahasaiswa melayu islam usahlah kita pun turut dipecahkan dengan politik dan kuasa. Atas nama kemuliaan agama islam marilah kita bersatu. Di bulan syawal yang mulia ini bersedialah untuk kita meminta maaf (terlalu banyak kebohongan dan fitnah yang dilempar tanpa disedari) dan memberi maaf (mungkin kita tidak tahu terdapat sahabat kita yang mempunyai kesalahan pada kita). Lihatlah persamaan dan ketepikan perbezaan.

Kami mengharapkan agar syawal yang bakal dilalui dapat menjadi titik permulaan yang terbaik untuk disatukan seluruh umat melayu islam untuk memulakan satu gelombang baru kekuatan umat MELAYU ISLAM.. INSYAALLAH..

Mohd Abd Rauf B Tumiran
Yang Dipertua
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS),
Cawanan Khas UiTM Malaysia..

Bung Karno said...

Masih dia berpaut didahan yang rapuh.

Pak Dolah dalih ni nak tengok brapa pencalonan dia dapat. Antara Oktober hingga Mac dia sempat bagi kain pelekat dan duit raya untuk menambat perwakilan.

Berita dari gunung said...

Yang masih tidak diumum secara jelas ialah Abdullah tidak akan bertanding jawatan Presiden Mac ini.

Melihat kepada kepuasan Najib, Muhyiddin dan Rafidah di TV semalam, barangkali itulah yang diputuskan. Barangkali juga Majlis telah menyerahkan kepada Abdullah sendiri untuk membuat pengumuman bila-bila masa sebelum Umno bahagian mula bersidang.

Enam bulan untuk Abdullah berkemas dan Najib menyiap diri adalah mencukupi.

Namun Bernama semalam menyebut Khairy sebagai berkata penangguhan hingga Mac menyulitkan kempen beliau. Katanya kalau bertanding untuk jawatan ketua pemuda bahagian tidak mengapa tetapi kempen beliau ialah untuk Ketua Pemuda Umno Pusat.

Tetapi malang sekali Khairy perlu menyebut sabotaj sebagai penghalang kempen. Naib ketua pemuda tidak wajar dengan alasan sedemikian. Alasan sebegitu adalah untuk tokoh yang kecil-kecil sahaja.

Hal Khairy bukan sekadar tempuh kempen yang lebih panjang tetapi dengan senario mertuanya akan berundur dalam tempuh terdekat. Beliau akan kehilangan protection yang penting.

Tiba waktunya, kita perlu berenang tanpa pelampung. Ombak tetap ganas.

politica said...

Yang Dihormati Datuk, ini posting terbaru saya mengenai politik Malaysia mutakhir untuk renungan kita bersama.

ABDULLAH PERINTAH MALAYSIA JADI BANANA REPUBLIC?

Abdullah Badawi memang tebal kulit dan keras kepala. Rakyat dah kata, berundurlah dengan segera. Dia tak mau dengar. Nak terus berkuasa sampai Mac 2009. Dalam tempoh lima bulan macam-macam boleh jadi. UMNO boleh jadi tonggang-langgang. Negara boleh jadi porak-peranda. Dia sendiri boleh jadi kecundang dan terbongkang.

Abdullah ingat, dia tu hebat macam Tun Mahathir Mohamad. Mahathir yang hebat pun cuma bagi notis empat bulan aje untuk bersara dari kerajaan dan parti. Itu pun bersara bukan atas desakan rakyat jelata. Bersara secara sukarela – waktu rakyat masih mahu Mahathir teruskan lagi kepimpinannya ke arah kecemerlangan agama, bangsa dan tanahair.

Abdullah? Rakyat dah bagi dia notis suruh dia berhenti sejak PRU 12 pada Mac 2008. Sekarang dah lima bulan. Abdullah masih tak sedar diri yang rakyat jelata dah fed-up habis terhadap dirinya. Rakyat dah hilang keyakinan. Rakyat dah tak percaya apa yang dia cakap. Rakyat dah tak peduli apa yang dia nak buat. Rakyat cuma mau Abdullah segera berundur supaya negara ini dipimpin oleh orang baru.

Kalaulah Abdullah berundur pada Mac 2009, ini bermakna dia hanya nak berhenti jadi PM dan Presiden UMNO setahun sesudah PRU 12. Dalam setahun ni Malaysia tak ada apa-apa pun perubahan melainkan dibuai dan dihayun oleh rentak politik gila Abdullah. Rentak politik gila ni pun bukannya ciptaan Abdullah sendiri. Tapi Abdullah diprogramkan bergerak dan bertindak mengikut rentak politik gila yang digubah oleh menantunya, Khairy Jamaluddin, dan anak lelakinya, Kamaluddin Abdullah. Si Khairy ni pula menggubah rentak politik gila ni ikut nota yang disediakan oleh pihak-pihak luaran. Tak jahanam kita semua dibuatnya kalau keadaan ni berlarutan?

Dengan Abdullah, kita susah nak percaya sedikit habuk pun kata-katanya. Kini dia bayangkan akan berhenti Mac 2009. Boleh gerenti ke dia akan berhenti pada tempoh itu? Macam mana kalau esok atau lusa Khairy dan geng luarnya buat sesuatu helah sehingga tak izinkan Abdullah berhenti?

OK. Abdullah kata dia akan umum dalam seminggu dua ni, sama ada dia akan bertanding Presiden UMNO atau tidak. Macam mana kalau dalam seminggu dua ni Khairy desak Abdullah atau ugut Abdullah supaya terus bertanding Presiden UMNO? Apa kesudahannya kemelut politik Malaysia kalau Abdullah kata dia nak kekalkan jawatan Presiden UMNO?

Sepatutnya memang kita kena respect Abdullah bila dia cakap dia akan berhenti pada Mac 2009. Sepatutnya memang begitu. Tapi, kerana Abdullah dah banyak kali dolak-dalik dan flip-flop, apa gerenti yang ada pada kita untuk mempercayai kata-kata itu?

Dalam seminggu ni pasti orang-orang Abdullah akan mencongak dan mengira. Kalau Abdullah akan terus tanding kerusi Presiden UMNO, berapa banyak ongkos yang diperlukan? Ongkos tu dari mana akan diperolehinya? Lembu mana yang akan disembelih untuk keluar ongkos itu? Untuk beli sokongan bahagian-bahagian, macam mana ongkos itu nak dibahagi-bahagikan?

Sekaligus, orang-orang Abdullah juga akan mencongak dan mengira. Sapa yang boleh dibeli dengan pangkat dan jawatan? Sapa yang boleh dibeli dengan wang ringgit? Sapa yang boleh berikan sokongan kepada Abdullah setelah diugut dan diancam?

Lantas, dalam seminggu ni tentu orang-orang Abdullah sibuk menghimpun ongkos dan sibuk menggali fail. Mereka juga akan sibuk mengenalpasti mana lagi kementerian atau agensi yang boleh melantik jawatan penasihat untuk diberikan kepada pihak yang nak dibeli sokongannya.

Bayangkan betapa kotor jadinya politik bila Abdullah bertindak hanya atas nasihat, desakan dan ugutan pihak-pihak di sekelilingnya. Betapa rumit jadinya politik tanahair bila tindakan Abdullah ditentukan oleh pihak kedua dan ketiga?

Inilah kisahnya Abdullah. Rakyat jelata asyik dihidangkan dengan teka-teki, lepas satu, satu lagi, tanpa kesudahan yang muktamad. Akibatnya, Malaysia kini dalam keadaan penuh kebimbangan dan ketidaktentuan. Benar juga kata-kata Tengku Razaleigh Hamzah, Malaysia hari ini seolah-olah dah jadi Banana Republik - Republik Pisang - yang sinonim dengan kemunduran, kecelaruan, ketidakstabilan, keporak-perandaan dan kesengsaraan.

Rakyat Malaysia pasti tidak reda dengan status Banana Republic ini. Makanya, lebih cepat Abdullah berundur, lebih eloklah untuk kita semua. Lebih cepat Abdullah berundur, lebih mudahlah kita semua bergabung tenaga dan bergabung minda untuk memperkasakan semula negara tercinta ini! – http://politica-net.blogspot.com

Musallam said...

Salam,

Saya menduga bahawa MT UMNO bersetuju Perhimpunan Agung UMNO ditangguhkan dari Disember 2008 kepada Mac 2009 adalah untuk memberi peluang kepada Abdullah mengundurkan diri secara terhormat dan bukan sebagai orang yang "terusir".

Inilah agaknya yang dikatakan oleh Najib sebagai "tradisi UMNO".

Memang hal ini tidak memuaskan hati orang-orang yang mahukan Abdullah melepaskan jawatannya dengan segera.

Akan tetapi, kita patut ingat bahawa UMNO adalah sebuah parti konservatif, bukan parti yang radikal. Oleh itu, saya kira hanya itulah penyelesaian terbaik yang mampu diambil oleh MT dan parti UMNO pada keseluruhannya.

ChengHo said...

bro,

pemuda umno memerlukan pemimpin yg ada kebijaksanan dan berprinsip untuk memimpin pemuda yg lesu sekarang ini.
Nazri Aziz atau Annuar Musa adalah calun yg sesuai untuk menjadi ketua pemuda,

odeen said...

INILAH GAYA PEMERINTAHAN BN(UMNO) SEJAK DARI DULU LAGI LEBIH MEMENTINGKAN KEPIMPINAN MEREKA DARIPADA MEMIKIRKAN MASALAH RAKYAT SEKARANG. RAKYAT SEKARANG BEGITU TERDESAK DEGAN KENAIKKAN HARGA BARANG YANG MELAMPAU AKIBAT KENAIKAN HARGA MINYAK. BILA NAIK HARGA MINYAK SAMAPI RM1.00 TETAPI BILA NAK TURUNKAN, NAK KURANGKAN RM0.30 PUN BERGEGAR TANGAN. TERUSKANLAH DENGAN SIKAP MEMENTING DIRI ANDA ITU KERANA PASTI SUATU HARI NANTI ANDA AKAN MENDAPAT BALASANNYA.

odeen said...

NIELAH YANG SAYA DAPAT KATAKAN, APABILA BN(UMNO) JATUH PASTI ADA KRISIS KEPIMPINAN. APABILA ADA KRISIS KEPIMPINAN PASTI BN(UMNO) AKAN JATUH.

Hanief said...

Mesti ada harta yang ingin diselamatkan sebelum kena bungkus tu. Sebab itu anjak ke Mac 2009.

atokuitmck said...

Salam,

satu keputusan yg sangat merugikan UMNO & NEGARA. Apa sebenarnya yg bermain di kepala PakLah dalam menangani sebegitu banyak isu2 yg merugikan negara.

Mari kita fikirkan perkara berikut?

1. Mengapa perlunya peralihan kuasa? Bukankah lebih baik pak lah mengundur diri dan AKAR UMBI UMNO boleh pilih pemimpin yg diperlukan. Maka dengan itu dapatlah elakkan PISANG BERBUAH 2 KALI.

2. Mengapa paklah tidak mahu berundur sekarang?? Bukankalh lebih baik berundur sekarang kerana ramai orang yg dah tak suka dengan kepimpinan paklah kecuali orang yg BERKEPENTINGAN PERIBADI. Ingatlah ALLAH MAHA KUASA, KEPADANYA KITA AKAN KEMBALI.

3. Malukah paklah utuk letak jawatan? jgn malu, ramai pemimpin dunia yg hebat2 skrg nie pun letak jawatan.

4. Mengapa pilih Najib? Bukanklah lebih baik serahkan kepada semua ahli UMNO utk buat keputusan.

5. mengapa paklah ambil keputusan tukar jadi menteri pertahanan? banyaknya spekulasi....

merantikota said...

Saya rasa kita perlu ada kayakinan. TSMY berkata.

Dato Ron,

Bersyukur kita ke Hadhrat Allah Subahanahu waTallah kerana kita telah menuju ke arah sinaran cahaya yang hak, sinar yang hak telah sedikit demi sedikit menutupi kilauan batil!

Keris Taming Sari adalah Anuggrah yang selayakknya diterima olih TSMY! Syabas wahai zuriat Wali Songo!

Bukankah itu anuggerah tertinggi kepada Pahlawan Melayu setelah menghapus petualang?

Sipakah petualang? Golongan peneggak yang hak atau pembela yang batil? TSMY adalah penegak yang hak, maka dari segi akal pun dia adalah WIRA! Belum lagi dihuraikan mengikut Hukum Syariat atau Hukun Adat.

AAB masih memutar-memutarkan kenyatan tentang issu bila nak berundur dari Jawatan Presiden UMNO atau PM. Apakah variable yang dinantikan oleh AAB sehingga bertangguh kepada 9 Oktober 08!

Sedangkan pengaruh dan sokongan sedang mengalami dy/dx yang akhirnya akan mencapai zero!

Apa buktinya?

Petunjuknya adalah apabila KJ dengan tidak segan silu dan gabrahnya membuat kenyatan akhbar di Kota Bahru bahawa ada sekatan untuk dirinya menemui Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO dari Bahagian-banahian di Negeri Che Siti Wan Kembang itu!

Dan...

Dengan dilanjutkan tarikh PAU kepada bulan Mac 2009 maka beliau akan menempuh laluan SUKAR untuk menang!

Hance...

dy/dx(AAB) = 0

since...

KJ = AAB

Kalau dengan petunjuk yang mengerikan begitu pun AAB masih tidak nampak, sesungguhnya melihat petunjuk ALLAH itu dengan ilmu bukan dengan nafsu!

Sadakol Allah hu Azim!

MD said...

Tunda 3 bulan untuk buat persiapan untuk bertanding - Persiapan untuk siapa?

1. Kalau dalam seminggu dua ni Pak Lah nyatakan yang dia tidak akan bertanding - Perwakilan akan mencalonkan (menambah orang lain) untuk calon President, TP, dan VP. Calon-calon ini ada 6 bulan untuk bersedia.

2. Kalau Pak Lah tetap untuk bertanding - Adakah penambahan 3 bulan akan memberi kelebihan kepada beliau?

3. Saya rasa MT sepatutnya membuat keputusan yang lebih penting iaitu; 1.Memansuhkan kuota, 2.Memberi hak kepada semua ahli UMNO mengundi terus dalam pemilihan. Tentu MT dan perwakilan tidak akan setuju, kerana ini periuk nasi mereka (Buat duit melalui percaturan).

4. Saya tanya ayah saya di kampung yang sejak muda menjadi ahli UMNO. "Macam-mana mesyuarat cawangan baru ni?" Dia kata tak dijemput pun. Saya ingatkan saya yang berada di perantauan sahaja yang tak dijemput.

5. Nampaknya MT lebih mementingkan percaturan siapa akan jadi siapa, dan apa yang perwakilan akan dapat melalui proses pemilihan ini. BUKAN sangat untuk kepentingan parti, ahli parti dan negara. Tunggulah PRU13 - UMNO will pay the heavy price! Ahli UMNO sendiri yang akan membunuh UMNO - Setakat undi perwakilan dan MT dalam PRU13 tidak cukup untuk UMNO memerintah Malaysia. What a sad end for UMNO.

6. Semua orang tahu pemimpin parti tidak boleh membuat keputusan penting tanpa suara MT. MT adalah pilihan perwakilan. Tapi kita kena juga tahu, perwakilan dipilih bahagian, bahagian dipilih oleh cawangan, dan pemimpin cawangan dipilih oleh ahli. Jika hanya beberapa kerat ahli di cawangan yang menentukan pemimpin mereka - Ini satu malapetaka bagi UMNO - tunggulah balasan.

7. Mungkinkah itu lah tujuan MT dan Perwakilan "Make hay while sun shines..."

Anak Pantai Merdeka said...

Salam Datuk,

Walaupun apa jua plan peralihan kuasa, yang pentingnya UMNO dimantapkan tidak diperkotak-katikkan. Bagi saya UMNO akan mantap sekiranya Datuk Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Najib menyatakan menjelang Oktober 2008 nanti, mereka berdua tidak akan bertanding.

Pembangkang lebih gerun kepada TS Muhyiddin berbanding dengan Datuk Najib. Begitu juga pengaruh KJ akan mula lenyap dan boleh Mukhriz mengatur strategi. Dato' Hisham akan lebih mudah berada sebagai Naib Ketua.

Rakyat sekarang cukup percaya bahawa Datuk Najib pernah melalui pelbagai skandal, walaupun Datuk Najib nafikan tetapi rakyat masih percaya Datuk Najib terbabit dalam banyak skandal. Ini adalah masalah besar bagi UMNO jika Datuk Najib dipilih menjadi Presiden UMNO.

Jalan terbaik hanyalah memilih TS Muhyiddin sebagai Presiden. Kepercayaan serta keyakinan ahli perlu diperkukuhkan. Sekiranya parti kukoh mungkin juga dalam PRU akan datang lima negeri yang dikuasai pembangkang dapat dikembalikan kepada UMNO/BN. Kalah tak dapat semua, separuh pun jadilah.

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie,

Merapu Hujung Ramadhan

Tajam kata-kata Bung Karno, ya? Jarang-jarang dapat serempak jumpa dibaca walaupun jerling-jerling.

Kalau dengan 'kain pelikat' boleh dibeli suara berubah hati maka sama sahajalah yang menerima dan yang memberi. Harap itunya dalam hal yang kurang wajar seminya - bukan begitu, Ruhanie?

Dalam inggerisnya: are we being hasty, Ruhanie? (What is the impact of any major political action on the economy of the nation? - hanya soalan tanpa harapan anda menjawabnya kerana kita maklum economics bukan 'forte' anda, ron)

masih dunia berpaut di dahan yang rapuh...

(kalau ada kes macam thaksin, dia terlepas ke london juga - bukan begitu dan semaknya diterima ditelan samaknya? kenapa tak diupah pembunuh kesana macam orang russia orang thai ini, ron? - atau mungkin lebih hijau perut orang barat digeruni orang thai walaupun dengan silat tomoi kuil mereka hebat-hebat. maklumlah barat pernah menjajah di timur sini. malahan mafia rusia pun sudah ramai di phuket menjaga sundal moskow remaja mereka di sana)

kalau malaysia banana republik maka USA itu republik king-konglah.

Terima Kasih Malaysiana

AhmadRazinHjYob said...

Salam

Sebenarnya rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai bangsa dah tak kisah dengan berita dan cerita sensasi. Mereka dah pandai dan bijak. Mereka tahu kuasa mereka pada pilihanraya. Walaupun pemilihan UMNO ditukar tarikh dan sistem kuota tidak di ubah ini sedikitpuntidak menggusarkan rakyat Malaysia yang ramai di luar sana. Merekalah pemerintah sebenar. Maka dengan sesungguhnya janganlah kita risau secara berlebih lebihan. Pak Lah nak tunggu pun tak pa, dia nak berhenti pun tak pa. Sesiapa pun nak jadi PM jadi la. Jadi la PM dan
menteri yang baik baik. Masa makin suntuk!

mie said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Kad dari AzmIe_(",)...

Al-Yasar said...

Salam,

Dalam interviu dengan TV 3 hari inim Muhyiddin ada menyatakan bahawa tindakan Abdullah akan melepaskan jawatannya (mungkin Mac 2009 nanti) adalah satu "pengorbanan", yang patut dihormati dan disanjung.

Nampaknya Muhyiddin pun happy kerana agaknya dia telah berjaya mendorong Abdullah melepaskan jawatannya lebih awal daripada tahun 2010.

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie,

http://economistsview.typepad.com/economistsview/2008/09/fed-watch-regar.html

band0tue said...

Sabtu, 2008 September 27
Pak Lah melepaskan UMNO
Pak Lah insyaAllah tidak akan mempertahankan jawatan dalam PAU UMNO yang telah tertunda ke Mac 09. Sekali pun Pak Lah belum mengumumkan kedudukannya, namun kuat hati saya mengatakan Pak Lah akan berundur dan melakukan proses penyerahan kuasa kepada Najib mulai sekarang hingga Mac 09.

Melihat kepada kenyataan TS Mahyuddin, TS Rafidah dan juga keceriaan yang terpapar pada wajah TPM selepas mesyuarat MT menjelaskan segala-galanya apa yang mereka putuskan dalam mesyuarat berkenaan.

'KEMUNGKINAN' dalam mesyuarat MT, Pak Lah telah menyatakan untuk berundur dan meminta proses peralihan dilakukan segera. Jadi supaya penyerahan kuasa berlaku lebih sempurna, maka masa yang secukupnya perlu diberikan. MT tentu dengan sebulat suara memberikan ruang dan peluang tersebut kepada Presiden kerana telah memperkenankan kehendak mereka atau akar umbi kononnya.

Oleh kerana itu MT berpendapat tidak timbul masaalah menundakan PAU kerana pertandingan jawatan tertinggi kemungkinan dapat dielakkan. Ini kerana jika Najib diterima oleh bahagian maka Ku Li dengan sendirinya tidak mampu mendapat pencalonan yang cukup.

Maka pada Mac 09 nanti secara rasminya Pak Lah akan melepaskan semua jawatan dalam UMNO dan kerajaan, insyaAllah.

Tentulah ramai yang gembira dan tidak kurang yang sedih. Perasaan gembira dan sedih adalah fitrah manusia. Perasaan seperti ini spontan bertindak memberi respon kepada sesuatu yang mengejut dan memilukan.

Dalam sajak Pak Lah saya nukilkan antaranya;

Pak Lah
Hari ini Jumaat terakhir Ramadhan yang penuh berkah
Menjadi penentu Pak Lah selamat atau musnah
Kepada Tuhan kembali menyerah
Kenapa masih menegak benang yang basah
Jika patut menyerah kalah
Mengundur diri dapat menjaga maruah
Datang simpati mereka yang marah
Jasa dikenang walau pun ada yang menyumpah seranah

(lihat dalam posting Pak Lah)

Unknown said...

Nampaknya Abdullah masih dalam 'fishing expedition'.

Seharusnya, inilah masa Dr. Mahathir kembali bergiat dalam UMNO untuk 'hasten the departure'.

Lihat Skandal Makanan-Minyak Iraq dari segi kronologi yang bermula dari tahun embargo PBB dan Perang Teluk yang menyebabkan ramai orang Islam perit dan sengsara. Bolehkah mereka yang sanggup mengaut keuntungan atas keperitan dan kesengsaraan orang Islam dijadikan pemimpin Melayu-Islam?

Dalam bulan puasa ini, Ku Li dan Dr. M harus melakukan sesuatu untuk menonjolkan sifat sebenar Abdullah kepada ahli-ahli UMNO untuk mematikan 'fishing expedition' ini. Tunjukkanlah. Sedarkanlah. Pelbagai cara!

slyderrose said...

Semuanya tenat di Malaysia. Ekonomi, hubungan kaum dan politik. Rakyat Malaysia, melayu umno terutamanya mestilah berani berfikir out of box untuk menyelamatkan negara. Jangan mengikut hawa nasfu untuk kepentingan kelompok dan suku sakat. kalau masih berpegang pada mentaliti ini. Selamat jalan Malaysia dalam menuju kehancuran.

Fikirlah dan renungilah, siapakah pemimpin melayu yang berani membawa negara ke mercu kejayaan dan dihormati luar dan dalam negara. Nilailah secara jujur. Pilih permata yang sebenar bukan kaca berkilauan. Kenapa takut berubah?. Tepuk dada tanyalah iman.

Unknown said...

Kini saya dah tak percaya dengan Pak Lah/Najib dan seterusnya ahli2 MT yang tak de bola mungkin kerana mereka ni pun sebenarnya opportunist2 yang sering digambarkan oleh DSAI......DSAI lemah hanya kerana Dr. M tidak mempercayai dia lagi.....tapi kini suara Dr. M negarawan ulung pun jadi macam sampah dalam UMNO. Akhir kata kini saya percaya DSAI adalah penyelamat sebenar MALAYSIA selepas era Dr. M....

matdeboq said...

Salam Aidil Fitri Kpd. Datuk dan semua Rakan2 kudakepang...!!

Nampak gayanya..PM M'sia dan juga Presiden UMNO yg dok ada laa ni, dah pun hilang restu sebilangan Panglima2 UMNO..!!

Ada kah Pak Lah, di bayangi kerisauan bila bergelar mantan PM nanti..?
Kerana apa yg beliau pernah lakukan kepada Tun Dr.Mahathir dulu akan bakal berulang kpd beliau pula..!!
Mengapa kah Pak Lah..!! Begitu takut sangat menghadapi PAU...??

Apa kah Pak Lah, tidak merasa Malu dan Segan..menjadi Presiden UMNO/PM..tanpa mandat yang kukuh dari ahli2 UMNO sendiri..?

Negara memerlukan seorang Peminmpin yg mendapat mandat yg kuat dari kalangan ahli parti nya sendiri...!
Kalau dah Pemimpin nya..dok caca-merba, kacau bilau..!! Dok kira..tembolok sendiri..??
Rakyat kat bawah ni, macam mana..kepentingan negara macam mana..??

Kalau dah rasa tak larat, tak sanggup pikuih apa yg dok ada laa ni..tak reti2 berhenti..!!

Saranan Tengku Razaleigh..memang tepat dan ..betui pun..!!
PAU mesti perlu di ada kan Disember ini..!
Tak payah tunggu lama2 sampai 5 ke 6 bulan lagi..!! Negara semakin parah..!!

Sidang Parlimen selepas Hari Raya ini..adalah lagi satu jalan Penyelesaian yang mungkin dapat mengubat kemelut yang dok ada laa ni..!!Sama2 lah kita tungguu..dan lihat..!!

Kalau BN dok kacau bilau..apa kata cuba try tengok PR perintah pula..!!
PR pun rakyat M'sia jugak...kalau depa peritah pun...bukan sampai nak rosak..negara.! Daripada yg dok ada laa ni..!! Kedepan..ke belakang pun dak..!!

Lagi pun Rakyat biasa dan kebanyakan macam saya ni..buat masa laa ni sapa2 perintah pun sama saja...!!

Sekian dari Larut Tin Teypin...Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri...Mohon Maaf Zahir & batin dari Sekalian yg Ada.
Terima Kasih...Wassalam.

Quantum Metal Consultant said...

Pecayalah, Dolah akan umumm mempetahankan jawatan Presiden tetapi 'berjanji' akan menyerahkan kuasa kepada Najib mac nanti.

Inilah 'game'nya untuk meletakkan Najib serba salah dan jika menerima, Najib akan masuk perangkapnya sekali lagi dimana pada Mac nanti, ada pula halangan lain untuk Dolah tidak jadi melepaskan jawatannya. Pada masa itu semua kabinet dan MT termasuk Ketua Pemuda, Ketua Wanita adalah puaknya.

Ikrar Ku Li untuk terus bertanding Presiden walau dolah tidak mempertahankannya adalah satu tindakan tepat kerana Najib juga sudah hilang banyak kredebiliti bila bersekongkol dengan Dolah.
Najib sudah hilang serinya, sudah kusam, muak. UMNO memerlukan corak kepimpinan yang jauh berbeza jika mahu menawan semula hati ahli dan komponen BN.

Kita bukan sahaja tidak mahu muka Dolah di TV dengan ungkapan entah apa apa tetapi kita juga tidak mahu bebayangnya atau kuncu kuncunya sebelum ini. Kita memerlukan udara yang segar.

kudakepang said...

Sahabat-sahabat sekalian, terima kasih kerana terus bersama kk.

Kepada Mika, terima kasih atas kiriman link mengenai situasi ekonomi dunia.

Kepada sahabat-sahabat lainnya, saya rasa bimbang bahawa segala kecoh-kecoh semalam tak akan jadi kenyataan. Saya akan cuba huraikan kebimbangan ini dalam posting selanjutnya.

Selamat Hari Raya dan maaf lahir batin.

Salam takzim - Ruhanie Ahmad

shahbandarmalakat said...

Tak nampak satu penyelesaian yang terbaik...Dalam kemelut politik sekarang hanya pemilihan baru saja penyelesaiannya...
Semua orang yang layak boleh bertanding dan biar proces demokrasi itu kembali pulih dalam UMNO...
Untuk kembali kesitu parti mesti dibebaskan dari belegu quota sistem..balik kepada sistem pemilihan yang wujud sebelum UMNO Lama di haramkan..dua pencalunan sudah cukup untuk siapa yang layak untuk bertanding jawatan MKT termasuk Timbalan dan President...kalau ini tidak di laksanakan perubahan ketara tidak berlaku dalam UMNO...Percayalah

odeen said...

DENGAN KESEMPATAN INI SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA KEPADA DATUK DAN SEMUA BLOGGER...
SEMOGA BERBAHAGIA DI HARI RAYA INI. MAAF ZAHIR DAN BATIN

King-Fx said...

Najib Flip Flop, Muhyidin pun sama aje. UMNO di dah dijadikan harta mak bapak masing yg suka2 hati je dipusakai.

KijangMas said...

Sebenarnya, sutradara kisah peralihan kuasa ini menjadi berbelit-belit dan tiada pucuk pangkal nya kerana Pak Lah kurang memahami intipati logic dan rasional bagi sesuatu pendirian yang di ambil.

Minda manusia selalu nya berlandaskan kpd mantra “cause and effect” dan “rational expectations.” Iaitu, jika kata “A” kita harus susuli dgn “B.” Bukan nya “A” di susuli of “C” atau “X.”

Bila logik ini di andaikan kpd “Pelan” terkini UMNO, Perhimpunan Agung di tangguhkan 3 bulan ke Mac 2009 (ini “A” nya) akan masuk akal hanya bila ianya di susuli oleh lafaz Pak Lah pada masa yg sama bahawa beliau tidak akan bertanding jawatan presiden dan akan undur menjelang Mac 2009 (ini “B” nya).

Tapi, saranan Pak Lah yg dia akan buat keputusan samada nak bertanding atau tidak sebelum 9 Okt. (iaitu mungkin akan bertanding) telah menimbulkan kekeliruan yg membinasakan logik “A” tersebut, atau dlm ertikata lain, dia telah menjana huruf “D” atau “Z” dan bukan “B.”

Sifat “bingung” inilah yg telah memudaratkan segala urusan pentadbiran Negara kita. Logik dan rasional setiap keputusan, setiap pendirian, setiap deklarasi tidak wujud, tidak serasi, tidak masuk akal walaupun di bunga-bungai oleh istilah separa-ilmiah seperti “Capacity Building.”

Balik kpd UMNO, jika Pak Lah nak bertanding, tak usah lah di tangguhkan. Berentap sajalah pada Disember ini dan selesaikan ketidaktentuan parti dan Negara ini sekali gus.

Jika tak nak bertanding, tundaan ke Mac 2009 masih boleh di terima sebab rakyat sudah nampak penghujung era aneh ini.

Tapi, kalau nak tunda DAN nak bertanding, ini sudah pendirian luar biasa, di luar perlembagaan mana-mana organisasi sekali pun. Ini sudah menjadi “Boardroom Takeover” dlm parti. Ini haruslah ditegah.

Kpd KK dan seluruh warga blog ini, Salam Idul Fitri. Teruskan membina minda agar mempertingkatkan jatidiri kita.

dan kajang said...

As'kum Datuk,

Kita sekarang ini dah tak faham apa agenda sebenarnya Pak Lah dan DS Najib serta beberapa ahli MT.Nak tunda PAU kononnya proses peralihan kuasa awal.Sejajar dengan itu beberapa ahli MT dan so called 'pemimpin' mengatakan tindakan itu membuktikan keikhlasan Pak Lah.

Kita tidak nampak dimana letaknya keikhlasan Pak Lah dalam hubungan ini.Dulu apabila ahli2 minta diadakan Mesyuarat Agung Khas membincang isu kuota pencalonan dia tolak kerana tidak perlu sebab PAU dah dekat sangat.Ahli menerima alasan itu dan akur dengan keputusan Pak Lah dan MT.Tapi sekarang apabila PAU dah nak dekat ditunda pula maka kita berfikit apa lojiknya keputusan penolakan Mesyuarat Agung Khas itu.

Kalau Pak benar2 ikhlas dia sepatutnya menyatakan untuk melepaskan jawatannya sekarang dengan mengumumkan bahawa dia tidak akan menerima pencalonan untuk jawatan Ketua Bahagian dan sekaligus menolak pencalonan jawatan Presiden.Ini pernah dilakukan oleh Tun Hussien Onn apabila beliau memutuskan untuk melepaskan jawatannya.Ini barulah dikatakan ikhlas dan demokratik. Bukannya berbincang sama sendiri dan menentukan pengantinya.

Seperti berlaku dalam PAU tahun 1982,perwakilan PAU telah memilih Dr. Mahathir untuk menang tanpa bertanding.Jadi sekarang ini Pak Lah patut serahkan kepada Bahagian2 untuk membuat penclonan untuk jawatan Presiden.Jika mereka calonkan DS Najib dan kemudiannya tiada pencalonan lain maka DS Najib akan menang tanpa bertanding untuk jawatan Presiden.Jika ada pertandingan maka yang menang nanti akan menjadi Presiden dan seterusnya sebagai PM baru.

Tapi apa yang berlaku sekarang ini nampak Pak Lah macam nak test market sahaja.Dari komen2 yang diberikan bahawa kebanyakan menyokong keputusan Pak Lah sebagai bijaksana.Kita khuatir komen itu diputarbelitkan oleh Pak Lah sebagai ahli2 Umno masin sukakan dia dan mahukan dia terus memimpin Umno.Justeru itu ia akan terus menerima pencalonan sebagai Presiden satu penggal lagi.Silap2 hingga PRU13.

Kalau ramalan ini terjadi maka jelaslah seluruh ahli Umno (termasuk DS Najib dan MT)dan rakyat ditipu oleh kebijaksanaan Pak Lah.Oleh itu kita harap ahli Umno yang bijaksana hendaklah terus mendesak Pak Lah melepaskan jawatannya segera.

odeen said...

APAKAH PERHIMPUNAN AGUNG UMNO TIDAK AKAN DITUNDA LAGI SELEPAS BULAN MAC 2009. SEPERTI MANA IA TELAH DITUNDA BEBERAPA KALI, YANG PERTAMA SEBELUM PILIHANRAYA 8 MAC 2008.

A Hamid's East of the West said...

Datuk,
Semua tahu bahawa akar umbi benci dan meluat dengan Dollah, termasuklah kaki2 bodeknya. Umum tahu mengenai prestasi dan kewibawaan Dollah yang lemah dan buruk sebagai pemimpin dan perdana menteri. Kepincangan kempimpinan Dollah menjuruskan kepada kerosakan masadepan bangsa dan negara yang secara tidak langsung agama. Kita semua tahu termasuklah pembodek2nya dan juga MT tetapi kenapakah kebanyakan hanya membiarkannya. Adakah kerana nilai 'budi' & 'kesopanan' sehingga kita tidak berani hendak bertegas sehingga hendak musnah segala-galanya barulah nak bising sana-sini?????