Friday, September 26, 2008

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO, PEMILIHAN MT DITANGGUH KE MAC 2009

KUALA LUMPUR 26 Sep. – Perhimpunan Agung UMNO yang bakal menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan parti itu yang dijadualkan Disember ini ditangguhkan sehingga Mac tahun depan.

Dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) parti itu di sini hari ini, MT bagaimanapun menetapkan mesyuarat dan pemilihan bahagian-bahagian UMNO yang bermula pada 9 Oktober ini akan diteruskan seperti yang dirancang sebelum ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberitahu sidang akhbar selepas mesyuarat itu bahawa pertandingan jawatan peringkat tertinggi UMNO pada Mac depan bergantung kepada keputusan mesyuarat bahagian-bahagian yang diadakan bulan depan.

Ditanya sama ada beliau akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan Mac depan, Abdullah berkata: “Terpulang kepada saya.”

Keputusan itu dibuat untuk melancarkan peralihan kuasa antara Abdullah dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak. – Utusan, 26 September 2008, 12:33pm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0926&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm


ABDULLAH AKAN UMUM KEPUTUSAN PERTAHANKAN JAWATAN PRESIDEN UMNO SEBELUM 9 OKTOBER

KUALA LUMPUR 26 Sept. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau akan mengumumkan sama ada akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu sebelum persidangan perwakilan bahagian bermula pada 9 Oktober ini.

Perdana Menteri bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO di sini hari ini. – Bernama, 26 Septembar 2008, 12:55pm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0926&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_06.htm

13 comments:

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie,

Alhamdulillah!

Tindakan Abdullah membuka ruang luas dan memberi kesempatan baik Razaleigh dan Muhyiddin bertanding.

Ambilah kesempatan ini wahai orang Johor! Inilah benang sutera ajaib karma yang kita cari. Kalau penggantinya dari Johor bukan sahaja orang Tanjung ini yang setuju, orang Seberang pun akur. Ameen.

La haula wa la quwata illah billah.

zeme said...

Salam Datuk,

Keputusan penangguhan yang langsung tidak relevan, lagi memberikan kelebihan kepada pihak pembangkang sebenarnya. Orang-orang tua selalu berpesan, pekara yang elok molek disegerakan. Apakah relevan dan alasan kukuh penangguhan ini selain kenyataan lapuk penangguhan untuk melancarkan peralihan kuasa antara DS Abdullah dan timbalannya?

Keputusan ini sebenarnya memberikan ruang hanya kepada DS Abdullah tetapi tidak kepada akar umbi dan parti. Kenapa tidak menggunakan persidangan Disember nanti untuk mendengar dan membahaskan apa yang terbuku di hati akar umbi yang telah lama dipendamkan sekian lama? Ajakan 3 bulan sebenarnya mencipta dan menambahkan lagi permasalahan UMNO, sepatutnya tempoh yang sudah diberikan 6 bulan selepas PRU Mac 2008 dahulu lagi hingga kini harus digunakan sebaiknya oleh DS Abdullah mengukuhkah kembali UMNO serta BN tetapi DS Abdullah secara total telah gagal. Jadi apakah penangguhan kepada Mac 2009 dilihat sebagai flip flop terbaru untuk kita saksikan sekali lagi kegagalan DS Abdullah menangani permasalahan parti UMNO genap setahun?

Ini menambahkan lagi loya, muak, mual akar umbi kepada permainan dan keputusan DS Abdullah serta MT.

Wasalam.

band0tue said...

Salam Datuk,

apa cara apa kaedah,
jika masaalah ditambah-tambah,
bisul bernanah pasti akan pecah,
jangan sampai tertumpah darah,
kebuntuan pemimpin makin terserlah,
akibat Tuhan dilupakan sudah!

cahayamasa said...

Salam Datuk,

Apa sebab sekalipun, kenapa perlu ditunda. Untuk membolehkan pencacai dan pembodek meneruskan agenda supaya Badawi boleh terus berkuasa? Buat mesyuarat MT yang tak tinggi lagi untuk menunda Perhimpunan... Buang masa aja...

Terima kasih.

Unknown said...

salam

sempena hari lembaran akan akan menjelang tiba, izinkan saya mengucapkan selamat hari raya aidilfitri , diharap kemaaafan yang dipohon akan mengeratkan lagi perpaduan supaya kita akan menjadi satu rumpun bangsa yang utuh dan harmoni kerana jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya.

Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan
kepada orang yang pernah melukai hati kita.
Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang di beri secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi.

Keikhlasan yang dipohon ,keikhlasan jua diberi walaupun keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI UNTUK SEKELUARGA DAN SAYA SEKALI LAGI
MEMOHOF SERIBU KEMAAAFAN

Carcoon
0126179717

wanbaki said...

Salam Dato' Ron,
Dari awal saya dah agak satu kejutan akan berlaku tapi kejutan ini yang menyebabkan akar umbi lagi benci kepada pemimpin umno..
Kita tunggu apa yang akan orang tulis tentang UMNO. Dan mungkin ada diantara kita rasa UMNO sudah tak relevan.

Tapi buka UMNO yang tidak relevan, sebenarnya yang tak televan ada lah....PAK LAH, NAJIB, dan MT.

Yang saya hairan dimana panglima-panglima UMNO yang lain2. Mungkin tunggu satu per satu cawangan UMNO di bubar dan keluar parti...

matdeboq said...

Salam Sejahtera Datuk,

Sedih sesungguh sedih nya ...dgn apa yg sedang berlaku sekarang..di dlm UMNO dan kerajaan..!!Sandiwara yg di main kan oleh 'Pak Lah and the Gang'...seperti tiada penamat nya ..episod demi episod bersambung-sambung..!! Bila episod baru bermula..maka dijanjikan lah 'ending..penamat yg di harapkan oleh penonton..tapi di akhir drama nya..di selit dgn mesej 'tunggu disambungan akan datang'...maka terikatlah penonton setia drama ini...!!Sementara Pengeluar drama mengaut ke UNTUNGAN yang berlipat kali ganda dari penaja-penajanya..!!
Se ingat saya lah ..semenjak era zaman Pak Lah jadi Presiden UMNO...!! Zaman ini lah paling banyak penangguhan-penangguhan PAU... oleh beliau..entah lah keberapa kali dah yang ini ??
Hayati lah ungkapan kata Hero Drama tak sudah ini.."Terpulang kepada saya."
Senarionya mungkin lah ..berbeza bila tiba waktu ketika Mac 2009 nanti...dok ada lebih kurang 150 hari lagi..!!
Dalam masa dua tiga hari pun..skrip drama "pak Lah and the Gang" ini boleh bertukar corak..ini kan pula dok ada 150 hari lagi..!!! Macam-macam boleh berlaku...!!
Sekian dari Larut Tin Teypin...Wassalam.

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

DATOK KALAU SETUJU AWAL MAKA SETUJULAH SAMPAI 2010. TAK KEMANA TU... KITA TENGOK SAPA YANG KUAT STEMINAR..... YANG PASTI DR M.

UBAH TARIKH MESYUARAT TU.. PRESIDEN LAH TENTUKAN. ATAU BAGAIMANA NI? KALAU BERKUBANG NANTI ANUAR YANG UNTUNG.

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

ADAKAH ELOK PADA REKOD UMNO... PAK LAH LETAK JAWATAN DI LUAR MESYUARAT AGONG? NAMPAKLAH UMNO TAK JAGA TRADISI DAN TERGOPOH GAPAH... RELAXLAH BRADER... NAK AMBIL NYAWA PUN ADA TERTIBNYA.... BACA http://aberamly.wordpress.com

Musallam said...

Salam,

Penangguhan Perhimpunan Agung UMNO dari bulan Disember 2008 kepada bulan Mac 2009, mungkin ada "ertinya", jika Abdullah melepaskan jawatannya sempena dengan Perhimpunan Agung itu, dan tidak menunggu sehingga tahun 2010.

Jika Abdullah tidak berbuat demikian,saya tidak tahu untuk apa dan apa gunanya Perhimpunan Agung itu ditangguhkan.

KijangMas said...

Macam biasa, bila Pak Lah terlibat dlm mencapai apa2 keputusan, logik nya kurang lengkap.

Dlm episod terbaru Telenovela UMNO ini, bila mesej Part I ialah: Tangguh Perhimpunan Agung tiga bulan ke Mac 2009 (... so far, so good ...);

Part II sepatutnya menyusuli dgn mesej: Pada masa itu (Mac 2009), Pak Lah akan berundur dari politik dan tidak akan tandingi jawatan Presiden parti. Dia akan syorkan Najib sebagai Presiden parti. Atau, dia boleh kata Bola Panas itu akan di tendang ke gelanggang terbuka. Siapa kuat, dia dapat.

TETAPI, Part II a la Pak Lah ni dah salah skrip, dah terjerumus ke alam cerita Tamil.

Dia kata pulak dia akan tentukan kemudian samada akan bertanding atau tidak pada Mac 2009 ini.

Say what? Non comprénde Senor. Kalau kita di tanah seberang, orang akan omong: "Orang gémbél banget ni. Udah jelék, goblok lagi. Rénsék!

Kalau mcm tu, tak payah lah tunda. Kita lawan saja bulan Dis. 2008 ni.

Get it over with once and for all.

Tapi, sedihnya, itu bukan cara Pak Lah. Flip flop nya tetap ada. Negara masih terjerumus dlm kacau bilau dan kaum2 "pendatang" akan buat mcm2 lagi karenah sebab kita masih lemah dan tergantung 5-6 bulan lagi.

Sementara tu, renungi lah ini.

Anonymous said...

Salam buat semua...
Harap bersabar kerna keputusan telah dibuat oleh pihak MT. Saya pun tak tahu apakah muslihat disebalik ketetapan ini...

Saya merasakan yang pendapat akar umbi tidak lagi diguna pakai kerana UMNO telah pun menjadi syarikat SDN BHD... Jesteru itu adalah lebih baik kita biarkan sahaja mereka membuat keputusan tanpa kita. Biarkan mereka buat apa yang mereka suka... Kerana mereka adalah golongan terpelajar dan pandai dalam politik... Kita ini hanya mampu melihat dan bermesyuarat didalam cawangan sahaja dan sekadar cakap-cakap belakang... Kita mahu tengok sejauh manakah mereka tanpa kita penyokong-penyokong mereka. Amanah yang kita berikan telah lama di perkotak katikkan oleh mereka ini..

Pemimpin selalunya memberi contoh yang baik... buat seperti apa yang dikatakan, bertanggungjawab dan lain lain ciri yang positif. Adakah ciri2 ini ada pada pimpinan sekarang???? kita lihat, kita tahu dan kita yang membuat keputusan...

Seperti yang saya katakan sebelum ini... kita ini tiada nilainya di mata mereka.... mereka lebih pentingkan kaum kerabat mereka sahaja...kita ni... time nak mengundi 5 tahun sekali saja.

Buat masa sekarang tak nampak apakah kebaikan daripada penangguhan ini... tetapi nampak lebih menguntungkan calon presiden (jika bertanding) dan jawatan ketua pemuda pusat untuk si Kambing Jantan...Nanti apabila tiba bulan March sekali lagi penangguhan akan dilakukan dan ia bukanlah mustahil kerana pernah terjadi sebellum ini...

Tak guna jadi pemimpin kalau rakyat dah meluat yang amattt...Entahlah Datuk Ron... Shahidan kata ahli perlu kerja keras kerana pertukaran pemimpin tidak bermakna parti kuat... Dia tak pa lah... penasihat kepada PL untuk NCER... terus ubah perangai.. tara tu lah manusia ni... Macam mana ahli nak kerja keras kalau semangat semua dah macam "roti pat sagi" masuk angin?????????????lemau.... nak cicah ayaq kopi pun tak boleh dah...

Fikir.. selamatkah kita ditangan tukang karut itu??? fikir....

Jaga anak kita jangan sampai jadi hamba... jaga anak kita... kita ini orang merdeka....

Anonymous said...

Adakah UMNO masih relevan dalam perjuangan? Elok datuk Ron buat polls...tengok apa kata pengunjung....