Monday, September 29, 2008

JUTAAN MAAF KAMI PERLUKAN, JUTAAN TERIMA KASIH KAMI ABADIKAN…

Dengan rendah hati, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh penyokong, peminat dan pengunjung http://kuda-kepang.blogspot.com di mana sahaja mereka berada. Atas sokongan dan dukungan anda, pada jam 12.30 tengahari, 29 September 2008, blog ini merekodkan cumulative hits yang ketiga juta sejak kemunculannya di ruang maya pada akhir Jun 2006.

Blog ini mencapai cumulative hits yang kedua juta kira-kira empat bulan yang lalu - pada 11.50 pagi, 2 Mei 2008. Cumulative hits satu juta yang pertama pula diperolehi tujuh bulan lalu - pada 5.30 petang, 9 Februari 2008 – atau 20 bulan setelah blog ini diwujudkan.

Sempena pencapaian cumulative hit yang kedua juta, saya menyiapkan sebuah buku bertajuk Blogger: Kawan Atau Lawan? Buku ini menyorot blog sebagai media kewartawanan rakyat di zaman mutakhir dan reaksi masyarakat yang memusuhinya.

Sempena cumulative hits yang ketiga juta ini pula saya akan mengantologikan posting-posting isu politik dan kepimpinan pilihan saya bersama dengan komennya supya jadi satu dokumen pentafsiran sejarah oleh generasi mendatang.

Saya amat terhutang budi kepada seluruh sahabat budiman. Tanpa anda, kuda-kepang pastinya akan terus terkial-kial mencari ruang dan wibawa di alam siber. Jutaan terima kasih, penghargaan dan sanjungan dari saya kepada anda sekalian.

Dan, sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Aisah dan saya serta keluarga memohon jutaan maaf dan ampun kepada surfers budiman, handai-taulan, sanak-saudara dan kaum-keluarga seluruhnya. – Ruhanie Ahmad

20 comments:

Fazrulls said...

Salam Tuan,

Tahniah diatas penyapian blog ini.. memang menarik dan tertarik.. sebab tu ramai yang mengunjungnya...

Salam dan selamat menyambut hari raya buat semua...

Unknown said...

Assalamualaikum w.b.h.

Persoalan yang muktamad dan mutlak adalah "Wajarkah orang yang bersubahat yang terlibat dalam 'Skandal Makanan-Minyak Iraq' dilihat daripada segi kronologi sebelum dan selepasnya, khususnya, Skandal itu tersendiri, diberikan kepercayaan untuk memimpin orang Melayu-Islam?"

Jawapannya mapan : Ya atau Tidak.

Pendapat Ad-Din pakar-pakar, khususnya dan terutamanya Mufti Perlis, boleh dianggapkan sebagai menjurus kepada pandangan ijma' (muafakat atau consensus) dalam pilihan muktamad dan mutlak dalam segala penentuan lain.

Amat diharapkan pandangan Mufti Perlis diberikan segala sebaran media tanpa sekatan oleh mana-manapun pihak dan tanpa sebarang putar-belit.

Wabillahi taufik wal hidayah.

Ucapan Maaf Zahir dan Batin dan Selamat Hari Raya.


Wassalam.

Badr said...

Datuk Ron,

Tahniah! Alhamdulillah... nampak gayanya KK telah berjaya menempatkan dirinya sebaris dengan blogs popular lain. Bagi saya, kejayaan KK menarik perhatian dan kunjungan ramai adalah disebabkan oleh pendirian Datuk yang tidak memihak atau kalau boleh saya katakan "tidak kelihatan terlalu memihak" kepada kalangan tertentu dalam soal politik negara. Sikap dan pendirian Datuk yang "agak neutral" ini wajar dikekalkan dan lebih molek lagi kalau dapat di "up grade" ketahap "benar-benar neutral".

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Idilfitri, Maaf Zahir Batin kepada Datuk sekeluarga dan juga kepada semua pengunjung blog KK ini.

Unknown said...

Assalamualaikum w.b.h. Dato' Ruhanie,

Amat diharapkan segala posting saya dikirimkan kepada Tun Dr. M.

Beliau akan memahami maksud saya yang tersirat dan tersurat.

Maaf Zahir Batin dan Selamat Hari Raya.

Tak buat 'Open House' di laman kampung ke?

Wassalam.

zeme said...

Salam Datuk,

Dengan rendah diri, jutaan terima kasih buat Datuk Ruhanie atas blog kudakepang yang begitu proaktif dan infomatif. Perkongsian analisis tentang pelbagai isu, pandangan dan kupasan yang amat berguna sebagai panduan dan rujukan untuk landasan dijadikan sempadan dan teladan.

Kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan selamat hari raya buat Datuk sekeluarga. Semoga lebaran syawal ini disambut penuh keriangan disamping keluarga tersayang.

Salam Aidilfitri 1429H, maaf zahir dan batin.

Wasalam.

Anonymous said...

selamat hari raya datuk..

http://writtenbyhim.wordpress.com/

kudakepang said...

Sdra Fazrul, Lembaran, Badr, Zeme dan Dr Sid

Jutaan terima kasih. Sokongan anda amat saya hargai dan komen-komen anda saya sanjung tinggi. Semoga perjuangan kita memperolehi restu Allah SWT.

Lembaran: Dah tak jadi MP tak lagilah rumah terbuka besar-besaran. Hah Hah Hah... Gurau je.

Kepada semua, selamat hari raya maaf lahir batin dan didoakan anda semua selamat bergembira bersama sanak saudara.

Salam takzim - Ruhanie Ahmad

Unknown said...

Tahniah dengan pencapaian ini. Ini memberi gambaran betapa media cetak tidak lagi menjadi harapan bagi rakyat mendapatkan berita yang benar dan bertanggungjawab. Tahniah juga buat datuk kerana isu isu yang diketengahkan setakat ini masih konsisten iaitu berkenaan dengan kepentingan rakyat dan negara. Moga KK sentiasa menjadi alternatif terbaik dan terus segar buat kami

JASEKAH said...

Tahniah Datuk Ron!

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. harap dapat buat "open House" di separap BP macam dulu-dulu. Selalu-selalulah jenguk kawasan, semuga dapat kembali lagi dalam arena Politik.

Kerajaan Rakyat said...

Salam Dato' Ron,

Saya mengikuti blog kuda kepang sejak kk belum mencecah hits 1 juta.

Alhamdulillah, sekarang kuda kepang melangkaui hits 3 juta. Tahniah atas penulisan Dato' yang penuh berhemah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir dan batin.

Salam dari saya, dengan lafas
Assalammualaikum buat Dato' Ron
dan keluarga.

Salam takzim,
Sofi

Quantum Metal Consultant said...

Aidilfitri adakah begitu bermakna kali ini kepada rakyat dan dolah..

Musallam said...

Salam,

Tahniah kerana blog datuk telah mencapai cummulative hits yang ketiga juta.

Kebetulan saya adalah salah seorang yang terawal mengunjungi blog datuk ketika mula-mula diwujudkan dahulu (Ketika itu saya memakai nama "Harat").

Saya menyanjung pendirian datuk, kerana sentiasa menyiarkan posting yang diterima, walaupun ada kalanya bertentangan dengan pendapat datuk.

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian datuk mengunjungi blog saya.

Salam takzim dan selamat hari raya.

Tun Jeram
(Juga pernah menulis dengan pelbagai nama lain: Gagak Di Rimba, Salman Madani, Andin Salleh dll).

duagelasteh said...

Buat Datuk Ron dan keluarga, serta semua kawan Muslim:

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.

Mohon maaf zahir & batin.

Duagelasteh @ tehtarik

tokey belacan said...

dato,saya telah membuat tempahan dan pembayaran sebanyak 3 buah buku sejak april@mei 2007.tetapi belum mendapat respon drp pihak dato sehingga sekarang.termasuklah pertanyaan melalui email.

Pak Brahim said...

Assalamualaikum wbt.,

Yang Berbahagia Datuk Ruhanie,

Pak Brahim ucapkan syabash dan tahniah diatas kejayaan dan sambutan ramai kepada laman kudakepang.

Justeru itu mengambarkan bahawa wadah yang datuk hidangkan amat berselera, bersesuaian dan relevan dengan isu-isu masakini.

Dikesempatan bulan ramadan al-mubarak dipenghujung ini dan sambutan Eid-Fitr, pak brahim ucapkan selamat Eid-Mubarak dan maaf dzahir batin kepada semua.

Di samping itu marilah kita semua memanjatkan doa kehadrat Allah swt. semoga negara kita sentiasa aman dan sentosa.

King-Fx said...

Selamat Hari Raya Dato Ron.

Tahniah di atas HIT tersebut. Semoga Dato akan berkarya dengan lebih cemerlang lagi demi AGAMA, BANGSA dan NEGARA.

mantra-indeeptots said...

Walau langkah tak bertemu,
tangan tak berjabat,
ucap tak terdengar,
namun hati ini mengucapkan...
“MINAL AIDIN WALFAIZIN”
mohon maaf zahir dan batin,
Di mana-mana sahaja berada......

Mata kadang kala salah melihat....
Maka Jari kadang kala salah menaip....
Mulut kadang kala salah bercakap....
Hati kadang kala salah menduga.....
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....

kudakepang said...

Para sahabat budiman, terima kasih atas sokongan anda sekalian.

Khusus kepada tokey belacan (please email me to mayaputera@gmail.com) saya pohon jutaan maaf. Mungkin terlepas pandang oleh pembantu saya. Insya Allah lepas Hari raya ni saya sendiri akan handle sendiri kes ini. Tapi, jika anda di KL boleh juga saya kirimkan ke tempat anda sendiri.

Sekali lagi kepada seluruh surfers KK saya pohon jutaan maaf lahir dan batin.

Salam takzim - Ruhanie Ahmad

tajudin said...

Salam Datuk Kuda Kepang

Selamat beraya, semoga DKK sentiasa gembira berbahagia menyambut Aidilfitri bersama keluarga.

tokey belacan said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Dato Ron dan keluarga.