Sunday, September 14, 2008

ABDULLAH NAK PERTAHANKAN KESTABILAN POLITIK MALAYSIA?

Tumpuan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada ketika ini adalah “untuk memastikan kestabilan politik dipertahankan supaya kerajaan dapat memberi perhatian kepada usaha menyelesaikan segala masalah rakyat.”

Abdullah juga berkata bahawa “maklum balas yang diterimanya mendapati rakyat sudah bosan dengan cerita-cerita politik yang tidak pernah selesai.”

Abdullah dipetik oleh Utusan Malaysia 12 September 2008, sebagai berkata seperti di atas sewaktu beliau membuat kenyataan bahawa pelan peralihan kuasa pucuk pimpinan tertinggi negara yang dipersetujui Kabinet dan Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada Jun 2010 adalah muktamad dan tidak perlu dibangkitkan lagi.

Kenyataan Abdullah mengenai peralihan kuasa terbukti disanggah oleh banyak pembesar UMNO, termasuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan lain-lainnya. Kenyataan itu juga dipertikaikan oleh warga UMNO di merata negara.

Tetapi bagaimana dengan kenyataan Abdullah bahawa beliau kini mahu “memastikan kestabilan politik dipertahankan”?

Adakah Malaysia benar-benar mempunyai kestabilan politik pada ketika ini? Tidakkah politik Malaysia sentiasa berkocak sejak PRU 12? Bukankah kepimpinan Abdullah sendiri yang jadi punca utama kepada keadaan ini?

Kalau begitu, kestabilan politik apakah yang hendak dipertahankan oleh Abdullah pada hari ini? Insafkah Abdullah bahawa melarang warga UMNO dan rakyat Malaysia daripada mempertikaikan soal peralihan kuasa adalah tindakan mempertahankan keadaan politik Malaysia yang tidak stabil?

Dan, insafkah Abdullah bahawa kenyataan-kenyataan mutakhir yang mendesak supaya soal peralihan kuasa ini diserahkan kepada warga siasah akar umbi, adalah usaha untuk menstabilkan politik negara?

Dalam kenyataannya semalam, Abdullah juga menegaskan bahawa “maklum balas yang diterimanya mendapati rakyat sudah bosan dengan cerita-cerita politik yang tidak pernah selesai.”

Soalnya, apakah “cerita-cerita politik yang tidak pernah selesai” pada ketika ini? Benarkah soal kepimpinan Abdullah yang sudah tidak diyakini rakyat jelata merupakan satu daripada “cerita-cerita politik” tersebut?

Benarkah soal peralihan kuasa juga satu lagi “cerita-cerita politik” berkenaan? Benarkah rakyat sudah bosan dengan cerita-cerita politik” ini atau mereka mahukan “cerita-cerita politik” ini diselesaikan dengan perletakan jawatan Abdullah sebagai Perdana Menteri, Pengerusi BN dan Presiden UMNO dengan seberapa segera?

Semoga Abdullah tergugah dari mimpinya. Semoga Abdullah mampu mentafsir realiti semasa politik Malaysia dengan bijaksana. Semoga Abdullah faham dan hormati aspirasi rakyat yang mahukan perubahan pucuk pimpinan tertinggi negara demi kestabilan politik, kesejahteraan hidup dan kemakmuran tanahair! – Ruhanie Ahmad

25 comments:

budak adil said...

salam datuk.slamat bersahur
bile dipikir kan,ade dua kemungkinan..
1:mungkin pak lah dh bosan kene hentam,dn alternatif nye.beliau akan melatak jawatan dlm mase singkat nie.dan memberi kepada pilihan rakyat utk tentukan.mungkin akan ada pilihanraya yg baru.antara sebab nya,ahli umno sendiri yg menghentam beliau,mungkin pak lah sendiri yg akan karam kan umno.pak lah nmpak sekarang berkecuali.kalau dia jatuh,anak2 buah pon mesti jatuh.di sini ada agenda tersembunyi.hanya pak lah saje yg tau.
2:mungkin pak lah akan terus dgn agenda nya sebelum ini dan akan terus guna kan kuasa nya utk pertahan kan jawatan sedia ada.mungkin ada lagi rancangan yg di jangka akan terus mamboleh kan beliau memerintah.
3:adakah pak lah sendiri akan memberi kerusi pm tue kepada pembangkang.sebab nye,bagi sy skrang jumlah pengikut pembangkang makin besar,hingga kan boleh sy katakan kesemua blog atau pon blogger x bersetuju ngan beliau.jika di kira majoriti atas pagar pula,kesemua anak2 muda skrang lebih cenderung kepada pembangkang.sy salah satu nye.kerana sejak era pak lah,sy x nmpak ape yg beliau boleh beri utk rakyat khas nye dan belia amnya.beliau hanya memetingkan pembangunan,sektor awam,islam hadhari nye tue,dan mcm2 lagi la yg bagi sy x penting pon utk rakyat bawahan.hanya penting kan golongan tertentu sahaja.sy x nafi kan pembangunan tue penting,tapi perlu di igt pembangunan perlu seimbang dgn keadan semasa.dgn keadaan ekonomi tidak menentu skrang,pak lah pula bentang kan bajet yg di katakan mesra rakyat nye tue dgn melebihkan pembangunan sana sini,koridor,cukai korporat di turun kan,bonus kakitgn awam,rokok di naik kan,pinjaman di panjangkan utk perumahan sektor awam dan mcm lagi la yg bagi sy hanya mementingkan sekelompok pihak sahaja.sebab nye,bab bonus hanya utk perkerja kerajaan,cukai hanya utk koporat,rokok utk yg x merokok,pinjaman hanya utk perkerja kerajaan..kesemua diatas tidak satu pon kene mengena dgn sy mungkin org2 lain juga..igt la yg keje kerajaan tue x sampai pon 3 juta kot,yg 20 juta lebih lagi menganga.di tambah harga barang naik,minyak,loan utk pinjaman di naik kan,insuran pun terkene tempias,makanan.yg nie kami dpt..sy hanya meluahkan kan datuk ape yg dirasai oleh kwn2,org kg sy,dan sume yg sy kenal.kesemua jawapan hampir same.pak lah memang patut berundur dan membuat sesuatu supaya rakyat boleh memaafkan beliau.same seperti tun mahathir dahulu.walau tun buat mcm2 benda negatif pon,at least sy masih berpuas hati di zaman era tun dahulu...mungkin kesemua di atas boleh di ambil kira,hanya pak lah sahaja yg tau ape yg di lakukan nya..masih belum terlambat kan datuk?sekian

Berita dari gunung said...

The biggest problem in working circles is to make your boss looks good. That approach is not necessarily good but thats how work goes.

Then one may question the authenticity (or sincerity) of Abdullah's source of information that "“maklum balas yang diterimanya mendapati rakyat sudah bosan dengan cerita-cerita politik yang tidak pernah selesai.”

Somebody may have tried to make their boss looks good. And that is very natural indeed.

Sukj said...

Salam Datuk,

1. Bagi saya satu kesilapan besar telah menguasai pemikiran Pemimpin-pemimpin UMNO yang ada pada hari ini.

2. Selama ini mereka fikir, kestabilan politik dinegara ini hanya terletak ditangan UMNO sahaja.

3. Saya rasa pemikiran tersebut perlu ditanggalkan segera. Ia perlu diganti dengan "Kestabilan politik dinegara ini terletak ditangan rakyat negara ini bukan parti UMNO".

zeme said...

Salam Datuk,

Gimik dan sandiwara retorik yang disaksikan dalam lagak-lagak aksi ketidakmatangan ahli-ahli bergelar pemimpin ini sebenarnya membuatkan rakyat semakin loya, mual dan muak untuk terus memberikan mandat kepimpinan yang sebaik diharapkan.

Tetapi rakyat tidak pernah jemu berharap untuk melihat kerajaan Malaysia sama ada terus di pimpin oleh pemimpin yang agak pincang atau di pimpin oleh pemimpin baru yang bijak merancang melaksanakan mandat rakyat.

Wasalam.

atokuitmck said...

Salam..

pada pendapat saya.

1. Pak lah perlu meletakkan jawatan segera kerana rakyat & UMNO tidak lagi mempercayai kepimpinan beliau.

2. Pak Lah kena muhasabah diri & meletakkan kepentingan ramai & KETEPIKAN KEPENTINGAN PERIBADI

3. Semua ahli UMNO termasuk pemimpin tertinggi perlu lebih JUJUR menyatakan bahawa ABDULLAH PERLU MELETAK JAWATAN - JANGAN HIPOKRIT & PETINGKAN DIRI SENDIRI

4. Say setuju dengan pendirian Muhyidin agar Pak Lah letak jawatan & buat peralihan kuasa segera

5. AHLI UMNO ada peluang untuk bertindak pada PEMILIHAN BULAN 12 ni- GUNAKAN HAK ANDA. KETEPIKAN KEPENTINGAN PERIBADI

6. KEPADA PAK LAH.. JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI BOLEH TAK

7. SAYA HARAP PAK LAH BACA BLOG NIE. AMIN

R@duan said...

paklah ni kurang membaca.sebab tu dia tak tahu apa orang kata berkenaan 'dia dan keluarganya'.banyak tido, bila pulak ada masa untuk membaca....

Alias Mohd Yusof said...

Rancangan peralihan kuasa menjadikan Pak Lah tak bermaya.

Tahun 2004 adalah tahun kemuncak Pak Lah, dia menang besar dalam pilihanraya umum yang diadakan pada tahun tersebut. Tapi sayang, kerana terlalu yakin dengan kemenangan besar yang diperolehi pada masa itu membuatkan beliau tidak lagi peka sebaliknya menjadi pekak kepada masalah rakyat.

Beliau lebih suka mendengar masalah rakyat dan mengatur strategi pentadbiran Negara melalui penasihat-penasihatnya yang salah.

Keresahan kaum India yang dirupakan melalui Hindraf tidak ditangani dengan betul, malah beliau mengambil langkah berkonfrantasi dengan Hindraf dengan menangkap beberapa pemimpin mereka di bawah ISA. Langkah Pak Lah ini dianggap oleh kaum India sebagai keterlaluan kerana Hindraf seperti juga MIC, antara pertubuhan yang memperjuangkan hak-hak kaum India sekalipun tidak berdaftar.

Memusuhi Hindraf samalah juga seperti memusuhi kaum India. Keadaan ini tidak sama seperti menangkap pemimpin-pemimpin kaum India yang mewakili parti DAP atau parti Keadilan Rakyat.

Kemarahan kaum India dan rasa tidak puashati orang-orang Cina kepada kepimpinan Pak Lah telah banyak menyumbang kepada merosotnya undi BN pada pilihanraya umum ke 12 pada 8 Mac 2008.

Boleh dikatakan kemenangan BN pada piliharaya umum ke 12 itu banyak bergantung kepada undi orang-orang Melayu saja. Sejak itu orang ramai banyak menyalahkan Pak Lah di atas kemerosotan undi kepada BN itu.

Malah ramai pemimpin-pemimpin UMNO sendiri yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad bekas Perdana Menteri turut menyalahkan Pak Lah.
Sebelum itu Dr. Mahathir memang tidak puashati dengan pentadbiran Pak Lah. Keputusan pilihanraya itu telah diambil kesempatan untuk dijadikan alasan yang kuat oleh Dr. Mahathir dan penyokong-penyokong beliau untuk menolak kepimpinan Pak Lah.

Kerana desakan kuat dari pelbagai pihak dalam UMNO, Pak Lah telah cuba meredakan keadaan dengan mengemukakan rancangan peralihan kuasa. Dalam rancangan peralihan kuasa itu Pak Lah telah bersetuju untuk menyerahkan kepimpinannya kepada timbalan pada bulan Jun 2010.

Semasa Pak Lah mengumumkan rancangannya untuk meletak jawatan dan akan menyerahkan kuasa kepada timbalannya, tidak ada pula kejadian ‘histeria’ berlaku pada pemimpin-pemimpin UMNO. Tidak sama seperti semasa Dr. Mahathir mengumumkan beliau hendak meletak jawatan pada satu masa dulu, di mana Rafidah Aziz, Hishamudin Hussein, Isa Samad bagaikan terkena histeria meluru ke depan untuk menghalang Dr. Mahathir meneruskan hasratnya itu.

Walaupun rancangan peralihan kuasa yang dikemukakan oleh Pak Lah itu dapat meredakan desakan pelbagai pihak untuk beliau meletakkan jawatan, tetapi kesan darinya menyebabkan kepimpinan Pak Lah bertambah lemah. Keadaannya samalah seperti seseorang yang telah dikenakan hukum gantung yang telah diketahui tarikh kematiannya.
Makin ramai pemimpin UMNO yang lebih rapat dengan Pak Lah sebelum ini seperti Mahyudin Yasin telah mula berani membodek Najib supaya tarikh peralihan kuasa itu dibuat lebih awal dari Jun 2010.

Sesiapa pun di waktu ini tidak takut lagi kepada Pak Lah, kerana hayat kuasa Pak Lah hanya tinggal tidak sampai dua tahun lagi.

Kalaupun Pak Lah singkir dan pecat orang-orang yang menentangnya, pasti dalam dua tahun lagi mereka akan diambil dan diangkat semula oleh Najib dengan pangkat dan jawatan yang mungkin lebih tinggi.
Kepada mereka yang inginkan pangkat dan jawatan yang lebih tinggi pada masa akan datang, maka sekarang adalah masa yang baik untuk membodek Najib bukan Pak Lah.
Sekarang mungkin Pak Lah sudah dapat tahu siapakah kawan yang sebenar di masa susah. Dalam politik kawan boleh menjadi lawan dan lawan boleh menjadi kawan.

Jangan sekali kita lupa bahawa yang menaikkan diri kita dalam politik hingga ke jawatan Perdana Menteri ialah undi rakyat, oleh itu jangan sekali kita lupa kepada mereka.

Pak Lah telah dijadikan ‘kambing korban’ untuk disembelih bagi menyelamatkan BN, tetapi betulkah BN akan selamat selepas Pak Lah dikorbankan?

Salman Madani said...

Salam,

Saya tidak pasti apakah kriteria yang sesuai kita gunakan untuk membuat penilaian sama ada politik Malaysia sekarang masih stabil atau tidak.

Akan tetapi, jika dilihat secara umum, politik negara kita masih boleh dikatakan stabil.

Memang banyak masalah yang timbul, sama ada dalam bidang politik , ekonomi, sosial dan sebagainya.

Akan tetapi, pentadbiran negara, yang meliputi bidang perundangan, kehakiman, dan eksekutif (termasuk polis dan tentera) masih berjalan dengan baik.

Dalam keadaan yang demikian, sebagai PM yang mendapat kedudukan melalui proses pilihan raya, Abdullah sepatutnya boleh terus memainkan peranannya sebagai pemimpin kerajaan, termasuk "mempertahankan kestabilan politik Melaysia."

Akan tetapi, saya kira Abdullah sekarang sudah mengalami apa yang dikatakan "krisis legitimacy".

Jadi apapun yang dikatakan oleh beliau dan apapun yang dilakukan oleh beliau, semunya akan sentiasa dilihat sebagai "tidak kena", dan beliau tidak lagi dianggap sebagai orang yang sesuai untuk terus menduduki kerusi PM.

Sebab-sebab beliau mengalami "krisis legitiamcy" ini tentulah banyak, dan tidak dapat dihuraian di sini. Akan tetapi, antara yang paling penting tentulah kelemahan peribadi beliau sendiri, di samping peranan anak dan menantu beliau yang keterlaluan, yang dianggap menyumbang kepada krisis legitimacy itu.

Oleh yang demikian, Abdullah mungkin tidak akan dapat bertahan lama, walaupun dia masih berhasrat untuk berberbuat demikian dengan alasan untuk mempertahankan kestabilan politik Malaysia."

Dengan adanya krisis legitimacy dan seterusnya kehilangan legitimacy, masa untuk beliau meninggalkan kerusi PM saya rasa sudah pun sampai, dan mungkin tidak dapat ditangguhkan lagi.

http:salman-madani.blogspot.com

donmny said...

TUAN

1. biasanya manusia bila dia berkeras mempertahankan sesuatu ianya bermaksud untuk mengujinya bagi kali terakhir.

2. mengikut firasatnya kemungkinan besar beliau akan melepaskannya.

3. jika beliau melepaskannya, berita buruk buat pakatan kerana umno akan mula bersatu buat sementara.

merantikota said...

Tanjung Sekijang nun di kuala
Tempat orang mengail gelama

Dato Ron,

Rakyat bosan dengan cerita politik yang tidak berkesudahan!

Dalam amalan pembiakan haiwan atau tumbuhan mana-mana generasi yang tidak mencapai tahap kualiti untuk terus hidup....akan dimusnahkan! Dalam amalan membangun Kepimpinan Negara macam mana? Tanya Prof TSMY!

Menyentuh hal politik kita, tahap kualiti kepimpinan yang macam mana yang mesti ada pada diri seseorang pemimpin?

The expected norm is..... a social creature should be able to react to stimulai in order to survive! How do our PM react to stmulai?

Bila nilai begini pun tidak ada, macam mana nak kaunter rasa bosan rakyat. Ada ke makanisma untuk buat rakyat hilang bosan - rakyat ceria 24 jam? Menghantar YB-YB ke Taiwan hanyalah satu escapisam. Bolehke mengubat bosan rakyat?

Rakyat bosan, apa atau siapa puncanya? Puncanya... adalah kerana the working circles is just "ampuing" and hance making THE BOSS looks good! Kecuali TSMYlah. And the failure of the boss himself in rectifying the problems faced by the rakyat. Do we define the person as leader?

First thing first apabila PM kita membenarkan dirinya di panggil dengan panggilan "Pak Lah" pun sudah cukup sebagai petunjuk dia bukan jenis yang.... Think Big! Dan baru-baru ini PM kita pakai songok terdongak semasa membuat kenyatan akhbar macam orang kampung balik dari kenduri! Image!

Saya syorkan Dato Najib bacakan buku The Blue Ocean pada PM kita!

spycatcher03 said...

Masih berada dalam keadaan penafian yang tak sudah-sudah. Apa yang ingin dilihat ialah resolusi2 dibuat di peringkat bahagian Umno, kalau benar2 akar umbi memerlukan 'national corrections'!!!!

Zainal A. Kasim said...

Datuk,

Dalam banyak-banyak maklumat yang diterima oleh PM, beliau memilih untuk menerima "perenggan pertama" kenyataan tersebut iaitu rakyat sudah bosan dengan politik.

Perenggan kedua dan seterusnya ialah sebab rakyat bosan di mana beliau adalah salah satu daripada sebab-sebab tersebut.

Malangnya beliau hanya membaca setakat perenggan pertama sahaja.

http://c-bok.blogspot.com

wira said...

Salam Datuk Ron.

Pemimpin yang bosan tentang polimik politik yang diulang-ulang hingga menjadi jelak, tidak mendatangkan kesan kepada negara.

Tetapi, apabila rakyat yang bosan tentang cerita-cerita politik yang membosankan akan mengundi protes dan tengoklah akan akibatnya. Trus merundum persekitaran ekonomi yang membimbangkan.

Oleh itu wahai semua politikus politikus sedar dan balik kepangkal jalan jika orang dah tak suka dengan hormatnya mengundur dirilah sebagai seorang muslim yang baik lagi beriman.

jamaludin said...

Salam Datuk,

Pada pendapat saya, Pak Lah mempunyai ramai penasihat2 yang tak boleh pakai terutamanya KJ. Apabila saya kata tak boleh pakai ini tidak bermakna dia tak smart tapi tahap political ethics untuk bangsa dan negara juga nawaitunya lemah.....

Itu dari segi penasihat2 dan yang membuatkan lagi teruk judgement Pak Lah ni ialah dia bukanlah ahli pemikir. Dia hanya lebih jadi pakar administrator sahaja. Apabila penasihat2 opportunist dia ni bermaharajalela......dia pun akhirnya menjadi mangsa atas kebodohan dirinya sendiri.

WaliMuar said...

Dato.

Cucu saya kat sekolah tadika pun boleh baca taktik politik Pak Lah, dia dah nak karam dah.Kapal dia dah langgar batu karang...bila bila boleh karam...anak anak kapal cepat cepat pakai pelampung keselamatan untuk "abandon ship". Kalau tunggu tengelam bang oi.......tak takut mati ke?

Al Zubir Rusinin said...

Apa agaknya yang menyebabkan Pak Lah tidak mahu berundur secepat mungkin sedangkan pembesar2 UMNO sudah tak mahu dengan kepimpinan Pak Lah?????

matdeboq said...

Salam...Datuk,

Ni..Datuk Zaid Ibrahim ... baru dok komen kat Berita TV3 dan media yg. lain2 .. konon beliau tak setuju Pak Lah pakai-guna ISA...!!
Komen yg bagi saya tak berapa ikhlas.. nak lepas batuk di tangga saja..!!
Pada hal nya semua dah pun tahu beliau ni...memang penyokong kuat Pak Lah..Terhutang Budi katakan....!!!Masih nak tunjuk hero kunon..ISA tak kena..suruh Muhyiddin letak jawatan lah..! Dia dok ingat Pak Lah dengaq cakap dia kut..!!
Zaid Ibrahim kena ingat ..dia hanyalah ahli UMNO yg.Pak Lah Lantik..dan di tabor dgn. kurnia/hadiah..jawatan bertaraf Menteri..!
Menteri diJabatan PM..khas untok jaga Perdana Menteri..! sepatutnya meletakan jawatan ikhsan nya...??? yg.disandangnya serta merta sekarang..baru lah ada kredibilliti sikit..kerana awak hanya di lantik dan disokong oleh Pak Lah dan yang seangkatannya..!
...Pak Lah mungkin sedang selesa di Permukaan air..yg kini berkocak anak..!! Sedangkan arus di bawahan sedang bergolak tanpa haluan..mungkin sedang mengumpul tenaga untok meletup bila2 masa saja..!
Kepada Datuk Zaid Ibrahim beliau lah yg patut letak jawatan..baru lah orang respect..sikit kut !!!
Jangan lah jadi Hipokrit...macam Muhyiddin kata...!!
Sekian Wassalam.

antubiul said...

Datuk, tolong jentik hidung Pak Lah supaya dia sedar dari mimpi mimpi nya

Mohd Norizzuan said...

salam datuk

mohon datuk dan pembaca melihat isu yg blog sy utarakan..hrp2 dlm memberi idea@apa2 shj komen k

www.saudagarsenja.blogspot.com

wslm

Kerajaan Rakyat said...

Salam Datok,

Jangan marah Abdullah, dia belum merasa puas dok di singgahsana.

putera bentan said...

Tak payah kita cakap panjang-panjang lagi pasal Dolah Badawi ni. Dia perlu didesak supaya berhenti jadi PM. Cukuplah.. Cukuplah… Saya dah tak tau nak cakap apa lagi kerana saya sebak dengan kesedihan mengenangkan nasib dan masa depan agama, bangsa dan negara kita kalau Dolah Badawi masih perintah kita… Mesyuarat perwakilan bahagian UMNO lepas Raya ni kena berani tak payah calonkan Dolah Badawi jadi presiden UMNO. Cukuplah… Cukuplah….

azam said...

Macam saya dah banyak kali komen, Abdullah ni tak tau bahasa. Sebab tu kita semua sengsara. Macam ni kita semua kena bertindak menerusi UMNO. Kerana dia pemimpin UMNO kita sebagai ahli UMNO yang ada hak untuk bertindak dan bersuara tak maukan dia......

onuor said...

Orang dah ramai sangat nak mencantas Pak Lah ni. Tu keadaan jadi buruk sangat, semua pasal Pak Lah semuanya buruk. Inilah hasil kerja orang yang sentiasa nak dia jatuh. Tambah lagi ahli2 dalaman sendiri yang dah kemaruk nak jawatan lagi tinggi tu. Susah2..

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie,

Segregation and the quality of government
Alberto Alesina Ekaterina Zhuravskaya
15 September 2008

Research on a large new dataset suggests that regional segregation within a country is associated with worse government – even after controlling for reverse causality.

Racial, ethnic, and religious tensions are common around the world. Some states collapse under their weight; in less extreme cases, states’ functions are negatively affected. Economists have recognised the importance of this factor in explaining poor economic policymaking, low quality of government, and delays in development. For instance, a widely accepted explanation of Sub Saharan states’ failures is the linguistic and ethnic fragmentation of many countries of this region (Easterly and Levine 1997). In turn, the fragmentation is often a result of absurd border left by former colonisers.

The researchers who have documented the cost of ethnic fragmentation could not take into account the geographic distribution of different groups within a country. Indeed, the commonly used index of ethnic fragmentation depends only on the size of each group in a country and does not take into account whether groups are completely integrated or totally separated geographically. In reality, the degree of segregation makes a big difference and examining its consequences has important policy implications. For example, in the case of the urban economic literature on US cities, segregation, in addition to the racial composition of cities, is deemed extremely important and is widely studied. Lack of data had prevented comparable research in a cross-country setting.

In a recent paper (Alesina and Zhuravskaya 2008) we filled this gap by painfully collecting data on the ethnic and religious distribution of groups within countries at the regional (sub-national) level. We built an index of segregation for about 90 countries. The index varies dramatically across countries. Some highly fragmented countries are very segregated, meaning that regions within these countries are a lot more homogenous than the country as a whole. For example, the national-level linguistic fragmentation index in Nigeria (0.4) is twice as large as the largest regional-level fragmentation index (0.2 in the South-West region). Other highly fragmented countries are not at all segregated. In these countries, ethnic and religious groups are uniformly distributed across the country. For instance, Bolivia’s ethnic national fragmentation index is equal to 0.7 and its regional fragmentation indices range from 0.6 to 0.7.

Segregation and the quality of government
Our first finding is that more segregated countries have much lower quality of government. To be precise, consider two hypothetical countries with the same distribution of ethnic groups; say three groups each comprising one third of the population. Suppose that in country A the three groups are totally separated geographically and in country B they are uniformly distributed across the national territory. Country B has a superior quality of government, measured by what are now standard cross-country governance indicators, i.e., the World Bank’s indices of the rule of law, control of corruption, regulatory quality, government effectiveness, and voice and accountability.

This correlation, of course, could be explained with causality going from the quality of government to segregation. Poor governance may lead people to choose to live with their own group, as it may be easier to self-organise within a homogenous local community to provide basic public goods when government fails to provide them.

In order to study how segregation affects governance, we focus on the exogenous variation in segregation driven by the composition of major groups in bordering countries. More specifically, we construct an index of predicted segregation based on the idea that if the home country has a group that is also present in a neighbouring country, this group is likely to be concentrated near the border of the two countries. On the contrary, if the home country has a group not present in any of the neighbouring countries, the group is likely to be distributed uniformly.

Using variation in the predicted segregation index, we find that higher segregation in terms of ethnicity and language leads to lower quality of government. Moreover, the negative effect of ethnic and linguistic segregation is especially large in democracies.

Segregated politics
How can we explain this finding? First, in more segregated countries, ethnic politics is more prevalent in two senses. One is that groups that dislike each other cannot agree on a common set of rules and policies leading to a deterioration of the polity. The other is that a dominant group can more easily target the minorities when they are geographically segregated. Second, ethnic voting is likely to be more easily organised in segregated countries, leading to a selection of politicians more interested in pursuing ethnic-based policies than the common good. One can also find an optimistic message in these results: groups that live together rather than separately learn to respect each other and tolerate differences better.

Finally, a word on religion. We did not find any result on religion fragmentation or segregation, i.e. the latter seems uncorrelated with quality of government. Most likely the explanation is that religious affiliation can be imposed on people by repressive measures. In fact, the worst governments often restrict religious freedom or affiliation, so more religiously homogenous countries may be such purely by brute force. Forced homogenisation of racial and ethnic characteristics is more difficult, though not impossible.

References
Alesina, Alberto F., and Ekaterina Zhuravskaya (2008) “Segregation and the Quality of Government in a Cross-section of Countries”, CEPR Discussion Paper No. 6943

Easterly, William, and Ross Levine, "Africa’s Growth Tragedy: Policies and Ethnic Divisions," Quarterly Journal of Economics, November 1997, 112:1203-125


Abdullah hanya nak pertahankan kestabilan politik MPKepala Batas, Sdr Ruhanie.

anakbuah said...

Sdr Zainal,

"Perenggan kedua dan seterusnya ialah sebab rakyat bosan di mana beliau adalah salah satu daripada sebab-sebab tersebut."

# Tajuk besar maklum balas tersebut sebenarnya berbunyi.."RAKYAT SUDAH BOSAN DENGAN PENTADBIRAN ABDULLAH." Jadi, walau beratus perenggan sekali pun isinya selepas itu, dah tak relevant lagi.