Hari ini Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak kelihatan terus berdolak-dalik mengenai formula peralihan kuasa. Buktinya bacalah berita-berita berikut:
TEMPOH PERALIHAN KUASA TETAP 2010
PUTRAJAYA 17 Sept. - Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan beliau dan Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak akan tetap mengikut tempoh peralihan kuasa pada 2010 yang ditetapkan sebelum ini – Bernama,17/09/2008 2:28pm
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0917&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm
PELAN PERALIHAN MUNGKIN DILAKSANAKAN LEBIH AWAL - PM
PUTRAJAYA 17 Sept. — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata pelan peralihan kuasa yang telah dipersetujui dengan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2010 mungkin dapat dilaksanakan lebih awal.
“Tempoh waktunya fleksibel. Ia mungkin jika saya mahu pergi lebih awal tetapi tidak melangkaui 2010,” kata Perdana Menteri dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. Turut hadir ialah Najib.
Abdullah berkata pelan peralihan kuasa itu antara lain bergantung kepada prestasi Najib.
Menjawab soalan berhubung tempoh masa itu, Abdullah berkata: Ia boleh jadi di antara sekarang dengan Jun 2010.” Sambil menyatakan bahawa kedua-dua pemimpin komited dengan pelan penyerahan, Abdullah berkata beliau akan mengekalkan kerusi Presiden UMNO manakala Najib mengesahkan bahawa beliau tidak akan mencabar Abdullah dalam pemilihan UMNO pada Disember. - BERNAMA. 17/09/2008 5:13pm
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0917&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_11.htm
Berita yang pertama disiarkan oleh Bernama pada 2.28 petang sementara berita kedua pada 5.13 petang. Ini bermakna dalam tempoh kira-kira tiga jam sahaja Abdullah boleh membuat dua kenyataan berbeza mengenai satu tajuk yang sama – tempoh peralihan kuasa.
Oleh itu, apakah keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang akan bermesyuarat esok mengenai perkara ini? Mungkinkah Najib akan berpegang teguh kepada kenyataannya empat hari lalu – soal peralihan kuasa wajar ditentukan oleh bahagian-bahagian UMNO?
Adakah Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengulangi pendiriannya mengenai isu ini – wajar dikaji semula tempohnya kerana 2010 adalah terlalu lama?
Mungkinkah beberapa Ahli Majlis Tertinggi UMNO mendesak Abdullah supaya peralihan kuasa ini dikaji semula tempohnya dan wajar dimuktamadkan oleh bahagian-bahagian UMNO dalam perwakilan bahagian mulai 10 Oktober 2008 kelak?
Apakah keputusan muktamad Majlis Tertinggi UMNO jika Abdullah terus mempertahankan yang peralihan kuasa hanya akan dilaksanakan pada Jun 2010?
Pada ketika ini sebilangan besar warga UMNO sangat mengharapkan semoga tempoh peralihan kuasa ini dipendekkan tempohnya dan dimuktamadkan oleh bahagian-bahagian UMNO. Jadi, selama mana lagikah isu ini perlu dipolitikkan dan diperdolak-dalikkan oleh Abdullah atau Najib? – Ruhanie Ahmad
TEMPOH PERALIHAN KUASA TETAP 2010
PUTRAJAYA 17 Sept. - Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan beliau dan Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak akan tetap mengikut tempoh peralihan kuasa pada 2010 yang ditetapkan sebelum ini – Bernama,17/09/2008 2:28pm
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0917&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm
PELAN PERALIHAN MUNGKIN DILAKSANAKAN LEBIH AWAL - PM
PUTRAJAYA 17 Sept. — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata pelan peralihan kuasa yang telah dipersetujui dengan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2010 mungkin dapat dilaksanakan lebih awal.
“Tempoh waktunya fleksibel. Ia mungkin jika saya mahu pergi lebih awal tetapi tidak melangkaui 2010,” kata Perdana Menteri dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. Turut hadir ialah Najib.
Abdullah berkata pelan peralihan kuasa itu antara lain bergantung kepada prestasi Najib.
Menjawab soalan berhubung tempoh masa itu, Abdullah berkata: Ia boleh jadi di antara sekarang dengan Jun 2010.” Sambil menyatakan bahawa kedua-dua pemimpin komited dengan pelan penyerahan, Abdullah berkata beliau akan mengekalkan kerusi Presiden UMNO manakala Najib mengesahkan bahawa beliau tidak akan mencabar Abdullah dalam pemilihan UMNO pada Disember. - BERNAMA. 17/09/2008 5:13pm
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0917&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_11.htm
Berita yang pertama disiarkan oleh Bernama pada 2.28 petang sementara berita kedua pada 5.13 petang. Ini bermakna dalam tempoh kira-kira tiga jam sahaja Abdullah boleh membuat dua kenyataan berbeza mengenai satu tajuk yang sama – tempoh peralihan kuasa.
Oleh itu, apakah keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang akan bermesyuarat esok mengenai perkara ini? Mungkinkah Najib akan berpegang teguh kepada kenyataannya empat hari lalu – soal peralihan kuasa wajar ditentukan oleh bahagian-bahagian UMNO?
Adakah Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengulangi pendiriannya mengenai isu ini – wajar dikaji semula tempohnya kerana 2010 adalah terlalu lama?
Mungkinkah beberapa Ahli Majlis Tertinggi UMNO mendesak Abdullah supaya peralihan kuasa ini dikaji semula tempohnya dan wajar dimuktamadkan oleh bahagian-bahagian UMNO dalam perwakilan bahagian mulai 10 Oktober 2008 kelak?
Apakah keputusan muktamad Majlis Tertinggi UMNO jika Abdullah terus mempertahankan yang peralihan kuasa hanya akan dilaksanakan pada Jun 2010?
Pada ketika ini sebilangan besar warga UMNO sangat mengharapkan semoga tempoh peralihan kuasa ini dipendekkan tempohnya dan dimuktamadkan oleh bahagian-bahagian UMNO. Jadi, selama mana lagikah isu ini perlu dipolitikkan dan diperdolak-dalikkan oleh Abdullah atau Najib? – Ruhanie Ahmad
27 comments:
Datuk Ron,
Mungkin warga Umno sudah tidak lagi mempunyai semangat seperti yang dinikmati oleh masyarakat dizaman pembangunan negara. Atau mungkin semangat perjuangan untuk ummah sudah sirna. Walau apa pun ini adalah pertanda tidak sihat didalam menghadapi PRU13 yang akan datang.
Mungkin tiba masanya negara perlu dipimpin oleh PKR yang saya sendiri tidak menaruh harapan untuk meneruskan perjuangan yang telah kita mulakan 50 tahun lalu. Semua orang yang waras memang mengaku bahawa matlamat kita belum tercapai lagi.
Semuanya ada 'sebab' dan pengumuman dibuat oleh dolah dan najib dalam keadaan tertekan, tidak ceria dan 1001 rahsia di sebalik sandiwara mereka.
Kedua duanya kelihatan memang sebakul seraga yang mampu dinilai oleh ahli UMNO untuk 'diputuskan' pada Disember nanti, jika ahli2 UMNO masih mahukan mereka, itu hak UMNO. Mereka memilih dan menempah nasib dan masa depan mereka sendiri.
Gelak Galak Perdana
(apa punya merapu punya cerita)
Ron, you rasa depa - AbnJib -
tak terkenjoi teloq-teloq,
anwar gertak tok kun,
muhyiddin toi,
najib beroih.
Dan Abdul kita ceroih cari
jeneral dekat mindef buat apa? Tengku Razaleigh Dan Tun Mahathir
gelak besaq, semestinya
a sense of humor.
Depa dua ni penakut - macam kita jugak. Sekali terenghtap urat leher
meleleh air lioq, ya rabbi.
Salam Ramadhan, Sdr Ruhanie.
(second round main beli-beli sayang bermula di sabah.)
BN dan UMNO telah diberi mandat oleh rakyat mentadbir dan memerintah negara selama 51tahun. Rakyat kini telah menilai apa yang telah diperbuat oleh pentadbiran BN. Dan nampaknya 50tahun akan datang ada kemungkinan pula pentadbiran negara berpindah tangan kerana rakyat mahukan perubahan dan penghijrahan. Kita mahu kemana? Orang Melayu dan orang islam mahu kemana?
Selepas Zohor saya mendapat berita tentang pertukaran portfolio dan kebetulan saya singgah ke CNN online. Selain daripada berita pertukaran portfolio, disana tertera statement mengenai kemungkinan Pak Lah akan letak jawatan sebelum 2010 yang CNN ambil drpd AP.
Saya kembali ke MSM online M'sia namun tidak ada satu pun yang bawa berita kemungkinan Pak Lah letak jawatan lebih awal.
Hanya 2 kemungkinan yang bermain di fikiran saya. 1)Ia adalah manipulasi media asing 2) MSM Malaysia takut
Setelah petang baru lah berita itu tersebar di MSM. Nampak sangat semua MSM takut hendak feature statement tersebut lebih awal. Mereka seolah-olah play safe dan tunggu BERNAMA aje. Dalam hal ini saya terpaksa kepada media asing yang adakalanya boleh tahan juga manipulasinya.
Salam,
Setiap perbuatan mesti ada agenda,inikan pulak pasal politik.Paklah ada agenda tersendiri anatara yang positif atau negatif.Teman bersyukur sekiranya langkan beliau itu positif,tapi takut yang negatif.Yang positifnya mungkin dia berasa dia tak layak pegang ekonomi(sebab dia bukan pelajar ekonomi macam aku!!)dan membuatkan ekonomi kita jatuh meleset serta memberi kuasa kepada najib.Ia juga salah satu proses peralihan kuasa yang dia cadangkan lah agaknya.Takpelah kalau macam tu,orang tua tu dah sedar diri.Tapi yang takutnya,negatif nya dia tengah duk kumpul general2 kat mindef tu untuk kepentingan diri dia n famili dia.Yang anwar pulak tunggu masa je menantikan SUPAYA kerajaan menahan dia untuk apa jua alasan(cthnya:-menggugat ketenteraman awam)supaya orang dapat lupe lah propaganda 16hb dia tu.Anwar si mangkuk yang buat ekonomi kita merudum pulak bolehlah tepuk tangan bila dah kene tangkap,dan dia boleh kata kerajaan sekarang menghalang dia dari menubuhkan kerajaan.Inilah yang aku predict boleh berlaku.Diorang ni pulak macam joker yang pakai topi bercabang pulak aku tengok.Yang memalukan pulak,semua diorang ni M.E.L.A.Y.U!!!mana letaknya maruah mereka bila kutuk sama sendiri?aku yang bukan 100% bukan MELAYU pun malu.Apa salah nya kita duk berbincang tangani masalah,banyak masalah sebenarnya Malaysia ni.Rakyat duk menderita kat bawah nun.Diorang ni pulak dahlah minyak free,kereta free,makan free,rumah free siap dapat gaji lagi itupun tak reti2 nak buat kerja!Mana rakyat tak marah.Teman dah fed-up dah dengan situasi macam ni.Diorang duk senang,rakyat duk susah.Kalaulah ada proksi2 Paklah n Anwar baca mesej teman ni,alhamdullilah p lah bagitau kat diorang.Ini bukan pendapat aku seorang ni pendapat yang aku kumpul dari rakan-rakan aku yang lain.Kami risau,bimbang masa depan anak-anak kami tergadai.Diorang apa kisah,duit banyak,jika kekacauan berlaku,duk p lari ke luar negara!betul tak?
Datuk,
Apa nak di hairankan kalau Pak Lah beri statement yang bercanggah setiap masa. Dia bukan boleh dipercaya pun. banyak sangat pembohongan yang dilakukan sebelum ni...
Isu peralihan kuasa tidak seharusnya timbul. Kenapa kita sebagai rakyat negara tercinta ini meletakkan nasib dan masa depan negara kepada mereka. Apakah UMNO tidak mempunyai kaedah yang lebih bijak bagi menentukan pengganti Presiden..
Pak Lah memang tidak mampu menjadi pemimpin no 1, dia terlalu lembut dan terlalu mementingkan keluarga. Semua orag sayangkan keluarga tapi janganlah kepentingan keluarga mengatasi kepentingan negara. Ingatkah lagi kenyataannya selepas mengahwini isteri barunya..
Najib pula penakut. Penakut yang amat sangat. Isu meminta maaf secara terbuka menyerlahkan lagi sikap sipenakut ini. Bolehkah si penakut dan playsafe ini menjaga kita?
Walau apa pun saya berdoa agar Malaysia mendapat semula peimpin yang benar-benar cintakan negara ini lebih dari kecintaannya kepada diri sendiri..amin
Saudara mimbarumno,
Saya setuju dengan apa yg saudara utarakan .Kenapa masih nak bergurau senda dalam keadaan rakyat sedg susah .Muktamatkan saja sandiwara ini.Yang mana patut bersara tu bersaralah supay a ekonomi negara dapat diperbetulkan semula.Sekarg harg minyak dah turun 93 dollar apa lagi ditunggu turunkanlah harga minyak.Rakyat tengah susah sekarg dgn segala bebanan hidup kini,tetapi nampaknya soal kedudukan pemimpin yang sangat dipentingkan. nak pegang jawatan apa, nak tunjukan siapa yg berkuasa ....hei..semuanya tidakkah kalian tahu rakyat sedg menderita dgn keadaan ekonomi negara sekarg ,pulihkanlah ia .Kita bukan nak tahu siapa yg berkuasa .tetapi betulkan dulu keadaan ekonomi supaya rakyat tidak tertekan dgn permainan politik kalian yang tidak matang dan hanya memperlihatkan kekalutan politik dan ekonomi Malaysia akan terus berpanjangan dan mengecewakan rakyat......HENTIKAN SANDIWARA INI........
Peralihan kuasa 2010 tu adalah tempoh di mana Pak Lah nak menilai prestasi Najib. Mestilah makan masa. Nanti jika Pak Lah terus serah kuasa sekarang, takut Najib belum bersedia, susah juga. Saya yakin Pak Lah mempunyai strategi beliau sendiri. Tapi kenapa ianya masih tidak difahami oleh pembangkang?
mereka membuat keputusan begini dalam keadaan yang tertekan.sudahlah ahli kabinet sendiri meminta Pak Lah berundur dengan segara,Anwar pula tak habis-habis dengan cita-cita dia hendak menjadi PM.
jadi Pak Lah dan Najib terpaksa buat plan untuk menyelamatkan kedudukan mereka kini.rasanya mereka masih belum bersedia untuk bersedia untuk berundur kerana merasakan banyak lagi kerja yang perlu diselesaikan.
2010 bukannya satu jangka masa yang lama pun.mana tahu sebelum 2010 nanti mereka dapat menstabilkan semula keadaan negara.
Datuk Ron
selagi dok dolak dalih .. bagi Muhyiddin croo over saje. apa pendapat datuk
Pemimpin bila bercakap sudah hilang seri, muka pucat, senyum pun tak mampu, suara kendur - bolehkan rakyat mengharapkan mereka.
Salam Datuk,
Untuk pengetahuan Datuk, dan saya kira Datuk sudah kenal saya sejak daripada komen saya mula-mula dulu sebelum PRU12. Saya kira senang hati dengan tulisan Datuk, walaupun Datuk berjuang dalam lingkungan UMNO. Saya tidak ada masalah dengan itu, kerana bagi saya jika perjuangan itu suci dan membela kepada yang hak, maka tidak kira parti apapun. Saya ini bukanlah suka berparti, yang paling dekat saya hampir kepada UMNO dulu adalah sebagai ahli kelab UMNO semasa belajar di US. Pelik sungguh bilamana orang datang nak ajak saya masuk kelab itu, dia kata kelab itu tidak ada motif politik. Hanya untuk rekreasi sahaja, tapi nampaknya orang-orang UMNO semuanya jenis menipu. Sesiapa yang jadi Presiden kelab tersebut dapat ditaja balik ke Malaysia bila masa Perhimpunan Agung UMNO. Jadi nama saya ada terdaftar sebagai ahli, tetapi disebabkan niat saya masuk untuk berekreasi, maka saya hanya rekreasi sahaja, tidak lebih daripada itu. Kalaulah PAS ada merekrut ahli pelajar sebegitu, bukan main lagi si UMNO melenting. Bukan main lagi dia akan kata, pelajar tidak boleh terlibat dalam politik. Maka masa itu saya sudah nampak sedikit belang UMNO.
Beginilah Datuk, saya yang bukan dalam UMNO tidak boleh menyuruh apatah lagi mengarahkan orang-orang UMNO untuk merubah pucuk pimpinan mereka. Akan tetapi, melihatkan perkembangan di akhir ini, UMNO dengan bertunjangkan Pak Lah dan Najib, semakin hari semakin dalam kubur yang digali untuk UMNO. Kalau dulu saya ada sebutkan, UMNO sudah gali 1 kaki lubang sebelum PRU12, 1 kaki lagi selepas PRU12, maka dalam masa 4 tahun maka akan lengkap 6 kaki kubur untuk UMNO. Nampaknya lubang itu tak akan sampai 4 tahun untuk disiapkan, semakin hari semakin rancak kerja menggali lubang itu berlaku, dan terima kasih nampaknya kepada Pak Lah dan Najib. Tidak mustahil, kerana UMNO jika dihalusi sejarah perjuangan kemerdekaan, mereka adalah golongan yang telah mengorbankan para pejuang kemerdekaan seperti kumpulan PKMM. UMNO bersekongkol dengan British untuk menangkap dan memenjarakan pemimpin PKMM. Tapi itu sudah menjadi sejarah. Tidak hairan, sekarang UMNO dimakan sumpah bangsa Melayu dahulu, sumpah yang mana dahulunya UMNO buat untuk pertahankan Agama dan Melayu, sekarang sumpah itu memakan diri untuk menghancurkan UMNO.
Bagi saya, Najib dan Pak Lah tidak ada kredibiliti dan patut berundur terus daripada persada pemerintahan negara. Tapi itu pandangan saya.
Beginilah Datuk, didiklah generasi UMNO sekarang untuk menjadi insan yang mulia dan amanah kembali. Saya tidak lupa pengorbanan generasi terdahulu UMNO, generasi awal kemerdekaan, saya hormat. Yang saya kesal, generasi UMNO sekarang sudah menjadi "spoilt brats" dan bermegah-megah dengan kuasa.
saya berpendapat Abdullah Ahmad Badawi lah yg menjadi punca kepada ancaman dekonomi dan keselamatan negara...
SALAM SEMUA...
SEPATUTNYA PAKLAH MEMINTA PANDANGAN PEMIMPIN BN SABAH DAN SARAWAK SEBELUM MENUKAR PORTFOLIONYA KEPADA MENTERI PERTAHANAN. PEMIMPIN SABAH DAN SARAWAK TERUS DIPINGGIRKAN BUKAN SAHAJA DALAM PEMBANGUAN TETAPI DALAM MENYUARAKAN PANDANGAN UNTUK MENTADBIR NEGARA. SEDANGKAN JIKA TIDAK KERANA SOKONGAN RAKYAT SABAH DAN SARAWAK TERHADAP BN PADA PILIHANRAYA LALU SUDAH PASTI BN TIDAK MEMERINTAH LAGI. JADI SEPATUTNYA PAKLAH MEMIKIRKAN TENTANG RAKYAT SABAH DAN SARAWAK KERANA PAKLAH BOLEH BERKUASA SEKARANG BUKAN ATAS TIKET PARTI UMNO TETAPI ATAS TIKET PARTI BN YANG KEBANYAKKAN DIPEROLEHI KERUSINYA DARI SABAH DAN SARAWAK. JIKA TERUS BEGINI LEBIH BAIK SABAH DAN SARAWAK KELUAR MALAYSIA...
Pak Lah perlu terima hakikat, dan MT juga perlu tegas ..
Saatnya sudah tiba bagi Pak Lah untuk undur secara terhormat.
Lakukan peralihan kuasa segera dan serta merta, seeloknya sebelum Idulfitri ini agar rakyat dan negara benar-benar dapat menikmati HARI RAYA ..
Dato'
Red warning for the Malaysia’s government. SAPP is going for an autonomous Sabah. Read their eight point declaration at Para 12 from their official website. I studied internal security for my post-graduate, and I know how this motion will lead to a stark reality threat to our nation's sovereignty.
What happened to my country after Khairy destroy it, one day will be judged by impartial generations of future Malaysian.
Dato bila minyak nak turun kerajaan jangan cakap banyak la ....separap, batu pahat
Datuk Ron fokuskan kepada turunkan harga minyak, kami memang tertekan
DATO RON YANG DIHURMATI.
Orang Lanchang membaca hikayat,
Orang Rompin menmbuat penyapu;
Apalah malang kepada rakyat,
Ada pemimpin cakap merapu.
http://rp-semantan.blogspot.com
Game Over : Pulihkan Ekonomi Negara
1. Saya jarang mengulas mengenai isu politik negara tapi keadaan yang berlaku sekarang amat menarik untuk diulas dari pandangan seorang muda.
2. Sebelum PRU 12 BN begitu selesa dan yakin bahawa mereka akan terus berkuasa berdasarkan pencapaian mereka sepanjang memerintah negara.
3.Keadaan selesa ini menyebabkan pemimpin2 BN leka termasuklah pemimpin2 UMNO (ingat bukan parti UMNO seluruhnya).Mereka berangapan segala noda (rasuah & salah guna kuasa) dapat ditutup dgn pembangunan negara (hasil pemimpin terdahulu) dan janji2 manis.
4. Sebelum pilihanraya juga pembangkang memalu gendang dengan penuh semangat atas misi untuk menjadi pembangkang yang kuat dan efektif.
5. Selepas PRU12 ramai yang terkejut. BN terkejut sebab kalah banyak kerusi (termasuklah jeneral2) dan pembangkang terkejut kerana menang banyak kerusi.
6. Dalam BN maka bermulalah blame game. Masing2 ckp mereka tak salah. Semua tuding orang lain.
7. Parti pembangkang pulak macam tak bersyukur.Cita2 diubah. Daripada jadi pembangkang yang kuat tukar pulak nak bentuk kerajaan baru. Usaha pertama tubuhkan pakatan rakyat(walaupun berbeza ideologi).
8.Muncul pulak Anwar Ibrahim dgn penuh yakin memalu gendang 16 september. Katanya ade ahli parlimaen BN yang nak lompat parti.
9. Bn pulak makin rancak menari(syok sangat dengan gendang pakatan rakyat). Tanpa sengaja timbul pulak isu perkauman(ke dah plan). Semua nak jadi hero bangsa.Pemimpin yang buat hal rakyat dapat bala.Celake punya pemimpin..
10. 16 sept pun berlalu macam biasa..(ingat kan boleh tambah cuti). Tak der pun pemimpin melompat. Tak der pun tukar kerajaan.Tak der pun turun harga minyak.
Sudah la tu...
11. Jangan cerite pasal nak tukar kerajaan, jangan cite pasal gaduh2 antara kaum. rakyat dah melarat dah ni. Semua barang naik. Tapi pemimpin gaduh2 lagi..
12. Sebagai wakil kepada rakyat MALAYSIA aku tuntut janji BN selamat aman makmur.. Kat PR pulak aku tuntu jadi pembangkang yang kuat..
13.Kepada anwar ibrahim.Hang kan pakar ekonomi (ikut yang hang habaq la..),ape lagi tolong - tolong lah kerajaan yang ade. Ni bukan cite BN atau PR. Ni cite pasal MALAYSIA YANG TERCINTA..
14. Panggil kawan hang pak arab - pak arab tu labur kat Malaysia, Daripada habis duit kat UK beli machester city baik buat Universiti untuk orang islam.
15. Kalau prestasi ok karang PRU13 pandailah rakyat nak balas jasa.
16. Kepada kerajaan yang ada, aku mintak tolong sangat - sangat pulihkanlah kestabilan negara. Jangan utamakan kepentingan sebdiri tapi utamakan kepentingan rakyat.
17. Kepada orang2 UMNO, bersihkanlah UMNO daripada pengkhianat2 bangsa. kan sekarang tengah rancak pemilihan pelbagai peringkat. Gunakanlah hak anda..
OKLah. Banyak sangat merapu ni. Aku nak study. Belajar Terus Belajar..
Assalamualaikum...
Salam Semua,
ini adalah posting saya kedua, walaupun blog kuda-kepang & chedet.com hampir setiap hari saya layari sebelum ini.
Pelbagai andaian yang diberikan (mungkin ada kebenaran) apabila mereka berdua bertukar portfolio.
Saya dan mungkin orang lain memang sudah muak tetapi bukan muak dengan situasi sekarang TETAPI muak dengan BADAWI. Hampir satu tahap mempercayai jika ditakdirkan jika betul Anwar dan konco-konconya menjadi pemerintah, lantaklah... jangan jadi hidup saya atau orang lain susah sudah.
Satu lagi, saya tidak pasti berapa ramai yang dalam MT UMNO itu yang betul2 ikhlas menegur atau sekadar pak turut/pencacai. Jika pak turut lebih ramai inilah natijahnya, BADAWI mengatakan dia masih mendapat sokongan.
Sekian. cahayamasa08.blogspot.com
Pak Lah perlu pastikan yang Najib betul2 bersedia dengan tanggungjawab yang lebih besar yang bakal dipikulnya.
Datuk yang saya hormati. Saya kirimkan di sini posting saya semalam untuk dikongsikan dengan pembaca kudakepang. Terima kasih.
Thursday, September 18, 2008
PERTAHANKANLAH RAHSIA PERTAHANAN DAN KETENTERAAN NEGARA
Bila Abdullah Badawi kuasai MINDEF, banyak kemungkinan boleh terjadi. Ini kerana segelintir manusia di sekeliling Abdullah adalah malaun besar yang sanggup buat apa saja untuk kaut duit - gadai kedaulatan negara, tak apa; gadai rahsia negara, tak apa; gadai rahsia pertahanan dan ketenteraan negara pun tak apa!
Memang ada rakyat Malaysia yang insaf dan sedar akan kemungkinan bahaya bila MINDEF dikuasai sepenuhnya oleh Abdullah. Tapi mereka hanya menumpu kepada kemungkinan soal kontrek bawah MINDEF yang berbillion ringgit akan dibolot oleh malaun-malaun besar di sekeliling Abdullah.
Kita jangan lupa. Bahayanya adalah membabitkan perkara yang lebih besar, lebih kritikal, lebih strategik dan lebih penting. Bahaya ini membabitkan kemungkinan rahsia pertahanan, ketahanan dan ketenteraan negara dibocorkan atau dijual kepada pihak musuh, termasuk seekor todak di selatan tanahair.
Mustahil perkara ini tidak berlaku. Kalau Iskandar Malaysia yang dikenalpasti sebagai kawasan yang mengandungi rizab air bawah tanah terbesar di dunia pun boleh di kuasai oleh Singapura di zaman Abdullah, sapa boleh gerenti jangkaan-jangkaan di atas tak boleh berlaku?
Tulisan ini bukan berniat menghasut. Tapi berniat menginsafkan rakyat Malaysia seluruhnya akan bahaya di depan tangga bila MINDEF bertukar tangan dari Najib kepada Abdullah.
Soal kontrek MINDEF soal kacang putih. Sapa nak bolot kontrek ni dia punya pasal. Tapi, soal rahsia pertahanan, ketahanan dan ketenteraan negara adalah soal besar dan soal strategik. Terutama sekali bila todak di selatan kita sama mentalitinya dengan Israel dan jadi proksi zionis paling utama di Asia Tenggara.
Memang Abdullah tak mungkin buat semua perkara yang akan menjejaskan pertahanan negara. Beliau seorang patriot. Tapi, malaun-malaun di sekeliling Abdullah macam mana? Kita percaya ke dia orang ni? Kita tak cemburu ke dengan kemungkinan-kemungkinan yang boleh dilakukan oleh kumpulan ini? Hendak-hendaknya bila kita dengar banyak cerita yang Abdullah di kelilingi oleh segelintir malaun yang sudah dikuasai oleh pihak asing!
Satu contoh. Di bawah MINDEF ada bahagian yang dikenali sebagai Military Intelligence atau Perisikan Tentera. Maklumat-maklumat yang dikutip oleh Militrary Intelligence dipercayai lebih autoratatif dari yang lain-lainnya. Apa jadi kalau maklumat-maklumat ini dibocorkan kepada pihak asing, bukan oleh pihak perisikan tentera, tetapi oleh malaun-malaun yang menguasai Abdullah?
Satu lagi contoh. Amerika Syarikat (AS) dalam abad ke-21 ini telah mengisytiharkan untuk menjadikan Asia Tenggara sebagai wilayah tumpuan ketenteraan mereka. AS bercita-cita membuka pangkalan tenteranya di semua lokasi stategik di wilayah ini.
AS mahu kuasai Selat Melaka. AS mahu kuasai Laut Cina Selatan. AS mahu lalulan laut dari Timur Tengah ke Timur Jauh dalam kekuasaan mereka. AS mahu laluan tangki-tangki minyak mereka dari Asia Barat ke Asia Timur dalam cengkaman mereka. Malaysia jadi littoral state atau negara pesisir utama kepada kedua-dua perairan ini.
Bagaimana kalau MINDEF setuju mengizinkan AS buka pengkalannya di pantai Barat Semenanjung untuk kuasai Selat Melaka? Bagaimana kalau AS buka pengkalannya di pantai Timur Semenanjung untuk kuasai Laut Cina Selatan? Bagaimana kalau AS buka pengkalannya di pantai Sabah untuk kuasai perairan Laut Sulu? Bagaimana?
Kita kena insaf, selama ini AS dah cuba, tapi gagal. Tapi, macam mana kalau waktu Abdullah kuasai MINDEF perkara ini berlaku? Macam mana?
Pihak yang buta hati boleh kata tulisan ini emosional. Tulisan ini didedikasikan kepada keselamatan negara tercinta. Kalau ia disifatkan sebagai emosional, katalah. Sebenarnya, emosi yang tulen dan abadilah yang mencetuskan patriotisme yang tulen lagi abadi.
Kalau tulisan yang didedikasikan kepada hakikat keselamatan tanahair ini dikatakan emosi dan menghasut, apa boleh buat? Tapi, kalau hakikat ini tidak dibicarakan sekarang, terimalah akibatnya kalau negara tercinta ini kelak dijajah secara ketenteraan, walaupun secara tidak langsung, akibat wujudnya malaun-malaun yang mengelilingi pemimpin yang buta hati!
Saya amat yakin bahawa para perwira kita di MINDEF sekali-kali tidak akan mengkompromikan rahsia pertahanan, ketahanan dan ketenteraan negara kepada sesiapa. Oleh itu, besarlah harapan rakyat Malaysia supaya MINDEF yang dulu akan kekal seperti dulu.
Bagaimanapun, waspadalah dengan kemaraan malaun-malaun yang akan jadi musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan atau musuh dalam selimut ini. Kalau mereka nak bolot seluruh projek dan kontrek MINDEF berilah. Tapi, kalau mereka nak kuasai rahsia pertahanan, ketahanan dan ketenteraan negara, tumpaskanlah mereka dengan serta merta. – http://politica-net.blogspot.com/
Posted by politica at 12:42 AM
Sdr Politica,
berapa lama semua mantan timbalan menteri pertahanan itu kamcing Najib? siapakah yang suka digelar 'abah' dari bagan serai?
rahsia-rahsia mindef?
(laughing out loud and long)
eloklah Abdullah tidur di Mindef, lagi selamat negara. kalau jeneral-jeneral tidur sekali, itu lain cerita. (combat readiness of malaysian armed forces, ron?)
terima kasih.
(maybe i am still dreaming, ron, but do you think sdr Politica really believes in what he wrote - well paragraphed write i must say)
Datuk Ron,
SALAM SEJAHTERA ...Saya adalah rakan Allahyarham Osman Musa dan sering berdebat dengan Datuk semasa di universiti.
Persoalannya Datuk...
1. Adakah ini berlaku kerana Pak Lah telah melepaskan rimau yang luka di matanya tu.
2. Adakah kerana sikap keterbukaan Pak Lah sehingga `kaduk pun sudah naik junjung'
3. Adakah apa-apa yang berlaku sekarang hasil kebijaksanaan Si MATA LEBAM tu mengoyak-rabakkan imej Pak Lah dan Najib.
4.Dan hasilnya, masyarakat pemuda yang tidak kenal Anuar akan mudah terpedaya dan bersetuju Pak Lah turun.Maka apa usaha kita untuk mendekati pemuda ini dan membetulkan tanggapan ini?
5.Kesimpulannya, walaupun kita mahu Pak Lah turun, pastikan kepimpinan seterusnya mampu merapatkan barisan, mampu melawan bukan setakat bertahan dan akhirnya menenggelamkan cita-cita gila Si Luncai tu. Wallahuaklam..
KEENGGANAN PAK LAH BERUNDUR AWAL MEYAKINKAN RAKYAT TENTANG PENGLIBATAN KJ DSAN BUDAK TINGKAT 4 DALAM PENTADBIRAN PAK LAH.
SEMOGA DIJAUHI DARI DILAKNAT
Post a Comment