Hari ini Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, seolah-olah bertindak menyanggah kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bila beliau menyatakan bahawa “sebarang perubahan dalam pelan peralihan kuasa antara Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri seharusnya ditentukan melalui mesyuarat bahagian UMNO.”
Kenyataan Najib ini memperkukuhkan kenyataan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dua hari lalu yang meminta Abullah menimbang semula tempoh peralihan kuasa yang amat panjang.
Kini “flood gate” untuk seluruh warga UMNO menyanggah kepimpinan Abdullah secara total sudah dibuka seluas-luasnya. Kita nantikan apakah komen dan pendapat ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO, ketua-ketua perhubungan negeri, Ketua Pemuda UMNO, Ketua Wanita UMNO dan Ketua Puteri UMNO mengenai perkara ini.
Apa pun, Abdullah perlu memikirkan perkembangan terbaru ini secara serius kerana apa yang berlaku mutakhir ini boleh ditafsirkan sebagai undi tidak percaya kepada kepimpinannya. – Ruhanie Ahmad
BAHAGIAN TENTUKAN PELAN PERALIHAN KUASA PM, TPM
KUALA LUMPUR 12 Sept. – Sebarang perubahan dalam pelan peralihan kuasa antara Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri seharusnya ditentukan melalui mesyuarat bahagian UMNO, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Persidangan Perniagaan China Guandong-Malaysia di sini hari ini. – Utusan, 12/09/2008 12:00pm
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0912&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_02.htm
MUHYIDDIN SEDIA HADAPI RISIKO
KUALA LUMPUR 12 Sept. – Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan pendiriannya dan sanggup berhadapan risiko berhubung kenyataannya bahawa proses peralihan kuasa perlu disegerakan.
Beliau berkata, kenyataannya itu adalah pandangan ikhlas yang berasaskan kepada pendapat umum.
Beliau ditemui pada Persidangan Perniagaan China Guandong-Malaysia di sini hari ini. – Utusan,12/09/2008 12:00pm
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0912&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_03.htm
19 comments:
Salam
Katanya
PENUAIAN BELUM SELESAI......
2010 baru cukup HAUL
Hampa sabaq sat boleh dak?
Jangan dok gelut.
Jawabnya,
Sabaq tu boleh.
Tapi yang sekoq lagi dok lompat
dia dok jolok pungkuq
takut aku tak dan jadi......
Jawab lagi sekoq
Kita pakat jadi sat cukup la
Kita dah lama berjuang
sorang dua tiga tahun cukup la
Ini semua orang tua tu punya pasai la
Dia pi balun sampai 22 tahun,dari muda aku berjuang...sampai la ni baru dapat....
Bagi aku jadi dulu
RAHMAN
tak kan nak jadi
RAHMAA
ATAU
RAHMAM
tapi kalo RAHMAT ok juga
Masing-masing dah mula tunjuk ketidakpuashatian kepada Presiden UMNO. Pak Lah harus selesaikan masalah dalaman dalam parti secepat mungkin dan tidak boleh dibiarkan saja.
Muhyiddin,Mukhriz,Ku Li -
semuanya mahukan Pak Lah letak jawatan dengan segera.semua mahukan kedudukan lebih tinggi dalam UMNO.semuanya orang Mahathir.semuanya seperti memburukkan pimpinan yang terkini.
tapi tiada seorang pun dari mereka memberikan cadangan yang betul dan perancangan yang teliti untuk parti.hanya sekadar melaungkan untuk Pak Lah berhenti bagi meraih sokongan ahli-ahli UMNO yang lain untuk penamaan calon yang akan datang.
Semua ni sebab tiba2 terasa tamak kuasa lak agaknye kot. Dulu dah setuju sekali sekarang tiba2 mula bersuara. Dah tak sabar sangat nak pegang jawatan tinggi kot.
Salam Datuk,
Sekarang masanya TS Muhyiddin(TSMY) mula bertindak. Bagi saya penyelamat UMNO kini hanya terletak pada TSMY, Datuk Najib (DNR)g diyakini mampu menanggani segala persoalan semasa dalam BN.
Kalau hendak UMNO selamat, beri ruang kepada TSMY dan DNR mesti berundur bersama-sama Datuk Abdullah Ahmad Badawi(AAB). Tak payah terkejut-terkejut lagilah selepas ini.
Pembesar UMNO Bahagian mesti mula bersuara. Kalau semua bersuara peristiwa yang dialami oleh Datuk Ahmad Ismail tak akan berulang lagi.
Sekarang UMNO cukup lemah, sebab itulah parti komponen BN berani menongkah arus. Selagi AAB bertindaka sebagai Pengerusi BN, selagi itulah UMNO akan ditindas oleh komponen BN.
Paluan gong sudah berbunyi!! Ayoh semua yang sayangkan UMNO bangkit menolak kepimpinan Pak Lah!! KITA TIDAK ADA MASA LAGI!! Syabas Tan Sri Muhyidin Yassin!! Kamulah pemimpin sejati Melayu!!
salm dato'
sah... kemasukan Tun ke dalm UMNO semula menjadi bahang kepada kepimpinan yang ada. Tapi DS Najib seperti kiasan dalam cahaya, takut pada bayang-bayang.
http://wanbaki.blogspot.com/
Salam Dato,
Seperti mana jangkaan saya dalam komen dua hari lepas, setelah "kuasa moral" telah lupus dikhuatiri kerajaan akan menggunakan sepenuhnya "kuasa eksekutif" bagi mengekalkan cengkamannya.
Setelah memberi petunjuk dalam kes Datuk Ahmad Ismail, disusuli dengan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada tiga buah akhbar, maka tengah hari ini tangkapan dibawah ISA telah bermula.
Kita sama-sama tunggu jika selepas ini ada siri tangkapan seterusnya.
Dato',
After discounting those who have vested interests, I am yet to find a single soul who would honestly say that Pak Lah should stay. Well, Pak Lah's own opinion doesn't count and no one is listening to him anymore anyway.
Maybe Najib is hinting that Pak Lah should go too. The only problem I am having is, why only now? There is already too much damage and on the ground, people started to believe that Najib deserved to join Pak Lah too. He lost some credibility. Afterall, its the best time to show the loyalty (to PL) he talked so much about, right?
We are hoping for a decisive leader that has a stand and definitely not the play safe with neither here nor there personality. Its so disappointing to see Najib fits the latter.
Good luck to TSM.
lawan tetap lawan. jangan lupa dengar lagu dan main bola je.
Pemimpin umno semuanya bacul kecuali seorang dua. Masing-masing takut periok nasi terjejas. Takut sokongan untuk manjatuhkan pak lah tak menjadi dan sesiapa yg jelas menentang pak lah alamat kena cold storage..inilah yg mereka takutkan. Mereka sanggup bersokongkol dengan orang yg memegang kuasa walaupun mereka tahu orang tersebut hampehhh demi periok nasi, kedudukan, kuasa dan wang.
Anwar tidak memerlukan MP MP Sabah atau Serawsak untuk melompat parti, dia hanya perlu menunggu bukan 16 September, tetapi 16 Disember iaitu selepas Perhimpunan Agung UMNO untuk melihat beberapa MP MP UMNO yang 'boss'nya kalah akan melompat ke PKR untuk 'menyelamatkan' diri.
Anwar tidak perlu 'menghadiahkan' apa apapun kepada mereka kecuali satu akujanji 'keselamatan' kegiatan mereka sebelum ini.
Apapun senario ini tidak semestinya di menangi Anwar semudah itu kerana faktor "PAS" masih jadi penentu.
Berani kerana benar. Pak Lah Masih tak peka dgn situasi s emasa.Tak meneliti kehendak rakyat masih nak buat dono aje ke? dgn perkembangan yg merentap h ati d an perasaan akar umbi.
Kenyataan Najib dan Muhyiddin yang juga merupakkan pemimpin tertinggi UMNO perlu difahami oleh AAB akan maksud tersiratnya.
Zaid: Muhyiddin letak jawatan atau disingkir
Who are you Zaid can make this kind of statement?
Kena kutip dgn Pak Lah pasal kroni dia dah besar kepala.
TUNGGU RAKYAT JOHOR MEMBERONTAK!!!!!
DARI : ANAK JOHOR
Paklah telah melakukan 'final humiliation' kepada UMNO dan orang Melayu dengan melutut kepada gesaaan Gerakan dan MCA menghukum Ahmad Ismail.
Kita tidak semestinya bersetuju dengan Ahmad Ismail tetapi cara Paklah menyerah kalah dihadapan pemimpin komponen BN adalah memalukan.
Hanya kerana Paklah takut Gerakan dan MCA meninggalkan BN.
Dan kini komponen BN sedar Paklah sebagai Presiden UMNO boleh dipijak.
Sebelum UMNO dipijak, baik Paklah ditolak.
Akhirnya, dunia Paklah semakin gugur bagaikan buah durian di musimnya. Ketika gugur,akan terhentaklah kepala-kepala mereka yang asyik mendongak ke atas menantikan keguguran buah-buah tersebut. Nampaknya usaha gigih YB Ron dan mereka-mereka yang giat berusaha di peringkat akar umbi membuahkan hasil. Syabas diucapkan YB. Kami memerlukan pendita-pendita seperti YB untuk menghidupkan dan menyemarakkan suasana yang kian hari kian malap di bawah pimpinan YAB FlipFlop. Teruskan usaha gigih dan jujur YB. Saya masih lagi menunggu saat YB kembali ke persada politik secara giat.
Looks like you could the next victim.
You may want to consider joining the “Please ISA Me” wave (psygame playing lah) so that they will think twice before handcuffing you.
Please ISA Me
http://thexblogs.blogspot.com/
I am begging you to ISA me
http://thexstories.blogspot.com/2008/09/i-am-begging-you-to-isa-me.html
Mohamad Hasan dan Zaid sudah berdiri sebelah PM.
Dalam senario politik Negeri Sembilan yang meruncing, dan kredibiliti Zaid sebagai ahli politik, PM perlukan hulubalang yang lebih gagah untuk sama-sama menunggu hingga Disember 2008.
Post a Comment